Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Tuesday, January 25, 2011

BN salahguna harta awam di Dun Tenang

Sepertimana biasa di dalam pilihanraya kecil yang sebelum ini, Umno dan BN sekali lagi tanpa segan silu menyalahgunakan harta awam untuk kepentingan parti mereka.

Gambar-gambar yang dipaparkan disini menunjukkan bagaimana peralatan daripada RTM dipunggah masuk ke dalam bangunan milik MCA di Labis.

Siapa kata Umno dan BN kuat? Dimana kekuatan mereka jika terpaksa mengguna dan bergantung kepada jentera kerajaan semata-mata.

1. Peralatan RTM untuk kempen BN


Satu lori barangan diangkut untuk kempen BN

Lokasi kejadian

2. Helikopter untuk pengangkutan siapa ni? menteri? YB?..baca diSINI..





Perkara-perkara seperti ini berlaku kerana SPR mengamalkan sikap 'tutup sebelah mata' jika ianya melibatkan parti Umno dan BN tetapi 'terbeliak mata' jika parti-parti daripada Pakatan Rakyat yang melakukannya.

Monday, January 24, 2011

Pelancaran 'Huan' (UBAH) di Dun Tenang

Suasana meriah hari pertama kempen calon PAS ini disemarakkan lagi dengan sokongan padu daripada rakan Pakatan Rakyat.

Gambar: CALON PAS DUN Tenang, Normala Sudirman (dua dari kanan) bersama Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang, Salahuddin Ayub membuat lakaran perkataan Mandarin 'huaan' yang bermaksud ubah. - Foto Nurul Shafina Jemenon

Tengahari semalam, bertempat di perkarangan Wayang Pacak PAS, DAP melancarkan tema sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 3 Februari nanti. Majlis itu diserikan dengan tarian singa dan mainan gendang daripada kumpulan 'Action Team'.

Pada majlis tersebut, Cikgu Mala diberi peluang menyempurnakan tulisan tema Tahun Baru dalam bentuk kaligrafi Cina iaitu 'Huan' yang bermaksud ubah.

Dr Hew Kuan Yau, Exco Publisiti DAP berkata, berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina, setiap Tahun Baru mereka akan memilih satu tema sebagai simbol permulaan yang baik bagi tahun tersebut.

Lazimnya tema yang dipilih ini akan dipamerkan atau digantung di hadapan pintu rumah dengan tujuan menghalau roh jahat. Amalan tradisi ini juga dianggap sebagai membawa tuah bagi masyarakat Cina amnya.

Tambah Dr Hew lagi, Cikgu Mala akan menulis tema tahun baru tersebut sebanyak 6 salinan. Ini kerana bilangan 6 kali atau 6x6 membawa maksud 'sangat lancar'.

"Kami percaya kemenangan untuk memenangi kerusi di Dun Tenang kali ini akan berpihak kepada PR melalui calon PAS, Cikgu Mala."

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Mohammad Sabu, Dato Mahfuz Omar, Dr Dzulkifli Ahmad dan Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau. -n05tenang

Gambar-gambar pelancaran 'Huan' dari lensa Kak Leha.









Laga perut tu Bang Mad, MCA tak nak komen ke?


Rasuah di Dun Tenang

Felda Tenang (24 Januari): Bagai telah menjadi satu amalan, pembangunan hanya datang apabila adanya pilihanraya disana.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini, tetapi itulah yang selalunya berlaku. Dan ianya pula dibuktikan dengan gambar-gambar sepertimana dibawah ini.

Projek 'mee segera' sedia berkhidmat disetiap lokasi pilihanraya kecil tanpa mengira cuaca dan waktu.
Allahyarham Tun Razak turut diheret bersama didalam kempen Dun Tenang?

Dasar UMNO/BN memenangi hati peneroka dengan umpan projek mee segera. Budaya umpan UMNO/BN dari dulu kini dan selamanya. Rakyat diutamakan sewaktu mereka terdesak dan mahukan undi rakyat. Bila undi sudah dapat poket pimpinan mereka yang didahulukan.






