Thursday, June 30, 2011

Baju kuning: Ahli Parlimen Gopeng dan Adun Simpang Pulai mangsa terbaru


Polis terus mengasak penyokong BERSIH 2.0 dengan menangkap mereka yang berpakaian kuning, termasuk dua lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak.

NONEAhli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (kiri) dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai berserta dua lagi anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat pagi ini kerana berpakaian kuning.

Lee mendakwa beliau dicekup sebaik tiba sekitar pasar itu pada jam 9 pagi. Wakil rakyat PKR itu terus digari dan diheret ke ibu pejabat polis daerah Ipoh.

"Saya tidak memakai kemeja T BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya,” katanya ketika dihubungi.

Lee juga berkata beliau tidak mengedarkan sebarang risalah atau membawa sebarang sepanduk ketika itu.

Menurutnya, polis memaklumkan kepadanya beliau ditangkap mengikut Akta Polis bagi menghalang perhimpunan haram.

Semalam, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH.

Ahad lalu, ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan 14 aktivis PSM ditahan polis di tol Sungai Dua ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema "Udahlah...Bersaralah".

Mat Sabu: Kami komited tewaskan BN guna demokrasi, bukan cara lain

Mat Sabu menegas bahawa PAS ingin menewaskan BN menerusi pilihan raya. — Foto fail
Mat Sabu menegas bahawa PAS ingin menewaskan BN menerusi pilihan raya. — Foto fail

SHAH ALAM, 30 Jun — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengulangi komitmen parti Islam untuk menggunakan pendekatan demokratik sambil menegaskan, ada keperluan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya negara ini.

Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, yang antara lain menuntut pembaharuan sistem pilihan raya yang adil dan bebas.

"Kami mahu menewaskan kerajaan (Barisan Nasional) menerusi pilihan raya, bukan cara lain. Ini komitmen kami," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata parti Islam yang mencintai keamanan memenuhi janji itu meskipun terus berhadapan dengan retorik daripada kerajaan pusat pimpinan Umno-BN.

PAS merupakan salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat. Dua yang lain ialah PKR dan DAP.

Mohamad juga berkata Umno sudah mengabaikan pendekatan kesederhanaannya, sebaliknya menggunakan cara yang berlawanan kerana pemimpin-pemimpin mereka seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah hilang "ketenangan" ekoran kebimbangan boleh hilang kuasa kelak.

Beliau merujuk kepada ucapan Najib pada perhimpunan agung Umno tahun lalu, meminta ahli-ahlinya mempertahankan Putrajaya dalam apa cara sekalipun.

Ketika berucap pada ceramah dan solat hajat anjuran Dewan Pemuda PAS Selangor di sini malam tadi, Mohamad berkata, Pakatan Rakyat sepatutnya telah memerintah negara ini jika pilihan raya umum dijalankan dengan seadil yang mungkin.

"Ramai yang bertanya bagaimana kami mampu boleh menang lima negeri jika pilihan raya tidak adil... sebenarnya, jika pilihan adalah adil dan saksama, kami sepatutnya sudah memerintah Malaysia," katanya di Stadium Malawati.

"BN menyelamatkan 25 kerusi Parlimen kerana undi pos dan 40 kerusi Parlimen di kawasan Felda. (Jika) tanpa yang ini... kita sepatutnya sudah mengambil alih Putrajaya," kata beliau.

Pas Perak menyokong Himpunan Bersih untuk diadakan

KENYATAAN MEDIA PAS PERAK

30 JUN 2011

PAS PERAK MENYOKONG HIMPUNAN BERSIH 2.0 UNTUK DIADAKAN

PAS berpendirian,tanggungjawab asas Perdana Menteri Malaysia adalah untuk menjamin kebajikan dan hak asasi semua warga Malaysia diberikan secara adil kepada rakyat.

PAS akan terus mengulangi komitmen Perjuangan PAS kepada aktivisme yang aman dan berprinsip. PAS sentiasa mengecam sebarang bentuk kekerasan dan konsisten dalam seruan kepada orang ramai untuk menjaga nilai-nilai tersebut bersama. Masyarakat sivil tidak pernah keluar daripada pegangan ini dan tidak akan menyokong sebarang kejadian yang melibatkan kekerasan.

Bagi PAS, perhimpunan BERSIH 2.0 secara aman pada 9 Julai ini, warga Malaysia dari pelbagai latar belakang etnik, agama, dan politik akan meIaksanakan hak perlembagaan mereka secara demokratik dan aman supaya suara mereka didengari.

PAS  sedih dan kecewa atas kenyataan Perdana Menteri Malaysia YAB Najib Razak bahawa penyokong himpunan BERSIH 2.0 akan diambil tindakan jika terlibat dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan yang diketuai Perdana Menteri untuk menjamin keselamatan rakyat patriotik yang turun ke jalan raya menuntut hak mereka. Namun PAS tetap kecewa  kerana kerajaan malaysia enggan menunaikan tanggungjawab kerajaan sebagai penjamin hak perlembagaan dan keselamatan orang awam tetapi memilih untuk memutarbelitkan niat baik rakyat untuk berhimpun dan mengugut rakyat dengan tindakan menindas.

Bagi PAS, Perdana Menteri tidak membaca dan memahami tuntutan BERSIH 2.0 atau sengaja memburukkan imej BERSIH 2.0. Perdana Menteri perlu faham matlamathimpunan rakyat ini adalah adalah untuk memulihkan sistem pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil supaya semua parti politik di Malaysia boleh bertanding atas padang yang rata dan rakyat diberi peluang memilih sesiapa mereka fikirkan terbaik untuk menjadi pemimpin.

