Tuesday, May 31, 2011

Umno bimbang jika rakyat bermaklumat

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan PAS kini sedang giat menyampaikan segala maklumat berkenaan kezaliman dan pengkhianatan UMNO terhadap rakyat di Malaysia.

Hal ini kerana, menurut beliau, UMNO sangat takut dan bimbang jika rakyat bermaklumat kerana ia akan mempercepatkan rakyat memastikan kezaliman UMNO berakhir.

Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat kinimenggunakan sebaik mungkin pendekatan medium baru bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat melalui blog, Facebook dan Twitter .

Memetik ucapan beliau " UMNO kini resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan. Mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri. Segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data".

" PAS mengharapkan semua jentera parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat  serta  mengetahui penyelewengan UMNO selama memerintah Malaysia ".

PAS yakin UMNO kini dalam keresahan, hal ini kerana jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika, jelas beliau.

Tetamu Khas Antarabangsa: Bukti Dunia Bersama PAS


TETAMU KHAS ANTARABANGSA : BUKTI DUNIA BERSAMA PAS

KENYATAAN MEDIA

LAJNAH ANTARABANGSA

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

28 Jamadil Akhir 1432 H | 31 MEI  2011

 

 

Bersempena  Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar

 

Diantara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.

 

Buat pertamanya juga, Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan akan berucap mewakili Kelab PAS Luar Negara bagi zon Eropah, Presidennya, Ir Jupri Bade dijangka akan menyampaikan ucapannya. Begitu juga perwakilan PAS Timur Tengah akan turut menyampaikan ucapan mereka.

 

Kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 hb Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , JAlan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM) yang akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohammad Sabu, YM Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia.

 

Disamping itu kedutaan-dutaan luar akan turut hadir pada majlis perasmian Muktamar ini yang dijangka akandirasmian oleh Timbalan Presiden PAS ,Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 hb Jun 2011 jam 8malam di Dewan MBSA.

 

RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB

Ketua

Lajnah Antarabangsa


Monday, May 30, 2011

IC Haram: Usaha menidakkan kuasa rakyat sendiri

Saya segera bersetuju dengan kenyataan Tuan Haji Mohamad Sabu (Harakah 27-29 Mei 2011)  bahawa sindrom pemberian kad pengenalan segera kepada rakyat asing untuk dimasukkan ke kawasan tenat BN adalah suatu tindakan menggadai negara. Malah ia merupakan suatu pengkhianatan tanahair yang tidak wajar diampunkan oleh rakyat yang sedar.

Sama ada rakyat Malaysia sedar atau tidak, membaca atau tidak, jahil atau pandai, mereka perlu diberikan penerangan berkenaan konsep pilihanraya yang menjamin pengekalan maruah tanah nusa bangsa. Memenangkan parti tertentu denganmenggunakan sokongan pihak luar seperti rakyat negara lain sebagai penentu politik dan siasah masa depan negara adalah agenda yang cukup bejat.

Gettell menegaskan negara adalah: komuniti yang bermastautin mendiami wilayah tertentu, menuntut dengan sah kemerdekaan dan mempunyai sebuah organisasi pemerintahan, dengan mencipta dan menjalankan hukum secara menyeluruh didalam sempadan negaranya. Negara tidak akan berdaulat jika keutuhannya diraih melalui undi dan sokongan rakyat luar.

Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-   1. warganegara Malaysia;   2. berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;   3. seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan   4. tidak hilang kelayakan. Akan tetapi jauh daripada itu, rakyat yang dibenarkan untuk memilih perlu diterapkan agar memahami peri penting undinya mencorak kemakmuran negara, kemerdekaan, keharmonian dan kedaulatan daripada dicemari anasir luar.

Dalam aspek siasah Islam, si pengundi perlu memahami tujuan membuang undi adalah untuk memastikan masa depan negara masih berada dalam lingkungan wilayah pentadbiran dan mengamalkan syariah serta syiar islam. Mereka perlu celik dan kenal mana calon yang adil, bermatlamat ke arah kebaikan serta mendokong keutuhan agama.

Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Di sisi syara', pilihan raya merupakan suatu bentuk aqad wakalah (perwakilan). Dan dalam peristiwa baiat 'Aqabah II, Rasulullah s.a.w. meminta 12 orang sebagai wakil dari 75 orang Madinah ketika itu yang dipilih oleh mereka sendiri. Riwayat ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan proses perwakilan (wakalah). Dengan demikian, hukum asal wakalah dalam syariat Islam adalah harus (boleh).

Golongan Ahlul Sunnah dan jumhur ulama berpendapat bahawa ketua negara hendaklah dipilih secara pilihan raya. Pemilihan khalifah merupakan ikatan kontrak di antara khalifah dan umat. Justeru itu, istilah yang dipakai dalam kontrak ini dinamakan "Bai'ah". Jika zaman Rasulullah, baiah mudah diperolehi lantaran penduduk Madinah menyerah urusna pemilihan kepada ahli halli wal aqdi yang adil iaitu sahabat Nabi yang tersohor, zaman terkemudin menyaksikan pemilihan ketua negara Islam lebih kompleks dan akhirnya pilihanraya demokrasi ala Barat diterima pakai kerana ia mendekati kaedah pemilihan kepimpinan zaman Rasulullah. Kerencaman pemikiran rakyat, fertiliti yang semakin meningkat, umat Islam yang pelbagai bangsa dan budaya menghendaki sistem pilihanraya mengantikan undi baiah secara ahli halli wal aqdi yang terhad kepada beberapa orang sahaja zaman Rasulullah.

Berdasarkan hal ini, kedaulatan Khalifah adalah didapati daripada rakyat, rakyat merupakan sumber kekuasaan yang sebenar dan ikatan di antara rakyat dengan ketua negara adalah ikatan sosial. Justeru itu, Dr. Yusof Al Qardhawi menyatakan bahawa sistem pilihan raya pada pandangan Islam adalah suatu kesaksian (syahadah) terhadap keletakan seseorang calon yang bakal dan akan dipilih.

Namun hal ini tidak bermakna jika politikus yang gilakan kuasa sanggup meremehkan urusan kewarganegaraan, memberi lesen kuasa undi kepada sesiapa sahaja yang sanggup membuta tuli mengundi mereka, yang akhirnya akan menghasilkan parti pemerintah yang menang dari aspek kertas undi tetapi kalah dalam perleksanaan mandat negara kerana rakyat tidak lagi menyokong mereka. Dalam erti kata lain mereka memerintah dalam situasi 'syok sendiri'. Adakah ia suatu kenikmatan hidup yang mereka kejari?

Dahulu Hasnar Ebrahim pernah ditahan ISA pada tahun 1980an kerana mendedahkan bahawa beliau pernah  bermesyuarat bersama Megat Junid, dan wakil Jabatan Pendaftaran Negara membincangkan kaedah pemberian IC kepada pendatang di sabah. Lantaran itu sebarang retorik BN bahawa mereka sedang menyelesaikan isu pendatang haram adalah dusta malah hipokrit kerana Projek IC segera di Sabah jelas direstui oleh Mahathir.

Selepas kes IC palsu dilaporkan sekitar 1990an, 17 kakitangan JPN termasuk Jabar Khan ditahan ISA juga sebagai satu cara kambing hitam tindakan Mahathir.

Gempar juga apabila seorang buruh Indonesia yang menunggu kad pengenalan selama 30 tahun mendedahkan bahawa beliau diminta menyokong BN jika inginkan kad pengenalan biru. Malah beliau diminta mengundi bukan di alamat tetapnya di Lembah kelang sebaliknya di Johor untuk memantu kawasan BN.

 Kini didedah pula hal sepucuk surat yang dihantar oleh Umno Bahagian Hulu Selangor  kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein bertarikh 23 Mac 2011 menyatakan jika ingin mengekalkan kerusi parlimen tersebut, Umno bahagian meminta "jasa baik" menteri supaya membawa masuk "bakal pengundi" terutamanya pemastautin tetap (PR - Permanent Resident) sebanyak 2,000 orang.

