Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Saturday, October 31, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat Perak: Pembentangan Kertas 1 oleh Dato Seri Nizar


IPOH (31.10.09): Pembentangan yang pertama bagi Kertas 1 bertajuk "Pengalaman, Permasalahan dan Harapan Pakatan Rakyat Perak" oleh Dato Seri Ir. Nizar Jamaluddin memukau hadirin di Dewan Utama, Hotel Syuen pagi ini.

Moderator bagi sesi pembentangan kertas 1 dilakukan oleh YB S. Kesavan

YB Mujahid Rawa bersama pimpinan yang lain duduk di barisan hadapan

Pimpinan wanita Pakatan Rakyat

YB Kesavan memulakan sesi dengan pantun yang menarik perhatian hadirin

Dato Seri Nizar memberikan kronologi mengenai bagaimana tertegaknya kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak pada bulan Mac 2008 setelah memenangi pilihanraya umum ke 12

Pelbagai permasalahan yang mengganggu pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat didedahkan oleh Menteri Besar Perak

Hasil negeri dan juga kepercayaan rakyat telah bertambah kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di Perak sebelum berlakunya rampasan kuasa oleh BN dengan bantuan pihak-pihak yang telah menggadaikan maruah serta mencemar undang-undang

Pencatat begitu tekun mengambil bahan ucapan tetapi ada juga yang telah terpegun dengan pembentangan kertas oleh Dato Seri Nizar

Pimpinan Pakatan Rakyat bersama-sama memberikan isyarat ikatan kerjasama dan perpaduan yang utuh tidak berbelah-bagi

Konvensyen Pakatan Rakyat Perak: Pembukaan

IPOH (31.10.09): Upacara pembukaan majlis telah berlangsung dengan jayanya. Kesemua pimpinan dan juga peserta konvensyen memulakan konvensyen pada pagi ini dengan bersemangat dan juga harapan yang tinggi.

YB Drs Khalil Idham Lim telah mempengerusikan sesi pertama majlis. Beliau juga membaca doa untuk majlis pembukaan Konvensyen Pakatan Rakyat Perak yang pertama dan julung kalinya diadakan di negara ini.

Kesemua yang hadir mengaminkan doa yang dibaca oleh YB Khalil

Dewan hotel dipenuhi dengan peserta-peserta konvensyen
daripada parti-parti Pakatan Rakyat

Antara pimpinan Pakatan dibarisan hadapan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meneliti
buku aturan majlis

Tentu ada sesuatu yang menarik terdapat di dalam buku
cenderamata Konvensyen

Pengarah Konvensyen Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abd. Malek menyampaikan ucapan alu-aluan kepada pimpinan dan juga peserta konvensyen

Sambutan yang diberikan peserta kepada konvensyen ini
begitu membanggakan

Barisan hadapan dipenuhi oleh pimpinan

Pentas utama bersama pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak
dan tetamu kehormat

Petugas yang mencatat setiap ucapan dan pandangan yang dilontarkan
oleh pimpinan dan juga peserta konvensyen

Unit dokumentasi dan IT daripada PAS

Pihak media yang membuat liputan konvensyen hari ini

Semua peserta berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku

Diikuti pula oleh lagu tema PKR bertajuk 'Arus Perjuangan Bangsa'

Menyanyikan lagu negaraku dan juga lagu tema PKR beramai-ramai

Montage Konvensyen Pakatan Rakyat Perak 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat Perak: Pendaftaran

IPOH (31.10.09): Para peserta yang menyertai Konvensyen Pakatan Rakyat Perak perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu kerana ianya terbuka hanya kepada yang dipilih sahaja. 200 orang mewakili setiap parti.

YB Husin Din berbincang bersama teman-teman sebelum masuk ke dewan.

Penulis sedang mendaftarkan diri

Kaunter pendaftaran DAP

Kaunter pendaftaran PKR

Ketibaan Dato Seri Nizar disambut gembira peserta konvensyen

Dato Seri Nizar dan pimpinan Pas yang lain mendaftarkan diri

Saudara Khalilul Rahman sedang menerangkan sesuatu kepada Dato Seri Nizar sambil diperhatikan pengawal peribadinya

Konvensyen Pakatan Rakyat Perak pengukuh ikatan pimpinan bersama rakyat


IPOH (31.10.09): Konvensyen Pakatan Rakyat Perak kali pertama yang diadakan di Hotel Syuen, Ipoh mendapat sambutan yang luar biasa apabila dewan utama dipenuhi dengan peserta-peserta konvensyen daripada PAS, PKR dan DAP.