Bagi PAS sepatutnya Perdana Menteri menunjukkan idea-idea progresif yang beliau dukungi di dalam dan luar negara. Beliau boleh berbuat begitu dengan membenarkan himpunan 9 Julai berjalan tanpa halangan. Beliau juga boleh mengarahkan semua agensi kerajaan supaya bekerjasama untuk membolehkan setiap warga Malaysia yang ingin melaksanakan hak perlembagaan mereka boleh berbuat demikian tanpa perlu menakuti sebarang kekerasan dan kekacauan.

PAS mengingatkan Perdana Menteri bahawa kuasa politik berada dalam tangan rakyat, dan PAS menyedari bahawa kuasa politik di Malaysia dikumpulkan dalam tangan beberapa orang elit sehinggalah perubahan yang menyeluruh dilaksanakan atas sistem pilihan raya Malaysia, dan kuasa sebenar bagi Negara Malaysia adalah erletak kepada kuasa rakyat.

PAS berpendapat bahawa himpunan BERSIH 2.0 yang akan datang merupakan masa penentuan bagi Perdana Menteri dan kerajaan. Sebagai pemegang kata putus dalam kerajaan, sebarang tindakan keras terhadap masyarakat sivil, kegagalan menjamin keselamatan warga Malaysia pada 9 Julai, atau retorik yang mencemuhi rakyat patriotik dan aman akan mencerminkan kegagalan Perdana Menteri untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia.

Justeru PAS Perak memberikan komitmen untuk menghantar 50,000 ribu ahli PAS Perak untuk ke himpunan BERSIH, disamping menyeru semua penyokong PAS khusunya di Perak hadir dalam himpunan BERSIH 2.0 bagi menyatakan sokongan rakyat terhadap tuntutan 8 perkara bagi menjamin keyakinan terhadap sistem demokrasi Berparlimen.

PAS Perak juga akan memberikan komitmen untuk:

1)      Membuat edaran risalah BERSIH 2.0 di setiap kawasan dengan mencetak  risalah BERSIH 2.0

2)      Pelancaran BERSIH 2.0 peringkat Pemuda Pakatan Rakyat Perak, pada 3 Julai, di Dewan Chin Woo Ipoh, jam 2.00 hingga 5.00 Petang

3)      Pelancaran BERSIH 2.0 peringkat Negeri Perak, pada 4 Julai, di Bukit Gantang, jam 9.00 Malam.

   Ustaz Haji Abu Bakar Hussain

( PESURUHJAYA PAS PERAK )

Kerjasama politik antara kaum: Rakyat jangan buta sejarah

Hujah yang mengajar rakyat mempersoal agenda tahaluf siasiy PAS bersama DAP dan PKR telah menjadi tugasan tetap pihak tertentu  tatkala mereka kehabisan modal. PAS dikatakan bersekongkol dengan Cina dengan dengan menggariskan istilah 'bersekongkol' untuk menampilkan konotasi negatif (kolaboratif ke arah negatif).  Malah lebih lucu apabila si pelontar isu itu sendiri sedang menyokong UMNO yang juga bersama bersepakat dalam politik bersama kaum Cina bernama MCA. Jentera penerangan parti kelihatan banyak menumpukan tenaga untuk menjelaskan dan menjawab isu ini di akar umbi. Walau bagaimanapun lontaran isu mudah sebegini banyak menjerat kaum Melayu pertengahan dan kaum veteran yang masih tidak faham sejarah asal politik plural kaum dan etnik yang telah lama diamalkan oleh ahli politik dan pejuang kebenaran sejak pra merdeka lagi.

Dahulu UMNO yang kini terpaksa bergantung erat dengan politik kaum Cina dan India untuk memerintah negara ini turut menolak pandangan Dato' Onn Jaafar untuk menerima konsep plural kaum dalam persepakatan politik. (Istilah plural di sini bermakna jamak, bersepakat secara kolektif) Akibatnya, antara sebab Dato' Onn keluar dari UMNO adalah disebabkan penolakan idea 'mega' ini. Keputusannya kita melihat IMP (Independent Malaya Party) serta Parti Negara ditubuhkan untuk merealisasikan politik baharu ini.

UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman hanya menerima kerjasama antara kaum selepas berlakunya beberapa plot politik dalam usaha memerdekakan negara ini.

PAS sendiri telah menerima persepakatan politik plural kaum dan plural ideologi politik apabila berjuang bersama Parti Negara (PN) bagi menentang Perikatan pada 1959. Pilihanraya Umum 1959 menyaksikan Dato Onn kembali ke persada politik nasional apabila memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu Selatan hasil kompromi PN – PAS. PN juga memenangi 4 kerusi DUN Terengganu walaupun kemudiannya 3 ADUN PN dibeli UMNO yang mengakibatkan keruntuhan kerajaan Terengganu.

Jika UMNO mengajar rakyat bahawa fakta ini belum cukup kuat bagi menyaksikan bahawa amalan bergabung antara pelbagai parti adalah amalan biasa, sila lihat sorotan sejarah lebih awal lagi.