Jika Machiavelli masih hidup, beliau juga akan mengutuk tindakan kerajaan sebegini kerana Machiavelli cukup benci kepada pemerintah yang berjaya atas bantuan tentera upahan, tentera rakyat asing serta bergantung kepada para menteri yang hanya pandai mengampu.

Rakyat perlu disedarkan bahawa mereka kini tiada lagi nilai di mata BN kerana rakyat asing akan menggantikan rakyat Malaysia sebagai penyokong dan pengundi BN.

Beri IC kepada warga asing jelas suatu tindakan menghina rakyat sendiri, menidakkan kuasa undi rakyat sendiri.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng 2011

Friday, May 20, 2011

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS

Usaha sedang dibuat agar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas pada Muktmar PAS, awal Jun ini.

Meskipun semalam, Naib Presiden PAS itu secara berseloroh berkata: "Saya tunggu surat pencalonan dari Pusat, entah apa pencalonan ke tidak", isyarat ke arah itu semakin jelas.
Lantaran menunggu surat pencalonan daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS itu, beliau berkata belum memutuskan sama ada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS atau sebaliknya.
Sehingga ini, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mengumumkan mempertahankan jawatannya di samping AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu menawarkan diri.
Turut dicalonkan untuk jawatan itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub. Namun Husam dijangka lebih cenderung bertanding jawatan lebih rendah, manakala Salahuddin telah menyatakan pendirian untuk hanya bertanding mengekalkan jawatan Naib Presiden yang disandangnya kini.
Pengumuman awal kesediaan Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad untuk bertanding jawatan Naib Presiden adalah seakan memperlihatkan bahawa Tuan Ibrahim akan menawarkan diri bagi jawatan nombor dua itu. Ekoran kekosongan yang bakal ditinggalkan Tuan Ibrahim di peringkat Naib Presiden itulah, maka Idris berbuat demikian.
Perlu diingatkan juga bahawa Mohamad Sabu dikatakan telah mendapat pencalonan memberansangkan dan mempunyai potensi mengalahkan Nasharuddin. Lantaran itu Tuan Ibrahim telah "dipujuk" agar bersedia menerima pencalonan agar memberi impak langsung pada pola pengundian dan menjejaskan harapan Mohammad Sabu.
Tuan Ibrahim juga dilihat mempunyai kelebihan berbanding dengan Mohammad Sabu, di samping selaras dengan usaha untuk mengekalkan tampuk penguasaan ulamak dalam hiraki kepimpinan PAS. Oleh kerana itu jugalah penampilan Idris dalam barisan Naib Presiden dilihat menjadi relevan dan memungkinkan Tuan Ibrahim bertanding jawatan kedua tertinggi itu.

Wikileaks dedah 19 ‘aktor pengaruh’ dalam kitar politik Najib

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib (gambar), adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

“Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;

• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.