Kempen Cikgu Mala berlangsung TENANG

Kempen calon PAS untuk N5 Dun Tenang, Cikgu Mala untuk bertemu dengan pengundi-pengundi disekitar Tenang berjalan dengan baik dan lancar.

Dipaparkan disini gambar-gambar kempen beliau yang disunting daripada Facebook Kak Leha untuk tatapan pembaca.

Kempen Cikgu Mala di pasar

Meninjau keadaan penduduk kampung

Bertanya khabar penduduk kampung

Terharu menerima lawatan calon PAS

Yang uzur tidak dilupakan

Anak yang kurang bernasib baik juga mendapat perhatian

Jangan pening-pening Kak, ubahlah sekarang...Selamatkan Malaysia

Suami Cikgu Mala juga turut turun padang membantu

Wajah Tenang yang menjadi tumpuan

Kumpulan pengiring kempen yang pelbagai kaum

Isu salam: Mungkinkah Soi Lek belajar daripada Zambri?

Mula-mula, baca yang ini dulu. Syabas buat Harussani dengan teguran dibawah.

Isu bersalam: Harussani anggap Soi Lek hina Islam, perlu minta maaf

January 24, 2011

LABIS, 24 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani(gambar) menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan” masyarakat Cina di DUN Tenang.

“Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan.

“Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.

“Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam,” kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

“Barangkali beliau (Dr Chua) tidak tahu, beliau tak tahu apa itu hukum Islam.

“Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya.

“(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram,” katanya.

Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

Dalam pada itu, Harussani turut menyifatkan tindakan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengeluarkan “fatwa” baru sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.

“Beliau (Nizar) tidak boleh gunakan ajaran agama sewenang-wenangnya, kalau tiada dalam tuntutan (agama) tidak boleh kata haram.

“Kalau nak keluarkan (fatwa) mesti ada nas-nas, jangan main cakap sahaja.

“Kalau tiba-tiba kata haram ia melebihi Tuhan, melebihi Tuhan adalah syirik,” katanya.

Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

“Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan.

Saya tidak sebelah mana-mana, apa yang saya cakap berdasarkan agama Islam,” katanya.

- Malaysian Insider

Chua Soi Lek belajar daripada Zambri?

Berkenaan isu salam sepertimana yang dikatakan oleh Chua Soi Lek menunjukkan bahawa kejahilan beliau didalam perkara-perkara yang membabitkan agama Islam. Ini memang jelas.

Umno selaku parti rakan kepada MCA juga telas jelas nyata GAGAL didalam menerangkan konsep Islam sebagai cara hidup yang sebenar.

Gesaan Mufti Perak agar Chua Soi Lek memohon maaf kepada umat Islam dinegara ini adalah amat wajar dan tindakan yang tepat sekali.

Namun begitu, sekiranya Chua Soi Lek menunjukkan gambar seperti dibawah, dimana seorang Exco AGAMA yang juga merangkap Menteri Besar? Perak, Zambri Abdul Kadir bersalaman dengan seorang wanita yang jelas bukan muhrimnya, dikhalayak ramai pula, sebagai bahan bukti akan kenyataannya tempohari tentang 'tertib bersalam seorang wanita Islam', apakah jawapan yang hendak diberikan (atau diterangkan) oleh Mufti Perak akan hal tersebut?

Ini kerana bukan sahaja MCA, malah seluruh rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam telah diajar dan ditunjukkan contoh oleh pimpinan Umno selama 53 tahun bahawa apa yang dilarang oleh agama Islam, boleh dilakukan tanpa batasan oleh mereka. Contohnya: bersalam lelaki dan wanita, tidak menutup aurat, rasuah, minum arak dan banyak lagi.

Kita sebagai umat Islam dinegara ini perlulah menunjukkan contoh yang sebenarnya kepada yang bukan Islam agar jangan kita dipersoalkan kelak....akan kejahilan kita yang telah lama tahu berbanding kejahilan mereka yang tidak diberitahu.

