Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Thursday, April 30, 2009

Zamry mahukan Perdana tapi Muhyiddin gunakan Rolls Royce


KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN...Kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya di sini, semalam, selepas menziarahi jenazah Puan Sri Laila Taib. Laila, 68, meninggal dunia pada 3.45 petang semalam.

Ketika berdentung dentang para pemimpin Umno bercakap soal penggunaan kereta rasmi Proton Perdana, kereta rasmi Timbalan Perdana Menteri adalah Roll Royce. Foto BERNAMA.

Wednesday, April 29, 2009

Tugu pokok demokrasi masih menghantui


DAP Perak tunda rasmi tugu Pokok Demokrasi

IPOH: Perasmian tugu 'Pokok Demokrasi' yang dijadualkan Jumaat ini ditunda ke tarikh lain apabila Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bertindak menggagalkan pembinaan semula tugu itu semalam kerana ia dijalankan tanpa kebenaran.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, pembinaan semula plak itu yang sepatutnya siap sebelum Jumaat ini terpaksa dihentikan atas arahan MBI.

"Kami telah menghantar surat permohonan kepada MBI petang semalam bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan tapak dimulakan semula secepat mungkin," katanya kepada pemberita di Wisma DAP di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut bercadang mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Datuk Roshidi Hashim bagi menjelaskan pembinaan plak itu termasuk pembinaanya tidak mengganggu lalu lintas serta boleh menjadi tarikan pelancong.

Semalam MBI menggagalkan usaha pembinaan semula plak peringatan 'Pokok Demokrasi' yang dibina oleh pakatan pembangkang untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.

Jurucakap MBI berkata, MBI mengarahkan kerja pembinaan tugu itu dihentikan kerana perbuatan membina sebarang bentuk struktur tanpa kebenaran MBI di kawasan seliaannya adalah tidak dibenarkan. BERNAMA

Isu agama anak: Kabinet perlu tarik balik keputusan - Bersatu Perak


Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATUPERAK) mendesak kabinet menarik balik keputusannya yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Dalam satu kenyataaan hari ini, Exco Penerangannya, Ahmad Shahir Abdul Aziz berkata, BERSATU PERAK mengkritik sekeras-kerasnya keputusan kabinet itu.

Kabinet membuat keputusan itu pada 23 April lalu sebagai langkah untuk menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang dilaporkan baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Ahmad Syahir berkata, keputusan jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga dianggap tidak tepat kerana ia dibuat dengan cara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti mufti.

“Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan.

“Justeru, BERSATU PERAK berpandangan tindakan kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh ulamak adalah sesuatu yang amat mengecewakan,” tegas Ahmad Syahir.

BERSATU PERAK juga,katanya, melihat tindakan kabinet itu amat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif.

Campuri bidang kehakiman

“Ini kerana tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman, sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.

“Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

“Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga.

“Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,” kata Ahmad Syahir.

Oleh itu, katanya, BERSATU PERAK mengkritik sekeras-kerasnya tindakan kabinet yang “membuat keputusan secara tidak berhemah dan tergopoh-gapah memandangkan kes itu masih dibicara melalui proses mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Perak”.

Sehubungan itu, katanya, BERSATU PERAK turut mendesak kabinet menarik balik keputuan yang telah ditetapkan demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan keutuhan kuasa pihak mahkamah.

Having great time with new friends

Lili and Baljin having great time in the class.

Every PBB employees MUST attend at least 2 days course according to Bank Negara's ISO guideline.

This time its my turn. And 'Building Better Work Relationships' course was chosen for me.

Most of the course participants from all over Malaysia will be accomodated at IT & Training Centre (ITTC) where the course will take place.

If the hostel there already full, we'll be accomodated to the nearest hotel like Residence Hotel in Uniten (Universiti Tenaga Nasional), Mines Hotel (The Mines) or Palm Garden Hotel (Putrajaya).

They said i'm lucky coz this time around i'm accomodated to a 4 star Palm Garden Hotel, Putrajaya. Never been there and quite excited about it.

Palm Garden Hotel, Putrajaya

My hotel room

Enjoying dessert while get to know each other better

Its a nice hotel but quite boring if you don't have transport to wonder around Putrajaya. Since i came with taxi, nothing much can be done at night.

Buffet dinner from 7.00pm to 11.00pm with a lot of food to choose from and chit chat with the coursemate, go back to the room, watch tv for a while then sleep. Thats every night routine. Lucky its only 2 nights.

Early morning (7.45am), we'll be sent to ITTC with hotel van and breakfast will be served there.

The course i'm attending is a fun one. Some sort like a motivation course to be a better staff and a better teanwork in workplace. But as usual, i'm always being put in front of the class. Is it because my name starts with 'A' or what? I'm not sure.

Ms Kek Chze Yen or just call her Ms Yen. Don't like to be called amoi. Remember that.

Our course leader (teacher) is Ms Kek Chze Yen (above). She's fun and more like a chinese kampong girl (coz of her bahasa is very good and pretty too : ). She's the reason why the subject seems very enjoyable and interesting.

Ms Yen giving instructions on what to do next.

This is a 'Relax' team. Waiting for their next task.

Zuraimi doing his best explaining (or entertain) us with his team's task.


Baljin and Farah presenting on behalf of our 'Simple' team.

