Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Wednesday, July 28, 2010

Cerita dua versi



Penjelasan YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor mengenai pertemuannya dengan Dato' Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, semasa merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden, di Auditorium MBSA Shah Alam, pada 25 Julai 2010.




Kenyataan Harussani mengenai pertemuan dengan pimpinan PAS.

Tuesday, July 27, 2010

Tony pembekal peluru kepada Umno Selangor

Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara daripada DAP sekali lagi menjadi perhatian apabila membekalkan peluru kepada Umno Selangor untuk menghentam (mungkin juga sehingga tahap berdemo dan mengadap Sultan) kerajaan Selangor.

Mungkin beliau melihat isu pasir di Selangor semakin kendur, maka dilontarkan bola tanggung dengan isu diskaun hartanah bumiputera kepada puak Khir Toyo dan juga Noh Omar kembali berebut tunjuk hebat menjadi juara Melayu di Selangor.

Siapa yang bakal menyerlah kali ini, Khir atau Noh?

Mansuh diskaun hartanah bumiputera

SHAH ALAM 26 Julai - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor.

Katanya, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Menurutnya, tidak ada sebab diskaun bumiputera dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan.

''Jadi adalah wajar diskaun kepada bumiputera untuk pemilikan hartanah ini tidak dikekalkan kerana ia melibatkan nilai yang tinggi.

''Maknanya, bumiputera perlu berdikari dalam soal pemilikan hartanah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Tony, pemansuhan diskaun itu mampu memberi kesan positif kepada ekonomi Selangor kerana selain mewujudkan nilai hartanah yang stabil ia juga menjadikan pasaran lebih adil.

Beliau berkata, sekiranya projek pembangunan hartanah itu melibatkan penglibatan kerajaan negeri, pemansuhan diskaun memberi keuntungan kepada kerajaan negeri berdasarkan nilai pasaran semasa dan hasilnya boleh disalurkan membantu pihak lebih memerlukan.

Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas.

Tony yang juga Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP turut mengkritik pelaksanaan diskaun itu yang disifatkannya tidak adil kerana mungkin digunakan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan.

''Diskaun sebanyak tujuh peratus itu membolehkan pihak tertentu khususnya orang tengah mendapatkan hartanah dengan harga rendah kemudian dijual pada harga lebih tinggi,'' katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula pemberian tanah kepada anak syarikatnya yang dilihat tidak membantu dalam pembangunan hartanah di Selangor.

Menurutnya, kerajaan negeri didapati mempunyai kira-kira 50 hingga 80 anak syarikat yang kesemuanya terlibat dengan pembangunan hartanah di negeri ini.

''Keadaan ini menunjukkan kerajaan negeri memberi subsidi kepada banyak anak syarikat untuk mendapatkan tanah yang murah bagi menjalankan pembangunan berkenaan.

''Keadaan ini tidak akan menjadikan sektor hartanah di Selangor kompetitif," katanya.

-utusan malaysia

Peperangan maklumat di Selangor berharga RM15 juta

RM15 juta adalah satu angka yang cukup besar bagi kita orang biasa. Apatah lagi ianya untuk kegunaan 'peperangan maklumat' bagi menangkis gangguan BN terhadap perjalanan kerajaan negeri Pakatan di Selangor.

Tetapi perlu diingat, Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim adalah seorang bekas CEO yang berpengalaman luas di dalam bidang kewangan. Sudah tentu jumlah wang yang digunakan itu dikira sebagai berpatutan dengan jumlah penduduk Selangor yang menjadi sasaran maklumat itu.

Jika hanya RM3 digunakan untuk setiap orang penduduk Selangor bagi melawan 'jin jahat' BN yang mengganggu gugat kestabilan kerajaan negeri, ianya dikira berbaloi.

RM15 juta untuk 'perang' info S'gor

Untuk melawan propaganda BN dan laporan media arus perdana yang didakwa memihak, kerajaan Selangor memutuskan untuk memperuntukkan RM15 juta untuk mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya.

NONE"Jika kita mengambil populasi 5.2 juta rakyat Selangor, jumlah ini bersamaan RM3 untuk setiap seorang," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pagi ini dalam ucapan pembukaan dialog belanjawan 2010.

Katanya tindakan itu diambil bagi memberikan lebih maklumat supaya rakyat dapat membuat keputusan lebih bijaksana.

Dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portalTVSelangor, Selangor Kini (termasuk versi cetak).

"Kita juga akan menerokai potensi bagi mewujudkan Radio Selangor bagi melebarkan penyebaran maklumat," katanya.

Khalid berkata beliau telah beruding berkata tersebut dengan perbendaharaan negeri yang bersetuju menyalurkan peruntukan itu berdasarkan kepentingannya.

Kira-kira 300 pegawai keraaan dan wakil dariapada syarikat berkaitan kerajaan negeri dan kumpulan NGO hadir diolog bersama ADUN dan ahli parlimen itu.

Khalid juga berkata laporan berhubung kerajaan negeri setakat ini tidak seimbang.

-malaysiakini

Salur segera bantuan kemanusiaan Rohingya di Kutulapong

Keadaan umat islam Rohingya yang berada di Kutupalong Bangladesh kini amat menyedihkan apabila khemah-khemah dan pondok-pondok tempat mereka berlondung kini musnah dilanda banjir dan ribut teruk. Citizen International dan SHURA kini mengambil inisiatif untuk mengumpul dana untuk membantu 11000 keluarga di sana.

Kini mereka memerlukan bantuan sebanayak RM100 untuk kegunaan sebuah keluarga dan mampu menanggung kos kebajikan dan kehidupan selama 3 bulan.Banjir dan ribut yang melanda berlaku selama beberapa jam sebanyak 24.2 sentimeter (9.5 inci) dan melanda di banyak tempat di bangladesh.

Kawasa yang paling buruk dilanda ribut ini adalah di Teknaf yang meletakkan kem-kem pelarian Kutupalong.

Bangladesh mengiktiraf seramai 28,000 Rohingya sebagai pelarian yang berdaftar dan mereka ini menerima bantuan secara rasmi di kem-kem UN di Kutupalong. Bilangan ini hanyalah pecahan daripada jumlah besar300,000 orang pelarian yang tidak diiktiraf berdasarkan anggaran kerajaan Bangladesh.