Seramai 600 orang yang terdiri daripada 200 orang setiap parti telah hadir memenuhi dewan ballroom Hotel Syuen ini.


Walaupun ianya pertama kali diadakan, kertas-kertas kerja yang dibentangkan oleh ahli-ahli panel daripada kalangan pemimpin tiga parti yang membentuk Pakatan memberikan satu hala tuju yang mengukuhkan lagi ikatan didalam Pakatan didalam menempuh arus politik yang semakin mencabar kini.

Selain daripada pimpinan Pakatan Rakyat Perak, kehadiran istimewa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan impak yang positif kepada peserta dan juga tujuan konvensyen itu diadakan.

Pembentangan kertas kerja oleh YB Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin, YB Lim Guan Eng, YB Nga Kor Ming dilakukan pada sesi pagi manakala sesi petang pula akan disambung oleh Menteri Besar Selangor, YB Khalid Ibrahim.

Paling istimewa apabila Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan melakukan upacara penutup pada akhir konvensyen nanti.

Persidangan haram Dun Perak 28 Okt 2009

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Perancangan tak bermaruah UMNO BN dan Dato' Ganesan

Kehadiran 28 ADUN Pakatan Rakyat(PR) adalah diatas notis peringatan persidangan dari Speaker YB Sivakumar, melalui surat bertarikh 13 oktober '09. Kami mula bergerak menuju ke bangunan SUK jam 9.35 pagi bersama YB Speaker yang lengkap berjubah dan berkopiah sebagai Tuan Yang di Pertua dewan. Saya dan rakan lain seiring berjalan dengan Speaker.

Kami dihalang polis melalui 2 halangan/checkpoint sebelum sampai ke pintu/gate utama melalui jalan medan istana. Setiap halangan kami terpaksa bergelut dan berperang mulut dengan anggota polis yang menggambarkan seolah-olah mereka hanya fokus pada YB Sivakumar. Beberapa tindakan dibuat oleh polis bagi menghampiri YB Speaker Sivakumar. Saya sendiri menyedari hal ini telah memegang rapat tangan YB Sivakumar. Kami dibenarkan masuk satu demi satu disetiap checkpoint dan kami mengelilingi YB Sivakumar sambil berjalan. Suasana dan kehadiran anggota polis dan kenderaan trak yang banyak serta anggota FRU berkelengkapan penuh siap siaga semacam suatu pertempuran sengit akan berlaku. Ketua polis Ipoh di lihat berdiri diatas trak FRU bersama dua anggota siap dengan senapang dan pancutan simbahan asid dan gas. Disepanjang jalan dan tengah jalan dipenuhi anggota polis, SB siap berkamera video dan senjata. Namun semua warga media tidak dibenar mengekori kami.

Sampai di pintu utama, gate ditutup oleh keselamatan SUK yang mana bilik kawalan dikuasai oleh polis dan mereka hanya membuka gate setelah kami merayu dan akhirnya bertengkar supaya dibuka gate dan setelah dibuka kecil baru kami dibenar masuk satu demi satu juga. Kemasukan kami keperkarangan bangunan SUK dinanti oleh polis ramai, beruniform dan juga memakai vest POLIS. Ratusan kakitangan kerajaan melambai kami dari beranda dan celah tingkap-tingkap pejabat tanda sokongan. Saya turut membalas lambaian mereka sambil sempat melaungkan "HIDUP DIDUP, HIDUP RAKYAT!

Kami masuk ke lobi lif, namun lif semacam tidak berfungsi. Semasa dilobi lif polis cuba menghampiri Sivakumar tapi kami bertahan sehingga berlaku pergelutan kerana nampak mereka mahu menghalang kemasukan kami. Setelah bergelut hampir 6 minit maka kami keluar dari lobi lif dan berjalan menghala ke gate dan bertemu untuk beritahu orang ramai dan warga media bahawa kami dihalang polis dari masuk ke dewan. Setelah mendapat persetujuan dari pegawai Glenn bahawa kami tidak akan dihalang didalam perkaranag bangunan SUK , maka masuk semula. Kali ini gate sekali lagi ditutup dan kami terpaksa pinta dibuka dan barulah dibuka. Bayangkan berapa lama masa terbuang dalam insiden ini sahaja.

