Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Saturday, April 30, 2011

Cina tidak gentar ugutan Najib


Najib yang dilihat semakin terdesak serta celaru dengan perkembangan politik tanahair yang menghalakan isyarat bahawa sokongan rakyat Malaysia memberati kepada Pakatan Rakyat, semakin hilang arah apabila mengugut pengundi Cina agar memilih parti MCA atau kehilangan wakil Cina didalam kerajaan.

Perkembangan terkini yang menyaksikan politik masyarakat Cina telah bersatu didalam menentang rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, kezaliman dan ketidakadilan yang semakin ketara didalam pentadbiran kerajaan BN. Parti DAP kini dilihat sebagai alternatif yang terbaik bagi mereka memastikan penentangan mereka tersebut terlaksana. Kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP bersama Pakatan Rakyat membuktikan bahawa rakyat akan lebih terjamin dan makmur dengan pentadbiran dan pengurusan yang lebih telus seperti sistem CAT yang diamalkan disana.

Inilah yang paling ditakuti Najib Razak, Umno serta BN apabila sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat. Putrajaya semakin terancam.

Masyarakat Cina dinegara ini tidak akan pernah gentar dengan ugutan Najib Razak itu kerana tanpa MCA sekalipun, wakil mereka tetap akan berada didalam kabinet kerajaan. Bukan kerajaan BN tetapi kerajaan Pakatan Rakyat setelah PRU-13 nanti.

Najib: Mesej sudah jelas, kaum Cina kena pilih

April 30, 2011

KUALA TERENGGANU, 30 April – Kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata masyarakat Cina telah diberikan mesej yang jelas dalam isu tersebut.

“Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,” kata beliau dipetik beberapa media hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

Semalam, MCA, komponen kedua terbesar dalam BN, mengumumkan pendirian tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat pusat dan negeri jika calonnya gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum ke-13.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

‘‘Keputusan yang diambil hari ini hanyalah (bermakna) kita tidak akan menerima apa-apa jawatan di peringkat Kabinet dan negeri, bagaimanapun MCA masih tetap kekal sebagai parti komponen BN.

‘‘MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana kita masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara,” kata beliau.

‘‘Kami yakin kewibawaan Perdana Menteri selaku pemimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1 Malaysia,” katanya.

Dr Chua berkata, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

‘‘MCA perlu berubah kerana kita kena capai keputusan yang lebih baik daripada pilihan raya umum yang lepas,” ujarnya.

Pada 8 Mac 2008, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi parti terbabit.

PAS tegas akan bersama Pakatan

KUALA LUMPUR, 30 April: PAS dengan tegas menyatakan akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berjalan dengan baik di negara ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai kenyataan yang tidak sihat untuk perkembangan politik di negara ini.

Mustafa (gambar) mengulas kenyataan Najib yang sekali lagi menjemput PAS untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) walaupun sudah beberapa kali ditolak oleh PAS.

Chua pula berkata, MCA tidak akan berada dalam kabinet lagi jika parti itu tidak mendapat sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib hari ini mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Najib ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.

Najib mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini. Sebelum ini timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin juga datang ke Dun Manir, kawasan yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib.

"Suka saya tegaskan sekali lagi, PAS akan tetap komited bersama dengan Pakatan Rakyat - bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berkembang dengan baik di negara ini demi kepentingan masa depan Malaysia," kata Mustafa dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Bagi Mustafa, kenyataan Najib dan Chua ini hanya kenyataan politik.

Menurut Mustafa, mempunyai orang Melayu sepenuhnya di pihak kerajaan manakala pembangkang pula Cina adalah satu ciri-ciri kemusnahan kepada negara yang tercinta ini.

"Jadi PAS tidak akan membiarkan dirinya ke arah itu," tegas beliau.

Mat Sabu: PAS perlu kekal dalam Pakatan


Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu berkata, beliau berpandangan bahawa parti Islam itu perlu kekal bersama Pakatan Rakyat walau walau apa saja nasib yang bakal menimpa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

azlanTegasnya, keputusan berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan tidak harus dibuat secara bersendirian oleh mana-mana pemimpin PAS tetapi dibuat oleh parti.

Katanya, isu melibatkan tayang video lucah oleh trio Datuk T itu juga masih dalam siasatan dan beliau perbincaraan kes Liwat II juga masih berjalan.

"Saya berharap ada siasatan menyeluruh kemudian selepas itu barulah kita berbincang.

"Setakat apa yang berlaku sekarang ini, (ia) bertaraf spekulasi dan kita tidak mahu komen atas spekulasi.