Menurut tulisan Ishak Saat (USM), percaturan politik pelbagai kaum yang pertama di Tanah Melayu adalah antara PUTERA-AMCJA pada tahun 1947. Perkara ini cukup menggambarkan suatu kerjasama erat antara kaum. PUTERA telah mengadakan Persidangan Gerakan Kiri di ibu pejabat PKMM di Jalan Batu, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1947. Dalam gabungan tersebut majoriti pertubuhan yang menganggotai PUTERA datangnya dari negeri Perak ataupun berpusat di negeri Perak, seperti PKMM, API, AWAS dan Hizbul Muslimin. (Jebat: Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies, Vol. 37 (2010): 68 – 85)

Melalui persidangan ini, kesepakatan antara mereka telah melahirkan PUTERA. Gabungan ini dilahirkan untuk memperkasakan pergerakan kiri di Tanah Melayu. Perlu diingatkan kepada UMNO, bahawa PUTERA turut disertai oleh PKMM yang mana antara pemimpinnya adalah juga pemimpin PAS kemudiannya. Malah dalam PUTERA wujud pimpinan Hizbul Muslimin yang kemudiannya menjadi pejuang kepada penubuhan PAS.

Memandangkan waktu itu pergerakan politik Cina turut menentang penjajah British maka PUTERA berpendapat perlulah mewujudkan kerjasama politik dalam kalangan mereka. All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) merupakan gabungan pergerakan Cina berhaluan kiri. Ini jelas menunjukkan golongan Ulama', nasionalis agamawan negara ini telah lama menerima konsep persepakatan politik antara agama, antara ideologi atas alasan SAMA matlamat SAMA tujuan tertentu. Jelas, Hizbul Muslimin dan PKMM tidak pernah menggadai perkara asas walaupun pernah bersepakat dengan golongan sosialis mahupun komunis.

Pandangan dan langkah tersebut membuktikan bahawa kerjasama politik pelbagai kaum telah dimulai oleh golongan kiri dalam persada politik Tanah Melayu. Caturan politik PUTERA-AMCJA berjaya menyedarkan pihak penjajah, bahawa rakyat pelbagai kaum boleh bersatu untuk terus maju ke hadapan.

Gagasan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu yang dianjurkan oleh penjajah British ditentang oleh PUTERA-AMCJA. Lantaran itu, mereka telah melahirkan sebuah perlembagaan yang diberi nama Perlembagaan Rakyat pada tahun 1947. Perlembagaan ini jauh lebih maju ke hadapan berbanding apa yang dilakukan oleh Suruhanjaya Reid yang memasukkan jarum penjajah ke dalam kosmo adat dan politik Tanah Melayu.

British meninjau bahawa kesepaduan antara kaum di Malaya hanya akan mengundang bala kepada agenda neo-koloni yang ingin mereka terapkan. Mereka ingin kaum di Malaya hanya bersatu dalam hal tertentu yang menguntungkan penjajah tetapi kekal komunal yang menjadi aspek pencegahan kepada penolakan sistem pemerintahan warisan British. Maka diberi restu untuk kaum-kaum di Malaysia menubuhkan parti perkauman yang berpisah-pisah. Akta Pertubuhan tahun 1920 yang dikuatkuasakan di Tanah Melayu dijadikan senjata British. Akta ini bertujuan memastikan semua pertubuhan mestilah didaftarkan. Dengan berbuat demikian, ia akan memudahkan penjajah mengawasi pergerakan, perancangan dan matlamat pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Kemudian pada 15 April 1947, akta ini dipinda lagi dan seterusnya dikuatkuasakan bagi memperketat dan mengawasi perjalanan pertubuhan-pertubuhan yang bersifat penentang. Namun kebanyakan pertubuhan yang berpegang kepada konsep perjuangan anti British mengambil sikap tidak mematuhi akta tersebut sehingga kekal ideologi kiri menerbitkan parti istiqamah seperti PAS.

Lantaran itu, J.D. Dalley, Ketua Perisik, Malayan Security Service di Tanah Melayu telah menyenarai dan melabelkan gerakan seperti PETANI, API, PKMM, AWAS, PNI, PETA, Hizbul Muslimin, Barisan Tani SeMalaya, Gabungan Melayu Patani Raya(GEMPAR/GMPR) dan Malayan Demokratic Union(MDU) sebagai radikal dan amat berbahaya kepada British di Tanah Melayu.

Jadi , apa yag perlu kita hairankan jika PAS bersama DAP dan PKR? Mengapa perlu dipertikai PAS pernah berpisah dengan DAP kemudian kembali bersama DAP? Ia hanya adat dalam berpolitik dan tebukti pernah menjadi amalan pejuang awal pra kemerdekaan. Selagi mana persefahaman boleh dicapai atas nama menolak kezaliman, persefahaman itu adalah absah dan ia relevan untuk diamalkan di Malaysia. Komposisi kaum dan atas perkongsian nilai sejagat yang sama menghendaki semua blok politik negara ini memilih jalan persefahaman antara kaum dan ideologi untuk menjatuhkan pihak satu sama lain.

Jika ingin tahu apa pula nilai sepunya kemanusiaan antara PAS dengan Parti Negara suatu ketika dahulu yang mengakibatkan persefahaman politik berjaya dilakukan, kita perlu tahu apa yang Dato' Onn perjuangkan bersama PAS pada 1959. Dato' Onn pernah memberi pandangan, para  Senator mestilah dilantik daripada kepelbagaian latar belakang politik supaya keputusan di peringkat Dewan Negara akan lebih adil.