Husam Musa, satu-satunya nama yang dicalonkan kesemua jawatan

Satu-satunya nama yang dicalonkan untuk bertanding bagi kesemua jawatan yang dipertandingkan pada Muktamar PAS awal Jun ini ialah Datuk Husam Musa.
Husam dicalonkan bertanding jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat. Namun demikian Husam menolak pencalonan Pas Kawasan Bukit Bintang agar bertanding jawatan Presiden.
Husam pantas menolak pencalonan itu dan berikrar menyokong kepimpinan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan pada ketika itu berkata: akan bertanding hanya bagi jawatan AJK PAS Pusat.
Perkembangan itu dilihat seolah-olah Husam cuba meminggirkan diri. Beberapa pemimpin seangkatan beliau melihat pendirian Husam itu juga merugikan parti yang dihimpit cabaran demi cabaran apa-tah lagi pada PRU13 yang semakin hampir.
Semasa PRU12, Husam yang ketika itu Naib Presiden PAS merupakan salah satu instrumen penting yang memainkan dalam mengatur strategi pilihanraya untuk Kelantan dan Nasional. Husam juga telah membuktikan kewibawaannya dalam menjana strategi ekonomi negeri Kelantan, malahan menjadi ikon ekonomi yang baik.
Husam yang berlatarbelakang pendidikan ekonomi Universiti Malaya ternyata telah banyak melalui ujian getir di negeri cik siti wang kembang itu. Hubungan baik beliau dengan pimpinan saf utama PKR dan DAP juga menjadi aset penting kepada PAS. Amatlah rugi bagi PAS untuk menolak dan meminggirkan Husam daripada arus persada utama PAS.
Benar Husam sekurang-kurangnya wajar menerima pencalonan untuk bertanding sekurang-kurangnya bagi jawatan Naib Presiden bagi membolehkan beliau memainkan peranan lebih berkesan dalam persada PAS dan menonjolkan kehebatan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Empat belas orang layak bertanding jawatan Naib Presiden PAS, namun setakat ini hanya mantan Salahuddin Ayob dan Ketua Penerangan Idris Ahmad mengesahkan kesediaan bertanding pada muktamar Pas awal Jun ini.
Dua calon sudahpun menarik diri bagi jawatan itu, iaitu Anggota Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof dan Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulamak).
Dua lagi mantan naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man belum memberikan jawapan. Namun Tuan Ibrahim turut dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden yang setakat ini memperlihatkan mantan Nasharuddin akan dicabar Mohamad Sabu.
Banyak desakan meminta Tuan Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Selain nama besar lain yang turut dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak (juga layak bertanding timbalan presiden dan juga AJK PAS Pusat dan Menteri Besar Perak Ke-10 Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Selain mereka, turut layak bertanding jawatan naib presiden ialah Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (BendahariPAS Pusat).

Malaysia Today tandatangani MOU bersama Wikileaks


Jika dahulunya saya terpaksa tercari-cari sumber daripada laman web Wikileaks untuk pendedahan rahsia mengenai Malaysia, kini tidak lagi. Laman web tersebut telahpun menandatangani perjanjian bersama laman web berpengaruh Malaysia-Today untuk disiarkan pendedahan rahsia eksklusifnya di Malaysia-Today.

Terima kasih yang teramat buat Raja Petra Kamaruddin (RPK), tuan punya laman Malaysia-Today yang mengambil inisiatif untuk menyiarkan pendedahan-pendedahan rahsia rejim Najib untuk pengetahuan umum.

Nantikan banyak lagi pendedahan rahsia daripada gabungan laman web ini.

Julian Assange and Raja Petra Kamarudin at the Sunday Roast lunch in the Duke of York

With Sara Petra

Julian Assange has to report to the police station every day

The Memorandum of Understanding between Wikileaks and Malaysia Today is signed, sealed and delivered


Thursday, May 19, 2011

Siapa pengganti Anwar?

Anwar umpama tali ikatan 3 parti Pakatan Rakyat. Apabila tali dirungkai dan dibuang jauh, parti-parti mungkin kembali membawa haluan masing-masing. Dasar 'divide and conquer' BN akan lebih terkesan diwaktu itu.

PR perlu susuk tubuh yg boleh menggantikan tempat Anwar. Mungkin tak sama sekurang-kurangnya serupa.

Didalam PAS, belum ada pimpinan yg menampakkan karisma seharum Anwar. Agak sukar utk diketengahkan sebagai peneraju PR.

Bagi saya, hanya seorang pimpinan yg telah diuji dgn pelbagai isu mengenai Pakatan Rakyat dan kepelbagaian kaum yang terdapat didalamnya.

Karisma serta kebolehannya memimpin ketiga-tiga kaum terbesar dinegara ini telah terbukti sewaktu memegang tampuk kuasa disebuah negeri.

Hubungannya dengan parti PKR dan juga DAP memudahkan kearah itu.

Apatah lagi dengan keupayaannya menguasai pelbagai bahasa, amat sesuai untuk diangkat sebagai pengganti Anwar.

Beliau yang saya maksud dan cadangkan adalah tak lain tak bukan, Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin.