Di Bangladesh ketika ini ada persamaan dengan kes di Gaza iaitu segala bahan bantuan disekat masuk. Kaum Rohingya merupakan populasi muslim terbesar, sekitar 3.5 juta orang di Myanmar yang kebanyakannya tinggal di Rakhine, salah sebuah negeri di Myanmar yang berkongsi sempadan dengan Bangladesh.

Mereka menjadi pelarian di Bangladesh, Pakistan, Thailand, Malaysia dan negara lain sejak lebih 50 tahun dahulu akibat penindasan dan penganiayaan pemerintahan Burma dan penganut Buddha ke atas mereka.

Di Kutupalong, 185 batu (296 kilometer) selatan Dhaka, kini direkodkan Rohingya tinggal di pondok-pondok buruk, di mana mereka mengalami kekurangan gizi, anak-anak hanya berkaki ayam serta membuang najis di merata-rata tempat.

Manakala di Kem pelarian Kutupalong UN pula ia dilengkapi dengan kemudahan perubatan, pusat pembelajaran komputer, gelanggang bola tampar dan janakuasa elektrik.

Namun, nasib malang yang menimpa lebih 200,000 Rohingya yang hingga kini tidak diberi status pelarian oleh Bangladesh dan hidup di bawah ancaman. Mereka seringkali akan ditangkap atau dihantar kembali ke Myanmar. Sebahagian bekerja sebagai buruh harian atau penarik beca di Cox's Bazar.

Bangladesh hanya bersedia untuk bekerjasama dengan PBB untuk memberikan akses dan perlindungan terhadap 28.000 pelarian Rohingya di kedua-dua kem rasmi.

Namun pemimpin Bangladesh menolak untuk membincangkan tentang baki yang terpaksa tinggal di Bangladesh secara haram.

Bangladesh adalah antara negara yang tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokolnya pada 1967. Hal ini sama dengan kerajaan Malaysia. Namun keadaan Rohingya di Malaysia jauh lebih selesa berbanding dengan keadaan mereka di Bangladesh.

Pelarian Rohingya tidak inginkan kemewahan seumpama di Malaysia. Mereka hanya inginkan tempat untuk tinggal sementara, bercucuk tanam dan membesarkan anak mereka jauh dari kekejaman Junta Komunis Burma. Malangnya, bukan sekadar mereka diusir dari Bangladesh, malah terdapat banyak kes rogol, pencabulan, pukul dan bunuh yang dilakukan oleh penguatkuasa Bangladesh yang mengambil kesempatan terhadap umat Islam seaqidah dengan mereka!

Pada awal Mac 2007 kerajaan Bangladesh pernah menghancurkan sebahagian besar tempat perlindungan pelarian yang disebut "Tal" yang menempatkan lebih dari 6,000 pelarian Rohingya di Teknaf, selatan Cox's Bazaar, berhampiran sempadan dengan Burma. Tidak ada tempat penampungan alternatif yang disediakan bagi insan-insan yang malang ini. Kini dilaporkan sebahagian besar mereka hanya tidur seperti kucing kurap di bawah cuaca panas mahpun hujan tanpa bumbung untuk perlindungan asasi!

Salahlaku yang dilakukan oleh badan-badan penguatkuasaan undang-undang Bangladesh dilaporkan tersebar luas di dalam dan sekitar kem pelarian Rohingya, termasuk laporan penderaan seksual terhadap perempuan.

Pihak berkuasa Bangladesh kini juga menolak untuk membenarkan pembinaan bangunan kekal yang akan dibina di kem-kem kerana ingin mendorong para pelarian untuk kembali ke Myanmar.
Citizen International melalui Koordinator kempen kemanusiaan Rohingya iaitu Cikgu Azmi hamid kini giat mengumpul dana untuk menyediakan khemah dan bantuan asasi kepada 11000 keluarga di sana dan dijangka mampu disalurkan sebelum Ramadhan tahun ini.

Perlu ditegaskan bahawa United Nation hanya memberi tumpuan kepada Rohingya yang berdaftar sahaja, bukan kepada kesemua pelarian yang ditakrifkan oleh Konvensyen Pelarian 1951.

Kepada mereka yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan ini boleh berbuat demikian melalui akaun Teras iaitu BIMB 02020010021351. Atau hubungi 019 4744856 (Cikgu Azmi Hamid).

Muhammad Nuruddin Bashah

Sekreteriat MUDA-Teras

Monday, July 26, 2010

Tok Guru Nik Aziz makan ayam sedap


Majlis Perasmian Radix Fried Chicken Cawangan Kubang Kerian oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Saya belum dapat merasa ke Radix Fried Chicken lagi . Kawan-kawan yang pernah merasanya di Kedah, semuanya memuji kesedapannya. Saya sekeluarga cuma membeli tepung RFC ini daripada HPA dan menggoreng ayam dengan menggunakan tepung tersebut. Memang sedap. Terasa nikmat rempahnya disetiap gigitan. Kesedapannya sehingga menjilat bukan sekadar jari.

Sunday, July 25, 2010

Hassan Ali perlu dipertahankan di Selangor

Datuk Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor semakin ditekan dengan pelbagai isu terutamanya isu perpaduan di antara PAS dan juga Umno yang kini dimainkan kembali oleh pihak-pihak tertentu yang pastinya mempunyai misi dan visi untuk menyingkirkan Datuk Hassan Ali daripada memegang sebarang jawatan terutamanya Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor.

Jawatan exco agama yang disandangnya dilihat sebagai penghalang kepada banyak perkara yang bersifat mungkar dan mengembangkan idea liberalisma menular di negeri Selangor. Bangkangan dan bantahan beliau terhadap beberapa perkara yang agak keterlaluan menurut ajaran Islam kurang disenangi setengah pihak apalagi hujah-hujah bantahan beliau itu bersandarkan kepada Al-Quran dan juga keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS Selangor.