My coursemates also very friendly and supportive. A bunch of guys (and girls) that fun to be with. Actually, there's only 4 guys (including me) and 22 girls. Just imagine.

But, we can get along very well. Having our breakfast, tea break (twice), lunch and dinner together.

My appreciation to all my coursemates and my course leader, Ms Yen for the great time. Get in touch, guys. E-mail me.

Tuesday, April 28, 2009

Where I've been missing?

I've been missing for these 2 days due to attending 'Building Better Work Relationships' course from 27 to 28 April 2009 in Bangi.

Stay for 2 nights at Palm Garden Hotel, Putrajaya.

Just arrive home tonite, I'll write all about it tomorrow. Some of the photos i've taken will be added too.

Let me take a rest for a while.

Sunday, April 26, 2009

Minum tangan kiri amalan siapa?


Larangan Makan dengan Tangan Kiri

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda, "Janganlah kalian makan dengan tangan kiri, karena syaitan makan dengan tangan kiri," (HR Muslim [2019]).

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah sekali-sekali salah seorang dari kamu makan dengan tangan kirinya dan jangan pula minum dengan tangan kiri. Karena syaitanlah yang makan dan minum dengan tangan kiri," (HR Muslim [2020]).

Diriwayatkan dari Salamah bin al-Akhwa' bahwa ada seorang laki-laki makan dengan tangan kirinya di hadapan Rasulullah saw. Rasul berkata kepadanya, "Makanlah dengan tangan kananmu!" Ia menjawab, "Aku tidak bisa!" Nabi terheran sambil berseru, "Tidak bisa?!" Dan tidak ada yang menghalanginya kecuali kesombongan. Perawi berkata, "Kontan saja laki-laki itu kemudian tidak mampu mengangkat tangannya ke mulutnya," (HR Muslim [2021]).

Kandungan Bab:

Haram hukumnya makan dengan tangan kiri. Karena hal itu adalah kebiasaan syaitan. Maka kita harus menyelisihinya dan tidak menirunya.

Ancaman dosa ini berlaku atas orang yang tidak punya udzur, seperti sakit atau terluka. Akan tetapi bila ada udzur maka tidak ada dosa atasnya. Hal ini secara jelas ditegaskan dalam hadits yang terkahir dalam bab terdahulu, wallahua'lam.

Sumber: Diadaptasi dari Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar'iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Syafi'i, 2006), hlm. 3/99-100.

Apabila babi mula bersin...

Selesema babi serang Mexico

PENDUDUK Mexico memakai topeng mulut dalam kenderaan awam, semalam.

H1N1 disahkan jadi punca kematian berpuluh penduduk

BANDARAYA MEXICO: Sejenis virus selesema khinzir yang baru dikesan disahkan membunuh berpuluh penduduk di Mexico sehingga memaksa pihak berkuasa negara itu menutup sekolah, muzium, perpustakaan dan teater kelmarin mencetuskan kebimbangan penularan wabak itu ke seluruh dunia.

Kebimbangan terhadap virus baru itu - H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini turut menjangkiti sekurang-kurangnya lapan penduduk di Texas dan California, namun belum ada kematian dicatatkan di negara itu.

"Kami amat bimbang," kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham.

"Kami dapati apa yang berlaku ialah penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia." Wabak itu menyebabkan kebimbangan di Mexico, di mana lebih 1,000 penduduk dilaporkan sakit. Penduduk di ibu negara itu mula memakai topeng mulut dan pihak berkuasa mengarahkan lebih banyak tempat awam di tutup.

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus khinzir itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya.
GAMBAR virus H1N1 selesema babi yang diedarkan kelmarin oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat.

Pemangku Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Richard Besser berkata vaksin baru yang bersesuaian dengan virus selesema itu sedang dicipta. Sekiranya kerajaan memutuskan penghasilan vaksin adalah perlu, pengeluar akan mula mengeluarkannya.

Sementara itu, di LOS ANGELES, pihak berkuasa kesihatan California menjangka lebih banyak pertambahan kes selesema itu akan dikesan selepas sekurang-kurangnya lapan penduduk di Amerika disahkan menghidapnya.

California yang mencatatkan enam kes seumpama itu berkata pihak kerajaan negeri bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa dan persekutuan di mana Gabenor Arnold Schawarzenegger mahu tindak balas segera dilaksanakan. – AP/Reuters

Akibat rampasan kuasa BN di Perak



Kisah menyayat hati ini satu pengajaran kepada kita betapa masih ramai lagi insan yang terpinggir di tanahair sendiri.

Kejadian kebakaran yang meragut nyawa 3 beradik ini juga adalah salah satu punca dan akibat daripada rampasan kuasa oleh BN ke atas kerajaan negeri Pakatan di Perak.


Sebelum rampasan kuasa negeri Perak, keluarga Nordin telah dipilih untuk menduduki tanah kerajaan di tepi jalan besar Kg. Batu 26. Malangnya urusan itu terhenti selepas rampasan kuasa. Kerajaan rampasan kuasa kemudiannnya berura-ura menempatkan keluarga Nordin di kawasan penempatan berhampiran Kg. Padang Gajah tetapi ura-ura itu dibatalkan apabila Nordin aktif berperanan sebagai petugas Pakatan Rakyat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Ikuti kisah selanjutnya dan gambar-gambar berkaitan daripada cyberboron :-
Juga catatan daripada Anak Komando Rejimen 1

Selamat Hari Lahir, Harith

Hari ini, 26/04/2009 genap 3 tahun umur anak lelaki bongsu saya.