Setelah melepasi gate kami menuju ke lobi lif lagi satu untuk ketingkat 3 yang terpaksa melalui tempat letak kereta pegawai kerajaan. Semasa ditempat letak kereta ramai anggota polis diarah menyekat kami untuk menagkap Sivakumar. Berlaku pergelutan dahsyat disitu, Saya yang ketika itu memegang tangan kiri Sivakumar seolah direntap dan terlepas. Kopiah Sivakumar dirampas oleh ASP Bala. Beberapa ADUN PR yang cuba menghalang telah dikasari . Saya terlihat YB Chan Meng Kai (Simpang Pulai ) tersungkur dan terbaring di atas lantai dikelilingi polis! Sivakumar di kerumuni polis sehingga dicekik dan dihimpit perutnya, dia cuba menjerit tapi suara tak keluar barangkali tercekik kuat. Saya meraung dan menjerit meminta pertolongan dari kalangan kakitanagn kerajaan dan pemandu yang ramai melihat dan menonton kekejaman polis terhadap kami. Saya menjerit acap kali meminta pertolongan namun polis terus menerpa kami . Ketika itu Sivakumar kelihatan lesu dan mereka merentap jubah yang dipakainya. Saya turut menahan supaya Sivakumar tidak cedera namun polis terus merentap dan merampas jubah yang dipakainya dengan ganas dan dahsyat sekali. Akhirnya jubah yang dipakai koyak rabak dan tertanggal dari Sivakumar. Dia hanya dapat pegang cebisan jubah berjalur emas sebagai simbol cebisan demokrasi yang dikoyak robekan oleh UMNO BN di Perak.

bersambung.........

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin

Thursday, October 29, 2009

Pandangan Mata Hati Imam Syafi'i


Orang tua yang melihat dengan pandangan mata hati akan bertambah serius dalam melaksanakan kebaikan dan 'berpatah arang' dengan kejahatan. Masa telah begitu suntuk. Entah sempat, entahkan tidak. Itulah rasa hati mereka. Mereka tidak sudi lagi berpaling kepada yang mengganggu dan menggugat. Tumpuan utama hanyalah mengejar masa.

Imam Syafi'i misalnya, pada usia empat puluh tahun sudah pun berjalan dengan memakai tongkat. Orang keliling kehairanan, justeru Imam Syafi'i masih tegap dan sihat. Bukankah beliau seorang pemanah yang tepat dan penunggang kuda yang cekap?

Ketika menjawab soalan orang tentang mengapa dia bertongkat, Imam Syafi'i berkata, "Tongkat ini untuk mengingatkan bahawa aku telah tua. Cukuplah semua hadiah dan sanjungan yang telah ku terima selama ini. Aku tidak perlukan lagi. Tumpuan sepenuh hati ku sekarang ialah menuju Allah!"

Demikian 'orang tua' yang memandang dirinya dengan pandangan mata hati.

Sayangnya, kebanyakan kita yang mendakwa pengikut setia Imam Syafi'i tidak pula bersikap begitu. Kita tidak mencari tongkat "pengingat " seperti beliau, sebaliknya sibuk mencari tongkat "penggiat" - Tongkat Ali!

Kuliah malam Jumaat: Keimanan yang teguh terhadap Islam






Tangga pemangsa




Gambar-gambar diatas begitu ngeri untuk ditatap terutamanya kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Tetapi itulah hakikatnya apabila malang tidak berbau. Perhatian dan pengawasan yang lebih perlu diberikan semasa membawa anak menggunakan tangga bergerak (escalator) dipusat-pusat membeli belah ataupun dimana sahaja.

Keadaan dan kedudukan tangga itu terkadang amat merbahaya walaupun kita kerap menggunakannya. Ianya akan bergerak tanpa henti dan mempunyai gerigi yang tajam serta sudut-sudut yang sempit.

http://www.dillatutta.com/Immagini_articoli/image/crocs_escalator.jpg

Begitu juga halnya dengan penggunaan kasut getah (crocs) yang begitu mudah untuk tersangkut dicelah gerigi tangga ini jika kita terlalai ataupun terlambat.

Lebihkan tumpuan jika memakai kasut getah sebegini terutamanya anak-anak kita semasa menggunakan tangga pemangsa ini.

Followers

Video ajijoi

Loading...