Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Friday, September 30, 2011

PRU-13: BN Perak tidak menentu

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat setiap kali sidang media Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir sering disebut tentang kedudukan kerusi dan juga calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Adakah kali ini Datuk Seri Zambry turut akan menangis sepertimana Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali ketika menjadi Pengerusi BN Perak ketika menjelangnya PRU 12 tahun 2008 dahulu kerana terpaksa menggadai kerusi Parlimen Gerik kepada Gerakan.
 
Walaupun Datuk Seri Zambry yakin kerusi Parlimen Gerik akan dikembalikan kepada Umno, apa pula jaminan tiada gantian kerusi Parlimen lain yang kini menjadi milik Umno? Ini tidak termasuk mengambil kira kenyataan Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz yang mendesak agar 6 kerusi yang ditandingi oleh MIC diserahkan kepada Umno. Pelbagai kemungkinan akan berlaku walaupun Datuk Seri Zambry cuba memberikan keyakinan bahawa pertukaran kerusi yang ada tidak akan menjejaskan peruntukan kerusi setiap Parti Komponen BN yang lain.
 
Dalam bab calon pula Datuk Seri Zambry menjadikan modal kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mengambilkira aspek 'likeable' dan 'winnable' sebagai garis panduannya dalam membuat pilihan. Namun ianya dilihat masih masih gagal untuk mengenepikan penyandang sekarang seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, Manong, Lintang, Pengkalan Baru termasuk di dua DUN di Parit Buntar yang pernah kalah. Kini Datuk Seri Zambry dilihat cuba mempertahankan faktor senioriti pula dalam penentuan setiap calon-calon BN, seolah-olah beliau masih lagi belum menyenaraikan calon-calon pilihannya PRU 13 kali ini.
 
Satu lagi ungkapan Datuk Seri Zambry tentang calon adalah 'calon helikopter' yang pernah berlaku di Parlimen Bukit Gantang iaitu bekas Bendahari BN, Dato' Seri Abdul Azim Zabidi yang tewas ketika itu. Persoalannya, mampukah Datuk Seri Zambry menghalang kemasukan 'calon helikopter' seperti ini lagi pada pilihanraya akan datang? Yang paling sukar tentunya tentang kedudukan Tan Sri Tajol Rosli pada PRU 13 nanti sama ada dia akan masih dicalonkan atau sebaliknya. Ini termasuk percubaan untuk menaikkan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar ke kerusi Parlimen yang mengundang persoalan siapakah pula yang bakal tertendang nanti?
 
AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Tuesday, September 27, 2011

PRU13: PAS Perak lancar medium baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dalam persiapan bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 ini telah mengorak langkah untuk memberi ruang kepada rakyat mengeksprestasikan pandangan dan keperihatinan mereka terhadap suasana politik Negeri Perak melalui satu pertandingan poster dan montaj bertemakan 'Selamatkan Perak di PRU 13'. Kami yakin penyertaan rakyat Perak khasnya dan seluruh rakyat amnya akan dapat mengzahirkan hasrat sebenar rakyat Perak yang disalurkan secara kreatif melalui pertandingan tersebut.
 
Pertandingan yang akan berakhir pada 31 Oktober ini menyediakan saguhati kepada pemenang-pemenang kedua-dua kategori ini nanti. Hadiah wang tunai bagi kategori poster untuk tempat pertama ialah RM300, RM200 untuk tempat kedua dan tempat ketiga pula ialah RM100. Manakala dalam kategori montaj video yang tidak lebih lima minit tersebut, hadiah untuk tempat pertama ialah RM500, bagi tempat kedua pula ialah RM300 dan RM200 untuk tempat ketiga.
 
Kami mengharapkan penyertaan yang kreatif dari rakyat nanti akan menyemarakkan lagi bahang PRUke 13 nanti dengan bentuk penerangan yang lebih pelbagai dan menarik bagi meneruskan momentum rakyat Perak yang tidak redha dengan tragedi rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN). Kami juga berharap agar pertandingan ini akan membuka ruang kepada golongan celik IT yang kreatif untuk menyumbang bagi memastikan PAS / Pakatan Rakyat (PR) akan kembali memerintah Perak nanti. Sebarang penyertaan boleh diemelkan ke jomselamatkanperak@gmail.com.
 
AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Sunday, September 25, 2011

Najib diperdaya Hamidah di Taman Song Choon, Ipoh


Gambar diatas adalah sebuah plak cenderahati yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Najib Razak kepada beberapa Sekolah Agama Rakyat disekitar Dun Sg Rapat sempena kunjungan beliau ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Taman Song Choon, Ipoh semalam. Sekali lagi diulang, DISAMPAIKAN OLEH Najib kepada Sekolah Agama Rakyat.