Azizul Harith, ayah ucapkan selamat hari lahir buatmu. Semoga percakapan pelatmu akan semakin lancar dan gelak tawamu menghiasi suasana ceria rumah kita.

Iman tidak diwarisi, namun ianya perlu diisi.

Saturday, April 25, 2009

Hadi cabar BN tanding di Penanti

BACHOK: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar BN supaya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti sambil menyifatkan BN bersikap defensif kerana belum memutuskan sama ada untuk meletakkan calonnya atau tidak pada pilihan raya kecil itu.

Katanya, BN kini serba salah untuk berbuat demikian berikutan kemenangan pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan di Bukit Gantang.

Berdasarkan kemenangan sebelum ini, Abdul Hadi yakin parti pakatan pembangkang boleh menang dengan mudah di Penanti.

Terdahulu beliau merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-52 Pas kawasan Bachok, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti, Isnin ini.

Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, keputusan sama ada pihaknya akan bertanding di Penanti ataupun sebaliknya akan diputuskan oleh Biro Politik Umno kelak.

Baca selanjutnya disini

Friday, April 24, 2009

Nizar nafi beli Camry

Jomheboh di Lumut, apa penjelasan Mufti Perak?

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) - Sudah lama tidak kedengaran Konsert Jom Heboh TV3 di Perak namun esok pesta ria ini akan mengambil tempat di TLDM Lumut yang berlangsung sehingga Ahad ini (26 April).

Bezanya kali ini, belum lagi terdengar ungkapan sama daripada Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria yang pernah mengeluarkan fatwa pada 30 Julai 2004 berhubung konsert ini.

Dalam keputusan itu Majlis Mufti-Mufti Malaysia melalui Harussani Zakaria telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) telah menghantar surat kepada Harussani merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia tersebut.

Ketua Pemudanya Salman Salleh meminta penjelasan adakah penguatkuasaan Undang-Undang terhadap mereka yang memberikan kebenaran, menganjur, menghadiri dan menonton konsert tersebut akan dikenakan tindakan atau sebaliknya.

"Selepas majlis penutup Muzakarah Ulama 2004 sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-76 di Ipoh, kami mahu penjelasan daripada Dato' Seri adakah Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan berhubung perkara tersebut?

"Kami memohon agar Dato' Seri dapat memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut agar rakyat Negeri Perak tidak keliru didalam perkara ini," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily sebentar tadi. - azm _

-harakahdaily

NGO Islam minta Kabinet kaji semula status anak anut agama asal

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini membantah dan meminta Kabinet mengkaji semula keputusan jemaah menteri berhubung status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa memeluk agama lain.

Mereka mendakwa keputusan itu dibuat tanpa mengambil kira undang-undang sedia ada dan pandangan pihak-pihak yang berkenaan.

Antara NGO Islam yang hadir ialah, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Alliance Coordinating Committee of Islam (Accin), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muafakat dan Khalifah Institute, Malaysian Chinese Muslim Association (Macma).

“Kami menegaskan apa-apa cadangan perubahan yang berkaitan mesti mengambilkira undang-undang yang sedia ada dan pandangan semua pihak yang berkenaan.

“Proses ini harus melibatkan perbincangan yang menyeluruh dan lengkap serta tidak terlalu reaktif kepada tekanan mana-mana pihak,”kata Pengerusi Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohamad Isa Ralip dalam satu kenyataan bersama pertubuhan-pertubuhan bukan Islam yang dibacakan di Sekteriat PGSM di sini hari ini.

Baca selanjutnya disini

Isu agama anak: Perlu rujuk Majlis Mufti-Mufti Malaysia

IPOH: Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria menyarankan kerajaan mendapatkan pandangan Majlis Mufti-Mufti Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan berhubung agama Islam bagi mengelak timbulnya kekeliruan.

Beliau berkata keputusan kerajaan bahawa kanakkanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama adalah satu isu yang perlu dibincangkan oleh majlis berkenaan terlebih dahulu.

"Dalam agama Islam manamana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri," katanya mengulas keputusan Kabinet semalam yang memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Ketika mengumumkannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu adalah sebagai langkah penyelesaian berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa menukar agama. BERNAMA

VCD Kerana Aku Seorang Pejuang


VCD yang bertajuk 'Kerana Aku Seorang Pejuang' adalah sebuah persembahan sajak daripada HMS Abu Bakar atau nama sebenarnya Haji Mohammed Saleh Bin Abu Bakar.

Kepada yang berminat untuk memiliki vcd yang berharga RM7 ini, bolehlah menghubungi Haji Saleh di talian 019-4277154.

Mufti Perak dan Jomheboh


Kepada Dato’ Seri Dr SS Haji Harussani bin Zakaria Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.

Dato’ Seri.. Tinggal beberapa jam sahaja lagi satu program budaya mungkar akan berlaku di dalam Pengkalan TLDM Negeri Perak.

Apakah Dato Seri tidak tahu akan program ini… saya dan penduduk daerah Seri Manjung ingin memaklumkan kami yang cintakan Islam sebagai Addin dan takutkan bala Allah bila-bila saja boleh berlaku.

