Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Wednesday, March 31, 2010

Sidang Dun Perak 2010: Cukupkah hanya 2 hari?

IPOH 30 MAC: Sidang Dun Perak yang berlangsung hari ini akan hanya berlangsung selama 2 hari sahaja.

Cukupkah masa yang diperuntukkan untuk membincang dan membahaskan masalah rakyat negeri Perak yang seramai 2256400 orang? Hari pertama hanya untuk pembukaan dan perasmian oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah manakala hari kedua pula perlu dihabiskan segala perbahasan yang berkaitan.

Mengapa permintaan pihak Pakatan Rakyat untuk bersidang sekurang-kurangnya selama 5 hari bagi memberikan ruang yang luas untuk membahaskan segala permasalahan rakyat?

Mengapa soalan-soalan pihak Adun Pakatan Rakyat ditolak? Adakah Umno dan BN ingin mengulangi persidangan yang lalu apabila diselesaikan hanya dalam masa 20 minit sahaja?

Dimanakah hak rakyat Perak? Apa gunanya persidangan andaikata tidak diambil serius?

Sidang Dun Perak digelapkan dari media?


IPOH 30 MAC: Sidang Dun Perak kali ini seperti digelapkan daripada pandangan media apabila kesemua petugas media diletakkan di dalam bilik yang bercermin gelap untuk mengelakkan sebarang gambar perlakuan di dalam dewan menjadi tontonan awam.

Apa motifnya?

Hanya kamera tv yang merakamkan setiap pergerakan adun-adun terutamanya adun PR lalu mereka dicemuh dan dilabelkan sebagai tidak sopan dan berbagai lagi sepertimana biasa oleh TV3 melalui saluran berita mereka.

Sejak bila sidang dun perlu dilakukan secara tertutup?

*Video ehsan wak albanjari

Tuesday, March 30, 2010

Selamat bersidang wahai pemegang amanah rakyat negeri Perak

IPOH 30 MAC: Hari ini persidangan Dun negeri Perak akan diadakan di Bangunan SUK yang akan dihadiri oleh kesemua wakil-wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat Perak pada pilihanraya umum ke 12 tahun 2008 lalu.

Perjalanan menuju kepada hari persidangan sahaja telah menyerlahkan bagaimana corak kepimpinan umno/bn yang mencuba sedaya upaya agar adun-adun Pakatan Rakyat tidak dapat menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat dengan sempurna.

Tetapi sebagaimana yang diketahui oleh rakyat negeri Perak, Adun-adun Pakatan Rakyat telah menunjukkan prestasi yang tidak berbelah bahagi dalam membawa wadah rakyat ke muka pengadilan agar setiap rakyat di negeri ini diberikan hak dan kesaksamaan sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan negeri dan negara di samping mesej keadilan Islam turut diketengahkan.

Bawakanlah apa sahaja rintangannya, pasti Adun-adun Pakatan Rakyat bersedia merempuhnya dengan jaya sepertimana yang telah mereka lalui selama ini.

Blog ajijoi mengucapkan SELAMAT BERSIDANG kepada semua wakil-wakil rakyat tidak kira sama ada daripada PAS, PKR, DAP, UMNO, MCA, MIC mahupun BEBAS.

Percayalah, setiap gerak geri dan perkataan anda di dalam dewan persidangan bukan hanya dirakam oleh CCTV yang terdapat disekeliling dewan sahaja tetapi takutilah akan CCTV ALLAH yang membuat kesemua rakaman buat diperhitungkan di padang Mahsyar kelak.

*Laporan-laporan terkini mengenai Sidang Dun Negeri Perak 2010 boleh anda ikuti melalui blog Cina-Islam dan juga alBanjari.

Sidang Dun Perak pentas politik bacul Umno dan BN

Setiap kali berlangsungnya Sidang Dun Perak, satu tempat berkumpulnya pembuat dasar yang dipilih oleh rakyat, pasti akan berlakunya permainan politik bacul oleh Umno dan BN.

Walaupun kuasa memerintah mereka di negeri Perak telah dianggap sah (oleh mahkamah, bukannya rakyat), namun mereka masih ketakutan dikejar oleh bayang-bayang sendiri.

Mungkin pada tanggapan mereka, Adun-adun Pakatan Rakyat akan memboikot ataupun tidak mengambil serius dengan sidang dun yang dipanggil oleh speaker haram ciptaan mereka.

Ternyata mereka tersilap besar apabila Adun-adun PR menghantar sebanyak 216 soalan-soalan untuk dibincang dan dibahaskan di dalam sidang dun itu nanti.

Tetapi nanti, anda tersilap jika perkara itu anda anggap selesai. Sekali lagi politik bacul ditunjukkan oleh Umno dan BN apabila mereka telah menolak soalan-soalan yang dikemukan oleh Adun-adun PR. Lihat DISINI dan DISINI.

Kesemua soalan-soalan itu ditolak atas alasan tidak mengikut prosedur iaitu menghantarnya melalui email. Walaupun soalan-soalan daripada Adun-adun PR telah dihantar melalui tangan dan surat berpos, ianya masih dikira sah seperti mana surat daripada Ganesan dibawah ini:-

Ganesan ternyata melanggar kandungan surat yang dihantarnya mengenai tatacara penghantaran Soalan-soalan untuk sidang 30 Mac.

Rakyat Perak telah muak dengan permainan politik bacul Umno dan BN selama ini. Kami mahukan pemerintahan dan pentadbiran yang adil dan telus.

Perbincangan ditolak oleh Zambry

Surat jemputan daripada Adun-adun Pakatan Rakyat kepada Zambry untuk berbincang mengenai sidang dun negeri Perak telah ditolak mentah-mentah oleh Zambry. Kenapa perlu takut sangat?

Kesemua Adun-adun PR yang menunggu ketibaan Zambry dan Ganesan untuk berbincang melahirkan rasa kecewa apabila kedua mereka tidak menghadirkan diri.

Sivakumar disahkan Speaker yang sah oleh Tajol Rosli

Sesuatu yang diluar jangkaan Zambry apabila Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak telah mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker Dun Perak yang sah apabila beliau menghantar fax kehadirannya ke sidang dun kepada Sivakumar.

Segala rentetan permainan politik bacul umno dan bn kini semakin menyerlahkan kelemahan mereka dalam menggenggam kuasa yang sebenarnya bukanlah milik mereka.

Ini adalah perkara yang biasa apabila anda berhadapan dengan lawan yang bukan JANTAN.

Monday, March 29, 2010

Kunjungan anda dinantikan oleh Ust Hj Shuib Hussin

Masihkah anda ingat kepada Ustaz Shuib Hussein, Timbalan YDP Pas Kampar dan juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Pas Perak yang diserang strok pada 2 Feb lalu? Saya ada menulis mengenai keadaannya (DISINI) yang terlantar di Kinta Medical Center pada waktu itu.

