Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Saturday, December 31, 2011

Gaji anak beranak Shahrizat cecah 45-100 ribu sebulan


NATIONAL Feedlot Corporation (NFC) dicabar mendedahkan gaji bulanan yang dibayar kepada Pengerusi Eksekutifnya, Dato' Dr. Mohamad Salleh Ismail, cabar Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Selain Mohamad Saleh yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau juga meminta didedahkan gaji pengarah-pengarah yang lain."AMK mencabar NFC mendedah jumlah sebenar gaji yang dibayar kepada Pengerusi Eksekutif dan pengarahnya."Rakyat berhak tahu sebab wang yang dibayar untuk mereka itu datangnya dari rakyat selaku pembayar cukai," katanya.Sejak awal bulan ini, tersebar maklumat di internet melalui blog Malaysia Today mendakwa suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan.Manakala ketiga tiga anaknya  iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif); Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua Pegawai Eksekutif); dan Wan Izzana Fatimah, 25, (Pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan.Shamsul berkata, keengganan NFC untuk mendedahkan nilai gaji hanya akan mengesahkan berlaku penyelewengan wang rakyat untuk kepentingan peribadi Shahrizat dan keluarganya.Sebelum ini Pakatan Rakyat membuat beberapa pendedahan mendakwa dana rakyat berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada NFC telah disalah gunakan.Skandal ini mula terbongkar selepas didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 awal Oktober lalu. NFC yang diberi pinjaman mudah sebanyak RM250 juta itu diluluskan pada 2007 oleh bekas Menteri Pertanian Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Dana itu didakwa telah digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.

Wednesday, December 28, 2011

LUPUS HUTANG PINJAMAN PELAJARAN: TAHNIAH KERAJAAN NEGERI KEDAH!

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

LUPUS HUTANG PINJAMAN PELAJARAN: TAHNIAH KERAJAAN NEGERI KEDAH!

04 Safar 1433 bersamaan 28 Disember 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah di bawah kepemimpinan YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengambil insiatif yang baik bagi meringankan beban rakyat di negeri itu dengan melupuskan hutang pinjaman pelajaran kerajaan negeri yang berkaitan dengan kes-kes tertentu. Kes-kes tersebut meliputi kematian, penyakit kronik, gila dan yang tidak mempunyai daya lagi untuk membayarnya.

DPP Malaysia berpandangan inisatif kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah membuktikan bahawa mereka amat prihatin dan menyelami denyut nadi rakyat di negeri itu. Kepemimpinan negeri itu membuktikan bahawa mereka memegang tampuk kuasa bukan untuk kepentingan diri mereka sendiri, tetapi untuk kepentingan rakyat jelata.

Umum mengetahui bahawa pendidikan adalah keperluan hidup yang mesti ditunaikan oleh kerajaan terhadap rakyatnya. Dengan pelajaran akan terbela kehidupan rakyat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat daripada belenggu kemiskinan. Pelajaran melahirkan masyarakat yang bertamadun, berakhlak mulia, disamping membina masyarakat dan negara yang maju dan berdaya saing. Insentif pelajaran daripada kerajaan kepada rakyat merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan rakyat dan negara.

Kerajaan Kedah berjaya menempatkan diri antara negeri yang berjaya menunjukkan kesungguhan membantu rakyat. Dengan kedudukan ekonomi negeri yang stabil ditambah dengan perbelanjaan pentadbiran yang berhemah, Insentif-insentif khusus bagi membantu rakyat adalah tindakan yang tidak merugikan kerajaan tersebut. Malah, pelbagai imbuhan dan insentif yang diberikan untuk rakyat mampu meningkatkan lagi hasil pendapatan negeri dengan keberkatan pentadbiran yang bersih, jujur dan telus.

Dengan inisatif ini, ternyata aspek pelajaran diambil perhatian penting oleh kerajaan Kedah. Ia membuktikan bahawa kerajaan Kedah berusaha memastikan tiada rakyat yang keciciran pelajaran untuk jangka panjang. Meskipun pelupusan hutang pinjaman tidak dikuatkasakan kepada semua pihak, namun ia langkah yang amat baik sebagai permulaan.

Akhirnya,  DPP Malaysia mengesyorkan kepada kerajaan negeri-negeri lain agar mengambil kerajaan Kedah sebagai contoh yang baik dalam usaha membantu rakyat. Sebaiknya semua kerajaan negeri berlumba-lumba dalam memberikan perkhidmatan dan kebajikan yang terbaik kepada rakyatnya sebagai balasan sokongan rakyat terhadap pemerintahan mereka.

 

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Kenyataan Media Nik Nazmi mengenai isu wang zakat MAIWP

Jawapan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guamannya mengadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu ini yang telah dibangkitkan oleh YB Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar.

Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010.  Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010.

MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat.

MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak
RM700,000. Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010.

Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain?

Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di dalm surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini telah membangkitkan dwi-standard kes ini dengan kes membabitkan bekas imam di Kulaijaya, Johor, Redzuan Mohd Said yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini.

Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahnnya.
Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah JAWI?

Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam negara
ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI

PARTI KEADILAN RAKYAT

Apabila roti dijadikan sebagai senjata perkauman

Kini tersebar luas di Internet tentang seruan dari segelintir kaum Cina yang menggesa bangsanya untuk tidak memberi sokongan kepada perniagaan melayu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan persatuan Islam dan Melayu. Email yang diforwardkan kepada saya menyeru agar memboikot roti Gardenia kerana dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary(BERNAS) dan ramai orang Melayu mempunyai kepentingan dalam perniagaan tersebut.

Kebanyakkan kenyataan yang disebarkan bukan sahaja tidak berlandaskan fakta malahan ditokok tambah dengan kata-kata provokasi, antaranya menyatakan masyarakat Cina sering dianiyai oleh orang Melayu, perniagaan milik Raja Gula Robert Kuok disabotaj oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

IKLAN BOIKOT PRODUK MELAYU DAN SOKONG PRODUK CINA DILANCARKAN DI FORUM DAN BLOG MEREKA


Kerana rakus dengan keuntungan perniagaan, mereka mencetuskan propaganda dengan mengharapkan simpati dari kaum mereka! Kini mereka telah melampaui batasan dengan mencetuskan sentimen perkauman, ada yang melontarkan kata-kata penghinaan seperti “PERGI MATI MELAYU BABI”, “MELAYU BODOH” dan sebagainya.

Jika taktik kotor ini berterusan, dikhuatiri bukan sahaja akan memberikan kesan kepada perniagaan milik Bumiputera malahan bakal mencetuskan kebencian & perbalahan antara kaum. Kita lihat sendiri apa yang mereka katakan?:

ALL MALAYSIAN MUST KNOW THAT LAST TIME GARDENIA BUYS FLOUR FROM FEDERAL FLOUR MILL(FMM). RECENTLY GARDENIA WAS ACQUIRED BY BERNAS AND THE FIRST THING THEY DO IS THEY STOP BUYING FLOUR FROM FFM BECAUSE FFM BELONGS TO ROBERT KUOK. NOW, YOU ALL KNOW WHY ROBERT KUOK NEEDS TO LAUNCH THE MASSIMO BREAD. MALAYS IS TAKING OVER OUR (THE CHINESE BUSINESSMAN) PROPERTY. THIS BUMI, THEY CAN’T TAKE AWAY PEOPLE’S BUSINESS THEY WILL TAKE AWAY PEOPLE’S BIG CUSTOMER. DO THEY REALLY HATE THE CHINESE BUSINESSMEN SO MUCH? PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO ALL THE MALAYSIAN CHINESE. USE THE UNITED STRENGTH OF CHINESE TO SEND GARDENIA TO HOLLAND (MAKSUDNYA BOIKOT GARDENIA).

kenyataan dalam facebook mereka yang biadap !
Terjemahan:

23 NOVEMBER 2011
11:28PM BUTTER LAU MEREKA DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN. APA BEZANYA ORANG MELAYU DENGAN PENCURI?

24 NOVEMBER 2011
1:37AM DESMOND TEE DESMOND PERGI MATI MELAYU BABI! TAK ADA KELEBIHAN! JADI MEREKA MENCURI!! ORANG MELAYU LOWCLASS!!

2:49PM BECKY WONG TANPA ORANG CINA YANG MEMBANTU ORANG MELAYU, BOLEH KE MEREKA HIDUP SAMPAI SEKARANG? AMBIL BALIK DUIT YANG PERNAH KITA BAGI, SEMUA BABI-BABI INI TAK KAN MAMPU BUAT APA-APA. TAK LAMA LAGI MEREKA AKAN TAHU AKIBATNYA. MANA ADA 1 MALAYSIA, SEMUANYA TIPU! MEREKA SURUH TOLAK DISKRIMINASI KAUM TAPI MEREKA YANG MENGAMALKANNYA??

5:14PM STEVEN LONG MATILAH MELAYU BABI GEMUK MAK DIA!!

BIADAP!!! SEOLAH-OLAH KITA ORANG MELAYU HANYA MELUKUT DI TEPI GANTANG! SUDAH CUKUP DENGAN KUTUKAN & HINAAN KEPADA ORANG MELAYU. MARI KITA BUKTIKAN SIAPA YANG PERLUKAN SIAPA!

MARI KITA LANCARKAN BOIKOT ROTI MASSIMO INI KERANA KEBIADAPAN MEREKA!

INI ADALAH KOMEN PEMBACA YANG DISARING DARI BLOG PPIM
probro said...

Dalam hal ini, nampak sangat orang cina berpakat mencari pasal dengan org melayu. Mereka mungkin tidak berani melakukan serangan secara terbuka. Tetapi mereka secara berpakat melancarkan serangan halus dengan memboikot dan memburuk-burukkan perniagaan milik melayu, Perkara ni saya rasa memang dah berlaku sekian lama dan mungkin kita saja yang tidak sedar atau mengambil pot memandangkan ianya tidak secara direct ditujukan kepada keluarga kita. Namun jika kita tanya kawan-kawan yang berniaga, mereka dengan mudah boleh cerita betapa mereka sekian lama menghadapi boikot secara pakat oleh bangsa cina.

Kalau beli bahan mentah untuk diproses jadi produk keluaran melayu seperti makanan ayam, telur, beras,tepung, susu, kopi, ikan, sayur, buah-buahan atau bahan keperluan pembinaan seperti simen, kayu, paku, skru, besi, atau apa saja yang kita beli daripada mereka. Mereka akan mengenakan harga lebih tinggi daripada bangsa lain.