"Siasatan yang berwibawa mesti datang daripada pakar dan sebagainya dan hasil siasatan itu kita akan bincang sama ada hendak terima atau tidak," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

alleged four full sex videos on youtube 290411 17Tambahnya, parti itu juga tidak akan membuat pendirian rasmi kerana isu berkenaan setakat ini masih dilihat sebagai satu spekulasi.

"Kita tidak akan membuat pendirian selagi perbincangan rasmi tidak dibuat di peringkat parti dan di peringkat hukum.. kita akan tunggu di peringkat majlis syura ulama.

"Kalau (pandangan dibuat) di peringkat peribadi dia tidak secocok dengan pandangan jitu yang akan dibuat oleh majlis ulama," katanya.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam sidang media sama turut menyatakan bahawa beliau setakat ini masih sedia untuk bertanding bagi merebut jawatan timbalan presiden PAS dalam pemilihan pada Jun.

Pemuda Pas Parit Prihatin: Selesai masalah rakyat

Parit, 29 April 2011 – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit sekali lagi menunjukkan rasa prihatin dan cakna terhadap masalah rakyat apabila mengunjungi penduduk kampung di Parit 8 semalam sekaligus menghulurkan sedikit bantuan kebajikan. Rombongan tersebut telah diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz Shah Hakimi Shah Alami dan turut disertai oleh beberapa Exco Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit.

bantuan kebajikan.PNG

Program ziarah kebajikan semalam telah singgah di dua buah rumah penduduk yang dalam keadaan daif serta serba kekurangan. Seorang penduduk kampung Parit 8 yang diziarahi semalam yang hanya mahu dikenali sebagai Din berkata, beliau berasa sangat terharu atas keprihatinan Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit akan nasibnya yang ditimpa strok kecil seterusnya menyebabkan tidak mampu untuk mencari sumber pendapatan dan terpaksa bergantung harap kepada ehsan isteri dan anak-anaknya.


Din yang juga ahli Umno Kawasan Parit melahirkan rasa kecewa dengan pimpinan Umno Kawasan yang langsung tidak menjenguk beliau dan bertanya khabar walaupun merupakan penggerak kuat Umno di cawangan beliau. Dalam kesempatan ziarah tersebut, Din telah menyatakan hasrat untuk menyertai PAS dan bersedia untuk menjadi penggerak PAS yang kuat di cawangan beliau.

bantuan kebajikan2.JPG

Dalam ziarah di rumah yang kedua, Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit begitu tersentuh akan nasib seorang ibu tunggal yang tinggal dalam sebuah rumah yang begitu kecil tidak berbilik dan tidak mempunyai elektrik. Kedaifan hidup ibu tunggal tersebut semakin menghibakan kerana beliau baru sahaja kehilangan sumber pendapatan utamanya iaitu mencari buah luruh di ladang kerana peraih yang selalu membeli buah tersebut telah berpindah ke tempat lain.


Memetik ucapan Ustaz Shah Hakimi semasa program Ceramah Isu Semasa pada sebelah malamnya, “Pemuda Pas Kawasan Parit akan mencari alternative pekerjaan untuk kedua-dua buah rumah yang baru sahaja diziarahi ini. Insya Allah, dalam masa terdekat, Pemuda Pas Kawasan Parit akan bergotong royong membantu membina banggunan baru untuk ibu tunggal yang amat memerlukan bantuan tersebut. “

ustaz shah hakimi.PNG

Menurut beliau, “Rakyat di Kawasan Parit ini seharusnya memahami bahawa UMNO sudah tidak relevan untuk menjadi wakil rakyat di kawasan ini kerana masalah rakyat seperti di dua buah rumah ini sudah lama berlaku dan sampai sekarang masih tidak ada penyelesaian sedangkan ianya boleh diselesaikan. “


Ustaz Shah Hakimi menegaskan lagi bahawa, “Sekarang sudah masa untuk rakyat memilih PAS dan Pakatan Rakyat sebagai wakil rakyat mereka demi membela nasib dan kebajikan mereka.”



Najib nak meminang lagi


Bukannya meminang anak dara, andartu ataupun janda sebab nak kahwin lagi. Nak mampus? Mana dia berani dengan 'suami'nya si Rosmah tu. Bukan, bukan.

Najib meminang PAS lagi, untuk sertai BN. Tak faham-faham agaknya. Tuan Guru Nik Aziz daripada dulu lagi telah memberikan jawapan yang muktamad untuk Pas sertai Umno ataupun BN, ubah dasar kepada Islam maka Pas akan dibubarkan untuk bersama-sama memperjuangkan Islam didalam Umno dan BN.

Dah la tak nak melaksanakan Islam, yang terbaru kini cuba merosakkan lagi Islam di Malaysia dengan penyebaran video seks porno dan mengangkat sumpah untuk lepas daripada kesalahan.