Dato’ Seri.. Saya dan penduduk Islam Manjung tidak mempunyai kuasa, tidak mempunyai autority untuk bersuara yang kami tidak suka budaya mungkar ini..Bahkan anggota TLDM yang menetap dalam Pengkalan TLDM itu sendiri pun tak suka akan program tersebut.

Justeru itu kami memohon pada Dato Seri, bersuaralah akan hal program tersebut.. beritahulah pemerintah akan program mungkar ini adalah tidak ada dalam ajaran Islam.

Dato’ Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato’ Seri bersuara sewaktu program ini berlaku pada tahun 2007 dahulu di Bandaraya Ipoh.

Dato’ Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila Dato Seri IR Nizar bin Jamaludin bekas MB Perak yang mohon Sembah Derhaka kepada Paduka Sultan Perak.

Dato’ Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila ada manusia bernama Nga Khor Meng yang ingin mendekati Islam dengan membaca Al-Quran.

Dato’ Seri, Saya dan penduduk Islam Seri Manjung tidak mahu derhaka pada Allah S.W.T. Hanya ini sahaja yang kami mampu lakukan. Hanya ini sahaja tempat kami menyatakan rasa bencinya kani akan program tersebut. Moga-moga Allah S.W.T memahami niat kami.

AMIN YA RAB BAL ALAMIN.



Ajijoi ~ Mungkin Dato Mufti terlupa fatwa yang beliau keluarkan dahulu tentang HARAMnya konsert di program Jomheboh (dahulunya Sureheboh).

Apabila umno kembali memerintah (?) di negeri Perak, mungkin Dato Mufti terlupa akan fatwa tersebut oleh kerana terlalu gembiranya melayu (?) mendapat kuasa mereka semula.

Dato Mufti tidak dijemput ke majlis perasmian Jomheboh ke untuk membacakan doa?

PRK Bukit Gantang bukti rakyat benci politik perkauman-Nizar

Bangsa bukan ancaman bagi Islam - Nik Aziz

Thursday, April 23, 2009

SPR diperguna kuatkuasa sekatan dan halangan

Pakatan tolak syor SPR hadkan penyokong

PUTRAJAYA: Pakatan Rakyat berkeyakinan cadangan bagi mengehadkan kehadiran jumlah penyokong parti politik pada hari penamaan calon, hari mengundi mahupun semasa pengumuman keputusan tidak akan dilaksanakan.

Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah sebulat suara tidak bersetuju dengan cadangan yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perkara tersebut hari ini.

"Kita semua tidak setuju sebab kalau orang tak ramai... tak meriah, kita pun tak langar apa-apa undang-undang.

"Jadi nampaknya dah kita tak setuju, pilihan raya akan dijalankan seperti biasalah," kata beliau ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan antara wakil-wakil Pakatan Rakyat dengan SPR di sini hari ini.

-mstar.com

RPK dikenakan waran tangkap

Gobind cabar penggantungannya dimahkamah

Nau'zubillah...Islam digadai lagi

Anak pasangan tukar agama kekal agama asal


KEKAL...Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Kabinet
membuat keputusan bahawa anak-anak kekal
menganut agama asal ibu bapa masing-masing

KUALA LUMPUR: Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masingmasing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet semalam memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.

Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu.

"Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anakanak," kata Mohamed Nazri pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata manamana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa.

Katanya Kabinet juga membuat keputusan bahawa sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di mahkamah sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil.

"Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu," kata Mohamed Nazri.

Beliau berkata Kabinet juga bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undangundang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu.

Katanya bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undangundang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa sultan.

Mohamed Nazri berkata sebagai langkah jangka pendek bagi kes Mohd Ridzuan, menteri yang bertanggungjaab bagi hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri senator Datuk Jamil Khir Baharom, diminta memberi kaunseling kepada Mohd Ridzuan. BERNAMA

Ajijoi ~ Apa lagi yang dapat diharapkan apabila sesuatu isu besar yang melibatkan agama suci Islam tidak dirujuk kepada alim ulama ataupun mufti serta mahkamah syariah untuk bertanya pendapat atau hukum. Sebaliknya hukum akal yang dipergunakan untuk membela Islam.

Akibatnya, Islam juga yang rugi. Dalam kes ini, 3 orang anak yang berpeluang memeluk agama suci Islam telah terbatal kerana kabinet telah membuat keputusan agar mereka dikembalikan kepada agama asal mereka.

Siapakah yang akan menanggung dosa menafikan hak cahaya Islam kepada 3 anak ini? Tepuk dada, tanyalah dalam diri. Didalam pilihanraya yang lalu, adakah anda yang telah memilih pembuat keputusan tersebut?

Equiti 30% Melayu terhapus, mengapa MELAYU UMNO diam?

Kalau kerajaan Pakatan Rakyat yang membuat pengisytiharaan seperti itu, sudah pastilah umno dan ngo penyokong mereka berpiket dan berdemonstrasi mempertahankan hak melayu bumiputera. Jangan sesekali bermain api menggadai hak melayu bumiputera, kata mereka.

Tetapi, apabila Najib yang membuat pengumuman itu, tiada sedetik pun bantahan mahupun kritikan daripada pimpinan dan ahli umno. Sokongan membuta tuli inilah yang akan merebahkan umno dan barisan nasional tidak lama lagi.