Ini menjadikan kos pengeluaran dan pembinaan kita lebih tinggi. Para pengguna melayu pula macam tak ada hati langsung untuk menolong sesama kita usahawan melayu sebaliknya hanya mencari yang lebih murah dan mudah.

Akhirnya perniagaan melayu menjadi malap dan bungkus. Akibatnya amat kuranglah institusi perniagaan melayu dan anak-anak kita terpaksa bekerja jadi kuli batak bangsa lain. Salah melayu tidak sokong melayu dan akibatnya anak-anak kita yang tanggung jadi bahan maki hamun cina sampai mati.

Malah ada kes yang dilapurkan anak-anak melayu jadi habuan seks bos-bos cina mereka. Diajaknya anak kita yang kerja sebagai marketing atau pembantu pejabat ke luar negara untuk urusan perniagaan dan diperdaya untuk ditiduri dan dijadikan habuan seks sampai puas dikerjakan mereka.
Dendam mereka kini makin membara kerana mereka melihat melayu semakin lemah dan berpecah, tiada siapa nak pertahankan nasib anak2 melayu.

Kini mereka secara jelas cuba menjatuhkan gardenia. Mungkin kerana gardenia tidak lagi membeli tepung kilang fmm milik robert kuok yang didapati mengandungi protin babi. Tepung untuk permit impot ap subsidi yang kerajaan bagi dibeli dengan kualiti yang paling rendah, kalau di negara china tepung gred ini digunakan oleh kerajaan china untuk membuat makanan babi. Tepung ini lah yang diimpot oleh robert kuok utk rakyat malaysia.

Tepung ini dicuci bleaching dan ditambahkan protin babi supaya menepati spesifikasi. Impot makanan babi, kemudian dia claim subsidi bernilai ratusan juta setahun. Ertinya rakyat malaysia sama taraf dengan babi. Kalau kita makan roti biasa yang menggunakan tepung gred ini umpamanya roti canai, capati, atau roti massimo ertinya kita makan roti babi.

Inilah kerja robert kuok yang mendapat ap special tepung dan gula selama 50 tahun oleh kerajaan malaysia. Sama macam ananda krishna mendapat special broadcasting permit selama 30 tahun.

Bila gardenia enggan membeli tepung fmm robert kuok kerana terbukti ada dna babi, dia naik bengang dan membuka kilang roti massimo. Yang baghalnya, dia ambil pulak budak melayu bekas manager kilang gardenia untuk jadi ketua kilang massimo dan meniru semua produk gardenia.

Sebagai seorang journalist melayu, saya memiliki network besar untuk mengorek aktiviti robert kuok. Saya kira, segala kekayaan dia dengan harta berbillion dengan bot bernilai 20 billion adalah memang betul dia ni tycoon.

Saya amat sakit hati ketika wawancara dengan robert pengimpot tepung babi ini. Adakah patut dia kata kekayaannya bukan berasas dari malaysia sahaja kerana dia memiliki harta perniagaan berbillion di china dan seluruh asia.

Apa yang benar dan pasti, robert memang memulakan perniagaannya dari malaysia dengan bantuan tun mahathir. Kalau tun tidak membuka peluang untuknya nescaya dia masih duduk jual hand phone di petaling street.

Dalam career saya tidak boleh melepaskan geram saya. Tetapi di bog ini saya ingin meluahkan isi hati saya yang terpendam selama ini tanpa perlu bahasa persuratan sangat.

Saya kira kerajaan dah terlebih bagi muka.

Robert dah kaya vincent tan dah kaya, ananda pun dah kaya, apa lagi mau bagi special ap. Bagilah pada orang lain pulak.

Melayu punya ap bukan macam mereka special ap, ertinya tiada orang lain boleh impot. Melayu punya ap boleh impot kalau mampu dan orang lain juga boleh dapat ap yang sama.

Mereka punya ap lain, exclusive ap. Tiada siapa boleh import melainkan mereka.

Kalau beginilah caranya, lebih baik kerajaan cari satu daerah dan bagi mereka jadi raja, malah kuasa mereka lebih dari raja kerana raja melayu pun tidak dapat special ap.

Produk roti massimo pula sudah sah menjadi senjata mereka menyerang kepentingan dan perniagaan melayu.
Dalam senario lain, robert kuok yang menguasai golden screen cinema dengan rakusnya menghalau semua stall outlets jenama 1901 milik melayu dan menciplak konsep yang sama diletakkan dalam rangkaian panggung wayang gsc. Produk makanan diambil dari sumber yang kita tak tau halal ke haram.

Jelas mereka ini benci dan anti melayu.

Puas hati saya dapat menulis seperti ini, tidak dalam akhbar yang saya bekerja sekarang. Namun atas rasa cintakan agama dan bangsa saya luahkan jua perasaan ini. Maaf kalau saya terkasar bahasa.

Soalnya, apakah tindakan kita? Fikirkanlah bersama. Boikot tetap boikot massimo.

Sumber: www.muslimconsumer.org.my

Tuesday, December 27, 2011

Al Fatihah Buat Allahyarham Haji Hassan , Ayah Kepada Ustaz Zawawi Ketua DPPN Perak

Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit merakamkan ucapan takziah kepada Ustaz Zawawi Hassan, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Perak yang baru sahaja kehilangan ayahnya yang menghembuskan nafas terakhirnya jam 1.30 tengahari tadi.