Cuba kita baca dan teliti, apakah yang tertulis diatas plak tersebut. Terdapat beberapa kemusykilan dan benda pelik yang terdapat disana. Sesiapa yang terjumpa, tahniah namun tiada hadiah yang ditawarkan.

Siapa yang terterima kasih kepada siapa

Yang pertama, mengikut seperti yang tertulis dan tertera pada plak tersebut adalah sebagai penghargaan Sekolah Agama Rakyat kepada Perdana Menteri kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000. Jika mengikut logik akal sama ada yang waras ataupun putus wayar, sang penerimalah yang akan berterima kasih kepada sang pemberi, lalu suatu bentuk tanda penghargaan akan disampaikan.

Tetapi, apa yang berlaku semalam, sang pemberi (Perdana Menteri) telah menyerahkan plak sebagai tanda terima kasih itu kepada sang penerima (SAR). Sepatutnya yang berlaku adalah sebaliknya. Perdana Menterilah yang sepatutnya menerima dan menyimpan plak tersebut, bukannya sekolah agama rakyat.

Silap mata apakah yang dimainkan oleh Hamidah Osman, sebagai penganjur program ini dengan mempermainkan bukan sahaja Sekolah-sekolah Agama Rakyat sekitar Dun Sg Rapat malah Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Wajarkah seorang Adun BN yang juga Exco kanan sebuah kerajaan negeri yang mewakili parti Umno menipu, memutar-belit, mempermain serta memperdayakan seorang yang berjawatan bukan sahaja Presiden Umno tetapi juga Perdana Menteri Malaysia. Amat memalukan malah menjijikkan permainan politik kotor Hamidah semata-mata kerana mahu dilihat sebagai seorang yang bekerja, berkhidmat dan prihatin kepada rakyat berbanding dengan lawannya iaitu musuh dalaman partinya sendiri.

Ahli-ahli Umno terutamanya daripada Umno Gopeng sepatutnya berasa malu dan jengkel dengan gelagat Hamidah yang mempermainkan Perdana Menteri tanpa disedarinya.

Mana wang RM100,000?

Perkara yang kedua berkenaan dengan pemberian plak tersebut adalah mengenai wang RM100,000 yang terpampang megah diplak tersebut.

Ramai penduduk di Taman Song Choon telah mula menanyakan mengenai wang tersebut dan berharap dengan sejumlah wang yang begitu besar, pembangunan Sekolah Agama Rakyat ditempat mereka akan pasti dapat disiapkan dengan lebih lengkap dan cepat daripada yang dijangkakan.

Sekali lagi Hamidah memperdayakan semua orang termasuk Perdana Menteri berkenaan dengan pemberian wang tersebut. Wang yang berjumlah RM100,000 diperuntukkan kepada Sekolah Agama Rakyat itu sebenarnya telah diberikan pada tahun 2005 dahulu. Ianya adalah cerita lama yang diungkit kembali melalui pemberian plak tersebut.

Mengapa sebuah Sekolah Agama Rakyat dihina sebegitu rupa dengan mempermain-mainkan seolah-olah mendapat peruntukan tambahan melalui pemberian plak tersebut sekarang. Kenapa tidak dahulu?

Tekanan kini dirasai oleh jawatankuasa pelaksana Sekolah Agama Rakyat tersebut apabila terpaksa menjelaskan kepada penduduk bahawa wang RM100,000 tersebut telahpun diberikan tahun 2005 dahulu, bukannya peruntukan tambahan.

Semakin dekatnya pilihanraya, semakin terdesak Hamidah untuk menaikkan semula namanya terutamanya di Dun Sg Rapat yang menjadi rebutan dalaman Umno sendiri.

Tetapi perbuatannya amatlah dikesali kerana demi untuk menyelamatkan air muka sendiri, air muka Perdana Menteri Malaysia pula yang sanggup dijatuhkan dengan membuat program celaru seumpama ini.

Bawa Najib menaiki bas melawat Perak, Zambry tiru idea Nizar

PERTAMA KALI NAIK BAS ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) . Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Mungkin Zambry tersenyum lebar kerana dipuji oleh Najib apabila berasa teruja menaiki bas semasa lawatan sehari ke Perak semalam.

Ramai yang memperkatakan bahawa bukanlah suatu yang ganjil apabila Perdana Menteri tidak dapat merasai pahit getir rakyat mengharungi kehidupan yang susah dengan harga barangan melambung tinggi apabila beliau hanya pertama kali menaiki bas. Dan bas itu pula bukanlah sepertimana bas yang dinaiki oleh orang awam setiap hari. Bas yang dihias khas dengan kos yang entah berapa banyak menelan wang rakyat, hanyalah sebagai kosmetik politik semata-mata. Jika dilihat dari foto diatas, sudah pasti orang-orang kampung mengatakan bahawa mereka itu sedang menaiki kapalterbang.