Najib memujuk usahawan Bumiputera usah gusar -berita harian [klik untuk baca]

GMP buat laporan polis tanpa usul periksa



Tuduhan palsu terhadap Malaysiakini

Badan yang menamakan dirinya Gagasan Melayu Perak (GMP) telah membuat laporan polis terhadap Malaysiakini berhubung satu artikel yang tidak pernah disiarkan oleh lamanweb tersebut.

Dalam laporan polis itu, Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail mendakwa Malaysiakini telah menyiarkan satu artikel yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Artikel tersebut, yang bertajuk ‘Raja Nazrin defends monarchy against ridicule', yang didakwa disiarkan oleh Malaysiakini pada hari Selasa.Apabila diperiksa, tidak ada artikel seumpama itu yang disiarkan oleh lamanweb berkenaan.Bahagian bahasa Melayu bagaimanapun menyiarkan berita tersebut dari Bernama, tetapi ianya disiarkan pada 19 April.

Mohd Hilmi dan badan pimpinannya itu membuat laporan tersebut di balai polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam.Menurut laporan Bernama, Mohd Hilmi memberitahu pemberita bahawa laporan polis dibuat kerana GMP menganggap berita yang disiarkan oleh lamanweb itu bersifat kurang ajar dan biadap terhadap institusi beraja di negeri itu.

Beliau juga dilaporkan berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan mengambil tindakan terhadap lamanweb itu kerana menyalahgunakan teknologi maklumat sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya terhadap keselamatan negara.

'Diberitahu oleh kakitangan'Malaysiakini menghubungi GMP pagi ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis tersebut dan Mohd Hilmi memberitahu yang beliau tidak tahu yang Malaysiakini tidak menyiarkan artikel dalam bahasa Inggeris itu.

Menurutnya, beliau tidak tahu tentang artikel itu dan dimaklumkan mengenainya oleh kakitangannya, sebelum membuat laporan polis tersebut.

Bila ditanya sama ada beliau sedar bahawa laporan polis yang dibuatnya itu boleh mencemarkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi berkata "Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysia Today dan blog-blog lain?".

Malaysiakini telah meminta Mohd Hilmi memohon maaf secara terbuka kerana membuat tuduhan palsu itu.Malaysiakini juga sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan terhadap Mohd Hilmi dan GMP.

GMP mohon maaf pada Malaysiakini

Kira-kira empat jam selepas menghubungi Mohd Hilmi, penasihat undang-undang GMP, Nor Ali Nordin menghubungi Malaysiakini untuk memohon di atas kesilapan tersebut. Katanya, Mohd Hilmi telah bercakap dengannya dan mereka ingin memohon maaf kepada Malaysiakini di atas kesilapan menamakan lamanweb tersebut dalam laporan polis semalam.

Nor Ali juga berkata, beliau dan anggota GMP yang lain akan ke balai polis Sungai Senam jam 3 petang ini untuk memperbetulkan laporan polis semalam.

Katanya, mereka akan mengeluarkan nama Malaysiakini dari laporan tersebut dan menggantikannya dengan lamanweb yang menyiarkan laporan berkenaan.

Beliau berkata berkata, GMP telah memaklumkan kepada akhbar-akhbar harian tempatan mengenai kesilapan tersebut.

Nor Ali berkata, akhbar-akhbar berkenaan telah memberi jaminan akan menyiarkan pembetulannya.

Bernama dan Utusan Malaysia (atas), adalah antara media yang menyiarkan berita mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Malaysiakini itu.
-malaysiankini.com

Ajijoi ~ Amat memalukan. Oleh kerana terlalu mengampu umnobn dan tanpa usul periksa, terus GMP membuat laporan polis terhadap malaysiakini.

Kenyataan bahawa malaysiakini sama dengan malaysia today dan blog-blog yang lain menampakkan kedangkalan dan kebebalan gmp dalam menengahkan sesuatu isu.

Saya pasti gmp tidak pernah membaca blog (dan mungkin juga membaca bukan budaya mereka) sehinggakan menganggap kesemua blog adalah sama. Utusan dan berita harian, samakah keduanya?

Alasan yang diberikan juga amat kelakar. Seorang kakitangan membawa berita yang sebuah blog telah menghina sultan, oleh kerana ingin mempertahankan institusi sultan dengan seberapa segera, laporan polis dibuat tanpa usul periksa. Tanpa membaca dahulu apa biji buah yang diperkatakan.

Tahap pemikiran yang sekolot ini amat malang andai dijadikan panduan dan contoh kepada anak-anak dan generasi yang akan datang.
GMP mungkin membawa maksud Golongan Melayu Pengampu.

Wednesday, April 22, 2009

Zambry masih merasa dirinya bukan MB yang sah

Zambry mohon Mahkamah Persekutuan isytihar beliau MB

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah.

Dr Zambry menfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, semalam, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners.

Notis usul itu diedarkan kepada media petang ini.

Dalam notis usul itu yang disertakan dengan afidavit sokongannya, Dr Zambry memohon supaya Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mentafsir peruntukan Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu;

- sama ada Sultan Perak mempunyai hak untuk memperkenan permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (sidang DUN) apabila Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota-anggota Dewan;

- sama ada apabila Sultan Perak tidak berkenan untuk menggunakan prerogatif diraja baginda untuk membubarkan sidang DUN, adakah ia merupakan suatu kehendak peruntukan Fasal 16(6) bahawa Mohammad Nizar harus meletakkan jawatan beliau dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan;

- sama ada berikutan keengganan Mohammad Nizar meletakkan jawatan dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan, Sultan Perak mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai menteri besar.