DPPK Parit mendoakan agar roh arwah di tempatkan bersama orang yang beriman. DPPK Parit mengharapkan agar Al Fadhil Ustaz Zawawi terus tabah dan bersabar dengan pemergian ayahanda yang tercinta.

DPPK Parit turut mengajak seluruh umat Islam untuk menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada arwah dan sama-sama menghadiri solat jenazah yang dijangka akan dibuat dalam masa terdekat. Arwah meninggal dunia setelah terlantar di Hospital Tengku Bainun Ipoh sejak 11 Disember lalu akibat kemalangan motosikal di Bagan Serai.

Ustaz Hakimi Mohd Nor
Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit

Rasuah pemimpin Umno jatuhkan maruah umat Islam di Malaysia

IPOH, 27 Dis, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan bahawa PAS Perak berpandangan rasuah yang berlaku dalam Negara ini hanya dapat dibenteras dengan menumpaskan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU 13 ini.

Kerajaan Barisan Nasional telah menjatuhkan maruah umat Islam di Malaysia, seluruh rakyat Malaysia umum mengetahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganggotai OIC, jelas beliau.

Menurut  beliau lagi, berbilion duit rakyat telah dibazirkan kerana budaya rasuah yang berlegar dikalangan pemimpin umno bn  yang memegang jawatan dalam kerajaan Malaysia.

Tegas beliau lagi, kecuaian dan pengabaian dalam memelihara  ajaran Islam dan tidak menjadikannya sebagai agenda utama dalam pentadbiran negara akan menyebabkan rasuah akan terus kekal bermaharajalela dan sukar diperangi.

"Satu-satunya cara untuk memerangi gejala rasuah ialah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukannya menggunakan Islam hanya apabila tersepit sahaja" ujar beliau.

"Bayangkan sekiranya duit yang berbilion ini yang tiris dan bocor kerana rasuah digunakan untuk kegunaan manfaat rakyat , maka InsyAllah negara Malaysia akan lebih maju lagi."tegas beliau.

"Rakyat Malaysia diseru untuk bersatu menumbangkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang  untuk memastikan duit dan harta rakyat Malaysia selamat" seru beliau lagi.

http://perak.pas.org.my/

http://ustazabubakar.wordpress.com/

Saturday, December 24, 2011

Rumah 3 juta: Zambry bakal ikut jejak Khir Toyo?

Keputusan bersalah atas tuduhan salahguna kuasa ke atas dr Khir Toyo yang dijatuhkan mahkamah tinggi Shah Alam semalam wajar memberi ingatakan kepada pemimpiun Umno-BN yang sebuk mengumpul kekayaan di negeri masing-masing.

Rumah Khir sudah didedah, rumah Zambry bila lagi?


Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Dr Raja Ahmad Al-Hiss memberi amaran kepada Umno-BN negeri itu yang pemimpin mereka memiliki kekayaan luar biasa agar bersiap sedia menghadapiu pendakwaan apoabila mereka tidak lagi berkuasa

"Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman kepada bekas Menteri Besar Negeri Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan rasuah perlu diambil peringatan oleh Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir yang telah dilemparkan dengan dakwaan memiliki rumah bernilai RM3 juta termasuk isu-isu berunsur rasuah barisan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Negeri Perak.

"Malah peringatan juga kepada Pegawai-Pegawai Datuk Seri Zambry yang didakwa mempunyai kekayaan 'luar biasa' yang diketahui umum. 

Raja Ahmad


"Mungkin Datuk Seri Zambry perlu mengambil pengajaran sepertimana yang berlaku terhadap Khir dimana setelah tidak mempunyai kedudukan dan akan berbangkitlah pelbagai tuduhan yang 'disimpankan sementara' tersebut. Oleh kerana jawatan yang disandang ketika itu akan memberikan kesan kepada Umno / BN, sudah tentu langkah yang terbaik untuk membuka semua isu 'simpanan' itu hanyalah selepas tidak lagi ditapuk utama.

"Sudah tentu bagi Datuk Seri Zambry akan bakal berdepan dengan suasana yang sama, semua maklumat yang ada kini 'disimpan sementara' selepas Datuk Seri Zambry tidak lagi dikedudukan utama atau disingkirkan lebih awal nanti. Bagi kami, semua pimpinan BN Perak yang telah 'disiasat' mungkin boleh terlepas ketika ini tetapi setelah tidak lagi memegang jawatan penting barulah isu-isu yang 'tersimpan' bakal dibongkarkan dan dihukum sepertimana Khir pada hari ini," katanya.

Friday, December 23, 2011

Umno cuba pecah-belahkan kesatuan Pakatan Rakyat

PAS Perak menyifatkan tindakan UMNO yang cuba memecahbelahkan kesatuan Pakatan Rakyat (PR) sebagai tindakan tersepit dan terdesak, jelas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian.


Beliau menyatakan, selama ini UMNO telah banyak memburukkan PAS di mata masyarakat dengan pelbagai tuduhan huduh dan menghinakan.Selama ini mereka sombong dengan menganggap mereka sahaja parti terbaik untuk kaum Melayu dan PAS adalah sebuah parti yang sesat serta tidak mempunyai masa depan.

