
Pantai Teluk Rubiah, mulai Oktober 2010, hanya yang 500 pekerja kilang besi yang bertuah dapat menikmatinya
Pengambil alihannya mungkin telah dirancang sekian lama kerana melibatkan wang yang begitu banyak (khabarnya RM20 juta. Jika ianya masih tidak mencukupi...beberapa kilometer ke tengah laut akan dibina pula platform yang baru sebagai pelabuhan bagi kapal-kapal besar.)

Apa akan jadi dengan Seri Manjung dan juga Pulau Pangkor? Kapal-kapal besar akan datang untuk membawa besi mentah dan membawa pulang bahan yang telah diproses?
Ini bermakna, pencemaran alam yang teruk akan berlaku disekitar kawasan tersebut dan akan memberikan kesan kepada pantai-pantai di Teluk Batik dan seluruh pulau Pangkor.

Walaupun jika kilang tersebut berusaha sedaya upaya untuk memelihara alam sekitar (saya difahamkan yang ianya akan dilaksanakan), kapal-kapal itu sudah pasti akan membuang sampah-sarapnya kedalam laut sepertimana yang berlaku sekarang.
Cuba jalan-jalan ke Teluk Batik dan saksikan apakah barangan yang terapung-apung kepantai. Dan anda akan faham sekarang mengapa industri pelancongan merosot.

Pemandangan yang aneh di Teluk Rubiah yang diambil daripada salah satu bukit disekelilingnya
Teluk Rubiah yang mempunyai pantainya yang tersendiri pasti akan kehilangan pelancong juga. Anda akan tertanya-tanya, mengapa perlunya sebuah kilang yang begitu besar ingin didirikan bersebelahan dengan destinasi pelancongan seperti Pangkor?

Bermain Golf di Teluk Rubiah... ianya tinggal kenangan....
Kesemua 29 chalet tradisional tidak akan dimusnahkan, sebaliknya akan digunakan sebagai penempatan untuk pengurusan dan kakitangan kilang.

Teluk Rubiah dijual atas nama "pembangunan". Dan alasan ianya dijual? Teluk Rubiah Beach & Golf Resort tidak mendatangkan keuntungan yang cukup.
Sebenarnya, resort tersebut membuat keuntungan tetapi penyelenggaraan golf course melebihi keuntungan yang dibuat.

Dengan kurangnya promosi yang baik sudah tentu tidak dapat menarik pelaburan yang cukup untuk menyelenggara resort itu dari segi kualitinya.
Untuk setiap chaletnya, hanya SATU set cadar dan tuala sahaja yang disediakan beberapa tahun kebelakangan ini. Ini amat menyedihkan dan lebih teruk lagi, tiada siapa pun yang peduli akan keadaan di Seri Manjung dan Sitiawan.
Keputusan telah pun dibuat dan kilang tersebut akan tetap didirikan. Teluk Rubiah akan dibangunkan semula berkeluasan yang kecil berdekatan dengan Teluk Batik. Untuk penggemar golf pula, sebuah driving range sedang dibina di Teluk Batik.

Apakah ini yang dikatakan "pembangunan"? Apalah salahnya jika kawasan ini yang amat berhampiran dengan Teluk Batik dan Pulau Pangkor diberikan lebih tumpuan sebagai destinasi pelancongan?
Kita hanya boleh berharap agar industri perikanan di Pangkor tidak terjejas dengan projek ini. Manakala di Teluk batik pula, setiap hari kita dapat melihat sampah yang dihanyutkan kepantai daripada kapal-kapal dilaut. Ianya akan bertambah lagi dan kualiti air semakin berkurangan.
Tetapi, seperti biasa, wang lebih berkuasa. Kita hanya boleh tertanya, siapakah yang mengaut keuntungan didalam hal ini.

Pemandangan ini hanya tinggal kenangan buat pengunjung pantai perkelahan
-diterjemahkan daripada
2 comments:
masa nak buat kelab golf dulu kata membazir. hari ini sentimental pulak dengan golf. Sifat munafik cakap berdolak dalik. Kelab golf bagi faedah apa pada ekonomi negeri? Bila income negeri kurang korang juga yang nak komplen. Bila buat kilang besar tak betul jugak lagi. PAS ALWAYS BETOI... Elok pakai slogan ni mulai sekarang.
Longchepoh, sebelum komen hayati dulu di sini : http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-Teluk-Rubiah-Manjung-dr-kerakusan-manusia/167668853245296
Gua bukan ahli mana2 parti, ia bukan kerana golf bukan kerana kilang, tapi lokasinya TIDAK PATUT. Zon Pelancongan ditukarkan kepada Zon Industri. Harap Longchepoh dapat hadir sendiri atau cuba source di google taip nama TELUK RUBIAH, boleh tgk gambar dan video pelawat yg bercuti, aktiviti, dan program di TELUK RUBIAH. Sekarang gua sbg penduduk tempatan pun tak boleh masuk dah, masuk naik bot nelayan ke pantainya pun gua dihalaunya. Sebelum rubiah melambai kehadiran manusia yang mahukan ketenangan, yg mahu menikmati alam semulajadi, yg mahu bersukan, yg mahu memancing dan riadah. Rubiah tenang menerima pelancong, tapi manusia zalim terhadapnya kerana wang ia dirogol dgn rakusnya!
Terima Kasih tuan tanah blog ini yg mentranslate dr blog team proTeSTeR (Team Save Teluk Rubiah)sbg sebaran maklumat yg cuba di'bisu'kan oleh pihak kepentingan. Sedar atau tidak, tulisan asal ini adalah seorang wargasing (Peter Van Der)yg berkayuh basikal menetap 6 tahun di sini dan jatuh cinta terhadap rubiah, sayangnya orang tempatan masih alpa dan terus tidak mempedulikan rubiah.
Post a Comment