Dato Onn juga menentang keras beberapa fasal di dalam Internal Security Bill 1960 (ISA) kerana wujudnya beberapa fasal yang mengekang kebebasan bersuara. Beliau berhujah bagaimana fasal-fasal tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sikap UMNO mempertikai hubungan PAS dengan DAP sama sahaja dengan sikap segelintir ahli UMNO yang pesimis terhadap idea persefahaman antara kaum  Dato' Onn pada 1951 dahulu yang akhirnya melihat UMNO sendiri terpaksa menerima cadangan seumpama Dato' Onn semata-mata untuk kekal dalam persada politik Tanah Melayu.

Muhamad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng

Berbaju-T BERSIH: 2 ADUN, 12 ahli DAP, PKR ditahan



Empat belas aktivis politik pagi ini ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.

NONESemuanya kerana gara-gara lapan daripada mereka memakaaju-T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah' pada waktu kejadian .

Aktivis itu mula mengunjungi pasar berkenaan kira-kira jam 9 pagi tetapi pihak polis tiba 15 minit kemudian dan mengheret mereka ke balai polis.

Dua belas daripada mereka adalah ahli DAP dan dua lagi ahli PKR.

Antara mereka yang dicekup polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausuha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.

Ketika dihubungi, Leong mengesahkan bahawa beliau ditahan tetapi belum diberitahu di bawah akta atau undang-undang mana mereka ditangkap.

NONE“Kami diberitahu polis mendapat arahan daripada 'pihak atas' untuk tangkap sesiapa yang memakai baju-T BERSIH,” katanya.

Mereka kemudiannya diarah menanggalkan baju-T Bersih yang dipakai mereka. Yang wanita pula diarahkan menukarkannya dengan baju lain.

Semua mereka dibebaskan kira-kira jam 8 malam dengan jaminan lisan dan diarahkan datang semula pada 7 Julai depan.


Dibebaskan tanpa berbaju kerana baju kemeja T Bersih mereka dirampas polis.

Wednesday, June 29, 2011

PRU13: PAS Perak yakin Perak kembali kepada Pakatan Rakyat

IPOH, 29 Jun : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan Pilihanraya Umum 13 bakal memberi cabaran besar kepada Barisan Nasional di perak Darul Ridzuan. Ini kerana, PRU 13 bakal menjadi medan dimana rakyat Perak akan menilai prestasi Barisan Nasional yang telah merampas Perak daripada Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak sah.

Beliau turut menegaskan bahawa kegagalan BN untuk mempertahankan tampuk kekuasaan pada PRU 13 akan menjadi bukti bahawa rakyat tidak merestui perbuatan mereka merampas Perak daripada Pakatan Rakyat. Tambahan beliau, walaupun PR dilihat sebagai menang tipis pada PRU 12, namun ianya adalah satu kemenangan yang sah daripada rakyat. 

Mengulas tentang kepimpinan BN di Perak, Dato' Dr Zambry Abd Kadir dilihat sedikit goyah dan banyak dibayangi dengan aura oleh Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang lebih disenangi oleh rakyat Perak berbilang kaum. Ini bukti yang jelas bahawa rakyat Perak tahu menilai siapa pemimpin yang lebih telus dan berjiwa rakyat. 

Memetik ucapan beliau, " PAS bersama Pakatan Rakyat tidak pernah gentar untuk menggempur Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang akan datang kerana kami percaya dengan mandat yang diberikan oleh rakyat di samping usaha gigih semua ahli."

Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya PAS Perak itu menggesa semua ahli PAS agar meningkatkan lagi hubungan dengan Allah SWT dan terus berkhidmat pada masyarakat agar Allah SWT berkenan untuk memberikan kemenangan pada pakatan Rakyat menjelang PRU 13.

ustazabubakar.wordpress.com

Monday, June 27, 2011

Tok Guru Nik Aziz menziarahi ke Makam Bukhari, Termizi sebelum ke Makam Rasulullah


ESOK Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama rombongan akan berlepas ke Uzbekistan jam 11:00 di Lapangan Terbangan KLIA Kuala Lumpur. Beliau dan rombongan akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa jam 6:30 pagi.

Lawatan beliau ke negeri bekas jajahan Russia itu dalam rangka menziarahi makam Imam Bukhari dan Imam Termizi yang terletak di negara berkenaan. Imam Bukhari dan Imam Termizi adalah antara perawi hadith yang terkenal dan tergolong dalam hadith-hadith sahih.

Beberapa orang wakil rakyat mengikuti rombongan berkenaan antara mereka ialah Adun Limbongan, Drs Zainudin Awah Hamat, Adun Meranti Nasaruddin Daud yang juga Speaker Dun Kelantan, Adun Kemumin Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Exco kerajaan Kelantan dan Adun Lanas, Abdullah Yaacob.

Rombongan Tok Guru dijangka akan berada di Uzbekistan selama dua hari sebelum berlepas ke Dubai untuk menujuk ke Madinah. Selepas mengerjakan umrah rombongan dijangka akan pulang pada 10 Julai sehari selepas himpunan Bersih. Ini bermakna Tok Guru Nik Aziz tidak akan menyertai himpunan Bersih.