Umno dan BN yang kini semakin membusuk dan hanya menantikan masa untuk luput, sudah pasti mencuba nasib sekali lagi untuk mendapatkan bantuan talian hayat daripada Pas yang semakin didekati oleh bukan sahaja orang-orang Melayu, malah bangsa yang lain juga yang telah menyaksikan prinsip Islam pegangan Pas didalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan juga Kedah yang diterajuinya.

Setelah memalitkan Anwar Ibrahim dan PKR dengan video seks, kini Pas pula cuba dipecahkan dengan 'peminangan' untuk bergabung. 'Divide and Rule', satu teori lama yang masih menjadi pegangan kuat Umno dan BN sudah pasti tidak akan berjaya mempengaruhi minda rakyat Malaysia yang kini mempunyai maklumat yang terkini dan sahih dihujung jari.

Semoga pimpinan PAS tidak akan termakan dengan permainan politik Najib Razak yang semakin NAZAK.


Najib sekali lagi ajak PAS sertai BN

KUALA TERENGGANU, 30 April — Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.

Najib (gambar) mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini.

Laporan Utusan Online memetik Najib memberitahu masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.

Kata Presiden Umno, parti itu yang akan menyambut ulang tahun penubuhan 11 Mei ini berkata ia lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.

Eskay diragui keislamannya?

Tan Sri Rahim Tamby Chik (left) watches as Datuk Shazryl Eskay Abdullah performs an oath-swearing ritual at Masjid Amru Al-As in Kuala Lumpur, April 29, 2011. — Picture by Choo Choy May

"Dengan rasa sedar dan bertanggungjawab, saya sahkan sepengetahuan saya, pesumpah yang akan bersumpah di Masjid Sentul ada diragui keislamannya" demikian tulisan YB Drs Khalil Idham Lim didalam twitter beliau.

YB Idham Lim juga mendedahkan bahawa Eskay yang berketurunan Siam daripada Naka, Kedah itu masih mengamalkan ajaran agama asalnya iaitu Hindu. Walaupun telah memeluk Islam tetapi masih terdapat patung tempat penyembahan Hindu, menurut saksi yang pernah kerumah beliau.

Sebagai ahli perniagaan yang kerap kesebuah negara Asean suatu masa lalu, juga seorang yang sangat gemar kepada pelacur. Sehinggakan urusan perniagaan sanggup ditangguh dahulu sehinggalah selesai kerja-kerja maksiatnya itu, menurut YB Idham didalam twitter lagi.

YB Idham juga mempersoalkan kelayakan Eskay untuk memasuki masjid dan bersumpah didalamnya.


Pemimpin Umno kaki botol, kaki perempuan - Anwar



AMPANG: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno kerana berterusan memfitnah beliau menggunakan pelbagai strategi jahat.

Katanya, tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga.

Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun.

“Agenda fitnah yang digunakan Umno amat melampau dan tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia baik sejarah dunia Islam, China, mana-mana pun,” ujar Anwar ketika ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang malam tadi.

Anwar terus ditunggui rakyat biarpun Umno cuba merosakkan reputasinya dengan menggunakan video seks fitnah

Kira-kira 5,000 hadir menyaksikan ceramah tersebut yang turut menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz serta penampilan khas Adun Ba’kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khatab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus

Anwar dalam ucapannya, membidas pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu besar yang melanda negara seperti rasuah dan salahgunakuasa.

Tambah beliau, ketika rakyat berdepan isu kenaikan harga minyak, barangan dan kos kehidupan yang semakin tinggi, Pakatan Rakyat yang membawa agenda untuk kemakmuran rakyat pula cuba dihancurkan.

Malah katanya, Umno menggunakan strategi jahat untuk memusnahkan reputasi Pakatan, dengan menyerang beliau secara peribadi menggunakan fitnah kotor dan jijik.

“Tak ada fitnah melampau seperti ini. “Ini politik apa? Ini cuma mahu alih pandangan. Isu debat, ekonomi keselamatan negara sampai sekarang tak ada jawapan,” ujar beliau.

Mengikuti ucapan Anwar dan pimpinan KEADILAN, kehadiran melimpah ke luar dewan

Hadirin mendengar pidato beliau, terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat.

Bukan sahaja golongan dewasa, malah golongan muda dan remaja belasan tahun, juga tekun mendengar ucapan Anwar.

Ia membuktikan mereka sudah muak dengan situasi politik negara dan kempen lucah yang digunakan Umno-BN untuk menghancurkan kredibiliti Pakatan Rakyat.



Saya nasihat depan Eskay, ingatkan azab Allah- Ustaz Shamsul

KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.

Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi.

Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.

Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.

Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.

“Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’.

“Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.

Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.

“‘Skrip’ yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf,” katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu.

Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.

Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li’an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.

“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,” ujarnya.

Followers

Video ajijoi

Loading...