Mungkin Mufti Perak boleh merenungkan akan hal ini sambil menatap gambar dibawah sedalam-dalamnya. Pasti Mufti akan berfikir bahawa bukan hanya Chua Soi Lek seorang sahaja yang perlu ditegur didalam hal ini.

Mana satu pilihan TENANG untuk bawa suara rakyat

Berdasarkan kepada video kedua-dua calon yang bertanding di N5 Dun Tenang seperti yang ditayangkan dibawah, saksikan dan pilihlah calon yang benar-benar layak untuk membawa suara rakyat di dalam dewan undangan negeri.

CALON BN - AZAHAR IBRAHIM



CALON PAS - CIKGU NORMALA SUDIRMAN


Tujuan dibuat pemilihan seseorang untuk dilantik kejawatan Ahli Dewan Undangan adalah untuk membawa suara rakyat tempatan kedalam dewan untuk pembelaan yang sepatutnya.

Dengan kepetahan dan skill bercakap yang dimiliki calon PAS yang juga merupakan seorang guru, pasti selayaknya dipilih untuk jawatan tersebut.

Tetapi jika calon BN yang dipilih, suara rakyat takkan sampai kemana dengan 'skill' bercakap yang ia pertontonkan didalam video diatas.

Buatlah pilihan yang TEPAT, wahai warga yang TENANG.

Pilihan yang berwajah TENANG






TENANGkah pula wajah-wajah yang dibawah ini?

Lihat saja kelatnya wajah Ghani Osman....TENANGkah dia?

KeTENANGan bukan milik TokAi dikala ini.....

Bukti penyelewengan Datuk Ai, Calon BN Dun Tenang

Pada siri pendedahan yang lalu, CiLiK© telah mengutarakan kisah lelongan yang menyebabkan tanah berkenaan terlepas ke tangan pihak ketiga akibat Keculasan Datuk Ai, Calon BN semasa menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Segamat ketika itu, sila rujuk link ini [Penyelewengan Calon BN].

Sebelum ini, Datuk Ai (Calon BN DUN Tenang) mengatakan bahawa dia tidak bimbang dengan serangan pembangkang kerana "beliau tidak ada perkara yang disembunyikan" [Utusan]. Nampaknya Datuk Ai sudah lupa dengan salah guna kuasa yang pernah dilakukan malah sudah diketahui oleh seluruh warga di Segamat! bangkai gajah mahu ditutup dengan tudung saji "Pelanduk mudah lupakan jerat". CiLiK cabar Datuk Ai! Sila nafikan pendedahan ini!


Pendedahan diteruskan

Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh tuan tanah, sehingga terpaksa bergolok bergadai untuk mempertahankan tanahnya daripada dilelong, namun proses lelongan tetap juga berlaku.

Sebagai jalan terakhir, tuan tanah yang terlalu terdesak telah menawarkan wang RM 3000 kepada pembida agar menarik diri daripada lelongan tersebut. malangnya pihak pembida menolak, sebaliknya meminta wang sebanyak RM 30,000 jika mahu pihaknya menarik diri dari pembidaan tersebut.

Akhirnya terlepaslah tanah seluas 8 ekar ini kepada pembida tersebut. Tuan tanah yang berasa dianiaya oleh masaalah birokrasi Datuk Ai selaku PPT pada waktu itu telah melantik peguam bagi memastikan perkara ini dibawa ke mahkamah.

Keadilan harus dituntut! Salah guna kuasa Calon BN, Datuk Ai harus didedahkan kepada masyarakat! Ini bukan isu peribadi, tetapi isu penyelewengan yang melibatkan tanah rakyat yang teraniaya.

Sebagai bukti dakwaan ini, di bawah ini CiLiK© dedahkan dokumen-dokumen yang berkaitan, [Sila klik untuk membesarkan imej]

Nuffnang Ads





Nantikan pendedahan seterusnya, apabila pembeli tanah telah mengambil tindakan saman ke atas Kerajaan Johor akibat dari keculasan Calon BN DUN Tenang, si Datuk Ai ini.