Sudah lupakah kita akan kejayaan PAS Selangor dibawah pimpinan beliau yang membataskan jualan minuman keras (arak) dinegeri tersebut? Isu arak ini juga telah membuahkan cemburu terhadap kejayaan pimpinan Hassan Ali dikalangan pimpinan yang lain.

Oleh yang demikian, setiap kali isu perpaduan di antara PAS dan juga Umno dibangkitkan, segala tuduhan dan tohmahan akan segera ditudingkan kearah beliau kerana palitan persepsi tersebut telah melekat kepada batang tubuh beliau akibat isu kerajaan perpaduan yang lalu.

Biar sekeras manapun arus yang menongkah ke arah Datuk Hassan Ali, PAS Selangor perlu mempertahankan Pesuruhjaya mereka agar tidak hanyut ditelan arus politik merebut kuasa dan meliberalkan Islam di Selangor.

Perlu diingatkan bahawa jika Datuk Hassan Ali berjaya ditewaskan di Selangor, bukan hanya PAS tetapi Islam itu sendiri yang akan kehilangan seorang pejuang yang berkaliber.

Kepimpinan Hassan Ali di Selangor perlu dipertahankan demi 'check and balance' di dalam sistem kerajaan Pakatan pimpinan PKR di Selangor.

Harussani wajar mohon maaf - YB Mahfuz


KUALA LUMPUR, 25 Julai:
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar)

menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Dr Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.

"Kenyataan Dr Hassan jelas mendedahkan penyelewengan fakta seorang mufti seperti Harussani. Kekeliruan yang ditimbulkan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para mufti yang ada di Malaysia.

"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak membuat kenyataan yang mengelirukan itu, sedangkan pendedahan Dr Hassan memperjelaskan apa yang dikatakan Harussani adalah tidak benar," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa Harussani tidak membiarkan dirinya terus menjadi pecacai Umno yang sedang tenat dan nazak.

Menurut Mahfuz, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan, amat jelas bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.

"Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Dr Hassan juga menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno," kata Mahfuz.

Diharap Harussani tidak membohong lagi untuk menutup pembohongan yang lama. Yang sudah tu sudahlah. Kembalilah menjadi mufti Islam dan berhentilah menjadi mufti Melayu. "BUKAN UMNO SAHAJA YANG MELAYU"

Akui bertemu Harussani tetapi bukan pertemuan sulit - Hassan Ali

SHAH ALAM, 24 Julai: Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (gambar) mengesahkan beliau ada bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dua bulan lalu tetapi bukan ada agenda sulit.

Beliau memberitahu, pertemuan tersebut diadakan secara terbuka dan ditempat yang terbuka bagi pihak kerajaan negeri Selangor atas kedudukannya sebagai exco yang menjaga hal ehwal Islam dan adat Melayu.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya semua pemimpin dan ahli PAS khasnya agar jangan berprasangka jahat terhadap beliau dan menumpukan kepada persiapan menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

"Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

"Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu," kata Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dalam kenyataannya hari ini.

Hasan mengulas kenyataan beberapa pihak yang mendakwa beliau ada bertemu dengan Harussani. Ini ekoran kenyataan Harussani bahawa beliau ditemui oleh pimpinan PAS dan Umno yang memintanya menyatukan PAS dan Umno.

Berikut adalah kenyataan penuh Hasan Ali mengenainya:-

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN BIN MOHAMED ALI
AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.

Saya ingin menegaskan bahawa:


1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;

2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;

3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.

4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;

6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya. Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.

Sekian terima kasih.

24 Julai 2010

YB Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,
Adat-adat Malayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


Isu Harussani: Kenyataan YB Idham Lim

KENYATAAN MEDIA, 24 Julai 2010.

Berhubung dengan kenyataan Tan Sri Harussani dalan akhbar Sinar Harian edisi Jumaat, 23 July 2010 dengan judul "Siapa pemimpin PAS itu, biar saya sahaja yang tahu", saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :

1. Harussani nampaknya bertegas tidak akan mendedahkan identiti pemimpin PAS yang menemuinya yang didakwanya membincangkan penyatuan orang Melayu. Saya melihat dia terus menyembunyikan sesuatu yang telah diketahui umum termasuk diri saya sendiri dan itulah yang beliau sebutkan dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di Adelaide, yang dilakukan di Islamic Dakwah Centre of South Australia (IDCSA), pada 7.00pm, 9 Jun 2010, dalam kuliah khas TSHZ yang bertajuk “Perpecahan Ummah dan Peranan Kita”. Harussani dalam sembang-sembang dengan pelajar Malaysia dalam lawatan itu dengan jelas menyebut siapakah orang PAS yang bertemu dengannya.

2. Saya sangat hairan dengan Harussani yang menunjukkan sikapnya baiknya yang beria-ia dengan pendirian yang disifatkannya demi untuk menjaga hubungan baik dan amanah yang diberikan kepadanya sehingga bermati-matian menyembunyikan siapakah pemimpin itu sedangkan didedahkan kepada pelajar Malaysia semasa di Australia. Adakah amanah yang beliau maksudkan hanya di Malaysia dan diluar negara di boleh mengkhianati amanah itu. Hukum mana pula yang dia pakai ? Harus atau Haram ?

3. Selain itu bila ditanya mengenai kenyataan saya bahawa tujuan sebenar pertemuan dia dengan individu terbabit adalah membincangkan soal perniagaan dan bukannya penyatuan Melayu beliau mengatakan " kalau Khalil kata saya bohong tentang tujuan sebenar perjumpaan itu, beritahu saya siapa pemimpin PAS yang Khalil maksudkan, Ramai orang berjumpa saya".

Dengan jelas sekali lagi Harussani melepaskan tanggung jawabnya dengan berdolak dalih. Saya cuma berhasrat untuk menegaskan sekali lagi bahawa tujuan pertemuan individu terbabit adalah untuk tujuan perniagaan dan tidak sama sekali untuk penyatuan Melayu. Bukan hasrat saya untuk mendedahkan nama terbabit.

Tambahan pula apa manfaatnya penyatuan assobiayah Melayu yang langsung tidak ada kaitan dengan saya sebagai seorang bukan Melayu.

