Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Salam Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini serta Muslimin dan Muslimat dimana jua anda berada. Saya sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata, sama ada diblog ini ataupun di laman facebook dan twitter saya.

Raikanlah hari raya ini bersama-sama keluarga tercinta serta sahabat handai dan taulan, namun begitu keselamatan dijalanraya semasa kunjung mengunjung perlu diutamakan. Hargailah nyawa.

Sekali lagi, ucapan tulus ikhlas daripada saya sebagai pengendali laman blog ajijoi ini, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua. Maaf Zahir & Batin.

*Selepas kita berhari RAYA, bersiap-sedialah untuk pilihanRAYA.

Kuliah Subuh - Ramadhankan bulan-bulan yang lain

Sunday, August 28, 2011

Ucapan Salam Aidilfitri kepimpinan PAS Perak

Fahaman perkauman musuh no. 1 negara

Fahaman perkauman adalah barah no. 1 negara dan ia bukan merupakan preskripsi ubat yang cocok untuk menyelesaikan masalah politik dan sosial negara ini. Jika dahulu penjajah menjual fahaman ini sebagai syarat utama peralihan pewarisan kuasa daripada tangan penjajah ke tangan kerajaan Persekutuan, kini ia masih digunakan sebagai senjata tembak terakhir apabila segelintir pihak gagal menyelesaikan sesuatu isu.

Bila Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, perkauman melayu ditiupkan dan dilagakan dengan polisi kerajaan negeri. Bila Pilihanraya Sarawak 2011 menyaksikan peningkatan undi pembangkang, rasis melayu terpekik melolong mengatakan kaum Cina bersatu menghancurkan melayu.


Bila isu gereja menyuap makanan kepada fakir miskin melayu, perkauman sekali lagi dikumandangkan walaupun ada cara agama yang lebih baik dan sesuai boleh digunakan.


Selepas Abdullah Badawi kini Perdana menteri terbaharu Najib pula kelihatan ingin diguling oleh rakan-rakannya sendiri atas nada perkauman walaupun diberikan alasan ekonomi, sosial dan kestabilan politik.


Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah

badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang dikatakan tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri.


Isu siapa lebih melayu antara Najib atau Muhyiddin Yasin memberi kesan besar kepada masa depan UMNO lebih daripada isu siapa lebih bertaqwa atau siapa lebih bermoral antara Najib dengan Muhyiddin.


Dengan banjirnya NGO perkauman seperti PERKASA yang bukan sahaja taksub dengan DNA Melayu (yang tidak akan ditanya oleh Allah di mahsyar kelak) malah cukup aktif mengeluar kenyataan jahil dan dangkal minda berhubung denga isu semasa (isu BERSIH, Kes tuduhan Liwat dan sebagainya). NGO sebegini diproksikan untuk menjadi tajdid semangat taksub bangsa, sebagai timbangtara jika UMNO tersasar daripada matlamat perkaumannya atau cenderung kepada Malaysian.


Najib dimomokkan sebagai pelopor fahaman Malaysian apabila giat mengantikan islam hadhari dengan fahaman 1 Malaysia yang semestinya ada nilai kejamakan kaum dalamnya. Sedangkan dahulu DAP pernah diserang teruk di Pulau Pinang apabila giat berkempen fahaman malaysian untuk semua warganegara.


Jika perkauman melayu digunakan untuk menjatuhkan dan memburuk kerajaan pakatan rakyat, kini ia menjadi senjata merosakkan dalaman UMNO.


Mahathir sendiri dalam blognya cuba melegitimasi fahaman perkauman;

Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan” . (http://chedet.cc/blog/?p=566#more-566 )


Biarlah digelar perkauman asalkan semua kaum ada peluang dalam negara ini. Ini bukan alasan yang bijak untuk menghalalkan semangat perkauman etnik yang jelas rekos pentadbiran beliau penuh dengan kronisme dan ketidak adilan.