Zambry dalam notis usulnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Februari 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak.

Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu.

Zambry berkata keputusan mahkamah itu juga nanti akan meleraikan kebuntuan politik yang berlaku di Perak di mana Mohammad Nizar menegaskan beliau masih Menteri Besar yang sah, sidang DUN tidak dapat bersidang dan kerajaan negeri Perak tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya dengan efisyen dan/atau bebas. - Bernama

Ajijoi ~ Macam mana nak mentadbir negeri kalau tiada keyakinan diri? Sultan dah lantik jadi MB, apa masalah lagi?

Pangkat Dato Seri pun dah bagi. Apa nak lagi? Rakyat perak pun menyokong penuh (kata dia ler).

Yang sebenarnya, tiada ketenteraman hati. Orang bersalah mana pernah rasa aman. Jiwa kacau.

Minyak masak ganti minyak pelincir kereta

Percayakah anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah teedapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10", katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentetik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasaraya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.


Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentetik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit shaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.


Katanya lagi, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi-sentetik kini berharga RM160 dan minyak sentetik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm The 3000 Mile Facts untuk maklumat yang sama . - BERNAMA


Ali Rustam didakwa kata lucah di sidang Dun

MELAKA, 22 April (Hrkh) - DAP menuduh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam melakukan gangguan seksual kepada wanita di dalam Persidangan Dun Melaka berikutan tindakan beliau membangkitkan isu Elizabeth Wong berulang-kali kepada Adun Kota Laksamana (DAP), Betty Chew Gek Cheng sehingga menimbulkan kekecohan.

Ali yang bangun untuk membahaskan ucapan terima-kasih kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka kerana merasmikan sidang Dun memulakan kekecohan apabila bertanya kepada Betty mengenai isu yang melanda Elizabeth.

"Saya nak tanya Betty betul ke isu Elizabeth tidur dengan lelaki Melayu sedangkan mereka belum berkahwin, Yang Berhormat ada tengok tak video itu," kata Ali Rustam.
Betty menjelaskan bahawa beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak menonton video tersebut.

Speaker Dun, Dato' Othman Muhamad juga turut menyampuk dengan mengatakan bahawa Betty ada melihat video itu tetapi menafikannya.

Ini membuatkan Ketua Pembangkang, Adun Kesidang (DAP), Goh Leong San, bangun mencelah dan meminta Ketua Polis menyiasat Ali dan Othman kerana menonton video lucah dan melakukan gangguan seksual kepada wanita yang berada di dalam dewan itu.

Goh berkata, ucapan Ketua Menteri adalah merupakan satu gangguan seksual dan beliau mesti meminta maaf serta menarik balik kata-katanya.

"Speaker tak boleh bela Ketua Menteri sebab adakah kita balik rumah tanya isteri kita ada tonton video lucah ataupun tidak.

"Ini adalah gangguan kepada Yang Berhormat wanita, Bentara wanita dan juga semua wanita yang berada di dalam dewan ini," katanya.

Ali kemudiannya berkata,"Saya nak tanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz apa hukumnya orang yang belum berkahwin tidur bersama tapi Nik Aziz kata tak salah, inilah keadaannya sejak PAS kawan dengan DAP tidur dengan perempuan bukan bini pun boleh".

Betty sekali lagi bangun mempersoalkan bagaimana Ketua Menteri boleh tahu mereka tidur bersama sedangkan orang lain semua tak tahu dan ini katanya menunjukkan Ketua Menteri ada menonton video lucah.

Suasana kembali terkawal apabila Ali Rustam merasakan ucapan lucahnya itu memakan diri-sendiri, lalu beliau berhenti daripada memperkatakan isu Elizabeth dan meneruskan ucapan terima-kasihnya. - azm _

-harakahdaily.net

Ajijoi ~ Ali Rustam ni kalau diperhatikan daripada dulu lagi memang bila bercakap tidak pakai otak. Dia pakai boh saja apa yang tersinggah di kepala (lutut) dia.

Yang paling kurang ajar, dia memang suka mengata tok guru kita. Yang part tu memang saya tak boleh terima.

Dah sah memang kaki rasuah pun dia boleh buat tengin aje duk kat kerusi ketua menteri melaka lagi.

Nasib baik saya bukan orang melaka.

{Sekarang pun malu jugak jadi orang perak, menteri besarnya mamak. umno yang berteriak sampai nak terkeluor anak tekak 'hidup melayu' tapi mamak jugak yang depa naikkan.}

Lelong Camry satu pembaziran - Nizar

Perak kembali guna Perdana; lelong 16 Camry baru membazir, kata Nizar


PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak untuk melelong 16 buah kereta Toyota Camry yang digunakan exco Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai satu pembaziran wang rakyat.

Nizar berkata, kerajaan negeri yang baru itu sepatutnya menggunakan terlebih dahulu kereta tersebut dalam tempoh lima hingga enam tahun sebelum menjualnya memandangkan ia baru sahaja dibeli Januari lalu.