CiLiK© "Datuk Ai cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji walaupun bau busuknya sudah lama dihidu oleh seluruh warga di Segamat Johor!"


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/01/bukti-penyelewengan-datuk-ai-calon-bn.html#ixzz1BxEGlJlt

Umno bantu MCA berkempen HINA ISLAM di Dun Tenang


Bongkar! Penyelewengan Calon BN DUN Tenang


Previously on [Gempar! Calon BN DUN Tenang bakal ditelanjangkan!], CiLiK© telah meneruskan siasatan pada hari ini. Berdasarkan maklumat dari beberapa orang responden yang CiLiK© temui semasa penamaan calon (22 Januari 2011), tanah yang telah dilelong kepada pembeli tanpa pengetahuan tuan tanah terletak di satu kawasan di Mukim Jabi Segamat.

Bagi membuktikan kesahihan maklumat ini, CiLiK© telah ke Mukim Jabi Segamat dan mencari sendiri di manakah letaknya lokasi tanah berkenaan dengan bantuan seorang kakitangan Pejabat Tanah.

Melalui alamat yang diberikan, CiLiK© telah pergi ke lot tanah berkenaan. Menyusur dari satu kebun ke kebun yang lain. Keadaan kebun-kebun yang tidak berpagar menyebabkan CiLiK© keliru yang mana satu lot tanah berkenaan. Alhamdulillah, setelah dirujuk dengan beberapa orang penduduk setempat, akhirnya CiLiK© berjaya menjumpai lot tanah yang menjadi pertikaian antara tuan tanah, pembeli dan juga Datuk Ai (Calon BN).

Berikut disertakan bukti bergambar perjalanan yang telah CiLiK© lalui hari ini :







Sebelum tanah ini dilelong (tanpa pengetahuan tuan tanah), ia hanya dipenuhi dengan pokok buah-buahan, jati dan sebagainya. Kemudian, tuan tanah telah mencagarkan tanah untuk membuat pinjaman bank. (Bank : CIMB). Akibat gagal membuat pembayaran balik pinjaman, proses lelongan telah dimulakan.

Lantaran itu, tuan tanah telah bersusah payah bergolok gadai mencari dana sebanyak mungkin untuk melunaskan pinjaman tersebut demi menyelamatkan tanah beliau dari dilelong kepada pihak lain. Hasilnya, beliau telah membayar RM10,000 kepada CIMB Bank bagi mengelakkan tanah beliau dilelong. Namun, proses lelongan diteruskan juga.

Resit pembayaran RM 10,000 kepada pihak CIMB Bank telah dibawa pada hari lelongan. Tuan tanah terus berjumpa dengan ADO yang bertugas pada waktu itu. Siapakah ADO itu? Datuk Ai la siapa lagi! Bukan setakat itu sahaja, demi menyelamatkan tanahnya dari dilelong, beliau telah membawa juga RM 12,000 tunai. Namun rayuan beliau kepada Datuk Ai dipersetankan sebegitu sahaja.

Jika difikirkan, Datuk Ai selaku ADO Segamat perlu menggunakan budi bicaranya untuk memberi peluang kepada tuan tanah bagi menyelamatkan tanah beliau. Namun semua itu tidak berlaku.

Adakah ini satu konspirasi?

Adakah ADO Segamat ketika itu (Datuk Ai) mastermind dalam lelongan tanah berkenaan?

Jika ya, mengapa tarikh siasatan lelongan tidak dimaklumkan kepada tuan tanah?
Dan lebih dahsyat lagi, mahkamah telah membuat keputusan bahawa Pentadbir Tanah telah pada 11 Ogos 2003 membuat keputusan dan menetapkan tarikh lelong dan harga rezab TANPA KEHADIRAN mana-mana pihak.

a)Tiada wakil dari pihak pemohon hadir
b)Tiada wakil dari pihak responden hadir
c)Pentadbir Tanah juga tidak dapat menjelaskan tarikh itu tarikh itu tarikh apa

Manakala perintah lelong ditarikhkan pada 18-9-2003 yang mana kesemua pihak tidak mengetahui tarikh 18-9-2003 tersebut tarikh apa.