Adalah lebih baik beliau berkata “walaupun saya penganut islam dan menobatkan syariah Islam, agama lain masih boleh diamal secara bebas di negara ini”. Inilah jawapan yang kita inginkan daripada pemimpin etnik Melayu.


Fahaman perkauman umpama konsep ‘daurr’ dan ‘tasalsul’ dalam ilmu kalam (Aqidah) iaitu tiada kesudahannya, tiada penyelesaian, malah Hitler sendiri keletihan akhirnya apabila berjuang atas nama ras Aryan. Yang masih mendabik dada atas nama kaum hanyalah Zionis atas nama ras yahudi bani Israel. Adakah kita menjejak langkah Israel?


Walaupun Ibnu Khaldun menyarakankan penggunaan konsep asobiyyah untuk kelancaran proses pentadbiran serta mengelakkan kesusahan kepimpinan, ia bukan suatu lesen besar untuk kita membina negara melalui formula perkauman. Asobiyah atau perkauman (qaumiyyah) adalah nilai semulajadi sejajar dengan penciptaan Allah namun ia perlu dikawal sebaiknya sehingga kita memahami batas pemisah manusia hanyalah iman dan taqwa kepada Allah.


Adakah pemimpin etnik Melayu Malaysia tidak mengambil iktibar betapa negara yang diasaskan oleh dasar perkauman seumpama Singapura tidak selamanya berada di atas persada dunia. Lambat laun fahaman itu pasti menggigit pemimpin-pemimpinnya. Kita hingga kini gagal bersaing dengan Singapura apabila fahaman perkauman Cina Lee Kwan Yew cuba diatasi dengan kesatuan semangat perkauman Melayu suatu ketika dahulu.


Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng


Thursday, August 25, 2011

Kerajaan lemah, tidak amanah, rasuah: BN Perak perlu sedar

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak amat yakin dengan keikhlasan pengakuan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato' Seri Dr Haji Harussani Haji Zakaria di dalam program Wacana Sinar Harian semalam, yang menyatakan bahawa kerajaan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai kerajaan yang 'lemah, tidak amanah, rasuah'. Kenyataan tersebut sewajarnya perlu dijadikan intipati dan teras pertimbangan rakyat di dalam memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk memelihara amanah rakyat dalam ruang dan peluang yang ada semasa Pilihan Rraya Umum (PRU) ke - 13 nanti.
 
Peringatan itu juga jelas membawa mesej agar jika pemimpin yang lemah, tidak amanah dan rasuah ini masih dipilih untuk memerintah, maka ia akan hanya menjadikan Bangsa Melayu makin berpecah dan sentiasa mundur kebelakang. Kenyataan tersebut bertepatan dengan apa yang telah didedahkan oleh PAS Perak sejak dari dulu lagi. Antaranya apa yang dinyatakan oleh Dewan Pemuda PAS Perak Februari lalu berkaitan seorang EXCO Kerajaan Negeri Perak yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hal yang sama juga dapat diperhatikan dari pendedahan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak April lepas berkenaan satu dokumen membabitkan penyalahgunaan kuasa yang berunsur rasuah oleh seorang EXCO Kerajaan Negeri Perak.
 
Terakhir, isu projek mega berjumlah RM5.8 Bilion yang dianugerahkan kepada Syarikat Atigas Technology yang awalnya hanya mempunyai modal berbayar kurang daripada RM100, yang hebat dipertikaikan di Sidang DUN Perak pada awal Ogos yang lalu. Gambaran-gambaran ini jelas menunjukkan kesahihan kenyataan Tan Sri Harussani tentang 'kelemahan, pengkhianatan dan amalan rasuah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak mampu dibendung oleh ulama kerajaan dari terus berleluasa. PAS Perak yakin rakyat Perak sedar dan perihatin terhadap gejala ini demi memastikan ianya tidak berterusan dan dikembalikan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang telah terbukti di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang terbukti bersih daripada amalan rasuah.
 