Kepada Tok Guru dan rombongan diucapkan selamat berangkatan dan selamat pulang dan jangan lupakan sampai salam hamba kepada kedua imam besar itu dan juga Muhamamd Rasulullah. [ttdi.kl. 2:00 pm 27/06/11]

- dipetik dari blog MSO

Friday, June 24, 2011

Puisi 'Melayu' karya Usman Awang

Usman Awang

Usman Awang

Saya memang meminati karya-karya puisi Usman Awang. Tulisannya pendek bersahaja tetapi padat bermakna. Pagi ini terbaca cebisan-cebisan puisi Usman Awang yang dipetik bagi menggambarkan betapa pentingnya untuk bersama-sama didalam Himpunan Bersih 2.0 seperti yang disiarkan didalam Harakah.

Pusi karya Usman Awang yang dipilih untuk dikongsi bersama kali ini bertajuk 'Melayu':

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang

Biografi Dato' Dr Usman Awang

Bak kata pepatah Melayu, “harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan nama.” Biarpun hampir sedekad beliau pergi meninggalkan kita, namun dari lembaran karya-karya agung yang dinukilkan, kehadirannya tetap dirasai. Semasa hayatnya, beliau terkenal sebagai seorang penyair hebat dan ahli drama yang prolifi k. Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Setiabudi, antara nama pena beliau yang termasyhur. Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarham Dr. Dato’ Usman Awang.

Meniti Ranjau Kehidupan
Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya kepada Usman Awang. Tokoh ini dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul
Takzim. Ibunya, Halimah, meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari dan menjual rotan pada waktu musim tengkujuh. Usman Awang menerima pendidikan setakat darjah enam Sekolah Melayu sahaja. Faktor kemiskinan tidak mengizinkannya mengecap kejayaan yang lebih baik. Beliau pernah menuntut di daerah Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940). Ketika Jepun melanda Malaya pada tahun 1942, Usman Awang memerah keringat sebagai seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama enam bulan di Singapura.

Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Beliau pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat. Kemudian memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah. Selepas itu, Usman Awang menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.

Melangkah ke Dunia Persuratan Melayu

Pada tahun 1951, beliau berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf di Melayu Raya selama enam bulan. Beliau kemudian menjadi seorang pemberita. Sesudah itu beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang. Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu.

Pada tahun 1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya ialah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Bermula pada Mei 1982,beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Antara Karya Hebat

Usman Awang mula mencipta nama dalam dunia persuratan Melayu moden dengan penulisan sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Lantaran keistimewaan yang ada dalam sajaknya yang menarik, ia acap kali menjadi pilihan anak-anak sekolah juga masyarakat awam dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular ialah Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis Di Kuburan, dan Salam Benua. Manakala novel penulisannya yang masyhur sehingga kini ialah Tulang-tulang Berserakan. Begitu juga dengan cerpennya yang hebat seperti Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan sebagainya. Di samping itu, drama beliau yang bertajuk Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam turut dipentaskan.

Petikan esiswa Ogos 2009

Wednesday, June 22, 2011

Bancian 'The Star' - 99% sokong Himpunan Bersih

Rakyat telah bersuara. Rakyat telah memilih. Bukan hanya rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya memilih untuk bersama-sama dengan himpunan Bersih yang menuntut keadilan dan ketelusan didalam sistem pilihanraya negara.

99% merupakan satu jumlah yang besar. Yang menghampiri keseluruhannya. Ini menunjukkan betapa rakyat telah muak dengan penipuan didalam sistem pilihanraya negara. 

Hanya yang bergantung kuasa dengan sistem penipuan SPR sahaja akan menentang himpunan Bersih ini.

Malaysiakini melaporkan:

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.


Monday, June 20, 2011

Hamidah perlu jelaskan kelulusan projek RM5.8 bilion kepada syarikat bernilai RM100

Sebuah syarikat bermodalkan RM100 dianugerahkan projek bernilai RM5.8 bilion oleh kerajaan negeri Perak.

Rakyat Malaysia dan Perak khususnya, perlu tahu mengenai skandal ini. Hamidah sebagai exco kanan kerajaan negeri perlu menjelaskan bagaimana sebuah syarikat 'tidur' yang hanya berdaftar pada 28 Februari 2008, tanpa rekod aktiviti perniagaan, repot untung rugi dan juga alamat perniagaan boleh mendapat anugerah untuk melabur dalam projek Gas Cecair Asli ini. 

Projek ini juga dikatakan akan memberi kesan kepada alam sekitar yang menjadi tempat penetasan telur tuntung di Segari, Manjung.

Berita penuh:
DAP Perak is questioning the Perak government's approval of 150 acres of ecologically critical land at Segari, near Lumut, to a "sleeping company", purportedly for a RM5.8 billion Liquified Natural Gas (LNG) project.

nga kor ming press conference on 5.8billion bn project 190611 1In a press conference yesterday, Perak DAP secretary Nga Kor Ming (left) exposed what he called a "scandal" asking how a company with RM100 in capital, as according to the Registrar of Companies' (ROS) records, could invest the huge sum stated.

"The rakyat deserves to know how a sleeping company that just got registered on Feb 28, 2008 with a paid up capital of RM100 could invest RM5.8 billion?" said Nga.

The Taiping MP said a check with ROS also revealed that the company had no recorded business activity, profit or loss records and not even a business address.

According to Nga, Perak senior exco Hamidah Binti Othman on June 9 revealed that the state assembly had approved the plot in Segari, Manjung near Pangkor to Atigas Technology Sdn Bhd in May, for the purpose of a RM5.8 billion investment project.

Hamidah further stated that the company was to invest the amount and import LNG from Qatar and the Middle East.