Kini beliau menjalani hari-harinya di rumah dengan satu persoalan yang masih belum dijawab, "Mana kawan-kawan aku?"

Gambar-gambar ini saya perolehi daripada facebook anaknya, yang menceritakan bagaimana rindunya si abah terhadap rakan-rakan yang sama-sama berjuang dahulu.

Semoga dengan kesayuan yang terpampang daripada gambar-gambar ini, dapatlah kiranya sahabat-sahabat menjenguk Ust Hj Shuib dirumahnya di Kampar agar terubat rindu dendamnya bergelumang kesana sini selama ini bersama kita diwaktu sihatnya.

Jauh renungannya menanti ketibaan para sahabat


Bersama cucunya Nayli

Rawatan oleh Pak Nan

Sdr Rahim dari Unit Amal yang selalu menemani

Kesepian yang bertemankan ubat-ubatan

Kaitan meragukan diantara Muhyiddin, Chenderong Capital, Chenderong Technologies dan SIM-Drive

Apabila laman web rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin 'My-Malaysia' ditutup, pemeriksaan rapi yang dijalankan telah menghasilkan sesuatu yang menarik, bagaikan ada kaitan yang meragukan serta perniagaan yang berbelit dan juga berkaitan dengan politik.

Nama domain kepada laman web 'my-malaysia.com.my' telah didaftarkan dibawah sebuah syarikat yang bernama Chenderong Technologies. Mungkin TPM telah menggunakan khidmat syarikat tersebut bagi membina sebuah laman web untuk beliau.

Tetapi anda tidak akan menjumpai laman web kepunyaan Chenderong Technologies ini, yang sepatutnya ada sebuah laman web sendiri ataupun sebagai syarikat tuan rumah.

Amat ganjil sekali apabila sebuah syarikat laman web yang tidak mempunyai laman web sendiri. Apatah lagi sebuah syarikat yang membina laman web rasmi untuk seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia! Adakah ini sebuah lagi syarikat kroni yang membuat laman web atas dasar bukan komersil atau dengan syarat-syarat yang sukar difahami?

Tetapi keputusan penemuan daripada Google mengenai 'Chenderong Technologies' mempunyai kaitan dan informasi yang sangat menarik berkaitan 'Chenderong Capital', 'Chenderong Technologies' dan diri Muhyiddin sendiri.

Rupa-rupanya pada 7 Disember tahun lalu, Chenderong Capital telah menandatangani sebuah memorandum sepakatan (MoU) dengan sebuah syarikat dari Jepun, SIM-Drive Ltd, untuk membangunkan perusahaan kenderaan elektrik. Majlis menandatangani memorandum tersebut telah disaksikan sendiri oleh TPM semasa lawatan rasminya ke Jepun.

Mengikut rekod rasmi yang diperolehi daripada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), Chenderong Technologies (perniagaan partnership) dan Chenderong Capital (syarikat private limited) adalah berkait rapat. Chenderong Capital mempunyai tiga pemegang saham/pengarah. Dua daripadanya adalah Irlan Norris bin Ishak dan Ikhwan Al-Rashid bin Abd Rahman, pemilik bersama Chenderong Technologies.

Menggabungkan kesemua yang berlaku akan mendedahkan kepada aktiviti yang bersungguh-sungguh dalam jangkamasa yang singkat:

  • 2009-08: Penubuhan SIM-Drive Ltd
  • 2009-09-07: Chenderong Technologies ditubuhkan oleh dua orang pemilik bersama
  • 2009-10-08: Chenderong Capital ditubuhkan oleh tiga orang pemegang saham/pengarah, dua daripadanya adalah pemilik bersama Chenderong Technologies
  • 2009-11-05: Chenderong Technologies mendaftarkan domain “my-malaysia.com.my”
  • 2009-12-07: Chenderong Capital menandatangani MoU dengan dua syarikat Jepun, disaksikan oleh Muhyiddin
  • 2010-01-30: Muhyiddin melancarkan laman web rasminya, seolah-olah dibina oleh Chenderong Technologies
  • 2010-02-25: Laman web MY-Malaysia ditutup
  • 2010-03-16: Dua pemilik bersama Chenderong Technologies menarik diri dan seorang pemilik Mohammed Saifol Anwar bin Ab Rahman mengambil alih.

Selanjutnya, jika anda menimbang fakta-fakta berikut, anda mungkin akan tercium sesuatu:

  • SIM-Drive Ltd adalah sebuah syarikat yang baru ditubuhkan dalam bulan Aug 2009 dengan capital sebanyak ~RM1.5 million (44 million Yen), untuk membangunkan penyelidikan dan pembangunan kenderaan elektrik. (Saya amat berharap agar kerajaan Malaysia tidak sewenang-wenangnya membazirkan wang kita di dalam projek ini.)
  • Satu MoU yang ditandatangani oleh SIM-Drive sambil disaksikan dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia sepatutnya mempunyai nilai publisiti yang penting, tetapi majlis itu langsung tidak mendapat tempat di dalam laman web SIM-Drive news section. (Sama ada SIM-Drive adalah sebuah syarikat yang tidak serius atau diurus tadbir dengan baik, ataupun TPM adalah seseorang yang langsung tidak memberi apa-apa makna kepada mereka.)
  • Chenderong Capital mempunyai modal yang dibenarkan iaitu RM100,000. (Modal berbayar yang sebenar, yang mana memberikan modal bekerja, selalunya adalah lebih kecil berbanding dengan modal yang dibenarkan.) RM100,000 atau kurang untuk membangunkan kenderaan elektrik? Perjalanan eksekutif berpangkat tinggi ke Tokyo untuk menandatangani MoU itu sahaja telah menelan belanja sekurang-kurangnya separuh daripada RM100,000.
  • Dan kedua-dua Chenderong Capital dan Chenderong Technologies tidak mempunyai laman web. Pada hari ini, sedangkan kedai runcit Muthusamy Store juga mempunyai sebuah laman web.
Saya percaya kesemua fakta yang menarik ini membawa kepada perjanjian perniagaan yang meragukan dan berbelit-belit serta mempunyai penglibatan politik. We tidak boleh berharap kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk berbuat sesuatu mengenai kes ini, tetapi mungkin beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat boleh mengangkatnya dengan bertanyakan soalan-soalan mengenai kes ini di parlimen.