Jesteru, gejala rasuah ini masih menular di dalam BN yang memerintah termasuk di Perak. Kami yakin rakyat boleh menilai dan melihat sendiri sepertimana yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Harussani. Masyarakat Islam terutamanya yang yakin bahawa amalan rasuah tersebut adalah kotor perlu menolak siapa sahaja pemimpin yang tercalit dengan imej rasuah.
 
AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Wednesday, August 24, 2011

Konvensyen Negara Berkebajikan bukti komitmen PAS - Pesuruhjaya Pas Perak

IPOH, 23 Ogos : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan bahawa Konvensyen Negara Berkebajikan yang bakal berlansung pada 10 September 2011 bertempat di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar bakal menjadi bukti bahawa PAS komited dan bersungguh-sungguh dalam menegakkan sebuah Negara Islam.

Beliau turut menambah, konvensyen yang bakal dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah ini akan menjawab segala tomahan dan tuduhan yang mengatakan PAS sudah terpesong daripada membawa agenda Negara Islam. Ramai yang termakan dengan propaganda UMNO dan Barisan Nasional yang kononnya PAS sudah dipengaruh oleh DAP dan PKR untuk mengubah agenda negara Islam. Presdien PAS sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membentangkan kertas kerja Konsep Asas Negara Berkebajikan dalam ucaptama beliau.

Ustaz Abu Bakar Hussain menyeru pada seluruh kawasan di negeri Perak untuk memberikan komitmen dan menjayakan program tersebut. Tambah beliau, "Rakyat perlu mendapat kefahaman yang baik tentang agenda Negara Berkebajikan, barulah mereka akan lebih dekat dengan PAS". Menurut Ustaz Abu Bakar, Hussain tema negara berkebajikan yang dibawa oleh PAS pada muktamar yang lepas adalah antara intipati pembentukan negara Islam.

Sirah menunjukkan pentadbiran Rasulullah SAW dan khulafa Ar Rasyidin tidak pernah mengabaikan isu kebajikan di kalngan rakyat. Malahan, isu kebajikan inilah yang berjaya membawa lebih ramai manusia untuk melihat keindahan Islam dan seterusnya memeluk gama Isalm. "Banyak tokoh politik dan wakil NGO yang akan hadir pada konvensyen berkenaan untuk mengulas dan memeberikan respon terhadap agenda Negara berkebajikan", katanya.

DF2D3F99-7866-4322-AC36-097D2A2BC2D7/Pesuruhjaya%2520PAS%2520Perak.JPG


Muhasabah Ramadhan bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sunday, August 21, 2011

Pertahankan Akidah Ummah - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ucaptama
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
 
Sempena Himpunan :
Front Bertindak Anti Murtad [Forkad] dan Bongkar Kepincangan SPR [Bongkar]
 
Dewan Bandaran MPKj Bandar Kajang Selangor. [ 20 Ramadhan 1432 ]
-----------------------------------------------------------
 
Pertahankan Aqidah Ummah
Menangi Pilihanraya ke 13.

 

Muqaddimah  :
 
Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
 
Surah Ibrahim. Ayat 24 - 25
---------------------------------------------------------
Aqidah Islam adalah noktah perjuangan PAS.
 
1. Perjuangan Islam yang didokong oleh PAS  adalah  manifestasi  dari  tuntutan 2 kalimah  syahadah لا اله الا الله محمد رسول الله  . Sebuah perjuangan yang diasaskan oleh Rasuulul Ummah Musthafa saw. yang sekurang – kurangnya  berpaksi pada 4 prinsip.
 