Sent from my iPhone

Wikileaks: Najib dan pembunuhan Altantuya


Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mengikuti secara dekat perbicaraan tertuduh dalam kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sering berbincang sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam pembunuhan tersebut, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepadaAsia Sentinel oleh lamanweb WikiLeaks.

najib pc in parliamnet on altantuya murder case allegations 030708Para diplomat tersebut, seperti juga orang awam, turut membuat spekulasi bahawa perbicaraan itu sengaja dilambat-lambatkan dan khuatir apa yang disebut dalam salah satu kabel tersebut sebagai "salahlaku pendakwaan" yang telah dimanipulasi untuk tujuan politik.

Pegawai kedutaan mengasaskan kebimbangan mereka kepada sumber-sumber pendakwaan, kerajaan dan pembangkang.

Kabel itu juga menarik perhatian kepada satu dakwaan menarik bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi,
mungkin telah cuba untuk menggunakan prosiding tersebut untuk membabitkan Najib - satu dakwaan yang cepat-cepat didiamkan dalam akhbar Malaysia.

abdul razak baginda pc 201108 04Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi Najib - ketua inspektor Azilah Hadri, 30 dan koperal Sirul Azhar Umar, 35, - yang dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah pada April 2009.

Abdul Razak Baginda (kiri) - kawan karib Najib dan kekasih Altantuya -
dituduh bersubahat dalam pembunuhan tersebut tetapi dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Pembunuhan itu telah dikaitkan dengan pembelian kapal selam Perancis membabitkan AS$1 bilion oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui oleh Najib.

Altantuya dilaporkan bertindak sebagai penterjemah dalam urusniaga tersebut, di mana syarikat Razak Baginda memperolehi 114 juta euro (RM534.8 juta) "bayaran komisyen" daripada pembelian itu.

altantuya and son 050309Dilaporkan Altantuya ditawarkan AS$500,000 untuk khidmatnya
sebagai penterjemah. Selepas ditinggalkan, dia menuntut pembayaran tersebut.

Sepucuk suratnya yang didedahkan selepas kematiannya, menyatakan dia menyesal kerana cuba "memeras ugut" Razak Baginda.

Peguam Perancis pula menyiasat sama ada sebahagian daripada 114 juta euro adalah habuan kepada ahli politik di Perancis atau di Malaysia.

Kabel itu turut menceritakan tentang satu siri pertemuan di mana ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berulangkali memberitahu pihak Amerika bahawa Najib dikaitkan dengan amalan rasuah dalam pembelian kapal selam tersebut serta pembelian jet pejuang Flanker Sukhoi Su-MCM-30 dari Rusia.

Anwar juga menarik perhatian kepada kaitan Najib dengan kes Altantuya.

-malaysiakini

Mengenali Ezam dahulu, Ezam sekarang

Apabila berkawan dengan kaki fitnah.....
Senator Ezam Mohd Noor, bekas orang kuat Dato' Seri Anwar membuat kenyataan terbarunya di Utusan Malaysia Online menuntut agar mantan bosnya itu bersumpah di dalam isu video seks yang hangat diperkatakan. Sudah dijangka Ezam akan terus menyerang Ketua Umum PKR ini dan tidak pernah Ezam tidor lena sekiranya tidak memburukkan dan mengaibkan tokoh yang pernah dipujanya dulu.

Berkaitan isu sumpah ini tidak lagi menghairankan bagi kita di dalam PKR khususnya kerana ini bukan pertama kali Dato' Seri Anwar dicabar berbuat demikian. Cuma kita merasa kesihan dengan sikap bekas Ketua Pemuda KeADILan (kini AMK) yang dahulunya terkenal dengan seorang yang berprinsip. Di mana prinsip beliau sekarang? Usahkan mahu mempertahankan prinsip dan hukum Islam di dalam isu ini, Ezam ternyata gagal mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini.