4. Kerana itu kalau dia mendakwa hanya berkerja dan menjalankan tanggung jawab sebagai seorang Islam, kenapakah dia beria-ia sangat untuk penyatuan Melayu, bukannya penyatuan Islam ?

5. Dengan itu saya mendesak Harussani untuk menunjukkan kematangannya dengan tidak berolak-dalih demi untuk mempertahankan pejuangan assobiyah UMNO yang sempit itu. Kenapakah saya pula diminta untuk memberitahu siapa yang jumpa dia sedangkan dia sudah umumkan di Australia dan dia yang lebih tahu dari saya.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

Jahat sangatkah Adolf Hitler?

Adolf Hitler adalah satu nama yang sangat kita kenali apabila membicarakan mengenai perang dunia. Beliau digambarkan sebagai seorang yang amat kejam bersama regim Nazi Germannya sepertimana yang digambarkan oleh media barat (rujuk:http://www.affanruslan.com)

Kisah Adolf Hitler yang sebenarnya bagai telah dipadam daripada sejarah dunia malah disembunyikan daripada pengetahuan umum. Kejahatan yang dipalitkan kepada beliau selama ini ternyata palsu dengan pendedahan yang disebarkan baru-baru ini.

Ini kisahnya :-

Beberapa hari lepas saya ada terbaca note seseorang di Facebook. Ianya merupakan petikan daripada sebuah tesis phD yang akan dibentangkan oleh seseorang dan tesis tersebut adalah berkaitan Hitler. Pada pendapat saya, ianya mungkin ada konspirasi dari pihak Israel yang sengaja memperbesarkan perkara ini untuk menutup kesalahan mereka. Memang merupakan satu kesalahan yang besar membunuh beramai-ramai tanpa sebab, tapi cuba fikir:
  • Bagaimana pula pengeboman British di Jepun?!
  • Bagaimana pula dengan pembunuhan kejam tentera Zionis di Yahudi sekarang?!

Adolf Hitler: Sudut kisah yang jarang kita dengar.
  • Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
  • Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
*Quote gambar saya ambil bulat-bulat daripada pemilik asal.

holocaust2Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

holocaust3Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

holocaust4Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

holocaust5Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...
* * *

Walaubagaimanapun, gambar ke-3 dan 4 mungkin akan menimbulkan kecelaruan kerana ramai mungkin menyangka Islam menyokong keganasan. Alhamdulillah, Ustaz Ahmad Irfan ada tulis berkaitan hal ini sempena Hari German di UMP dan Entri Keakraban Mufti Palestin dengan Adolf Hitler. Sila baca!

Saya setuju dengan pernyataan beliau:

Peristiwa Holocaust memang berlaku, akan tetapi seperti biasa media Zionist akan menokok tambah bilangan mereka yang menjadi mangsa kezaliman.

Makam Rasul yang belum pernah anda lihat

81e3f.gif

81e4e.gif


81e5e.gif

Inilah gambaran di Makam Rasulullah SAW yang tidak dibuka untuk tontonan orang ramai ataupun pelancong sehinggakan tidak sampai 0.1% umat Islam yang berpeluang untuk menatapnya. Semoga Allah memberkati kita semua. Amin.

Al-Fatihah


81e5e.jpg


Semoga diberikan rezeki oleh Allah Taala untuk saya sampai ke sana melihat makam Rasulullah dengan mata kepala saya sendiri. InsyaAllah.

King of Kings disambar petir

Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe, Ohio, US. Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepangkan tangan seolah2 berdoa ke langit. Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'. patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber.

Pada 15/06/2010, patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.

Begitulah kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT bilamana manusia lupa siapa pencipta sebenarnya.

Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

صباح الخير .. حيا الله الطيبين

تعرض تمثال اليسوع قرب كنيسة الصخرة العظيمة في مدينة مونرو إحدى مدن ولاية أوهايو

الأمريكية يوم الثلاثاء 15-6-2010 إلى صاعقة من السماء أتت به إلى القواعدويبلغ ارتفاع التمثال 6

طوابق. ولم يتبق من التمثال سوى قطع من العوازل الحرارية وأجزاء من المعادن ورغوة احتراق

وبقايا جبس مصهور كانت تنسج أحشاء التمثال الشهير إضافة إلى مظهره الخارجي


http://imagecache.te3p.com/imgcache/b94e92f8c1a8d90cb0a6ff17b79a93d0.jpg

http://imagecache.te3p.com/imgcache/06bbbda0e159fe0fa27083b0dbca3dbd.jpg

http://imagecache.te3p.com/imgcache/31a5b11bb5fbb59c9c55ef08f1537873.jpg

http://imagecache.te3p.com/imgcache/86fa7b750ec3d33e56cd99c570c35710.jpg

http://imagecache.te3p.com/imgcache/7c1b56c99524938878e80aa6c3b2ad1f.jpg

http://imagecache.te3p.com/imgcache/811b36a47e51436da52ff11e57c169e3.jpg

http://imagecache.te3p.com/imgcache/7d4acd5c86936f8d4445a4f4e9a64a3b.jpg

http://imagecache.te3p.com/imgcache/c23452b8bf171cc86b49be01bc153779.jpg

http://imagecache.te3p.com/imgcache/56bebe3c2f8c09437da9f0f944901527.jpg

http://imagecache.te3p.com/imgcache/59d74eaddef49dc0cf0a3adc13eba73f.jpg

http://imagecache.te3p.com/imgcache/ec8bb243df9568423284428810ac0201.jpg


Kuasa Allah untuk mereka yang berfikir.

Saturday, July 24, 2010

‘Orang Tengah’ yang ketinggalan zaman — Abd Shukur Harun

23 JULAI — Siapapun atau golongan manapun yang mendakwa diri mereka sebagai “orang tengah” atau mencuba menjadi “orang tengah” konon untuk berusaha mengadakan pertemuan atau hubungan antara PAS dan Umno, sudah tentu sama sekali tidak diiktiraf oleh arus perdana di dalam PAS.

Bahkan kepimpinan PAS sendiri telah berkali-kali mempertegaskan bahawa PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Umno, sebuah parti yang sangat berbeza mengenai dasar dan pendekatannya.