·         ان اعبدوا الله و اجتنبوا الطاغوت  - surah an nahl ayat 36
·         اقامة الدين و سياسة الدنيا به  - makna khalifah dari surah al baqarah ayat  30
·         بلدة طيبة و رب غفور -  surah saba' ayat 15
·         الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر  - surah aali imran ayat 104
 
2. Aqidah Islam menjadi rahsia umum keupayaan PAS bertahan merentasi tribulasi di sepanjang zaman. Pejuang – pejuangnya menjadi mulia kerana mempertahankan aqidah Islam dan kita wajib merasa mulia untuk melangsungkan kesinambungan perjuangan dengan aqidah ini. Kerana aqidah ini, kita sanggup berkorban, mendepani cabaran dan meredah mehnah biarpun berapa harga pengorbanan tersebut.
 
3. PAS adalah benteng utama untuk mempertahankan syariat dan aqidah ummah sesuai dengan dasar dan prinsip perjuangannya. Sebagai sebuah parti politik yang perjuangannya berteraskan Islam, PAS senantiasa dihadapan memperjuangkan aqidah, syariat dan kebajikan ummah.

4. Menyedari keruntuhan nilai hidup beragama yang semakin parah dalam negara kita, gara – gara budaya maksiat dan mungkar yang disiram subur oleh kerajaan UMNO dan BN sejak sekian lama, Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagai sayap utama parti, dibawah slogan Duta Penyelamat dan Kasih Sayang telah menubuhkan Front Bertindak Anti Murtad [ Forkad ] untuk menyelamatkan aqidah ummah dari musibah murtad.
 
5. Saya mengharapkan Dewan Pemuda PAS mampu berperanan sebagai dahan kukuh tempat ummah berpaut dan bergantung bagi menyelamatkan aqidah mereka. Sekurang – kurangnya 3 peranan besar dapat dilaksanakan melalui Forkad.
 
·         Memberi bimbingan khusus dan khidmat asuhan aqidah kepada mereka yang mengalami keraguan terhadap Islam dan syariatnya.
 
·         Melebarkan dakwah Islamiyah kepada masyarakat dan membentengi mereka dengan amal Islami di dalam kehidupan mereka.
 
·         Mengawasi dan memantau sebarang anasir yang tidak bertanggungjawab dari merosakkan aqidah ummat Islam seperti penularan gaya hidup bebas, free thinker dan lain - lain.

 
6. Isu aqidah adalah isu yang berterusan dan berpanjangan. Ianya akan terus ditangani dengan hikmah dan serius tanpa apologetic.  Namun kita tetap akan memberikan komitmen kita, bahawa non muslim berhak beramal dengan agama mereka tanpa gangguan, malah kita turut menentang apa jua tindakan yang melanggar hak – hak non muslim yang dipelihara oleh syara' seperti meruntuhkan rumah ibadah mereka, menghalang mereka mengadakan upacara agama mereka dan seumpamanya.
 
7. Sebagaimana kita juga akan bermati – matian berjuang mempertahankan aqidah ummah dari dicemari dan dinodai oleh mana – mana pihak termasuk mereka yang mengambil kesempatan di atas kelemahan fizikal dan material ummat Islam. Bahkan kita mesti berjiwa besar, berani dan rajin untuk tampil memperbaiki kelemahan ummat Islam dan berjuang membebaskan mereka dari belenggu kelemahan tersebut.
 
8. Mutaakhir ini, satu perkembangan menarik apabila UMNO dan BN juga berminat untuk bercakap soal aqidah dan memperlihatkan kononnya mereka juga sedang memperjuangkan aqidah. Buat masa ini, UMNO dan BN sememangnya diragui oleh kebanyakan pihak dalam usaha mereka memperjuangkan aqidah, justeru sejak sekian lama mereka menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Namun saya yakin dan percaya bahawa ini sebahagian dari kejayaan kita mendidik masyarakat selama ini, bahawa aqidah adalah suatu yang mesti diperjuang dan dipertahankan oleh seluruh ummat Islam justeru ia adalah suatu yang melepasi sempadan politik kepartian.
 