Lagipun, ini adalah sebuah kerajaan yang ber-KPI menurut Perdana Menteri Najib Razak. Di dalam kes ini, apakah wang rakyat terlibat di dalam beberapa aktiviti dan apakah KPI terhadap wang-wang tersebut.

diterjemahkan oleh ajijoi daripada AirKosong.com

Kenapa Jangan Sokong Umno (Akhir)

Manusia yang cerdik adalah manusia yang mampu menilai dengan baik yang mana betul yang mana salah. Manusia yang bodoh adalah manusia yang hanya menyokong tanpa usul periksa. Rakyat yang cerdik adalah rakyat yang tahu memilih kerajaan mana benar - benar membela rakyat. Rakyat yang bodoh adalah rakyat yang termakan dengan penipuan dan kenangan lama yang sudah lama hilang.

Kita harus memilih antara cerdik dan bodoh. Jika kita memilih menyokong sebuah kerajaan yang tahu membohong maka jangan salahkan esok bila generasi yang akan datang terus - menerus menyalahkan kita kerana tidak pernah sesekali kita menghukum kerajaan yang penipu ini. Jika kita memilih dengan baik dan memilih sebuah kerajaan yang adil kepada semua rakyat, sudah pasti generasi akan datang akan hidup dengan terus gemilang dan berterima kasih kerana kita telah meletakkan satu penanda politik yang baik kepada mereka.

Umno adalah sebuah parti yang sudah lama menipu Melayu. Umno juga telah lama menipu Cina dan India melalui MCA dan MIC. Kita rakyat Malaysia sudah sekian lama dipaksa menerima cerita Cina akan rampas hak Melayu. Melayu akan bunuh semua orang Cina. Hanya kerana untuk mempertahankan kuasa untuk mengayakan sanak - saudara, Umno, MIC dan MCA sanggup melihat rakyat bergaduh sesama sendiri. Tapi mereka tidak rela melihat rakyat bersatu. Kerana mereka tahu jika rakyat bersatu segala macam penipuan yang lebih teruk dari Zionis Yahudi itu akan terbongkar dan ditanam kedalam tanah.

Sekarang Umno memperalatkan PERKOSA. Tujuannya supaya membangkit amarah orang Melayu yang sudah lama tidak mahu terjerumus ke kancah pergaduhan kaum. Mereka mahu dilihat bersih dari sebarang usaha mencetuskan pergaduhan kaum. Tapi mereka juga mahu melihat Melayu terus bergayut dengan tongkat reput Umno. Caranya? Perkosa diwujudkan. Apabila usaha Perkosa yang secara terus - menerus membangkitkan soal KETUANAN MELAYU dan membuahkan hasil. Percayalah Umno akan senada dengan Perkosa. Kenapa? Lihatlah, hingga sekarang usaha untuk menangkap Ibrahim Ali dan kuncu - kuncunya tidak dibuat. Bayangkan jika Perkosa ini milik PAS atau PKR. ISA 10 TAHUN!!!

Jadi, kita sudah melihat bahawa Umno menipu Melayu semata untuk memenuhkan poket mereka dengan wang dan membulatkan isteri mereka masing - masing. Umno sanggup meroboh dan menjual tanah orang Melayu kepada pemaju tidak kiralah pemaju itu Cina atau India mahupun Melayu kerana ianya menjanjikan keuntungan yang tinggi. Umno sanggup melihat orang Melayu bergaduh dengan Cina, India dan lain - lain semata kerana ingin mempertahankan kuasa kerana mahu mengekalkan kekayaan yang mereka miliki.

Umno akan sekali lagi memperalatkan MIC pada PRK Hulu Selangor. Apabila MIC menang maka bertambahlah kerusi untuk Umno. Kenapa Umno? Umno hanya memperalatkan lambang dacing untuk kuasa mereka. Ingat, Umno tidak akan berkuasa jika rakyat Malaysia sebulat suara menolak kebusukan mereka. Umno tidak akan berkuasa jika orang Melayu sedar bahawa selama ini mereka ditipu. Orang Melayu harus sedar Umno sememangnya penipu besar. Mereka lebih jahat dari Yahudi Zionis. Mereka lantang menentang Yahudi Zionis tapi mereka juga melantik syarikat APCO (yang merupakan penyokong kuat ZIONIS YAHUDI) yang mereka 1Malaysia. Bukankah penipu namanya?

Terakhir dari penulisan ini, sedarlah. Umno perosak negara sebenarnya. Umno menjahanamkan Melayu dengan terus - menerus membiarkan Melayu hanyut dengan cerita dongeng mereka. Baik dari sejarah Melaka hinggalah mitos orang Cina akan rampas hak Melayu. Semuanya menipu orang Melayu. Sampai bila orang Melayu relah dibodohkan oleh Umno. PRK Hulu Selangor menjadi medan kita membuang Umno. Membuang Umno bererti kita telah selamatkan Malaysia dan bagi orang Melayu buang Umno bererti kita sudah tidak rela dibodohkan. Berfikirlah secara bijak.

Sekian Terima Kasih

-nukilan From Vehicle To Life blog

Kenapa Jangan Sokong Umno (2)

Ketika Zionis Yahudi merobohkan penempatan orang - orang Yahudi di Semenanjung Gaza, penduduk Yahudi ketika itu cukup berang dengan tindakan kerajaan mereka waktu itu. Mereka mengatakan kerajaan takut kepada ancaman Hamas. Namun semua orang di dunia ini tahu, keluarnya Yahudi yang menganut fahaman Zionis ini keluar dari Semenanjung Gaza maka bermulalah operasi membantai Hamas dan rakyat Palestin yang menentang Yahudi Zionis dengan cara kekerasan. Semenanjung Gaza menjadi kubu kuat kepada pejuang Hamas. Maka dengan keluarnya rakyat Yahudi dari kawasan itu, maka dengan senang hatilah Zionis Yahudi melepaskan bom - bom ke serata tempat di Semenanjung Gaza. Semuanya atas nama menjaga keselamatan bangsanya sendiri dan memastikan ancaman berterusan daripada Hamas dapat dimusnahkan dan ditamatkan.

Namun di Malaysia perkara sebaliknya terjadi. Orang Melayu yang memerintah dengan suka hati merobohkan kampung - kampung Melayu di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Ingatkah kita pada peristiwa Kampung Berembang? Apa tujuan mereka menghalau orang Melayu dari tempat yang mereka duduki selama puluhan tahun di situ? Kalau Yahudi Zionis menghalau bangsanya sendiri kerana mahu menbantai bangsa Arab dan Hamas secara ekstrem, namun di Malaysia bangsa Melayu yang diperintah oleh Umno KETUANAN MELAYU menghalau bangsanya sendiri atas nama pembangunan poket sendiri. Bukan kita tidak mahu bangsa Melayu itu maju, namun lihat di mana tempat mereka ditempatkan. Dengan notis yang diberi hanya seminggu semua penduduk Kampung Berembang harus keluar. Dengan notis seminggu mereka harus mencari rumah sendiri. Dengan notis seminggu anak - anak yang sedang belajar dengan tekun untuk menghadapi SPM dirobohkan. Sedangkan sudah bergenerasi mereka duduk disitu, membuka tanah yang dahulunya hutan dan menjadikannya sebuah perumahan akhirnya tumbang dan musnah sama sekali atas desakan PEMAJU. Jadi dimana slogan KETUANAN MELAYU yang mereka laungkan? Umno dan BN begitu kebulurkan duit. Mereka sanggup menjual dan memaksa hatta mencederakan bangsanya sendiri atas nama untung, untung dan terus untung. Buktinya, lihat sahaja isu di Kampung Buah Pala mereka sewenang - wenangnya menjual kawasan tersebut kepada pemaju sebelum kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Kenapa mereka menjualnya, kerana mahu memenuhkan poket mereka sendiri (bukti Umno, MIC dan MCA sama saja jahatnya).