Idea menjelajah negeri untuk bertemu dengan rakyat ini bukanlah sesuatu yang baru, apatah lagi dinegeri Perak ini. Jika Zambry mengatakan bahawa ini adalah idea beliau sendiri, sila fikirkan sekali lagi.

Selepas setahun episod rampasan kuasa dinegeri Perak, Pakatan Rakyat telah mengadakan satu ekspedisi menjelajah daerah dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin menaiki bas ekspres bersama-sama pimpinan yang lain, bertemu dengan rakyat dilokasi-lokasi yang dipilih didaerah-daerah negeri Perak ini.

Bas yang mereka naiki adalah bas ekspres yang disewa, sama seperti yang dinaiki oleh orang awam. Bukannya bas yang dinaik taraf, dihias, diubahsuai demi keselesaan 'sang raja'.

Untuk rujukan mengenai ekspedisi menaiki bas pimpinan Pakatan Rakyat Perak tersebut, sila klik EKSPEDISI 1, EKSPEDISI 2, EKSPEDISI 3, EKSPEDISI 4, EKSPEDISI 5, EKSPEDISI 6, EKSPEDISI 7, EKSPEDISI 8, EKSPEDISI 9 dan EKSPEDISI 10.

Bukankah saya telah katakan tadi bahawa idea menjelajah negeri dengan menaiki bas bukanlah idea asal Zambry. Sebaliknya dan sepertimana biasa, Zambry meniru apa yang telah dan pernah dibuat oleh Nizar.

Saturday, September 24, 2011

Jamuan Hari Raya Pas dan Pakatan Rakyat 2011 - DS Nizar tetap menjadi tumpuan


IPOH (23.9.11): Kehadiran Ahli Parlimen Ampang yang juga merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, YB Zuraida Kamaruddin menyerikan lagi majlis Jamuan Hari Raya Pas dan Pakatan Rakyat kali ini.

Namun begitu, segala perhatian lebih tertumpu kepada Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang tiba bersama isteri, Datin Seri Fatimah Taat.

DS Nizar sentiasa dikerumuni dengan orang ramai untuk menyapa dan bersalaman dengan beliau. Mereka begitu gembira dapat bersama-sama dengan DS Nizar didalam majlis ini.

Ketibaan YB Zuraida disambut dengan mesra


Ketua Srikandi PKR Malaysia, Cik Siti Aishah diiringi oleh Ketua Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussolehah

Datin Seri Fatimah Taat dipeluk penyambut tetamu daripada Muslimat Pas

DS Nizar disambut jawatankuasa jamuan


YB Zainuddin sempat bergurau bersama YB Datuk Ngeh Koo Ham sambil diperhatikan oleh YB Zuraida

Ada rahsia apa yang dibisikkan Ketua Srikandi PKR kepada Ketua Muslimat Pas Perak tu?

Seorang warga emas gembira dapat bertemu dengan DS Nizar



Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin menyampaikan ucapan beliau


Dr Mohd Nor Manuti bersama YB Haji Ramli Bin Tusin






Ustaz Abu Bakar Hussin melayani para tetamu

DS Nizar sentiasa menjadi perhatian

Seorang Tionghua yang berpakaian baju Melayu bersalaman dengan DS Nizar


Mengambil kesempatan bergambar dengan DS Nizar, YB Datuk Ngeh Koo Ham dan YB Tai Sing Ng





Ketua Keadilan Perak, Dr Mohd Nor Manuty menyampaikan ucapan dengan penuh semangat

Sdr Amran Harun tersenyum lebar sambil diperhatikan oleh YB V. Sivakumar

Bergambar kenangan dimajlis Jamuan Hari Raya Pakatan Rakyat 2011

Jamuan Hari Raya Pas dan Pakatan Rakyat Perak 2011 - Pelbagai kaum turut serta


IPOH (23.9.11): Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pakatan Rakyat 2011 kali ini masih menjadi tumpuan kunjungan pelbagai kaum dan agama. Bersatu hati untuk bersama-sama didalam majlis jamuan ini.

Sdr Khalilul Rahman sedang melayani tetamu dari kalangan berbangsa India



YB Datuk Ngeh Koo Ham sedang menyampaikan ucapannya mewakili DAP Perak



Pelbagai gelagat orang ramai menjamu selera dapat disaksikan

Kesemua khemah yang disediakan penuh sesak dengan orang ramai


Para petugas Unit Amal juga tidak ketinggalan menikmati juadah yang disediakan



Penyediaan makanan yang panas dan segar

YB Chan Ming Kai tersenyum lebar, seorang je ke?








Unit Amal Gopeng makan bersama YDP Pas Gopeng, Haji Rahim

Followers

Video ajijoi

Loading...