9. Sebagaimana kita berjaya menghapuskan doktrin politik suku dan agama suku yang dianut oleh UMNO dan BN sejak sekian lama sehingga hari ini, kita hampir tidak mendengar lagi pemimpin UMNO dan BN bercakap soal politik suku agama suku. Kita mengharapkan suatu masa nanti UMNO dan BN benar – benar memperjuangkan aqidah Islam dan melaksanakan tuntutan aqidah ini lalu meninggalkan perjuangan batil yang berasaskan faham nasionalis dan menerima Islam sebagai dasar perjuangan.
 
10.  Saya yakin dan  optimis bahawa PAS mampu memberi suatu yang jauh lebih baik dari UMNO dan BN untuk membangunkan Islam dan syariatnya di negara ini jika diberi peluang memerintah dan berdaulat. Sekaligus memperbaiki beberapa kerosakan teruk pada system pengurusan dan pentadbiran khususnya system pengurusan demokrasi dan pengendalian pilihanraya negara.
 
11.  Kebetulannya kini, negara  tidak boleh menghadapi pilihanraya berhakimkan SPR yang kini telah mengalami kecacatan parah pada nilai kepercayaan awam terhadap ketelusan dan keadilan mereka mengendalikan pilihanraya. SPR kini tiada pilihan melainkan hanya terpaksa berdepan dengan 3 keadaan :
 
·         Yang di Pertuan Agong merombak Suruhanjaya Pilihanraya yang ada pada hari ini.
·         Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya meletakkan jawatan segera
·         Merombak keseluruhan struktur Suruhanjaya ini dan membuat penstrukturan baru dengan penyertaan parti - parti politik yang bertanding serta pemerhati bebas dari peringkat nasional dan antarabangsa.

 
12. Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar salah satu pilihan di atas dikenakan kepada SPR sebelum terlambat. Tiada makna lagi pilihanraya, jika pengurusnya tidak telus dan pengadilnya tidak adil. Sebelum negara kita dipersenda oleh dunia antarabangsa dan rakyat seluruhnya hilang keyakinan dan kepercayaannya kepada SPR.
 
13. Penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihanraya sehingga kini masih kabur fungsinya. Tanpa penglibatan semua termasuk parti politik yang bertanding, ngo dan pemantau bebas di dalam Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihanraya , ianya akan terus terdedah kepada keraguan terhadap tahap keberkesanan Jawatankuasa Khas itu dibentuk.
 
14. Sungguhpun begitu, pemuda PAS mesti senantiasa bersedia untuk menghadapi apa jua bentuk makar dari pihak lawan dan sayugianya mengambil apa jua langkah berkesan untuk memenangi pilihanraya umum yang akan datang.
 
·         Kekuatan asas pemuda PAS menghadapi pilihanraya sebagaimana yang telah digariskan oleh pihak Jabatan Pilihanraya Pemuda mesti dimiliki bagi memastikan peluang memenangi pilihanraya senantiasa besar dan tinggi disamping kita terus berjuang menuntut pengendalian system pilihanraya yang adil dan telus.
 
·         Tugas utama pemuda PAS mesti diselesaikan mengikut dateline yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pilihanraya Pemuda. Jangan lengah dan tangguh kerja sehingga akhirnya semua perkara menjadi tunggakkan yang membebankan di saat akhir kita menghadapi pilihanraya. Perkara ini boleh dirujuk kepada manual tindakan atau manual operasi gerakkerja pilihanraya pemuda yang akan dipimpin dan dipantau oleh Jabatan Pilihanraya Pemuda.
 
·         Hala tuju pemuda PAS mesti dihadham atau dicerna dalam setiap aktiviti dan gerakkerja pemuda sehingga matlamat dan objektif perjuangan pemuda dapat dicapai dengan baik dan cemerlang.