Memetik ucapan beliau " Perlu dingat bahawa selama puluhan tahun UMNO hidup dengan membuli dan mengganyang musuh politik mereka

" PAS dan lain-lain parti pembangkang tidak pernah diberikan hak dalam pentas demokrasi yang sebenar. Bahkan hampir setiap hari media massa milik mereka memburukkan pemimpin PAS dan PR.

" Selain itu, hampir seluruh jentera kerajaan dipergunakan semaksima mungkin dalam memastikan pembangkang khususnya PAS terus jatuh terduduk dalam setiap pilihanraya umum dan kecil."

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu mengingatkan bahawa PAS telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi sepanjang jalan perjuangannya dalam pentas politik di Malaysia. Bukan sekadar ugutan dan fitnah, bahkan pemimpin PAS pernah di ISA kan, dipenjara, bahkan dibunuh. Ini semua dilakukan oleh pemimpin UMNO yang kononnya mahu memperjuangkan bangsa Melayu. 


Thursday, December 22, 2011

Pendedahan lengkap lelaki yang menampar Adam Adli.

Rasanya ramai yang dah tahu siapa Adam Adli kan? Nama itu adalah nama yang paling popular dalam dua tiga hari neh. Di memana pun ramai jek yang bercerita pasal dia. Dan sekarang neh siap ada page yang berasaskan nama dia lagi iaitu  "we all are adam adli".

Baiklah apa yang nak didedahkan neh bukan pasal dia tapi pasal lelaki yang telah menampar / menolak muka adam adli. Sila perhatikan video di bawah neh terlebih dahulu ;

 

Video neh disediakan oleh hanief, yang rasanya semua orang dah tahu siapa dia sebenarnya. Apa yang telah didedahkan oleh hanief ialah topi yang dipakai oleh lelaki yang menampar / sentuh muka adam adli ada kaitan SB [pegawai polis yang kerja dia menyamar].

Lihat perbandingan gambar di bawah neh pula ;


Ada nampak serupa tak? Kalau ikut pandangan mata aku mereka berdua neh ialah lelaki yang serupa. Tapi boleh jadi bukan orang yang sama. Boleh jadi kembar seiras. Boleh jadi ialah lelaki yang memang sama yang berada dalam dua situasi yang berbeza. Apa pun susah nak cakap melainkan ada sahabat2 dia sendiri yang boleh sahkan bahawa lelaki di dalam kedua2 gambar neh ialah orang yang serupa.

Tengok pula jenama topi yang dia pakai tue. Jenama topi yang dia pakai tue ada kaitan dengan senjata api. Lihat bawah neh.



Lihat link neh untuk penjelasan yang lebih detail kaitan antara topi HK ynag dipakai oleh lelaki di atas dengan pistol2 di dalam gambar di atas  ==>http://www.hk-usa.com/index.asp


Bukanlah nak tuduh2 bahawa lelaki di atas neh confirm SB ke apa. Cuma nak bagitau bahawa rasanya setelah diperhatikan beberapa benda yang dikaitkan dengan lelaki neh rasanya sedikit sebanyak memang macam ada kaitan juga.

Dan kalau sungguh lah lelaki di atas neh ialah SB, diharap sangat berbaliklah semula kepada kerja2 asal anda. Kerja2 anda ialah menahan penjenayah dan mencegah jenayah. Bukan buat jenayah ataupun membuli rakyat atas sentimen politik dan sebagainya. Semua rakyat malaysia haruslah dilindungi tanpa mengira sentimen politik sebagaimana semua rakyat malaysia terpaksa membayar cukai tanpa mengira sentimen politik. Betul?

Janganlah lagi buat provokasi. Apatah lagi provokasi terhadap budak2 yang sedang mencari keadilan buat diri dia akibat di ugut bertubi2. Bila anda berbuat begini, orang tak maki anda, tetapi maki umno dan bn. Tak pasal2 bn dan umno yang dapat nama buruk di atas perbuatan anda yang tidak berfikir panjang.

Apa pun semua hujah di atas neh adalah pendedahan yang bersifat andaian. Kita sedang speculate kaitan dia dengan SB, bukanlah terus menerjah melulu mengatakan bahawa dia semestinya adalah SB. Di harap ada bukti2 yang lebih konkrit menyusul kelak.
Kredit kepada hanief di atas info neh.

Sozcyili : Parah2.. dah tukar skop kerja ka..? Hahaha..

Wednesday, December 21, 2011

Kondo mewah didaftarkan terus dengan nama keluarga Shahrizat

SATU lagi kondo mewah dipercayai dibeli menggunakan wang rakyat RM10 juta oleh NFC (sebut National Family Corruption) didedahkan semalam, rujuk sini [Singapore].

Sebelum ini keluarga Shahrizat didedahkan membeli kondo mewah One Menerung di Bangsar berharga RM9.8 jutamenggunakan dana NFC.

Kali ini, keluarga Shahrizat dikesan membeli sebuah lagi kondominium mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 pada 27 Januari 2010.

Di bawah ini disertakan dokumen carian rasmi sebagai bukti pemilikan kondominium mewah tersebut.

Ia dibeli pada harga S$4,107,600 (RM9.8 Juta) dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah tengah-tengah kota Singapura.

Lebih menjijikkan bila mana iadidaftarkan terus di atas nama keluarga mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.