Sebelum in, Ezam pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan percaya lagi kepada Dato' Seri Anwar walaupun Dato' Seri Anwar bersumpah. Kenyataan beliau boleh dibaca di sini. Jika sudah tidak mahu percaya, mengapa sibuk-sibuk Ezam mendesak agar Dato' Seri Anwar bersumpah? Selain daripada bersumpah, beliau juga mendesak agar Ketua Umum PKR itu melakukan;

  • Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

  • Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.

  • Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

  • Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.

  • Di antara yang Ezam gariskan itu, saya tidak tahu yang mana satu yang Allah anjurkan kepada kita umat Islam di dalam menangani isu tuduhan zina ini. Khabarnya Ezam orang yang berugama dan kuat pegangan agamanya sehinggakan dikatakan sewaktu ditahan di dalam penjara dulu beliau sering membaca Al-Quran. Peliknya, ke mana ayat Al-Quran yang beliau baca itu dicampakkan? Mengapa Ezam meletakkan dirinya setaraf dengan Datuk Eskay dan gerombolan mereka? Adakah ini yang Allah maksudkan apabila manusia itu khianat, mereka akan dihina dan dijatuhkan darjat mereka di dunia ini lagi. Alhamdulillah, Dato' Seri Anwar tetap komited dengan pengakuannya dan memilih Islam sebagai penyelesaian dan keadilan, bukan sesumpah atau 4 perkara yang Ezam sebutkan di atas.

    Sedarlah wahai Ezam, insaflah kerana dendam kesumat itu tidak akan membawa ke mana-mana walau berapa penggal sekalipun kamu akan dilantik sebagai Senator. Kemuliaan di sisi manusia lebih-lebih lagi di sisi Allah SWT itu yang harus dicari. Berfikirlah sejenak, mengapa di dunia lagi kita dihina oleh masyarakat walaupun kita berada bersama golongan penguasa.

    Memang benar, Ezam pernah berjuang dan masuk penjara kerana melawan rasuah suatu ketika dahulu. Beliau masuk penjara kerana mendedahkan fail rahsia (Akta OSA) kes rasuah melibatkan Rafidah Aziz dan waktu itu beliau dilihat berani dan disanjung. Namun akhirnya, Ezam sendiri terjun ke dalam Umno dan berada `sekapal' dengan Rafidah Aziz . Rafidah Aziz tidak didakwa dan Ezam pula sudah tidak menyebut hal itu lagi. Kini, Ezam menjadikan Dato' Seri Anwar sebagai `bahan' untuk beliau `mencari makan' di dalam Umno. Itulah penghinaan namanya.

    Mudah-mudahan Ezam akan pulih semula dari ingatannya. Nasib malang menimpa Ezam menjadi pengajaran kepada kita di dalam PKR agar tidak mementingkan diri sendiri sehingga sanggup memakan daging kawan atau bekas ketua kita sendiri.


    Tahniah atas kejayaan Himpunan Pas Ganti Umno peringkat Zon Utara Perak - PJ Pas Perak

    IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Abu Bakar Hussain mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh jawatankuasa program yang terlibat atas kejayaan program himpunan PAS ganti UMNO peringkat negeri Perak yang dianjurkan pada 14 dan 15 Mei baru-baru ini.


    Menurut beliau, komitmen yang telah diberikan oleh seluruh ahli jawatankuasa program serta sokongan dari seluruh ahli PAS Perak dapat menguatkan lagi istiqamah dan semangat PAS Perak untuk menyusun strategi bagi merealisasikan agenda PAS ganti UMNO selepas PRU 13 nanti


    Beliau juga menyatakan, dengan kejayaan program PAS ganti UMNO ini,jelas menggambarkan PAS Perak sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 pada bila-bila masa dari sekarang.


    Memetik ucapan beliau “ PAS harus menjadi jauh lebih baik daripada Umno dan berlumba untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kita serius ingin menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti ”.