 
15. Kita mesti menangi pilihanraya demi agenda perjuangan suci yang kita dokong ini. Selepas ini, semua organ pemuda di pelbagai peringkat mesti berperanan selayaknya. Ambil posisi dan pastikan berfungsi. Berjuanglah dengan penuh dedikasi demi melunaskan amanah perjuangan dan tanggungjawab kita kepada Allah swt.
 
 
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Thursday, August 18, 2011

Tazkirah Ramadhan oleh Muhammad Nuruddin Bashah



Kunjungan berbuka puasa pelajar STAR ke Surau Al-Ihsan


IPOH (17.8.11): Bersempena dengan cuti umum Nuzul Quran, sekumpulan seramai 40 orang pelajar-pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), Ipoh yang terdiri daripada ahli-ahli kelab BADAR (Badan Amal Makruf) tingkatan 3, 4 dan 5 berkunjung ke Surau Al-Ihsan, Rapat Setia, Ipoh untuk berbuka puasa dan bersolat terawih.

Sepertimana tahun lalu, kumpulan BADAR daripada STAR ini telah memilih Surau Al-Ehsan sebagai destinasi mereka untuk menimba pengalaman berbuka puasa, solat terawih dan bertazkirah didalam suasana berjemaah.

Kumpulan ini yang diketuai oleh guru mereka, Ustaz Tanusi dan Ustaz Rahim telah diberikan peluang oleh pihak surau untuk mengendalikan sendiri penyediaan berbuka puasa, mengimamkan solat Isyak dan juga Terawih. Pengalaman ini menyedia dan mendedahkan mereka dengan suasana hidup berjemaah dan bermasyarakat.

Majlis tahlil sebelum berbuka yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar ini sendiri

Jemaah surau dan juga guru STAR

Menunggu masuknya waktu berbuka

Ustaz Rahim (berbaju hitam) juga kelihatan seronok berbuka di surau ini

Hidangan kuih-muih dan bubur lambuk buat berbuka puasa

Solat Maghrib sebelum menikmati hidangan moreh

Pelajar-pelajar STAR menghidangkan makanan

Beratur untuk mengambil hidangan

Makan bertalam 4 orang


AJK Surau memastikan segalanya berjalan lancar

Menu moreh hari ini, Nasi Briyani, Kari Kambing, Ayam Masak Merah dan Jelatah



Sedap sungguh berbuka malam ini

Selepas berbuka, pelajar-pelajar membasuh pula


Ketua rombongan, Ustaz Tanusi kelihatan gembira dengan majlis malam ini

Pelajar STAR melaungkan azan untuk solat Isyak

Mereka juga diberikan peluang untuk mengimamkan solat Isyak dan Terawih


Haji Omar mewakili pihak surau, memberikan sepatah dua kata


Tazkirah Ramadhan

Sdr Nuruddin membawakan tazkirah mengenai pemuda Kahfi

Muhammad Nuruddin Bashah

Ustaz Tanusi mengucapkan penghargaan diatas kesudian pihak surau menerima kunjungan pelajar-pelajar STAR

Ustaz Rahim yang mewakili pelajar-pelajar STAR menyampaikan cenderamata kepada Ustaz Faisol bagi pihak surau

Bersalam-salaman diakhir majlis


Sebelum pulang, sekali lagi pelajar-pelajar STAR ini dijamu dengan kuih-muih

Dengan kejayaan kunjungan kali kedua pelajar-pelajar STAR ke Surau Al-Ihsan ini, mungkin majlis sebegini boleh dijadikan acara tahunan kelab BADAR ini. Semoga pengalaman yang mereka timba semasa berbuka disurau ini, akan lebih mematangkan mereka didalam kehidupan bermasyarakat.

Video isu sidang Dun Perak Ogos 2011 oleh DS Nizar



Sambutan Badar Al-Kubra: Panas dalam dingin hujan


IPOH (16.8.11): Sambutan Badar Al-Kubra yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Perak bersama Pas Kawasan Gopeng, telah diadakan di Markaz PAS Pengkalan Pegoh.
Majlis dimulakan dengan berbuka puasa, solat Isyak dan terawih berjemaah. Walaupun hujan turun dengan agak lebat, ianya tidak menghalang kehadiran yang ramai sehingga kawasan untuk solat terpaksa ditambah bagi menampung limpahan jemaah.