Ini telah diketahui umum dan telah ditegaskan banyak kali oleh pihak PAS, namun perbezaan dasar antara PAS dan Umno ini cuba dipandang sepi atau tidak diberi perhatian oleh pihak yang berhempas pulas untuk menemukan kedua parti tersebut.

Malah pihak yang dikatakan hendak menjadi “orang tengah” ini sendiri tidak berminat untuk melihat perbezaan dasar itu. Yang dihujahkan berkali-kali oleh pihak ini ialah bahawa kerjasama PAS-Umno ini ialah untuk kepentingan Melayu/Islam. Sementara pemimpin PAS berulang kali menegaskan bahawa dengan Islam saja, Melayu akan menjadi kuat di samping kaum-kaum lain yang ada di negara ini.

Inilah program politik baru Malaysia yang dipelopori oleh Pakatan Rakyat. Ia membela semua kaum, bukan berdasarkan kaum tetapi berdasarkan rialiti yang ada. Ia membela Melayu yang miskin, kaum Cina yang miskin, India yang miskin dan kaum-kaum lain yang miskin di bawah semangat Perlembagaan Malayia yang ada sekarang.

Semua status-quo seluruh kaum yang ada di Malaysia dari pelbagai segi kepentingan mereka — anutan agama, budaya tradisi dan lain-lain seperti yang diebut di dalam perlembagaan tidak berubah.

Bahkan kemakmuran Malaysia dibahagi-bahagikan secara adil selaras dengan keadilan yang menjadi tunggak syariat Islam. Gagasan ini telah diterima dan disepakati oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat. Inilah kecemerlangan Islam.

Oleh itu, PAS yang amat selesa dengan Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan dasar ini, yang telah diterima oleh majoriti rakyat Malaysia seperti yang terpancar melalui keputusan Pilihan Raya Ke-12 lalu. Dengan kedudukan PAS yang amat kukuh di dalam Pakatan Rakyat ini, sebarang elemen yang cuba mengganggu hubungannya itu tidak mungkin berjaya betapapun diasak oleh pelbagai pihak.

Bagaimanapun, seperti kata Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang bahawa PAS bersedia menggantikan Umno untuk menjadi teras politik Malaysia. Masanya sudah tiba, katanya, bagi Umno/BN untuk berehat.

Menurut Presiden PAS itu lagi, PAS telah berjaya mengubah minda panatik perkauman orang Melayu kepada Islam yang bersifat sejagat dengan mengambil kira hubunan baik dan adil dengan masyarakat majmuk di Malaysia.

Perlu dingat bahawa Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai Agama Rasmi Perekutuan, menerima kenyataan akan Hak Istimewa Orang Melayu dengan tidak menzalimi orang lain dan menerima bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Rasmi.

Pelbagai fitnah telah ditaburkan oleh musuh politik PAS bahawa kononnya PAS tunduk dan menjadi alat kepada DAP dalam Pakatan Rakyat. Ini suatu fitnah yang tidak pernah dapat dibuktikan secara terperinci oleh mereka. Pemerintahan Pakatan Rakyat, baik di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang telah menyerlahkan pemerintahan yang adil kepada semua kaum – baik masalah pemberian tanah, peluang pendidikan, perniagaan, pekerjaan dan semuanya walaupun baru dua tahun lebih memerintah.

Semua bukti ini telah dijelaskan oleh semua negeri tersebut melalui mekanisme penerangan mereka — wabe-site negeri, risalah, wabe-tv negeri, ceramah, saluran media alternatif dan sebagainya. Sebahagian besar penerangan ini telah sampai kepada rakyat, walaupun pihak musuh politik Pakatan Rakyat sentiasa menafikan usaha Pakatan ini.

Suatu hakikat yang dilupakan oleh pihak yang menggelarkan diri mereka “orang tengah” atau berusaha menjadi “orang tengah” bahawa ini ialah era demokrasi digital, segala maklumat diperoleh secara terbuka dan sangat luas. Ini menyebabkan rakyat menuntut perubahan, di mana mereka melihat politik perkauman Umno/BN, pendekatan dan watak pemimpin mereka sudah ketinggalan zaman dan raakyattelah menolaknya dalam PRU Ke-12 yang lalu.

Sungguh malang, hakikat ini tidak disedari atau duba menafikannya oleh pihak yang beriya-iya sangat hendak menjadi “orang tengah” menghubungkan Umno dan PAS. Usaha ini akan sia-sia atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Pada ketika yang sama PAS sangat selesa dengan Pakatan Rakyat.

Justru jika ada pihak atas nama individu yang berjumpa dengan “orang tengah” untuk berunding cara mana menemukan PAS dan Umno, itu hanya usaha sia-sia. Ini kerana sebarang usaha seperti ini, jika benar-benar ada, tidak mewakili parti, menentang keputusan tiga Muktamat PAS dan tidak walak kepada keputusan parti.

Ini kerana walau apapun hujahnya, namun ini bukan caranya. — Harakah Daily

Orang tengah ataupun orang mengah? Mengah kerana masih mahu bergayut dengan kuasa yang tinggal cuma sedikit itu demi projek-projek yang masih berjalan. Cuba bertanya kepada orang mengah itu, kaya sehingga yang bagaimana yang dikatakan betul-betul kaya untuk dia berehat sebelum dijemput Illahi.

Thursday, July 22, 2010

Umno perlu diganti? Bukan perlu tetapi WAJIB

Kuala politik baru perlu ganti Umno

KUALA LUMPUR, 22 Julai: "Kekecewaan orang Melayu terhadap Umno sudahpun diketahui umum, sebab itu perlu ada politik baru di kalangan Melayu yang tidak rela membiarkan kepimpinan ini terus merosakkan bangsa dan negara."

Demikian maklum balas Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) petang tadi, mengulas rancangan 'Perpaduan Melayu' yang dipopularkan oleh beberapa pemimpin Umno belakangan ini.

Menurut beliau, budaya berpolitik yang diamalkan oleh Umno telahpun tergelincir dari landasan kebudayaan Melayu yang sebenar.