"Kereta itu semua masih dalam tempoh jaminan tiga tahun. Mengapa mahu melelongnya sedangkan ia masih baru dipakai?

"Pada saya, elok mereka gunakan dahulu kerana tindakan membeli kereta lain bagi menggantikan Camry itu adalah sesuatu yang membazirkan duit rakyat," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Semalam, kerajaan negeri Perak dikatakan akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco Pakatan ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Ipoh semalam, lelongan kereta itu akan berlangsung pada 4 hingga 18 Mei ini dan kereta-kereta tersebut boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Mengulas lanjut, Mohammad Nizar berkata, kesemua kereta Camry tersebut dibeli oleh pihaknya bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang telah empat tahun digunakan oleh kerajaan BN sebelum Pakatan menerajui kerajaan Perak pada Mac tahun lalu.

"Kita pakai tidak sampai setahun tapi kos penyelenggaraan untuk sebuah kereta V6 amat tinggi sehingga ada yang mencecah RM80,000, boleh beli sebuah kereta lain pula.

"Jadi kita ambil keputusan untuk menukar kenderaan rasmi kerajaan negeri kepada Camry kerana jika diikutkan harga, harganya hanya RM96,000 sebuah berbanding V6 yang berharga RM102,000.

"Selain itu, Toyota Camry lebih tahan lasak dan kos penyelenggaraannya juga lebih murah berbanding V6," katanya.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, pembelian Camry oleh Pakatan itu juga bukanlah satu kesalahan memandangkan kerajaan BN sebelum itu yang diterajui Datuk Seri Mohammad Tajol Rosli sememangnya telah mempunyai peruntukan untuk menukar kereta rasmi kerajaan negeri.

Katanya, beliau tidak tahu sama ada BN akan membeli kenderaan rasmi yang baru atau menggunakan Perdana V6 yang lama.

Nizar berkata, jika BN mahu terus mempersoalkan pembelian Toyota Camry itu yang dikatakan tidak mengikut dasar negara yang mahukan penggunaan kereta tempatan, beliau turut mahu mempertikaikan pembelian Mercedez sebagai kereta rasmi kerajaan negeri di Terengganu dan Volvo di Sabah.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, kerajaan negeri Perak pimpinan BN akan membeli kereta Proton Perdana Eksekutif untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan bagi menggantikan 16 buah kereta rasmi jenis Toyota Camry yang akan dilelong itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, "kita telah pun membuat keputusan bahawa kita akan kembali semula kepada Proton kerana itu adalah kereta yang menjadi lambang kebanggaan negara dan sewajarnya kita kembali semula menggunakan kereta ini sebagai kereta rasmi.

Ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Ipoh hari ini, beliau tidak menyatakan jumlah kereta Proton Perdana Eksekutif yang akan dibeli dan sekadar menyatakan pembelian akan dibuat berdasarkan kepada keperluan kerajaan negeri.

Ditanya sama ada kerajaan negeri mempunyai kebimbangan terhadap kos penyelenggaraan kereta Proton Perdana Eksekutif yang didakwa tinggi, Zambry berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan khas dengan syarikat Proton berhubung penyelenggaraan kereta berkenaan.

Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri menerima maklum balas menggalakkan daripada pelbagai pihak yang berminat untuk mendapatkan 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 itu.

Zambry juga mengesahkan bahawa Nizar telah menyatakan hasratnya untuk membida kereta Toyota Camry 2.4V bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh bekas Menteri Besar itu sebelum ini.

"Walaupun ada pembida yang lebih tinggi, kita kena faham beliau adalah bekas seorang Menteri Besar. Oleh kerana dia nak pakai... dia nak beli kereta itu, kita bagi keutamaan kepada dia.

"Ini adalah beberapa hal yang kita kena ambil kira juga," katanya.

Zambry juga tidak menolak kemungkinan keutamaan serupa akan diberikan kepada mana-mana bekas exco pakatan pembangkang yang berminat untuk membeli bekas kereta rasmi masing-masing.

"Tanya mereka (bekas exco) berminat ke tidak. Biasanya kita akan bagi keutamaan, itu adalah dasar kita sebelum ini tapi walau apa pun, kita akan pergi kepada pembida yang tertinggi yang kita tahu sebelum ini harga rizabnya adalah RM148,000 sebuah," katanya.

-mstar.com

Ajijoi ~ Tak heran le Camry nak dilelong. Sebabnya dulu depa jugak yang memekak bila PR beli kereta Camry gantikan Perdana.

Hati bukan main teringin nak merasa meraun serata negeri naik Camry, tapi malu le pulak sebab 'bekas orang'.

Membazir lelong Camry? Depa peduli apa. Bukannya duit mak bapak depa.

Janji komisen beli Perdana, ada masyukkk.

Jangankan Camry nak dileong, kalau boleh negeri pun depa nak lelong. Asalkan perut dapat diboroikan.

Tuesday, April 21, 2009

Mahathir masih fobia dengan media asing

Media asing sudah mula burukkan imej Najib, kata Mahathir

PETALING JAYA: Belum pun tiga minggu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi media Barat sudah memulakan langkah memburuk-burukkan beliau, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir menambah, dari Perancis sehingga ke Britain dan Australia, rencana-rencana yang disiarkan membawa mesej yang sama dengan dipercayai maklumat disalurkan oleh rakyat tempatan.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

"Perdana Menteri yang baru dikatakan amalkan rasuah dan terlibat dalam kes bunuh.