Dokumen penuh sila download [Land Authority]

Lihat dengan mata kepala anda sendiri.Duit rakyat diperlakukan seperti duit mak bapak dia. Rakyat bersusah payah bertungkus lumus mencari sesuap nasi, menteri yang diberi amanah mengaut kekayaan untuk keluarga.

Wanita Umno, turut sama diperbodohkan supaya membela Ketua Wanita mereka yang sudah kekenyangan membolot kekayaan. Pemimpin tersenyum lebar bila pengikut mereka berjaya diperbodohkan.

ReJaM© "Penat Wanita Umno terjerit-jerit pertahankan Shahrizat tapi apa pun tak dapat..."

Tuesday, December 20, 2011

Umno upah blogger RM10 juta untuk serang Pakatan Rakyat

Umno bayar blogger upahan RM10 juta, SKMM diarah tidak ganggu

KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno didedahkan membayar RM10 juta kepada sekumpulan blogger sebagai kempen perang saraf menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno, turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 'tidak menggangu' blogger berkenaan.

Berdasarkan maklumat diperolehnya, kata Nik Nazmi, kumpulan itu ditugaskan untuk menarik undi kaum Cina bagi menyokong Barisan Nasional, meskipun dengan cara memainkan sentimen perkauman.

"Datuk Najib kian terdesak untuk meraih undi kaum Cina dan ini terbukti apabila beliau memperuntuk sekurang-kurangnya RM10 juta kepada sekumpulan wartawan dari media arus perdana untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum akan datang,"

"Malah, SKMM juga sudah diberi amaran agar jangan mengganggu blogger upahan ini walaupun tulisan mereka menimbulkan api perkauman dan agama," katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau difahamkan, kumpulan blogger itu diketuai Setiausaha Media Najib, Tengku Sarifuddin dan bekas wartawan kanan The New Straits Times, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rockybru.

Menurutnya, peruntukan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa dengan bloggers upahan ini akan mengeluarkan artikel bertujuan menaikkan imej Najib sebagai tokoh yang patut diundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina.

Beliau bagaimanapun yakin, taktik kotor itu akan gagal malah memburukkan lagi imej Najib.

"Rakyat bijak dalam menilainya dan masyarakat Cina saya yakin tidak terpengaruh dengan taktik kotor ini," katanya. -KD

Ulama perlu berani tentang kezaliman pemerintah

IPOH, 20 Disember 2011 : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian mengingatkan kepada para Ulama' yang hadir pada Majlis Perdana Ulama, Umara dan Imam bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini supaya menjalankan tanggungjawab yang sebenarnya sebagai seorang Ulama'.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 2,000 peserta adalah terdiri daripada para Mufti seluruh negara, Ketua Hakim Syarie, ahli Panel Kajian Syariah, dan ahli Panel Kajian Akidah Jakim, ahli panel dari Bahagian Hub Halal Jakim dan para imam seluruh negara.

Ustaz Abu Bakar Hussian menyifatkan peluang ini haruslah digunakan dengan sebaiknya dalam usaha menegur pihak pemerintah tentang mana yang betul dan mana yang salah. Para Ulama' haruslah membantu sebagai 'check and balance' kepada pihak pemerintah dan bukan sekadar mengampu untuk menjaga kerjaya masing-masing.

Beliau turut menceritakan bagaimana 4 Imam Mazhab yakni Imam Hanafi,Imam Malik,Imam Hambali dan Imam Shafie yang masing-masing menerima ujian apabila mengatakan yang haq di hadapan pemerintah. Imam Abu Hanifah sebagai contoh, pernah disogok dengan wang dan wanita, dan beliau juga pernah dipenjara kerana mengkritik fatwa yang dikeluarkan oleh ulama kerajaan.

Tambah beliau lagi,Allah SWT menemplak golongan ulama' yang menyeleweng fungsi mereka di dalam surah At Taubah ayat ke-9 :

Mereka menukarkan ayat-ayat Allah Dengan harga Yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari agama Allah; Sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.

"Contoh lain yang kita boleh ambil adalah kisah 'Izzuddin Bin Abdul Salam yang mendapat gelaran Sultan Ulama' atas ketegasan dan keberanian beliau. Ketegasan beliau terbukti apabila dipecat daripada jawatan Ketua Hakim Mesir kerana fatwa beliau yang bercanggah dengan dasar kerajaan negara Mesir pada waktu itu yang dipimpin oleh Najmuddin Ayyub", ulas Ustaz Abu Bakar Hussian.

Pesuruhjaya PAS Perak itu turut menggesa kepada para ulama' untuk tampil ke hadapan dan meyatakan pendirian mereka bilamana hukum Allah SWT dipersendakan, bila maksiat di kalangan belia semakin meruncing dan bila agama Islam tidak lagi diletakkan sebagai solusi terbaik.Dan pendirian in haruslah selari dengan ajaran yang dibawa baginda Rasulullah SAW, dan bukanlah pendirian yang hanya mahu menghalalkan tindakan pemimpin.

Justeru, Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa Islam diletakkan sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan dan ianya mempunyai hak yang istimewa dan tidak ada pertikaian untuk dilaksanakan secara syumul. Tinggal lagi, ulama' dan umara' harus mengembalikan cara hidup masyarakat ke arah pelaksanaan Islam yang sebenarnya, dan kemudian sistem masyarakat yang harmoni akan terbentuk. Sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi :

"Ada dua golongan manusia apabila mereka baik, orang menjadi baik, apabila mereka rosak, orang menjadi rosak: ulama dan umara."

