Monday, November 30, 2009

Qurban Al-Ehsan '09: Cabutan bertuah dan kerja-kerja akhir

28 NOV Cabutan bertuah juga diberikan kepada peserta dan juga petugas untuk memeriahkan lagi majlis qurban tahun ini.




Tak ada gigi boleh ke makan tulang ni? Buat jilat-jilat je kot.
Siapa orang tua yang gagah perkasa ini?

Haji Nordi yang berumur 70 tahun masih gagah mengapak tulang.

Ustaz Faisol boleh melakukan tugasan walau dimana saja.

Wafa menjalankan tanggungjawabnya mengagihkan daging-daging
qurban dengan penuh amanah.

Budak Hassan ni umurnya baru 8 tahun tapi rajinnya
mengalahkan budak 18 tahun.

Haji Mat kelihatan terkejut kerana disangkakan Ustaz Bakar yang datang menjenguk mereka makan sedangkan Ustaz Bakar masih lagi menjalankan tugasnya tanpa henti.

Zaki memotong daging bagaikan pak arab ditanah suci Mekah
sedang menyediakan makanan jemaah haji.

Ada juga penggemar kepala kerbau. Ada apa-apa
penawar rahsia ke?

Ekor kerbau memang sedap bila dibuat sup tetapi
untuk menyediakannya, satu masalah juga.

Semua orang asyik dengan daging dan tulang kerbau,
perut pula tak ada yang nak ke?

Qurban Al-Ehsan '09: Kerja memotong daging diteruskan

28 NOV Kerja-kerja memotong daging yang telah siap dilapah diteruskan mengikut kumpulan kerbau-kerbau yang telah ditetapkan.

Kerja-kerja memotong daging menjadi lebih mudah dan ceria sambil mendengar alunan zikir dan selawat daripada sistem pembesar suara.

Slogan 'Anak Muda Geng Kita' membawa mesej yang positif dan memberi kebaikan kepada anak-anak muda dan juga kegiatan di surau.

Hadiah cabutan bertuah yang dinanti-nantikan semua peserta dan petugas.

Jaga-jaga pisau tu Ustaz Che Leh, disebabkan tengok kamera, ada daging lebih pulak yang ditimbang nanti.

Fairuz (baju belang), rakan sekelas saya dari darjah 1 hingga 6, Sek Ren Sri Kinta, Ashby Road, Ipoh. Kemudian kami terpisah sehinggalah pagi ini saya disapa olehnya yang masih mengingati saya. Terima kasih. Kelihatan Fairuz bergambar dengan salah seorang daripada 3 anaknya.

Qurban Al-Ehsan '09: Kunjungan YB Chan Ming Kai penambah seri

Ustaz Abu Bakar bersama YB Chan Ming Kai dan juga wakil
Dr Lee Boon Chye, Sdr Megat

28 NOV Pihak Surau Al-Ehsan telah menjemput Adun Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan juga Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye untuk turut serta dalam majlis qurban tahun ini.

Kedua-dua mereka telah menyatakan persetujuan untuk hadir kerana ingin turut bersama di dalam majlis qurban yang dianjurkan surau serta mempelajari dan menyaksikan sendiri ibadah qurban yang dijalankan oleh umat Islam di dalam kawasan ini.

YB Chan Ming Kai yang tiba agak lewat sedikit iaitu sebaik sahaja kerbau yang terakhir selamat disembelih kerana sejak pagi lagi beliau telah menjelajah dan melawat kesetiap masjid-masjid dan surau-surau yang menjalani ibadah qurban di dalam kawasan Simpang Pulai.

Manakala Dr Lee Boon Chye pula tidak dapat hadir kerana disaat akhir terpaksa melakukan pembedahan kecemasan keatas pesakitnya di Hospital Pakar Ipoh. Bagi menggantikan tempatnya, wakil Dr Lee iaitu Sdr Megat telah hadir untuk bersama-sama petugas menjalankan aktiviti majlis hari ini.

Bakso istimewa masakan daripada orang Padang, Indonesia
disajikan pagi ini

"Jangan berebut, jangan berebut" kata-kata usikan biasa
dibibir Haji Daud AlBanjari (baju kuning)

Lain macam je semuanya tunduk menikmati hidangan Bakso

YB Chan Ming Kai dan Sdr Megat disajikan dengan Bakso
dan ditemani oleh penulis, Ust Bakar dan Haji Rahim.

Sunday, November 29, 2009

Qurban Al-Ehsan '09: Kerbau kelapan tumpas ditangan Ustaz Che Leh

28 NOV Kerbau yang terakhir telah diamanahkan kepada Ustaz Che Leh untuk menyembelihnya.






Para penumbang yang telah 'bertarung' dengan 8 ekor kerbau
hari ini meraikan kejayaan mereka menjalankan tanggungjawab
dan amanah yang telah diberikan pihak surau. Bergambar kenangan
dengan penuh bergaya.

YB Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai) turut sama bergambar
bersama team penumbang sebaik beliau tiba.

Qurban Al-Ehsan '09: Ustaz Faisol sembelih lagi untuk kerbau keenam & Ustaz Bakar ketujuh


Ustaz Faisol menyembelih kali kedua untuk kerbau yang keenam




Ustaz Bakar juga menyembelih untuk kedua kalinya dengan
kerbau yang ketujuh

Qurban Al-Ehsan '09: Kerbau kelima milik Ustaz Tahir sekeluarga

28 NOV Kerbau yang kelima ini adalah milik Ustaz Tahir sekeluarga yang masuk sebagai peserta sebanyak 7 bahagian.

Sembelihannya juga dilakukan oleh Ustaz Tahir sendiri.






Haji Abd Rahim dan rakan-rakan sedang melapah kerbau yang kedua.

Daging kerbau pertama yang siap dilapah dan dipotong.

Qurban Al-Ehsan '09: Kerbau keempat disembelih oleh Setiausaha Surau Al-Ehsan

28 NOV Setiausaha Surau Al-Ehsan, Cikgu Omar Bin Abdullah telah diamanahkan oleh peserta-peserta kumpulan keempat untuk menyembelih kerbau mereka.

Sebagai seorang yang serba boleh, Cikgu Omar menjalankan tugasnya dengan sempurna dan jayanya.







Sungguhpun kepenatan, penumbang-penumbang kerbau ini
masih tetap istiqamah dengan tugasan yang diberi.

Followers