She said the company was to reserve 33 percent of the LNG for the local market, and that the plant and factory would be completed in 15 months.

Valuable turtle breeding ground

"What is the rationale or what is so special that the state government can offer a 150 acre plot estimated to be worth RM50 million, to such a company?

"The land in Segari has a market value of RM300,000 per acre, and its ecological system is extremely critical for the image of Bandar Maritime Manjung," said Nga.

sabah islands suffer neglect 050609 sea turtle 04He said the coastal area of Segari and Pasir Panjang was a breeding ground for turtles provided valuable fishing grounds, calling on Hamidah to make public the Environment Impact Assessment Report (EIA) on the project.

Nga said Pakatan investigated the matter after receiving a complaint about the issue from a "disgruntled Umno leader".
Asking if there was even an open tender for the mega project, Nga said Pakatan Rakyat is expecting Hamidah to furnish an explanation and full details by Monday or face "further action". - Malaysiakini

Sunday, June 19, 2011

Himpunan Bersih 2.0: Bukti rakyat mahukan keadilan

IPOH, 19 Jun : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai medium untuk rakyat turun dan menyampaikan hasrat mereka.

Beliau berkata demikian selepas mengulas tentang sikap pemuda UMNO Malaysia yang juga mahu menjadi jaguan dengan turut serta mengadakan perhimpunan pada 9 Julai 2011.

Ustaz Abu Bakar Hussein menegaskan bahawa himpunan Bersih 2.0 merupakan satu perhimpunan damai yang dilakukan setelah beberapa usaha dan diskusi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menemui jalan buntu.

Mengulas tentang 350 laporan polis yang telah dibuat, beliau menyatakan yang perhimpunan Bersih ini bukanlah bertujuan untuk menganggu ketenteraman awam, tetapi menunjukkan solidariti masyarakat Malaysia yang mahukan keadilan. Beliau turut optimis yang perhimpunan ini akan berjalan lancar andai tiada provokasi yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Memetik kata-kata beliau, "Apa yang ingin disampaikan oleh PAS ialah, sistem politik negara yang dilihat semakin keroh harus diperbaiki agar sistem demokrasi kembali berada pada tempat asalnya."

ustazabubakar.wordpress.com

Kabinet baru Pas Perak tampil pimpinan berwibawa

http://pastiperak.files.wordpress.com/2011/05/ustaz-abu-bakar-hussain-pesuruhjaya-pas-perak-3.jpg?w=373&h=400IPOH, 19 Jun: PAS Perak selesai membentuk Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Perak dengan beberapa perubahan bagi jawatan utama

Ust. Abu Bakar Husain ( gambar ) dilantik semula sebagai Pesuruhjaya selepas mesyuarat pertama AJK PAS Pusat pada 12 Jun lalu yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin kekal dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Bekas Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Ust. Misbah merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh.

Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) yang juga Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 3.

Dr. Muhaimin Sulam pula dilantik sebagai setiausaha yang baru menggantikan Ust. Misbahul Munir Masduki . Perlantikan Dr. Muhaimin yang juga Yang Dipertua PAS Pasir Salak dibaratkan sebagai 'sirih pulang ke gagang' kerana beliau pernah menyandang jawatan berkenaan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak , Ust. Nuri Amin Endut dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS negeri yang baru mengantikan ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim Manakala Haji Osman Maseri dilantik sebagai bendahari.

Dua penolong setiausaha telah dilantik iaitu Ismad Sahril dan Puan Mazidah.

Haji Asmuni Awi kekal dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS negeri .

Beberapa orang ahli jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah ADUN Lubuk Merbau Haji Zainuddin Yusuf, Ust Sidik Noor, Azhar Rafie, Muhammad K Y Tiang, Mohd Zamri Ibrahim, Khairul Anuar Ismail dan Puan Rosaini bt Ali.

Dipetik daripada Facebook Ust. Misbahul Munir Masduki

Saturday, June 18, 2011

Menanggung menteri lebih membazir dari menanggung subsidi



Diwaktu rakyat dalam kesusahan akibat tekanan ekonomi yang semakin menyempit, kerajaan menarik subsidi yang dikatakan membebankan perbelanjaan negara. Benarkah subsidi untuk rakyat membebankan ataupun tanggungan kerajaan terhadap para menteri yang lebih membebankan.

Adakah para menteri prihatin terhadap kesusahan dan kesengsaraan rakyat? Ataupun mereka lebih sayangkan pangkat dan jawatan mereka yang segalanya ditanggung oleh kerajaan ataupun lebih tepat lagi KITA, rakyat.

Antara tanggungan kerajaan terhadap para menteri adalah:

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Sudah tentu para menteri menyokong tindakan kerajaan memotong subsidi rakyat asalkan kemewahan yang mereka kecapi ini dapat berterusan.

Friday, June 17, 2011

Lagi Best! Memang best

Kenderaan Myvi berwajah baru keluaran Perodua yang diberi jolokan Lagi Best! telahpun dilancarkan pada 16 June 2011 dan kini berada di setiap bilik pameran untuk tontonan awam.

Terdapat tiga variasi yang diperkenalkan. Standard, Premium dan Elegance. Dibilik pameran, terdapat ketiga-tiga variasi tersebut yang diklasifikasikan mengikut warna. Warna putih untuk Standard, Silver untuk Premium dan Hitam bagi Elegance. Juga terdapat warna Ungu yang canggih (hanya mula dipasarkan pada bulan August nanti).