 (Hadis riwayat Abu Na'im)


http://perak.pas.org.my

http://ustazabubakar.wordpress.com/


Sumber: Majlis setuju gaji minimum RM770-RM900 ikut tiga zon

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Majlis Perundingan Gaji Negara dipercayai telah mencapai kata sepakat mengenai kadar gaji minimum — mengikut tiga zon dengan kadarnya sekitar RM770 hinga RM900 sebulan dan akan diserahkan kepada kerajaan pusat untuk menentukan kadar muktamad dan juga tarikh pelaksanaan.

The Malaysian Insider difahamkan kadar itu diputuskan pada mesyuarat majlis itu semalam.

Sumber memberitahu bahawa RM900 ditetapkan bagi pekerja-pekerja di Semenanjung, Sabah (RM770) dan Sarawak pula RM780 meliputi semua sektor kecuali pembantu rumah.

Difahamkan syor itu diterima oleh kerajaan akan melibatkan sekitar tiga juta pekerja secara langsung dalam waktu terdekat.

"Persetujuan ini adalah satu perkembangan yang bersejarah kerana akhirnya, buat setakat ini, semua pihak dalam majlis bersepakat mengenai satu kadar gaji minimum yang boleh diterima semula. Ada situasi menang-menang dalam kes ini," kata sumber.

Difahamkan persetujuan itu membawa kenaikan antara RM200 hingga RM250 berbanding kadar gaji pokok semasa.

Gaji minimum disyorkan itu meliputi semua kategori pekerjaan dalam sektor swasta kecuali khidmat pembantu rumah.

"Kadar yang disyorkan oleh majlis akan dikemukakan kepada kerajaan untuk kelulusan. Kementerian Sumber Manusia dijangka akan mengumumkan kadar itu dalam waktu terdekat," kata sumber itu lagi.

The Malaysian Insider juga difahamkan kemungkinan besar pentadbiran Najib akan menerima kadar yang disyorkan oleh majlis itu walaupun ia ada kuasa untuk meminta kadarnya dikaji semula.

Majlis itu mengadakan siri perbincangan sejak akhir September lalu selepas menerima surat pelantikan daripada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam (gambar).

Pentadbiran Najib meletakkan sasaran untuk melaksanakan gaji minimum awal tahun depan, sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun sumber industri percaya usaha itu akan mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum dilaksanakan secara menyeluruh.

"Mungkin kerajaan akan mengumumkan tidak lama lagi, tetapi pelakasanannya dijangka mengambil beberapa bulan, sebab perlukan tempoh peralihan supaya memudahkan semua pihak," katanya lagi.

Laporan media sebelum ini menyebut majlis itu akan mengesyorkan kepada kerajaan tentang kadar dan tarikh pelaksanaan gaji minimum. Kerajaan boleh meminta majlis tersebut meneruskan kajian jika cadangan awal tidak dipersetujui dan tidak diterima.

Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, yang membuka laluan kepada pelaksanaan gaji minimum dan Putrajaya memberi jaminan akan dilaksanakan akhir tahun ini, telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada sesi Parlimen Jun-Julai lalu.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu dasar gaji minimum kebangsaan yang akan dilaksanakan serentak di seluruh negara. Badan induk kesatuan sekerja itu mahukan gaji minimum nasional RM900 sebulan manakala Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia mengesyorkan kadar RM700 sebulan.

MEF menegaskan pihaknya berpendapat bahawa gaji minimum boleh membawa kesan negatif, antara kadar pengangguran yang tinggi.

Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, Dr Subramaniam berkata, majlis itu berfungsi untuk mengkaji dan menetapkan gaji minimum berteraskan prinsip tripartisme antara kerajaan, pekerja dan majikan.

Menurut rang undang-undang itu, majikan yang tidak membayar gaji pokok sebagaimana dinyatakan dalam perintah gaji minimum kepada pekerjanya boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja, jika sabit kesalahan.

Monday, December 19, 2011

Kajian UM di Perak: Video seks Anwar tidak dipercayai rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti respondan mereka tidak percaya kepada video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

54 peratus respondan pula berkata, PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.

Kajian itu juga mendapati, tahap kepercayaan yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat laporan tentang politik.

Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan mereka pada 23 - 30 Oktober 2011 di Perak.

Ia melibatkan responden seramai 1304 orang dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur.

Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini.

Kajian itu mendapati, hanya 18 peratus percaya kepada video seks itu, 46 peratus tidak percaya manakala 36 peratus lagi tidak pasti.

Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti.

Persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan.

45 peratus dari respondan tidak menyokong kenyataan BN telah menunjukkan prestasi yang baik di Perak, hanya 38 peratus bersetuju dan 17 peratus tidak pasti.

PAS pula dilihat mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.

54 peratus dari mereka bersetuju dengannya, manakala hanya 19 peratus kata PAS tidak mampu sementara 27 peratus tidak pasti.

Mereka juga mendapati pendekatan program 1Malaysia masih belum mampu untuk meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak.

Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu.