Perjuangan Umno sebenarnya tidak pernah jujur untuk membela orang Melayu. Melayu dibibir mereka hanya untuk kuasa. Jika perbuatan itu datang dari pihak Pakatan Rakyat maka gegak - gempitalah dunia ini. Segera demonstrasi dibuat. Sepanduk - sepanduk yang menunjukkan betapa Melayunya mereka dinaikkan. Perkara itu berlaku di Pulau Pinang. Ketika kerajaan sekarang merobohkan gerai makanan yang menjadi hak milik orang Melayu. Jika para pembaca semua membaca statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sudah pasti kita tahu siapa sebenarnya yang benar - benar membela Melayu dan semua kaum. Jika benar Umno pejuang Melayu, kenapa zaman pemerintahan Koh Tsu Koon mereka menikus takut diam? Kerana zaman itu mereka yang menjerit pada hari ini, umpama tikus yang jatuh dalam tong beras. Mereka senyum kekenyangan kerana projek - projek yang ada disekitar Pulau Pinang hanya dibolot oleh mereka. Mereka itu yang terdiri daripada ADUN -ADUN Umno Pulau Pinang telah membolot semua projek atas nama KETUANAN MELAYU. Hasilnya mereka iaitu anak Melayu Pulau Pinang yang benar - benar layak untuk mendapat kerja atau projek di sana tidak langsung berpeluang mengecapi kemewahan yang ada di pulau tersebut. Yang dapat hanya mereka yang ada STATUS KRONI!! Kenapa kontraktor Melayu Pulau Pinang sekarang ini untuk tahun 2009 memperolehi 82.4% projek - projek di sekitar Pulau Pinang? Kerana mereka yang sekarang ini dipertanggungjawapkan untuk menjaga dan memerintah negeri itu benar - benar telus dan ikhlas.

Ketuanan Melayu dibibir pemimpin Umno hanyalah hiasan kosmetik. Umpama Rosmah (Umno) memakai gincu (Ketuanan Melayu). Namun sayangnya masih ada yang menyokong Umno. Masih ada yang begitu taat setia kepada Umno. Padahal jika orang - orang Umno terutamanya yang bawahan ini sedar dan cuba membuat hati mereka pasti mereka akan nampak, Ketuanan Melayu hanyalah wayang. Wayang bagi memastikan pemimpin Umno dari Ketua Cawangan hingga ke Presiden kaya dan terus kaya.

Umno lagi teruk dan lagi bangsat dari Zionis Yahudi. Zionis Yahudi menjaga bangsa mereka dan memastikan bangsa mereka terus maju dan selamat dari serangan berterusan dari pejuang Hamas. Namun Melayu Umno yang beragama Islam sanggup menjahanamkan bangsa mereka sendiri hanya kerana wang dan untung. Rakyat sekarang umpama pejuang Hamas. Kita berjuang untuk kepentingan kita dan hak kita, namun dalam masa yang sama kita juga sedang dilanyak dan dihalau secara berterusan daripada Umno. Meletakkan kita di fumah flat - flat buruk yang kemudahannya teramat teruk. Lif rosak, lampu ditangga yang tidak berjaga dan bermacam - macam hal lagi.

Cuba tanya pada diri kita sendiri. Kenapa harus kita secara berterusan dibodohkan secara tersusun oleh Umno. Kenapa kita harus membiarkan diri ini diperbodohkan. Kenapa mereka yang cerdik pandai tidak mahu menjadi seperti penduduk Kampung Berembang dan menghukum terus Umno pada PRU-12. Kenapa?

Sebelum akhiri tulisan kali ini..bacalah luahan seorang ibu ketika rumahnya dirobohkan :

"Tengoklah, anak-anakku, jangan kau lupa peristiwa ini bila engkau dewasa kelak. Jika engkau membesar menjadi orang yang berjaya, ingatlah peristiwa ini. Inilah nasib orang-orang miskin macam kita… Buka matamu, ingat apa yang mereka lakukan kepada kita orang miskin, ingatlah sampai bila-bila."

Seorang ibu di Kg. Berembang kepada anak-anaknya disebalik tangisan

Jangan berhenti membenci Umno dan terperdaya dengan hasutan mereka. Hukum Umno kerana jenayah mereka yang kejam iaitu jenayah membodohkan Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya termasuk pelbagai kaum

bersambung...........

-nukilan From Vehicles To Life blog

Kenapa Jangan Sokong Umno (1)

Baca, Cetak dan Edarkan

Umno adalah sebuah parti lama dalam sejarah politik Malaysia. Sebuah parti yang sudah lama memerintah negara. Teramat lama. Akibat terlalu lama memerintah, maka makin banyaklah kezaliman, penipuan dan kejahatan yang mereka lakukan.

Aku menulis dari sudut kaca mata anak muda yang melihat kejahatan secara serius apabila umur aku meningkat mencecah 15 tahun. Pada tahun 1998 menyebabkan aku daripada seorang remaja yang hanya tahu berseronok akhirnya akibat peristiwa Anwar Ibrahim dipecat makan aku memutuskan untuk membahagikan keseronokan hidup dengan perjuangan memulihkan negara daripada virus Umno.

Kenapa aku benci kepada Umno? Kenapa apabila ada saja berita mengenai Umno membuatkan aku rasa mahu pecahkan televisyen dirumah? Sebab Umno adalah sebuah parti hipokrit, munafik dan apa sahaja bersangkut - paut dengan perkara negatif, itulah Umno. Sebuah parti yang hidup atas nama penipuan. Antara perkara paling mudah mereka menipu adalah nama parti mereka, UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO). Jika benar mereka memperjuangkan Ketuanan Melayu dengan keris mencacak ke langit kenapa tidak diubah sahaja kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Mereka tidak pernah ikhlas mahu membantu Melayu. Jika nama sudah diInggeriskannya, bagaimana mereka ada semangat mahu membela Melayu. Melayu bagi mereka hanyalah slogan kosong. Melayu bagi mereka hanya sebuah bangsa yang mudah dibodohkan. Melayu bagi mereka hanyalah sebuah kaum untuk mendapat undi. Melayu bagi mereka hanyalah untuk mengekalkan kuasa. ITULAH UMNO!!