Untuk lebih jelas, klik gambar ini di bawah :

Nuffnang Ads


Satu persoalan yang belum terjawab, siapakah pembida tanah yang dimaksudkan?

Nantikan pendedahan yang seterusnya.

CiLiK© "Mungkin ramai yang bertanya dari mana cilik mendapat maklumat tentang semua ini. Ingatlah tuan-tuan, perkara yang baik akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kebenaran PASTI akan mengatasi KEBATILAN! Allahuakhbar!"

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/01/bongkar-penyelewengan-calon-bn-dun.html#ixzz1Bu9GfyGt

Calon BN Dun Tenang bakal ditelanjangkan

CiLiK© benar-benar dah muak dengan gaya kempen yang dilakukan oleh pencacai-pencacai UMNGOK dan Be End! Tak habis-habis dengan fitnah zina yang direka-reka oleh mereka! Sebaik sahaja calon PAS Cikgu Mala diumumkan sebagai calon sebelum ini, para pencacai UMNGOK melontarkan fitnah kononnya Puan Normala Sudirman pernah melakukan zina sebelum berkahwin dengan Maarof, suaminya kini rujuk link ini [Cikgu Mala difitnah].

Baiklah oleh kerana gerombolan pencacai sibuk memfitnah calon PAS, mereka terlupa bahawa calon BN yang mereka agung-agungkan sebenarnya memiliki rahsia besar! Bermula dari hari ini, MiLo SuaM akan membongkarkan satu persatu rahsia tersebut beserta buktinya sekali. Harap-harap gerombolan pencacai UMNGOK dan Be End bersedia untuk menutup kemaluan calon Be End yang bakal MiLo SuaM bongkarkan!

Pendedahan ini akan membuatkan semua penyokong Be End dan UMNGOK beserta calon Be End tersebut bagai cacing kepanasan. Rahsia-rahsia beserta dokumen ini diperolehi dari sumber yang dipercayai. CiLiK© akan dedahkan semua rahsia ini beserta bukti. Jangan terkejut, kerana calon Be End ini ternyata penipu besar dan boleh dikategorikan sebagai perompak harta rakyat! Malah beliau juga mempunyai kes mahkamah dan terbukti bersalah!

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh MiLo SuaM tak kata! Menentang dengan fakta bukan auta! Nantikan pendedahan demi pendedahan yang akan dibongkarkan!

Sebelum itu, apa yang pembaca perlu ketahui, Calon BN merupakan Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd. Azhar Ibrahim, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang pada 30 Januari ini [Utusan].

CiLiK© tertarik dengan satu gambar yang berlegar di ruang facebook berkaitan satu persoalan mengenai calon UMNGOK Barisan Nasional, Datuk Mohd Azahar Ibrahim atau nama glamornya Datuk AI. Rujuk gambar di bawah ini :



Ada persoalan yang timbul. Mengapa Datuk AI ditukarkan dari Segamat ke Rengit? Dalam bahasa yang paling mudah, kenapa dari Daerah Segamat yang besar kepada Daerah kecil di Rengit? Ini bermakna, walaupun jawatan beliau masih ADO di Rengit, namun grade beliau telah turun. Masakan boleh jadi begini. Sekiranya beliau seorang penjawat awam yang perform dalam menjalankan kerja, mustahil beliau akan diturunkan grade. Sepatutnya, dari ADO di Segamat kepada DO Ini baru betul!

Sila lihat sendiri, dan nilaikan bagaimana calon BN ini telah diturunkan pangkat dari ADO daerah yang besar (Segamat) kepada ADO untuk daerah yang kecil (Rengit) sila rujuk link ini [ADO Segamat] dan [ADO Rengit]

Kebetulan CiLiK© ada di DUN Tenang, maka CiLiK© berasakan perlu untuk isu ini disiasat. Sementara menantikan pengumuman calon yang bertanding, CiLiK© cuba menyelongkar isu pertukaran Datuk Ai ini daripada beberapa orang responden yang mengaku diri mereka dari Daerah Segamat.