Katanya, perbincangan itu sudah tergelincir dari landasan yang sebenar kerana lebih untuk mempertahankan kepimpinan pemimpin dan parti politik tertentu walaupun mereka diketahui umum mengamalkan rasuah, pecah amanah, tidak menghayati keharmonian kaum dan tutup ruang demokrasi.

Sedangkan, katanya, kekuatan orang-orang Melayu yang sebenar adalah kembali berpegang teguh pada ajaran Islam.

"Kalau nak bincang tentang perpaduan Melayu, mengapa tidak pergi pada kekuatan sebenarnya, iaitu Islam," ujar beliau.

"Kekuatan Islam yang membentuk budaya orang-orang Melayu yang tinggi, tidak suka pada politik murahan dan pinggiran, amanah dan sangat menjaga maruah bangsa dari terjebak dengan politik yang tidak sihat."

Baginya, orang-orang Melayu seharusnya dididik dengan budaya berfikir yang lebih dinamik supaya tidak terperngaruh dengan anasir-anasir tidak sihat ciptaan pihak tertentu yang berkuasa.

Melihat pada kemusnahan budaya Melayu dalam Umno, beliau berkata, orang Melayu tidak perlu menunggu perpaduan Melayu melalui parti perkauman itu demi melakukan perpaduan mahupun perubahan dalam masyarakat.

Sebaliknya, perubahan paradigma dan budaya orang Melayu seharusnya diperkasakan melalui badan bukan kerajaan (NGO) berwajib serta dalam parti-parti alternatif yang popular di kalangan Melayu.

"Perubahan ini tidak perlu Umno, perpaduan atau perubahan ini sebenarnya perlu (kuasa politik) yang lain, perlu dibuat berperingkat di semua peringkat," tegasnya.

Beliau turut menolak formula popular di kalangan pemimpin Umno kononnya orang-orang Melayu seharusnya mendahulukan perpaduan Melayu melalui Umno walaupun segelintir kepemimpinan parti perkauman tersebut dilihat tidak berbudaya Melayu yang sebenar.

"Bukan Umno sahaja yang Melayu," tegasnya.

-harakahdaily

Bahaya sungguh ayat-ayat di atas. Boleh pengsan JKKKP yang membacanya. Otak Melayu yang setengah masak pun akan menggelegak bila memikirkan apa akan jadi bila Umno telah tiada nanti. "Sapa nak jaga Melayu?" ayat yang dah selalu sangat diugut di kampung-kampung selama ini. "Bukan Umno sahaja yang Melayu" perlu dipahat tegap ke dahi-dahi pembaca Utusan semua.

Melayu Felda jangan jadi bodoh...!!

Ramai yang berkata Felda adalah Fixed Deposit kepada umnGokapco/bn. Walau macam mana cara sekalipun melayu2 felda ini di beri kefahaman berkaitan penindasan yang di lakukan terhadap mereka ianya tidak akan berkesan, kerana mereka jenis melayu2 yang mudah di ugut dan di perkotak-katikkan oleh pemimpin2 umno dan wakil2 pencacai mereka.

Melayu Felda ini boleh di anggap seperti kanak2 yang di beri umpan gula2..., lupa seketika masalah bertahun dek kerana sedapnya gula2 sehari... itulah mentaliti melayu felda kebanggaan umnGokapco ini.

Contoh seperti dibawah, banyak laporan di dedahkan tetapi masih ramai lagi melayu2 Felda yang bongok dan buta hati masih terus memangkah parti penipu itu. Dah lebih 50 tahun beb.... sedar2 lah sikit, janganlah biarkan diri lu orang semua (melayu felda) masih di perbodohkan.

5 TAHUN PENEROKA FELDA GUNA AIR HUJAN
Utusan Malaysia 23 Jun 2010 - Penduduk Felda Palong 2 di sini pula terpaksa mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu. Pelbagai aduan telah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan. Sebanyak 44 buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut merayu pihak terbabit melakukan sesuatu.

LULUS SEGERA PROJEK TANAM SEMULA
Sinar Harian 4 Jun 2010 – Anak peneroka Felda Bukit Jalur meluahkan rasa kecewa mereka apabila proses tanam semula bagi tanah seluas kira-kira 3.2 hektar yang dimohon sejak tanaman mereka ditebang, Ogos 2008 masih belum mendapat kelulusan pihak berkaitan.

DERITA 28 TAHUN AIR TERPUTUS DI FELDA
Kosmo 15 Mac 2010 - Ketika kebanyakan rakyat di negara ini menikmati kemudahan asas yang sempurna, lain pula ceritanya bagi 1,200 penduduk di Felda Palong 7 dan Palong 8 di sini yang terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air terputus hampir setiap hari.

28 TAHUN WARGA FELDA HADAPI MASALAH TEKANAN AIR RENDAH
Utusan Malaysia 15 Mac 2010 - Itulah 'derita' yang dihadapi oleh lebih 1,200 penduduk di kawasan Felda Palong 7 dan 8 berikutan masalah tekanan air rendah sejak menduduki kawasan itu 28 tahun lalu.

KOS UKUR TANAH TIDAK MASUK AKAL
Sinar Harian 17 Feb 2010 – Peneroka di Felda Raja Alias 4, di sini, melahirkan rasa tidak puas hati dengan kos dikenakan Felda bagi mengukur lot tanah peneroka untuk tujuan penebangan pokok dan pembangunan. Menurut mereka, kadar sebanyak RM1,145 bagi setiap peneroka untuk keluasan 1.2 hektar setiap peneroka adalah tidak masuk akal dan meragukan.

MASALAH BEKALAN AIR TIADA KESUDAHAN
Sinar Harian 17 Feb 2010 - Penduduk Felda Raja Alias, di sini, masih menaruh harapan agar masalah air yang berlaku di kawasan rumah mereka sejak seminggu lalu, dapat diselesaikan segera supaya mereka boleh menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.

PENDUDUK FELDA BERANG TIADA BEKALAN AIR
Sinar Harian 13 Feb 2010 – Penduduk Felda Raja Alias Dua, di sini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) berikutan masalah ketiadaan air di kawasan mereka.