Sudah hampir 53 tahun kita merdeka, nasib orang Melayu di kampung masih sama. Lihat sahaja apa yang terjadi pada Melayu Pulau Pinang. Hampir kesemuanya telah lari ke tanah besar. Orang Melayu pada asalnya merupakan penduduk terbesar di pulau tersebut sekarang sudah menjadi minoriti. Jangan disalahkan kaum Cina. Mereka rajin berusaha maka mereka layak mendapat tempat sepatutnya. Tapi apa yang Umno Pulau Pinang lakukan? Kenapa tidak mendesak Ketua Menteri pertama Pulau Pinang agar memastikan kawasan dimana ramainya orang Melayu harus dipelihara. Tapi apa yang jadi sekarang? Kebanyakkan kampung Melayu di Pulau Pinang telah hampir pupus. Lihat sahaja Kampung Tanjung Tokong, sudah hampir musnah. Jika benarlah Umno mahu membela Melayu, dari dulu sepatutnya mereka mempertahankan agar kampung Melayu ini tidak dirobohkan. Tapi mereka jugalah iaitu Umno yang seronok merobohkan kampung Melayu kerana dahaga, kebulur dan tamak haloba apabila memikirkan soal wang. Roboh kampung Melayu maka projek dapat dilaksanakan. Apabila projek dapat dilaksanakan, maka mereka atas nama Ketuanan Melayu menyebat projek di atas tanah orang Melayu.

Inilah Umno. Umno sememangnya mahu memperbodohkan orang Melayu. Bagi mereka biar orang Melayu jadi bodoh kerana ini sahaja yang dapat memenuhkan poket mereka. Jika Melayu sudah tahu hak mereka sudah dipermainkan, maka tamatlah riwayat Umno. Jadi moto politik Umno adalah "Bodohkan Melayu, Kayalah Aku". Jadi mereka mencipta retorik "Ohh, Cina mahu merampas Pulau Pinang", hasilnya orang Melayu cukup terpengaruh dengan slogan itu. Maka orang Melayu pun bergantung harap dengan Umno. Selama 53 tahun, orang Melayu bergantung harap namun secara perlahan - lahan mereka dipinggirkan. Umno memang sengaja mahu orang Melayu bergantung harap dengan mereka. Jika orang Melayu sedar, orang yang menindas mereka selama hampir 53 tahun ini adalah Umno. Bukannya Lim Guan Eng, bukannya Karpal Singh, bukannya Ah Keong, bukannya Ah Siong, bukannya Ah Wa. TAPI UMNO!! Umno yang menindas mereka dengan berjaya. Namun apabila di dalam kaca tv, merekalah juara Melayu. Merekalah pejuang hak orang Melayu.

Aku jijik dengan Umno. Jijik kerana mereka suka menipu. Menipu pemikiran orang Melayu. Perkara inilah menyebabkan aku benci sangat pada Umno. Bencinya aku kepada Umno sebagaimana aku benci kepada Zionis Yahudi. Wajib kita mempunyai perasaan benci sebegitu. Kerana jika kita tidak benci begitu kepada Umno, selama - lamanya kita akan terus terpinggir. Selama - lamanya kita terus ditindas TANPA KITA SEDARI!! Jika kita hanya berserah pada takdir maka jangan marah pada Cina. Marah pada diri sendiri kerana kita yang tidak mahu membuang Umno ke Laut China Selatan.

(bersambung)

-nukilan from vehicles to life blogspot

Rombakan kabinet dilengah-lengahkan

Oleh kerana ayam tambatannya di dalam MCA iaitu Ong Ka Ting kalah di dalam pemilihan kali ini, Najib melengah-lengahkan perlantikan jawatan menteri penuh kepada Chua Soi Lek ke dalam kabinet.

Seperti biasa, dengan lembik tengkuknya Najib memberikan alasan untuk perlunya menganalisa keputusan pemilihan pucuk pimpinan MCA tempohari.



PM: Belum ada rombakan kabinet lagi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata belum ada keputusan dibuat berhubung rombakan kabinet berikutan keputusan pemilihan parti MCA semalam.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Najib berkata tiada ruang masa yang ditetapkan bagi rombakan itu kerana beliau perlu berbincang dengan presiden MCA yang baru, Datuk Seri Chua Soi Lek terlebih dahulu.

“Tiada keputusan lagi. Kami akan menganalisis keputusan itu untuk memahami mesej yang cuba disampaikan oleh perwakilan.”

Ditanya mengenai kedudukan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang kedua-dua mereka tewas pada pemilihan semalam itu, Najib berkata: “Ia bergantung.”

Beliau juga berharap tidak ada lagi puak-puak dalam MCA dan semua pemimpin akan bersatu semula.

“Ini adalah titik baru bagi MCA jika semua orang mengotakan apa yang dijanjikan mereka. Tetapi kita harus memberi mereka masa untuk melupakan sengketa,” katanya.

Ditanya sama ada skandal seks Chua akan menjadi liabiliti kepada BN, Najib berkata perkara itu belum jelas dan nyata.

“Ada pelbagai pandangan berhubung perkara itu tetapi lebih 900 perwakilan MCA telah memberikan mandat kepada Chua. Justeru beliau mempunyai kekuatan tersendiri yang dihargai oleh perwakilan,” katanya.

Perdana Menteri juga memilih untuk tidak mengulas ketika ditanya berhubung spekulasi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib akan diletakkan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil Hulu Selangor .

“Siapa bagi tau? Beri kami masa. Kita perlu membuat keputusan yang betul dan menjalankan kajian sendiri,” katanya.

Mengulas peletakan jawatan 36 anggota jawatankuasa bahagian Bukit Bendera hari ini, Najib berkata apa yang dilakukan perlu mengikut perlembagaan parti.

Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - TG Nik Aziz

KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-


KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN


PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik) dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

Kenapa teruja dengan ucapan di perhimpunan Perkasa?


Apakah perasaan ahli-ahli PAS selepas membaca berita-berita mengenai ucapan-ucapan di AGM Perkasa yang diutarakan oleh Datuk Ibrahim Ali (IA) dan Tun Dr Mahathir (TDM)?

Sama ada saudara teruja mahupun tidak, marilah kita sama-sama merenung persoalan-persoalan di bawah supaya kita dapat berfikir sejenak sebelum kita membuat keputusan sama ada ucapan-ucapan yang dibahaskan di AGM Perkasa boleh dipercayai atau tidak?