Malam yang dingin dengan serta merta bertukar menjadi panas dengan barisan penceramah yang hebat. Mereka adalah Pesuruhjaya PAS Perak, AF Ustaz Abu Bakar Hussein, Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin dan juga Ahli Parlimen Pasir Puteh Kelantan, Muhammad Husain.

Majlis dibukan oleh Sdr Radzi Zainon yang bertindak selaku pengerusi majlis.

Pesuruhjaya PAS Perak, AF Ustaz Abu Bakar Hussein




Pimpinan daripada DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) juga turut serta



Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Muhammad Hussain yang menggantikan tempat Datuk Husam Musa

DS Nizar Jamaluddin




DS Nizar melancarkan jualan buku terbaru daripada Tuan Guru Haji Hadi Awang yang bertajuk Konsep Asas Negara Berkebajikan

Wednesday, August 17, 2011

PAS Prihatin: Yang susah dijejaki, huluran bantuan diberi


BATU GAJAH (14.8.11): Biarpun negara kita telah merdeka selama 54 tahun, namun rata-rata kehidupan rakyat dinegara ini masih berada ditahap lama. Kemiskinan menghambat walaupun arus pemodenan begitu deras disekeliling kita.

Pengalaman sahabat saya yang buat pertama kalinya menyertai program menghantar bantuan kepada fakir miskin dan ibu tunggal ini, bukan sahaja memberi makna yang mendalam terhadap dirinya tetapi juga mendatangkan rasa insaf dengan apa yang ada. Amat sukar untuk beliau mempercayai apa yang dialami dan dilihat dengan mata kepalanya sendiri. Ramai lagi rakyat merdeka yang menderita dicengkam kemiskinan dan kesusahan. Tinggal diceruk dan hujung kampung, mengharungi badai hidup seharian dalam penuh kepayahan.

"Bayangkan seorang makcik tu beritahu yang kampung tu baru saja 3 bulan yang lepas menikmati air paip. Selama ini mereka hidup dengan air perigi sahaja. Negara kita dah merdeka 54 tahun tapi nasib rakyat masih susah dan sengsara tanpa siapa peduli," kata Faizul yang masih tidak dapat menerima kenyataan yang dilihatnya didalam arus kehidupan hari ini.

Skuad Kebajikan Dun dengan bertemakan 'PAS Prihatin' meneruskan perjalanan menjejaki fakir miskin dan ibu tunggal bagi menyampaikan bantuan sekadar terdaya agar Ramadhan ini mereka akan terasa, masih ada yang ingat dan prihatin akan nasib yang menimpa mereka.

Hargai pemberian dan bersyukur kerana masih ada yang sudi membantu

Sdr Radzi mendengar keluhan

Genangan airmata bagai menceritakan segala-galanya yang dilalui selama ini

Berterima kasih kerana bertanya khabar dan menghulurkan bantuan

Banyak yang diadukan kepada Sdr Radzi dan Muslimat PAS Batu Gajah



Sdr Radzi sedang berucap dihadapan fakir miskin dan ibu tunggal di Kg Changkat Larang

Bantuan dihulurkan berupa wang ringgit dan...

Beras dan bahan makanan lain

Sumbangan daripada PAS Changkat Larang







Kanak-kanak ini gembira dilayan Sdr Radzi

Rumah yang dhaif






Beras digalas, sebagai bantuan kepada yang memerlukan




Semoga segala kerja-kerja amal ini bukan setakat membantu kepada yang amat memerlukan tetapi juga dihitung sebagai pahala ibadah disisi Allah Taala.

Followers

Video ajijoi

Loading...