ORANG FELDA PALONG DIANAKTIRIKAN
Sinar Harian 19 Jan 2010 - Ketiadaan lampu jalan terutama di persimpangan masuk ke Palong 2 memang mengecewakan penduduk yang mendakwa kawasan mereka seperti ‘dianaktirikan’ apabila kemudahan yang sudah lama dipohon itu tidak mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang berkenaan.

FELDA PALONG DAIF
Berita Harian 21 Dis 2009 - Palong 4, 5 dan 6 adalah pusat bandar bagi gugusan Felda Palong, kawasan dikenali sebagai skim tanah rancangan terbesar di negeri ini membabitkan Felda Palong Satu hingga 16, yang mempunyai bilangan penduduk kira-kira 100,000 orang. Namun, gelaran pusat bandar itu hanya indah dari segi nama tetapi dari aspek prasarana, jauh ketinggalan berbanding pusat bandar lain yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk penduduknya.

GANGGUAN BEKALAN AIR DI FELDA JEJAS PERAYAAN
Sinar Harian 2 Dis 09 - Kemeriahan penduduk Felda Bukit Rokan, di sini, menyambut musim perayaan bersama keluarga dan sanak saudara kian menjadi lesu berikutan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku tanpa penyelesaian.

PENEROKA PROTES DAKWA FELDA TIDAK TUNAI JANJI
Sinar Harian 14 Okt 2009 - Seramai 300 peneroka Felda Raja Alias 4 mengadakan perhimpunan sebagai tanda menunjukkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan Felda yang tidak menunaikan janji sewajarnya kepada pihak peneroka Felda berkenaan. Penduduk Felda Raja Alias 4 ingin menuntut hak pembayaran daripada hasil jualan kayu getah yang sudah ditebang beberapa bulan lalu hingga tahun depan.

PENDUDUK FELDA 52 TAHUN MERDEKA TIADA AIR
21 Feb 2009 - Sudah lebih 50 tahun merdeka, penduduk Felda Kemahang, Bentong tak menikmati bekalan air. Terpaksa tadah air hujan. Laporan TV3 jam 1.30 tengahari 21 Februari 2009.

BONUS PENEROKA FELDA GETAH GIGIT JARI
Sinar Harian 24 Dis 08 - Felda diminta mengkaji semula syarat setiap peneroka perlu melepasi sasaran hasil yang ditetapkan sebelum layak menerima bonus insentif produktiviti untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan peneroka.

MASALAH KELAPA SAWIT TIDAK DITUAI BELUM SELESAI
Sinar Harian 8 Jul 2009 - Shamsuri berkata, hasil pendapatan yang mereka terima tidak seberapa akibat buah kelapa sawit yang sepatutnya dikutip oleh pihak kontraktor terbabit dibiarkan begitu sahaja sehingga rosak. “Rata-rata peneroka hanya menerima kurang RM1,500 sebulan. Ia tidak cukup akibat kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan baru-baru ini.

BURUH BANGLA CEROBOH TANAH
Harian Metro 25 Julai 2007 - Perbuatan segelintir buruh asing warga Bangladesh yang dibawa masuk ke tanah rancangan felda di Jempol untuk bekerja di ladang kelapa sawit menceroboh kawasan halaman kediaman peneroka menyebabkan penduduk tempatan dalam kebimbangan.
So... kepada Melayu2 Felda sekalian fikir2 dan renung2 kan nasib lu orang, keluarlah dari kepompong pembodohan umnGokApco ini, buatlah perubahan demi generasi masa hadapan.

Dalam PRU-13 nanti buatlah perubahan... tumbangkan Barisan Najis ini.
IkutSukaAku

Dah lama sangat orang-orang Melayu di Felda dijadikan mangsa. Kini tibalah masanya untuk kita benar-benar MERDEKA daripada penjajahan dalam bentuk apa sekalipun oleh kerajaan yang terlalu lama berkuasa dan terlalu selesa 'berlapik kaki' kan orang-orang Melayu.

Wednesday, July 21, 2010

Bersyarat ataupun tidak, lupakan Umno!!

MUFTI Perak nampaknya bersungguh mahukan Umno dan PAS bersatu, kununnya demi perpaduan Melayu Islam. Tidak menghairankan mengapa Mufti Perak tersebut hanya mahukan Umno dan PAS sahaja bersatu, sedangkan di negara ini bukan hanya dihuni oleh orang-orang Umno dan PAS sahaja.

Di dalam PKR contohnya begitu ramai ahli yang terdiri dari Melayu Islam. Itu belum dikira lagi dengan berbagai NGO yang lain. Tetapi mengapa tumpuan Mufti Perak hanya untuk Umno dan PAS? Bukankah terdapat sesuatu kepentingan di dalamnya?

Najib turut mengulas isu yang sama. Najib mahukan Umno dan PAS bersatu tanpa pra syarat. Lupakan soal royalti minyak yang dituntut oleh Kelantan, kata Najib. Mungkin juga Najib mahu PAS lupakan semuanya yang telah Umno atau kerajaan lakukan kepada rakyat. Lupakan Akta zalim ISA, lupakan rampasan kuasa di Perak, lupakan soal rasuah dan sebagainya. Rundingan tanpa syarat sebegini seperti rundingan kumpulan kongsi gelap sesama mereka.

Sebenarnya rundingan dengan parti seperti Umno ini WAJIB disertakan dengan syarat. Itu pun jika mahu berunding soal-soal perpaduan bukan soal membentuk Kerajaan Perpaduan. Jika rundingan berkaitan Kerajaan Perpaduan, mustahil untuk dilaksanakan kerana PAS sendiri telah memberi jaminan tiada lagi Kerajaan Perpaduan dengan Umno. Jika Umno teringin juga untuk bersama PAS, Umno hendaklah membubarkan parti sekular tersebut dan sertailah PAS.

Kepada pimpinan PAS, pedulikan `rengekan' Umno waktu ini. Biarlah Umno sendiri mencermin wajah mereka dahulu. Parti sekular tersebut kini benar-benar kelemasan dan tertekan kerana mereka tidak lagi boleh berharap kepada sekutu-sekutu mereka di dalam Bn. Kepada siapa lagi Umno mahu memohon simpati jika bukan kepada PAS? Diharapkan PAS tidak akan menjadi seperti kisah `Sang Kancil dengan Buaya'.