Adakah saudara sedar bahawa dalam kedua-dua ucapan tokoh yang di”perkasa”kan langsung tidak menyentuh tentang apa penyebab utama keadaan orang Melayu yang masih tidak berubah ke tahap yang memuaskan walaupun setelah 52 tahun UMNO berkuasa di negara kita?

Siapa yang harus dipersalahkan sekiranya IA merasakan bangsa Melayunya sendiri tidak terbela?

Apa yang boleh dilakukan oleh parti-parti politik seperti PAS dan DAP untuk merugikan bangsa Melayu sekiranya selama 52 tahun yang lepas mereka hanyalah dikenali sebagai parti pembangkang yang berkelahi antara satu sama lain?

Betulkah negara kita akan bertambah maju tanpa parti pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP? Jika ya, mengapa Malaysia merosot dengan begitu ketara sekali apabila keseluruhan rakyat Malaysia hampir membuatkan negara kita sifar pembangkang pada 2004 semasa zaman yang sepatutnya kita mencapai status Gemilang, Terbilang dan Cemerlang?

TDM dengan cepat menghunuskan jarinya kepada Tun Abdullah Badawi sebagai penyebab utama negara tiada pertumbuhan selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri.

Akan tetapi, adakah saudara sedar minda saudara tengah dipermainkan oleh yang dianggap pejuang? TDM langsung tidak menyentuh tentang amalan rasuah (barahnegara) yang diwarisi daripada zamannya sebagai penyebab utama duit-duit rakyat tidak pernah sampai ke tangan rakyat.

Adakah saudara sedar bahawa itulah cara berpolitik TDM selama ini dengan mempersendakan saudara-saudara sebangsanya untuk mencari mangsa lain untuk dipersalahkan bagi menutup kegagalannya sendiri?

IA berkata salah satu matlamat Perkasa ialah menpertahankan Islam. Walaupun matlamat Perkasa tepat dengan intipati pengikutnya yang semuanya Melayu beragama Islam, sasaran matlamatnya mungkin jauh tersasar.

Sebagai contoh, Perkasa harus mempertahankan Islam daripada ancaman siapa?

Dalam ucapan IA seolah-olah segala-galanya yang merosakkan nama baik Islam datangnya daripada DAP. Betul ke?

Gejala bakar gereja yang memburukkan nama Islam, angkara siapa? Perarakan kepala lembu yang secara terus-terang menghina penganut agama Hindu dan menampar nama baik agama Islam, angkara siapa?

Siapa yang menganiaya negeri serambi Mekah sekian lama daripada menerima royalti minyak?

Negara dikenali sebagai negara barahnegara yang merosakkan nama baik Islam, angkara siapa?

Siapa yang sanggup lantik perasuah yang dibuktikan dalam sesebuah parti sebagai Menteri Besar, Pakatan Rakyat ke?

Siapa pula pemimpin bukan Islam yang menjadikan Khalifah Umar Abd Aziz sebagai contoh dalam pemerintahannya sebagai tanda penghormatan kepada tokoh dan ajaran Islam? Adakah Perkasa memujinya atau mengutuknya?

Yang lebih memilukan, adakah ajaran Islam membolehkan akta zalim seperti ISA digunakan pada manusia seperti yang ingin dipertahankan oleh Perkasa?

Siapakah musuh Islam yang sebenarnya? Siapa yang membuat bising di Parlimen atas lesen-lesen judi? Perkasa, UMNO, MCA ataupun PAS, PKR dan DAP? Bolehkah ahli PAS menyokong Islam yang cuba dibawa Perkasa?

Saudara ahli-ahli PAS haruslah bijak membuat penilaian terhadap Perkasa dari sudut tuntutan Islam.

Janganlah mudah terperdaya dengan retorik-retorik mereka yang berkepentingan untuk mengekalkan kuasa. Jangan pula memandang ringan terhadap pengaruh wayang kulit mereka kerana ramai juga yang akan terpedaya kalau kita tidak bersama-sama berusaha untuk menyedarkan persepsi sesama kita.

Renungan terakhir, mengapa proses usaha menanamkan tanggapan di minda Melayu bahawa “Malay is under siege” dan “Islam is under siege” masih diteruskan oleh puak-puak ini? Betul ke Melayu dan Islam yang seolah-olah diserang ataupun intelek cetek saudara is under-siege?

--------------------------------
Li Fook Gao menaruh harapan tinggi supaya PAS dapat menggantikan UMNO pada PRU-13.

-Harakahdaily

Ajijoi ~ Bukan teruja tetapi terkedu orang-orang Melayu yang selama ini menyanjung tinggi kepada Tun Mahathir. Sampai bila kita mahu diperbodohkannya?

Kini, orang suruhannya yang begitu lantang meneriakkan slogan perkauman iaitu Ibrahim Ali yang memainkan peranan penting agar tragedi 13 Mei berulang kembali dengan harapan orang-orang melayu (amno) dapat kembali berkuasa penuh dinegara ini.

Mungkin Melayu mudah lupa tetapi bangsa lain tidak. Sejarah juga tidak pernah lupa dengan apa yang telah diperlakukan oleh Tun Mahathir selama dia berkuasa dahulu.

Syarikat RM2 dapat tender penswastaan pengurusan semua makmal patologi?

Bagaikan satu kebiasaan apabila kekayaan negara dikaut hanya dengan menubuhkan syarikat yang bernilai RM2 tanpa perlu kepakaran dan juga pengalaman dalam mengendalikan sesuatu projek. Kekuatan 'kabel' perhubungan dengan orang-orang tertentu menjadi taruhan untuk merebut 'hidangan' yang sudah pasti menunggu.

Sebagai contoh, YB Zahrain MP Bayan Baru yang keluar daripada PKR baru-baru ini dikatakan hanya kerana marah apabila projek kelab golf yang bernilai RM40 juta gagal diberikan kepada syarikat RM2 kepunyaannya.

Sampai bila Melayu hendak maju hanya dengan cara yang sebegini? Melayu bawahan setengah mati berusaha mencari sesuap nasi untuk anak dan isteri manakala Melayu atasan dengan senang lenang merampok harta negara tanpa sedikit pun rasa bersalah apatah lagi rasa berdosa.

Kementerian Kesihatan diminta perjelas syarikat RM2

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan kaedah perlantikan syarikat 'RM2' sama ada menggunakan kaedah rundingan terus atau sebaliknya.

Ini ekoran cadangan kementerian mahu menswastakan semua makmal patologi di hospital-hospital awam tempatan pada Syarikat Akar Mulia Sendirian Berhad dipersoal.

Berdasarkan makluman rasmi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Salahuddin mendakwa syarikat tersebut didaftarkan dengan RM2 secara segera supaya boleh mendapatkan tender penswastaan daripada KKM.