Umno joli duit KWSP

Oleh DATO' HUSAM MUSA

 

SAYA tertarik dengan penjelasan mengenai pinjaman KWSP kepada Kerajaan Malaysia

http://www.malaysiandigest.com/images/kusha/husam%20musa.jpg

 seperti kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr Awang Adek di Dewan Rakyat (The Star, m s 20 30 November 2011).

RM79.4 bilion – adalah jumlah pinjaman KWSP kepada Kerajaan Persekutuan seperti disebut oleh Dr Awang. Adakah angka ini tidak mengambil kira pembelian kertas sekuriti dan bon Kerajaan Persekutuan oleh KWSP yang lain?

Setakat pengetahuan saya, kedua-dua pinjaman dan kertas sekuriti jika dijumlahkan sekali, jumlah besar pendedahan KWSP sebagai hutang Kerajaan adalah RM240 bilion! Jumlah itu tidak mengambil kira pinjaman KWSP kepada GLC milik kerajaan.

Berdasarkan jumlah RM240 bilion, ia adalah 52.6 peratus dari jumlah hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM456 bilion pada tahun 2011, seperti dibentangkan Ketua Audit Negara dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini.

Dalam keadaan Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dan sepatutnya, tanpa manipulasi statistik, telah melebihi paras 55 peratus yang diizinkan oleh Undang-Undang Negara, kese- lamatan pinjaman ini memerlukan penelitian yang serius.

RM456 bilion jumlah hutang pada tahun 2011, dari segi peratus KDNK, adalah 54.3 peratus.

Hanya tinggal 0.7 peratus untuk mencapai tahap 55 peratus! Melalui Belanjawan defisit tahun ke-15 berturut-turut dengan jumlah RM45 bilion, sepatutnya tahap 55 peratus tadi telah dilanggar.

Bagi mengelakkan pelanggaran itu, manipulasi statistik telah dibuat dalam dua cara:

a. Meletakkan kadar pertumbuhan setinggi 6 peratus supaya dengan itu jumlah agregat KDNK menjadi besar dan dengan sendirinya peratus hutang berbanding KDNK menjadi rendah.

Soalnya, semua penganalisis ragu Malaysia mampu mencapai pertumbuhan 6 peratus sepanjang tahun hadapan.

Jika ini tidak dicapai, dengan sendirinya tahap yang dihadkan pertama kali akan dilanggari dan ini memberi kesan terhadap keselamatan hutang KWSP.

b. Meninggikan jumlah KDNK 2012 dengan memasukkan kadar inflasi. Oleh kerana itu, ada perbezaan ketara antara jumlah KDNK yang dicatatkan dalam Buku Belanjawan berbanding tercatat dalam Laporan Statistik.

Jumlah RM918.322 KDNK bolehlah dianggap memasukkan peratusan tertentu kadar inflasi, menjadikan angkanya lebih besar dan peratusan hutang menjadi kecil Namun begitu, sekalipun disebabkan oleh dua manipulasi statistik ini peratusan hutang negara belum mencecah tahap 55 peratus, ia akan mencecah tahap 55 peratus ini pada bila-bila masa dari sekarang.

Tidak ada tanda-tanda ekonomi negara akan tumbuh sebanyak 6 peratus pada tahun hadapan. Sebarang kekurangan dalam peratus pertumbuhan ekonomi negara dengan sendirinya menjadikan angka KDNK lebih kecil dan peratusan hutang lebih besar.

Selain itu, dengan trend berbelanja yang langsung tidak memperdulikan kedudukan kewangan semasa yang ada, dijangka jumlah hutang baru negara akan melebihi dari jumlah awal yang dinyatakan dalam Buku Belanjawan.

Jika ini berlaku, rakyat Malaysia, selepas PRU13 yang mungkin akan diadakan pada Mac 2012 akan menyaksikan jumlah hutang negara kita melebihi paras yang dibenarkan oleh undang-undang buat kali pertama di bawah teraju Dato' Seri Najib Razak!

Itu belum mengambil kira jumlah hutang GLC yang tidak digambarkan dalam Akaun Hutang Awam Negara yang jumlahnya adalah juga besar iaitu RM184 bilion.

Sebagian pinjaman ini telah dikelaskan sebagai CC minus.

Jika jumlah ini diambil kira, kita telah lama melepasi tahap 55 peratus dan dengan itu, keadaan adalah amat membimbangkan.

Tujuan saya menulis kenyataan akhbar ini ialah supaya Kementerian Kewangan mengubah habit berbelanja Kerajaan Persekutuan sekarang.

Termasuk berbelanja besar melebihi kos sebenar, dari sekecil-kecil bil api tinggi menggila untuk kediaman PM sampailah pembelian kapal peronda dan lain-lain, seperti dalam kes-kes dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Kedua, terus berbelanja atas perkara-perkara yang tidak produktif seperti pembelian vesel dan kereta perisai baru dengan begitu mahal melebihi harga pasaran dan dibeli melalui pihak ketiga yang mendapat untung melangit.

Semua perbelanjaan joli ini bersandarkan pinjaman KWSP yang merupakan wang amanah rakyat negara ini.

Perbelanjaan pruden boleh membantu hutang dikurangkan dan dengan sendirinya nilai wang KWSP yang dipinjamkan kepada kerajaan menjadi lebih berharga.

Jika tidak, KWSP hanya dijadikan tabung berharga murah untuk membantu Kerajaan Pusat berjoli atas wang rakyat!


Followers

Video ajijoi

Loading...