    “PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut”


    Justeru beliau mengharapkan agar himpunan rayat PAS ganti UMNO yang akan diadakan di zon selatan ( Cenderung Balai Teluk Intan Perak ) pada 28-29 Mei 2011 akan dapat menarik lebih ramai lagi kehadiran ahli dan rakyat untuk sama-sama berpadu tenaga bagi menjayakan program tersebut.


    ustazabubakar.wordpress.com

    Dewan Ulama' Pas Perak bersedia memimpin ummah - Pesuruhjaya Pas Perak


    IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan beliau yakin bahawa Dewan Ulama’ PAS Perak bersedia memimpin ummah bagi mendekatkan diri ummah kepada Allah dan terus bersama Pakatan Rakyat membimbing rakyat untuk menumbangkan kezaliman umno di Perak dan Malaysia.

    Beliau menyatakan demikian sempena majlis perasmian muktamar Dewan Ulama’ PAS Perak yang berlangsung baru-baru ini, di Pusat Tarbiyyah PAS Perak.


    Menurut beliau, Kepimpinan ulama PAS sudah menjangkau suku abad, satu tempoh yang tidak pendek dan tidak terlalu panjang untuk dinilai semula pencapaiannnya, melihat sejak daripada era kepimpinan ulama, pencapaian besar perjuangan yang diletakkan atas landasan Islam bagi menuju matlamat, keagungan Islam dan memartabatkannya menjadi perjuangan yang memikat hati majoriti umat Islam di negara ini, antara hasilnya, bermula pada 1990, PAS menang di Kelantan, dan sampai kini terus memerintah Kelantan.


    Selain itu beliau juga menyatakan, PAS juga pernah menang di Terengganu untuk satu penggal dan menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen sehingga kini, pada 2008 PAS mendapat sokongan daripada bukan Islam. Kecenderungan ini mula nampak beberapa ketika sebelum pilihan raya lagi apabila kita berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS kepada bukan Islam.


    Keanggotaannya bertambah dengan pesat sekali. Ini bukan retorik sokongan tetapi ia berkaya diterjemahakan oleh bukan Islam dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil selepas itu.Dominasi majoriti dua pertiga BN berjaya dinafikan. Dengan izin Allah jua, hitungan politik yang dulunya kita rasa mustahil, misalnya untuk Pakatan menguasai negeri-negeri seperti Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang, kini menjadi realiti.


    Memetik ucapan beliau, “ Ulama boleh bergandingan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa bantu-membantu di antara satu sama lain.Kepimpinan ulama hanyalah satu arah tuju yang kita nampak sebagai pengemudi parti”.


    “Ulama laksana juruterbang yang mambawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun ia bukan kerja dia seorang tetapi beserta parajurit-parajurit yang lain, kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar”.


    “Analogi itu ada di dalam PAS. Begitu juga seperti sejarah peperangan. Ada yang hebat berjuang dan ke depan. Nabi Muhammad mengetuai peperangan tetapi tidak pernah sekali pun membunuh. Begitu juga ada yang diperintahkan Nabi tetapi Nabi sendiri tidak pernah lakukan seperti azan dan qamat, sesuai dengan dirinya yang sentiasa jadi imam”.


    “Ada ketika Nabi pernah perintah pasukan tentera Islam berkhemah tetapi ditegur oleh pakar perang bahawa kawasan itu tidak sesuai kerana jauh daripada air, dekat dengan laluan angin dan mengadap pancaran matahari. Nabi bersetuju dan pindah tempat lain. Itu menandakan, dalam perang masing-masing ada kepakarannya. Ada yang hebat menombak, memanah dan ada yang hebat berdakwah.Begitu juga dalam PAS, masing-masing ada kelebihannya dan saling tampung-menampung”.


    Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan, perjuangan PAS dan UMNO sangat berbeza. UMNO pentingkan keduniaan, catur politiknya juga dunia dan modal besar serta janji mereka juga adalah dunia seperti pembangunan dan penambahan dari segi material.


    Untuk berdepan dan menyaingi UMNO, PAS bukan sahaja perlukan ulama, tetapi juga tenaga dan buah fikiran berbagai pemikiran dan idea untuk memantapkan parti dan bergerak memastikan kejayaan perjuangan Islam ini, Tegas beliau.


    Followers