Bercakap di lobi Parlimen petang tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meminta kementerian menafikan dakwaan-dakwaannya itu.

Ini kerana, menurut beliau, syarikat tersebut telahpun menyertai satu mesyuarat rasmi di kementerian terbabit sendiri pada 17 Julai tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, kementerian sekali lagi mengadakan mesyuarat eksklusif rasmi bersama-sama syarikat tersebut pada 25 Mac lalu supaya langkah penswastaan itu direalisasikan.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya amalan kronisme yang membabitkan individu tertentu dalam kementerian dan syarikat 'RM2' tersebut.

Selain itu, beliau turut mencabar pemilik syarikat tersebut mendedahkan profil syarikat serta rekod kemampuan syarikat dalam mengendalikan prasarana kesihatan, termasuk pengalaman menguruskan makmal patalogi tersebut.

Sekiranya kerajaan meneruskan niat menswastakan makmal-makmal patologi tersebut kepada syarikat misteri itu, beliau menganggap penswastaan tersebut sebagai malapetaka bagi kesihatan rakyat dan keselamatan tanah air.

-Harakahdaily

Kemana hilangnya RM54 billion untuk bumiputera


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan menjelaskan tentang kehilangan RM52 bilion baki yang pernah diperuntukkan kepada Bumiputera dan kaum Melayu di samping mendakwa amalan kronisme yang diamalkan oleh segelintir pemimpin Umno dan BN punca kemunduran kaum.

"Kita tak mahu kroni-kroni Umno sahaja dapat, baik (pemimpin) Umno, baik MCA, baik MIC atau Gerakan yang kebas, apa yang rakyat dapat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan di lobi Parlimen pagi tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta suatu Suruhanjaya Diraja perlu segera ditubuhkan untuk menyiasat 'penyangak-penyangak' di kalangan kroni-kroni Umno tersebut.

"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini, kalau boleh tubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja kerana ketirisan RM52 bilion yang hilang ini adalah isu yang besar," ujarnya.

Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan tentang kehilangan RM52 bilion baki yang pernah diperuntukkan kepada Bumiputera dan kaum Melayu.

Ini ekoran Bumiputera hanya memegang ekuiti saham sebanyak RM2 bilion sahaja.

Beliau mempersoal demikian sebagai mengulas akuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, seperti yang dilaporkan akhbar elektronik Bernama, Jun tahun lalu.

Pada 30 Jun tahun lalu, Najib berkata, daripada RM54 bilion saham yang diberikan, hanya RM2 bilion saham masih tersisa di tangan Bumiputera.

Disebabkan itu, beliau berkata, ekuiti Bumiputera tidak masih gagal mencecah 30 peratus seperti yang disasarkan melalui DEB.

"Kenapa tinggal hanya RM2 bilion (ekuiti saham Bumiputera), ke mana perginya RM52 bilion lagi," soal Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya RM54 bilion ekuiti Bumiputera benar-benar dimiliki oleh rakyat, pegangan ekuiti saham Bumiputera melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh meningkat sehingga 45 peratus.

"Kalau RM54 bilion kekal dipegang oleh Bumiputera, saya rasa pegangan ekuiti akan mencecah lebih 45 peratus, bukan 19.4 peratus seperti (yang) diumumkan Perdana Menteri," ujar beliau.

Tambahnya lagi, sekiranya pemimpin Umno jujur mahu mereputasi kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di tanah air, Najib seharusnya bersedia menyiasat kroni-kroni terbabit secara telus dan terbuka.

-Harakahdaily

Ajijoi ~ Isu kehilangan wang yang berjumlah besar ini bukanlah perkara baru. Tetapi Melayu masih merelakannya malah memberikan undi kepada penyangak-penyangak ini supaya terus menerus membaham hak-hak orang Melayu.

Ini semua adalah kerana 'MELAYU MUDAH LUPA'. Jadi, kebaslah seberapa banyak yang kamu mahu kerana orang melayu takkan ingat itu semua.

Menteri perlu letak jawatan kerana kehilangan RM546 billion wang rakyat

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menuntut menteri yang bertanggungjawab ke atas syarikat permodalan negara Khazanah Nasional Bhd supaya meletak jawatan atas kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 bilion.

Pada ucapannya di Dewan Rakyat hari ini, Wee (kiri) berkata kerugian itu berlaku selepas Khazanah mempengaruhi Pos Malaysia Bhd dalam isu penjualan sahamnya dalam sebuah lagi syarikat "X" dengan harga RM14 juta.

"Saya difahamkan bahawa maksud 'penguasaan luar' di sini adalah penguasaan dariapda Khazanah (Nasional) Bhd, yang diketuai oleh Tan Sri Azman Mokhtar dan syer X adalah Transmile Bhd.

"Saya merayu kepada perdana menteri untuk menjalankan satu siasatan dengan segera apa yang telah didedahkan.

"Jikalau tuduhan tersebut adalah benar, saya percaya benar, menteri yang bertanggungjawab untuk Khazanah pada masa itu, jika masih memegang jawatan menteri mesti meletak jawatannya dengan segera untuk memikul tanggungjawabnya.

"Tindakan keras mesti diambil terhadap menteri tersebut dan pegawai Khazanah yang terlibat," katanya.

Wee berkata, beliau difahamkan perkara itu melalui satu rencana yang disiarkan dalam satu keluaran majalah Malaysian Business.

Katanya rencana bertajuk 'Is whistle-blowing really serious' itu ditulis oleh bekas ahli parlimen Tan Sri Adam Kadir yang juga merupakan bekas pengerusi Pos Malaysia.

Tulisan itu juga menyebut, keputusan untuk menjual pegangan berkenaan dibuat oleh badan pengarah Khazanah.

"Saya percaya, ini adalah satu contoh yang jelas -- harapkan pagar, pagar makan padi," katanya.

-malaysiakini

Tuan Guru Nik Aziz, Harun Din kekal Mursyidul Am dan Timbalan


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari perjuangan.

"Ramai yang layak, tetapi kita anggap beliau yang lebih layak dari orang lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tiada persaraan dalam perjuangan.

"Kita tidak mahu tok guru kita bersara dari perjuangan," katanya pada sidang media memaklumkan keputusan tersebut di parlimen hari ini (gambar bawah).

Turut serta pada sidang media tersebut, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Mengulas lanjut beliau berkata, keuzuran Tuan Guru Nik Aziz bukan masalah besar kerana beliau akan dibantu ahli mesyuarat yang lain.

"Keuzuran beliau boleh dibantu ahli-ahli yang lain kerana keputusan majlis syura bukan individualistik tetapi dibuat secara kolektif," tambahnya lagi.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Shukri.

Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak meminta jawatan.

"Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam Islam diajar tidak meminta jawatan, tidak berebut jawatan dan Islam mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik," jelasnya lagi.

Sesi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.

Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini dan tempoh sepenggal dipanjangkan dari tiga tahun ke lima tahun.

-Harakahdaily

DS Nizar melawat mangsa kebakaran di Rapat Setia, Ipoh

IPOH 29 MAC: Hari ini merupakan hari yang malang buat sebuah keluarga apabila hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja akibat rumah kediaman mereka musnah sama sekali dijilat api awal pagi tadi.

Kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 4.30 pagi ini di No. 3, Jalan Dato Damanhuri, Rapat Setia, Ipoh hampir meragut 6 nyawa yang masih lena tidur. Disyaki api mula merebak dari bilik hadapan dengan cepat sekali sehingga memusnahkan sebuah kereta Proton Satria Neo yang diletakkan di bahagian hadapan rumah tersebut.

Ketua keluarga yang malang ini, Sdr Normansor Bin Hj Mat Jini (bertopi dan berkain pelekat di dalam gambar) keluar dari rumah seawal 4.00 pagi untuk ke kilang penyembelihan ayamnya di Jelapang. Setibanya disana, beliau telah menerima panggilan daripada jirannya yang mengatakan bahawa rumahnya sedang marak dijilat api.

Beliau kemudiannya bergegas pulang dan apabila tiba, kelihatan 4 buah kereta bomba sedang memadamkan api.

Beliau bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya terselamat di dalam kejadian ini walaupun banyak harta benda dan dokumen-dokumen penting yang musnah bersama rumah yang telah lama didudukinya itu.

DS Nizar yang diberitahu akan kejadian itu telah melawat keluarga Normansor pada jam 8.oo pagi ini. Beliau yang ditemani isteri serta 2 orang anak lelakinya bersimpati dengan kemalangan yang menimpa keluarga malang yang dikenalinya itu. Hampir sejam DS Nizar di situ meninjau keadaan rumah saudara Normansor.

DS Nizar bersama Saudara Normansor (bertopi)



Kereta yang cuba diselamatkan oleh isteri Normansor tetapi
dihalang oleh anak-anaknya kerana api telah yang marak

DS Nizar bersama jiran tetangga Normansor yang bersimpati
dengan beliau

Datin Seri Fatimah Taat yang bersimpati dengan nasib yang menimpa
keluarga ini cuba menenangkan isteri Sdr Normansor (baju putih)

DS Nizar bertanyakan tentang kejadian jam 4.00 pagi itu
daripada jiran sebelah rumah yang memberitahu mengenai
kebakaran menerusi telefon kepada Normansor

DS Nizar dan isteri meninjau keadaan dalam rumah


Sdr Normansor menunjukkan keadaan di dalam rumah beliau

Banyak khazanah-khazanah miliknya yang disimpan sekian lama

Kini telah musnah semuanya

DS Nizar dan isteri mendengar penerangan daripada Normansor
dengan prihatin

DS Nizar meninjau keadaan bilik di bahagian hadapan.
Banyak buku anak-anak Normansor yang musnah

Kesemua peralatan di dalam rumah ini musnah sama sekali

Kereta ini juga turut musnah tanpa sempat diselamatkan

DS Nizar dan isteri menawarkan kediaman mereka untuk
Sdr Normansor dan keluarga menumpang sebelum mendapatkan
kediaman yang baru

DS Nizar terpaksa berangkat untuk ke tempat yang lain sebelum
bertolak ke parlimen. Salam takziah DS Nizar buat Sdr Normansor
sekeluarga

Keadaan di dalam dan luar rumah

Peralatan rumah yang ranap

Di ruang utama

Dalam bilik kedua


Dapur

Pemandangan dari dapur

Kereta yang hangus hampir keseluruhannya

Daging-daging ayam yang tidak sempat dimasak

Kereta, motorsikal dan basikal. Kesemuanya hangus

Meter elektrik yang cair terbakar

Seorang jiran yang mewakili syarikat Nestle menghulurkan
emergency kit kepada Sdr Normansor

Wakil kepada YB Hamidah, Sdr Alang yang juga Ketua Kampung
Sg Rapat (BN) juga bertandang bertanyakan khabar.

Alhamdulillah! Tuan Guru Nik Aziz kekal Mursyidul Am PAS untuk lima tahun lagi

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai mursidul am PAS untuk sesi 2010-15.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kedua majlis syura ulamanya di pejabat agung PAS,di ibu negara pagi ini.

Pelantikan itu sekali gus menutup ruang spekulasi berhubung kedudukan tokoh popular PAS itu yang melanda sejak minggu lalu apabila kedudukannya bergantung kepada sokongan 16 lagi anggota majlis tersebut.

Spekulasi tercetus minggu lala apabila majlis syura ulamanya tidak membuat sebarang pelantikan terhadap pengerusi dan timbalannya, sebaliknya hanya melantik lima anggota tambahan.

Majlis tersebut mempunyai 17 anggota - masing-masing empat wakil daripada jawatankuasa pusat dan dewan ulama, dua orang daripada dewan Pemuda dan Muslimat serta empat lagi anggota tambahan.

Sementara itu, dalam mesyuarat hari ini juga, Datuk Dr Haron Din turut dilantik semula sebagai timbalan mursyidul am bagi membantu tugas-tugas Nik Aziz sebagai pengerusi majlis tertinggi dalam parti.

Hormati keputusan, Nik Aziz terima

Turut dilantik sebagai anggota tambahan: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin dan bekas timbalan presiden Hassan Syukri.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemui pemberita di parlimen mengesahkan pelantikan Nik Aziz dan Dr Haron selama lima tahun.

Tambahnya, Nik Abdul Aziz sebelum ini yang menyatakan kegembiraan sekiranya tidak dilantik semula, bertindak demikian dengan "moral yang tinggi."

Ditanya mengenai pertimbangan anggota majlis berkenaan terhadap tahap kesihatan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi berkata menteri besar Kelantan itu dilihat masih mampu menjalankan tugas-tugasnya.

Sementara itu, walaupun membayangkan enggan dilantik semula sebagai pemimpin nombor satu dalam PAS, Nik Aziz hari ini dijangka mengumumkan kesediaannya memikul semula tanggungjawab dengan segera.

Menurut setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof, satu kenyataan akhbar berhubung perkara itu akan dikeluarkan lewat petang ini.

“Beliau terima. Tetapi (bertugas) macam dulu juga, kalau sakit tidak dapatlah hadir ke mesyuarat,” katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini.

“Penerimaan tersebut dibuat bagi menghormati keputusan majlis syura ulama. Berdasarkan pengalamannya juga, beliau wajar dilantik semula.”

-malaysiakini

Followers

Video ajijoi

Loading...