WFAUZDIN NS

Baik Umno, baik Harussani, umpama 'Hidung tak mancung...pipi tersorong-sorong'

Kerjasama Pas-Umno: Pas tidak akan masuk perangkap yang disediakan Umno

IPOH, 21 Julai – Ahli PAS diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan mainan isu yang dimainkan UMNO dan Barisan Nasional. Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain di sini hari ini menegaskan, isu kerjasama di antara UMNO dan PAS merupakan isu yang sudah kerap kali dimainkan oleh UMNO untuk memecahbelahkan kesatuan dalaman PAS.

Mengulas lanjut mengenai hal ini, beliau berkata, kerjasama PAS-UMNO sukar untuk dijayakan memandangkan keikhlasan UMNO sendiri sudah boleh dipertikaikan. “Orang yang tidak ikhlas akan kata orang lain yang tidak ikhlas,” “ Bagi saya ini agenda terancang yang disusun pemimpin umno untuk memecahbelahkan kesatuan ahli PAS dan muafakat kerjasama Pakatan Rakyat “ Tegas Ustaz Abu Bakar yang mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan mengenai keikhlasan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan, UMNO cuba untuk memerangkap PAS dengan memberi gambaran yang belbagai berkenaan isu ini melalui media umno dengan tujuan untuk memecahkan kekuatan dalaman ahli PAS dan Muafakat kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat.

Menambah mengenai hal ini, Pesuruhjaya PAS Perak itu mengatakan, situasi ini berlaku disebabkan oleh keadaan UMNO yang lemah dan tidak yakin dapat mengekalkan kuasa mereka menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Mengulas mengenai hal ini, beliau mengatakan, kekuatan UMNO untuk memerintah bergantung kepada kekuatan Barisan Nasional. Akan tetapi, kita dapat melihat bagaimana rapuhnya perpaduan di kalangan parti komponen dalam Barisan Nasional sehingga kerap kali menimbulkan pergeseran sesama mereka.

Umno juga dilihat cemburu dan Dengki dengan kekuatan Pakatan Rakyat yang dilihat jauh lebih menyerlah berbanding mereka, mereka cuba untuk melemahkan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat yang dilihat kerapkali menjuarai isu-isu berkaitan rakyat dan menampakkan kelemahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Tambahan pula, undi masyarakat bukan melayu yang dilihat semakin hilang dengan ketara amat membimbangkan mereka.

Selain itu juga, beliau mengatakan, di antara lain, sebab utama timbulnya isu ini adalah untuk menutup isu-isu besar yang meranapkan negara di sudut ekonomi, reputasi dan juga keselamatan negara.”Kita perlu melihat isu yang melibatkan lebih ramai pihak dan berskala lebih besar berbanding dengan isu survival UMNO dan bagaimana mereka hendak mengekalkan kuasa.

Menurut beliau lagi, UMNO tidak berani berbincang mengenai hal yang lebih besar kerana perkara-perkara ini jelas menunjukkan mereka gagal mentadbir negara apabila diberi kuasa.

Melihat kelemahan UMNO dan BN dalam mentadbir negara kini. “Kita memandang serius mengenai kenaikan harga barang, pengurangan bajet dalam sektor kerajaan dan swasta, isu rasuah dan judi yang semakin berleluasa, isu Felda, dan juga isu APCO yang telah dibawa masuk kerajaan ke dalam negara yang secara jelas dan terang menyokong Yahudi dan menjejaskan keselamatan negara”, jelas beliau

Bagi saya kebimbangan terhadap isu-isu besar yang wujud disebabkan oleh kegagalan pengurusan Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa gagasan 1 Malaysia. “Ternyata 1 Malaysia telah gagal”, kata beliau ketika mengakhiri sesi pertemuan tersebut.

http://ustazabubakar.wordpress.com/

Himpunan Warga Felcra Kebangsaan Kali Pertama

HIMPUNAN WARGA FELCRA KEBANGSAAN

31 JULY 2010-1hb OGOS 2010

TEMPAT :

FELCRA BANDAR SEBERANG PERAK

(CHANGKAT LADA) PASIR SALAK

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorperatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA BERHAD dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat Milik Penuh Kerajaan.

Penukaran entiti memberi kesan langsung kepada peserta seperti :

· Peserta kurang faham kesan penukaran status dari sebuah badan berkanun kepada Syarikat Milik Penuh Kerajaan.

· Kesan hak pemilikan tanah kepada peserta.

· Perolehan hasil pertanian didapati jauh lebih rendah berbanding dengan keluasan tanah yang diusaha secara persendirian.

· Terdapat lebih kurang 30,000 hektar tanah kerajaan negeri diberi kepada FELCRA BERHAD dimana akta GSA tanah boleh diberi kepada individu atau koperasi.

Perhimpunan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta dan peneroka FELCRA BERHAD serta memahami hak mereka dan mengetahui kemantapan syarikat.Kebimbangan ini timbul kerana sejarah telah membuktikan banyak syarikat kerajaan dilaporkan menuju kearah kehancuran dan telah pun hancur seperti FELDA BHD,POS MALAYSIA,PERWAJA dan BANK BUMIPUTRA.

YDP PAS LENGGONG

Pengarah perhimpunan, Haji Razman Bin Haji Zakaria yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Perak menyeru kepada semua pihak memberi sepenuh sokongan untuk menjayakan himpinan ini.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

YUHANIS : 0172860979 / 0133039913

AZNI MOHAMED ZAMRI : 0134851510

ZAMARUL AINI ABD MALIK (Ruang Niaga) : 0105968786

ISHAK SAARI (Penginapan) :0135922401

MAT ZUKI JUSOH (Sumbangan) : 0135962425

BANTUAN KEWANGAN AMAT DIPERLUKAN SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI CEK DIATAS NAMA :

PAS PASIR SALAK

AKAUN NO : 0803101001611 (BANK ISLAM BERHAD)


Moh turun ramai-ramai Yob, Yong. Jangan tidak...

Followers

Video ajijoi

Loading...