Menurut responden, kes Datuk Ai ini sebenarnya telah tersebar hangat di kalangan staff Pejabat Daerah Segamat itu sendiri bahkan diketahui oleh kebanyakan warga Segamat. Apa kesnya? Sekitar tahun 2003, Datuk Ai telah menyalahgunakan kuasa ADO beliau untuk melelong sebidang tanah di Mukim Jabi Segamat kepada pembeli tanpa pengetahuan tuan tanah.

Lantaran daripada itu, tuan tanah telah memfailkan kes ini ke mahkamah pada tahun 2004. Benarkah dakwaan ini? Tunggu pendedahan yang seterusnya.

CiLiK© "Di hari penamaan calon, Datuk Ai berazam untuk menyelesaikan isu tanah pengundi di DUN Tenang? Hehe.. Boleh percaya ke Datuk Ai? Nak selesai bagi habis ke tanah orang kampung?"

Update: Pendedahan seterusnya sila klik link ini [Bongkar! Penyelewengan Calon BN DUN Tenang!]

Sunday, January 23, 2011

Prk Tenang: PAS vs BN

CALON bagi pilihanraya Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim (BN), 39, (kanan) dan calon PAS Normala Sudirman, 38, melambaikan tangan kepada jurugambar selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Pusat Penamaan Calon bagi pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N.09) di majlis Daerah Labis, hari ini.


LABIS: Pilihan raya kecil N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menyaksikan saingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS apabila hanya dua kertas pencalonan yang diterima sehingga tempoh penyerahan borang tamat.

Barisan Nasional diwakili oleh calonnya, Mohd Azhar Ibrahim 39n bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit sementara PAS meletakkan calon wanita, Normala Sudirman,38, bekas guru.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir pada pukul 11.28 pagi di perkarangan Majlis Daerah Labis di sini pada Sabtu.

Md Asri berkata walaupun terdapat tiga bantahan diterima sepanjang tempoh bantahan berlangsung namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak kesemuanya.

Sementara itu, Mohd Azhar berkata, beliau akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meraih sokongan daripada pengundi pelbagai bangsa di Tenang.

"Kita akan cuba meraih undi daripada penduduk Melayu, Cina dan India di Tenang," katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon di pusat penamaan calon, Majlis Daerah Labis di sini, Sabtu.

Beliau juga yakin Umno mempunyai peluang untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang.

Mengenai calon wanita yang diturunkan oleh PAS pada pilihan raya kecil kali ini, Mohd Azhar berkata: "Bagi saya tak ada masalah sama calon wanita atau lelaki. Masing-masing punya kelebihan.

"Kita ada cara dan pendekatan tersendiri begitu juga dengan mereka," katanya.

Bagi calon PAS, Normala pula beliau turut melaungkan kenyakinan untuk menang dan percaya pengundi di Tenang akan membuat kejutan demi mengubah bangsa dan negara pada masa hadapan.

"Saya yakin pengundi akan buat perubahan dan anjakan paradigma demi masa depan mereka.

"Malah saya yakin dan optimis mandat akan diberikan dan pengundi akan buat pilihan terbaik untuk pilih wakil rakyat," katanya.

Namun bekas guru ini menegaskan nasibnya terletak kepada keputusan dan mandat yang akan diberikan oleh pengundi di Tenang pada hari pengundian nanti.

Pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan pada 30 Januari ini.

Ia diadakan ekoran kematian penyandanya, Datuk Sulaiman Taha,59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.

DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 14,735 pemilih biasa dan 18 pengundi pos, dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani, pekerja di ladang getah dan kelapa sawit.

Daripada jumlah itu, 7,014 orang (47.54 peratus) terdiri daripada kaum Melayu; Cina (5,766); India (1,780); Bumiputera Sabah (enam), Bumiputera Sarawak (lima) dan Orang Asli (171).

Followers

Video ajijoi

Loading...