Variasi Standard dijual dengan harga dari RM43,900, Premium RM50,000 dan Elegance RM57,400.

Myvi Premium

Ciri baru yang diperkenalkan kepada Myvi kali ini adalah dashboardnya yang diubah rekabentuk dan kedudukan laras gear automatiknya kini menyerupai Perodua Alza.

Kesemua variasi kini mempunyai airbag untuk pemandu dan juga penumpang. Kemasan dalamannya juga menampakkan keluasan yang bertambah daripada versi Myvi yang lama.

Wajah Myvi baru ini dicantikkan lagi dibahagian hadapan dan belakang dengan bentuk yang lebih aerodinamik. Walaupun sekali pandang seperti tiada apa yang berubah, tetapi apabila diamati dengan lebih dekat, ternyata ianya lebih menarik dan cantik.

Lampu hadapan diubah bentuknya dan digantikan dengan lampu projektor. Grill hadapan juga direka serupa dengan Alza.

Bahagian belakang pula kini berubah pada lampunya, bumper dan juga cermin yang berbentuk aerodinamik.

Ruang belakang juga dikemaskini untuk menampung keluasan tempat menyimpan barang. Tempat duduk belakang boleh laras untuk memberikan lebih ruang.

Enjin 1.3L DVVT, DOHC dan EFI yang masih sama tetapi berupaya menjimatkan lebih minyak dengan bentuk aerodinamik yang baru.

Myvi Elegance

Myvi Elegance diperkenalkan sebagai Myvi yang lengkap dengan ciri-ciri gaya terkini. Special Edition yang tersendiri. Siap skirting hadapan, tepi dan belakang. Spoiler juga tersedia.

Kerusinya berlapik kulit. Dilengkapi dengan sistem multimedia 6" sesentuh untuk USB, SD memory kad, DVD, Bluetooth, MP3/WMA, GPS dan radio.

Memang bergaya, berkualiti dan ada kelas tersendiri.

Singgahlah dimana-mana pusat jualan Perodua untuk menatap sendiri kehebatan Myvi baru yang dikatakan Lagi Best! ini. Ataupun boleh menghubungi rakan saya untuk menempah Myvi baru anda.

Ahmad Fairouz - DMM Sales (019-5644104) atau Mohd Shahir - Duga Saga (017-5662163)

Utusan Malaysia biadap siarkan kartun menghina Islam - Pesuruhjaya Pas Perak

IPOH, 17 Jun: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini mengecam karikatur terbaru yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia berjudul "Kekeliruan Kes Rogol" pada 15 Jun lalu yang disifatkan menghina syariat Islam.

Beliau kesal atas karikatur sebegitu yang dianggap langsung tidak bertanggungjawab dan menidakkan sensitiviti masyarakat beragama Islam di Malaysia. Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video. Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada 2 pihak berkuasa berbeza jelas mempersendakan golongan ulama dan Islam.

Beliau berkata, "Kartun sebegini jelas mempunyai niat jahat untuk memperlekeh pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. Unsur-unsur sebeginilah yang membawa kepada perpecahan umat. Bertentangan dengan objektif media itu sendiri sebagai alat perpaduan."

Ujar beliau lagi, "Pihak Utusan Malaysia seharusnya jelas dalam membicarakan soal ini. Zina dan rogol, adalah dua perbuatan yang mempunyai definisi berbeza. Justeru, mempunyai pemberat serta pertimbangan berbeza dalam soal hukum. Karikatur sebegini boleh mencetuskan salah faham kepada Islam malah mempersenda aspek sistem keadilan di dalam Islam."

Dalam pada itu, beliau meluahkan kekesalan terhadap sikap PERKASA dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dilihat seolah-olah membela Utusan Malaysia dengan mendakwa ia hanyalah sindiran terhadap golongan yang tidak memahami undang-undang Islam dan masalah persepsi individu.

Tindakan Utusan Malaysia ini turut dikecam oleh Persatuan Ulama Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Selain itu, Mursyidul Am PAS Datuk Bentara Setia Nik Abdul Nik Mat pula menyifatkan Utusan Malaysia sebagai "Denmark Malaysia" kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.

Sehubungan dengan itu, PAS Perak menggesa pihak Utusan Malaysia menarik balik siaran karikatur ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia atas kebiadapannya mempersendakan perundangan Islam.

Monday, June 13, 2011

Kejohanan Bolasepak 9 sebelah Piala Pusingan Radzi Zainon

IPOH (11.06.11): Dewan Pemuda Pas Kawasan Gopeng telah menganjurkan pertandingan bolasepak 9 sebelah bersama dengan Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat. Kejohanan bolasepak kali ini menawarkan Piala Pusingan Radzi Zainon kepada pasukan-pasukan bolasepak sekitar Dun Sg Rapat.

Bertempat dipadang bola Taman Lapangan Jaya, kejohanan ini yang berlangsung seawal 8.00 pagi telah menarik ramai anak-anak muda disekitar kawasan Gopeng untuk turut serta mengambil bahagian. Hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 ditawarkan kepada pasukan yang bergelar johan, RM300.00 buat tempat kedua dan RM100.00 kepada tempat ketiga.

Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian

Hadiah lumayan yang menanti pemenang

Piala pusingan yang menjadi rebutan

Jersi bola yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chye

Terdapat juga jersi bola yang ditaja oleh Manis Enterprise dan Bio-Sirih Cosmetics

Sdr Radzi Zainon diperkenalkan kepada para pemain

Sdr Radzi Zainon beramah mesra dengan pemain-pemain muda

Pasukan yang menunggu giliran


Yang beruban tu, pemain, pengurus atau pengadil? Beriya benar memberi arahan. Kenapa penjaga gol jauh hati pulak? Merajuk? Kena buang padang?

Panas Piala FA dibawa ketengah padang

Sdr Radzi Zainon sendiri melibatkan diri bermain bersama pasukan bolanya



Acara sampingan, tendangan penalti

Din Sayur, menerima cenderahati

Pemenang tempat ketiga, Kelab Sukan Pekan Razaki

Pasukan Desa Aman ditempat kedua

Johan Piala Pusingan Radzi Zainon kali ini jatuh kepada Kg Sengat

Sebagai tanda kenang-kenangan, Sdr Radzi Zainon menyiram pokok yang ditanam bersama Persatuan Penduduk Taman Lapangan Jaya yang bertindak selaku tuan rumah

Johan, pasukan Kg Sengat bergambar bersama Sdr Radzi Zainon dan pihak penganjur. Tahniah diucapkan diatas kejayaan menganjurkan pertandingan bolasepak 9 sebelah kali ini

Suatu Rasa 130611 - Internet

Internet. Apalah seorang blogger tanpa internet. Dengan adanya internet maka lahirlah blogger bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Dengan internet juga suara, pandangan, kritikan, sokongan, berita dan cerita dapat sampai kemana jua tanpa sempadan, tanpa sekatan.

Dengan internet juga, pengetahuan terbentang luas biarpun hanya duduk dirumah. Pengetahuan dihujung jari, dan mereka yang berinformasi akan pasti menguasai, baik masyarakat mahupun dunia.

Tetapi persoalannya, berbaloikah harga internet yang dibayar dengan kelajuan dan sambungan dari internet yang sampai?

Kini terdapat pelbagai pakej internet yang ditawarkan. Pelbagai janji juga diwar-warkan. 1GB, 3GB dan sebagainya penyedap halwa. Adakah semuanya terlaksana? Capaikah kepuasan sepertimana tawaran?

Internet dinegara kita bukanlah yang terlaju dirantau asia ini. Yang termahal, mungkin. Gangguan semasa pelayaran, selalu. Diluar kawasan, alasan buntu.

Monopoli jaringan internet oleh TMnet telah lama. Tetapi tahap servis yang diberikan masih ditakuk lama. Tidak percaya? Cuba-cubalah membuat pemeriksaan dengan menggunakan khidmat www.speedtest.net yang akan memberikan tahap sebenar kelajuan internet yang sampai ke rumah kita. Adakah sepertimana yang dijanjikan atau kita membayar perkhidmatan yang jauh lebih rendah daripada harganya.

Lingkaran hidup kita dikelilingi dengan internet. Setiap sesuatu pekerjaan yang dilakukan memerlukan talian internet. Dan kita terpaksa membayar harga yang mahal untuk mendapatkan perkhidmatan internet. Tetapi sayang, talian internet itu dijadikan sumber perniagaan yang mana kita sebagai pengguna adakalanya tertipu.

Internet adalah jendela dunia tanpa sempadan. Tetapi kita terpaksa membayar harga yang mahal hanya untuk membuka sebelah jendela sahaja.

~ ajijoi

Friday, June 10, 2011

Suatu Rasa 100611 - Servis

Servis. Satu ruang perniagaan dalam negara yang kini berkembang pesat. Servis ataupun perkhidmatan yang jika bijak menggunapakainya pasti membawa keuntungan.

Perkhidmatan adalah satu cara urus tadbir yang begitu diambil berat dinegara luar. Kepuasan pelanggan dengan perkhidmatan yang diberikan adalah keutamaan yang dititik beratkan. Sehinggakan pelanggan dihubungi kemudiannya untuk mengetahui sama ada perkhidmatan yang telah diberikan memuaskan hati ataupun sebaliknya.

Tetapi ini tidak berlaku dinegara kita

Setiap panggilan pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan yang telah dijanjikan mahupun yang telah dibayar, dianggap gangguan. Acuh tak acuh menyelesaikan masalah. Perkhidmatan yang diberi juga umpama melepaskan batuk ditangga.

Kita ambil MBI sebagai contoh. Longkang dihadapan rumah telah dipenuhi dengan pasir, sampah dan sentiasa tersekat laluan airnya. Dibuat aduan melalui telefon dan internet. Bukan sekali tetapi berkali. Tetapi akhirnya kita yang terpaksa membersihkan longkang dihadapan rumah kita sendiri. Apakah perkhidmatan yang diberikan? Hanyalah mengambil laporan yang dibuat tetapi bukan menyelesaikannya.

Yang lebih dipentingkan adalah bayaran cukai taksiran. Bergantungan banting-banting serata tempat mengingatkan warga kota untuk menyelesaikan bayaran cukai taksiran.

Wang ringgit untuk cukai adalah lebih utama daripada perkhidmatan yang diberikan. Inilah amalan dinegara kita. Rakyat menjadi hamba menagih satu kehidupan yang harmoni dinegara sendiri tetapi semuanya memerlukan wang. Membayar perkhidmatan tidak semestinya menjanjikan mendapat perkhidmatan.

Sampai bila? Perkhidmatan yang tiada tulus didalamnya, bisakah memacu kearah negara maju?

Followers