"Penulis Australia mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pariah," kata Dr. Mahathir sambil menambah, "saya tidak boleh percaya usaha memburuk-burukkan yang begtiu banyak berlaku pada waktu yang sama secara kebetulan."

Turut disertakan dalam usaha mengecam Perdana Menetri baru ialah dakwaan bahawa beliau akan membawa kembali konsep kepimpinan "Mahathirism".

"Dengan ini, akhbar Barat nampaknya cuba menunjukkan yang Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir) merupakan seorang diktator yang menangkap orang tanpa sebab, memanipulasikan kehakiman, mengawal media dan sebagainya," katanya.

Justeru kata Dr. Mahathir, beliau menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menghakimi dan mendefinisikan konsep "Mahathirism".

"Mereka adalah pengundi yang Najib perlu mengambil berat. Media asing mempunyai agenda sendiri," kata beliau dalam blognya.

Rakan-rakan media Barat di Malaysia pula menyalurkan dengan berita anti-Najib, jelas beliau.

Katanya lagi, Najib boleh menjangkakan lebih banyak laporan sedemikian daripada akhbar-akhbar asing.

Pun begitu, apa yang rakyat Malaysia fikir adalah penting dan Perdana Menteri perlu membersihkan imejnya dari segi persepsi mereka.

-mstar.com

Toyota Camry untuk dilelong

Toyota Camry bekas Exco Pakatan Perak dilelong

Kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri akan dilelong oleh kerajaan negeri Perak.

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.

Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.

Selain itu ia turut menyebut kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin 'tinted' yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kejadian kemalangan.

Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi yang bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini. BERNAMA
-mstar.com

Nizar's pleading with the Sultan


KUALA LUMPUR, April 21 - He pleaded, appealed and even cajoled Sultan Azlan Shah to dissolve the Perak state assembly, saying that with the resignation of the three Pakatan Rakyat lawmakers there was deadlock in the House between the coalition he led and Barisan Nasional.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin said that at no time during his audience with the Sultan did he ask the monarch to dissolve the assembly and call for fresh elections because he had lost the confidence of the majority of the members of the state assembly.

Nizar cleared this important point in an affidavit which was filed in the High Court yesterday as part of the judicial review application challenging Datuk Seri Zambry Kadir appointment as the Mentri Besar of Perak.The Perak state legal advisor in his affidavit said that when Nizar appeared before the Sultan on February 4, he asked the Malay Ruler to dissolve the house because he had lost the confidence of the House.

This point is important because it gives some legitimacy to the Sultan's actions in asking Nizar to quit as the Mentri Besar, an act which paved the way for Zambry to be made the chief executive of the state.

But Nizar in his affidavit noted that the state legal advisor was an interested party in the case, having represented and taken instructions from Zambry.

His description of the events on Feb 4 were wrong, said Nizar. Nizar recalled that on Feb 4 he informed the Sultan that three Pakatan Rakyat lawmakers had resigned.

They could not be contacted and seemed to have gone missing.

He then asked the Sultan to dissolve the assembly because it was appropriate to have fresh elections given the deadlock situation in the House with Pakatan Rakyat and BN having equal number of seats.

The Sultan said he would study the matter further and told Nizar that Allah is with those who are patient.

At no point during the audience, did the issue of Nizar losing the confidence of majority of the assembly crop up.

On Feb 5, the Sultan informed Nizar that he was rejecting the request to dissolve the assembly.
Hearing this, Nizar interjected and spoke for 15 minutes, urging the Ruler to allow the people of Perak to exercise their rights and elect their own government.

"When the assembly is dissolved, the rakyat will view the Sultan as someone who is fair and not partisan. They will in turn respect the institution for returning to them their rights to elect the government.This is also consistent with the constitutional monarchy system and democratic principle here…

"In contrast, if the people were denied their rights, the people may lose respect for the institution and the Sultan…I pointed out that history showed that in countries such as Egypt and Iran the institution of the monarchy was diminished or completely wiped out when decisions not in the interest of people were made.''

To support his case, Nizar also read out a passage from the book "Constitutional Monrachy: Rule of Law and Good Governance .

It said: "Under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di-Pertuan Agong would not withhold his consent to a request for dissolution of Parliament. His role is purely formal.

The book was given to Nizar by Sultan Azlan Shah when he was installed as the MB last year.
As soon as Nizar finished his 15 minute plea, the Sultan looked up at him and declared that he would not dissolve the assembly and urged Nizar to resign.

Meanwhile, in a supporting affidavit, Perak Speaker V Sivakumar said that on Feb 6, he wrote to the Sultan to convene a state assembly sitting so that a vote of confidence could be held.

Till today, he has not received a reply from the palace, forcing him to take steps to protect the name and integrity of the assembly.

-malaysianinsider.com


Nizar dedah perbincangan dengan Sultan Perak


Dalam perkembangan terbaru dalam kemelut politik Perak, Sultan Azlan Shah didakwa tidak menyebut sebarang peruntukan di bawah perlembagaan negeri itu sewaktu menitahkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Ianya terkandung dalam satu afidavit yang difailkan oleh menteri besar Pakatan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Pemimpin Pakatan Rakyat itu memberi butir-butir terperinci mengenai apa yang berlaku ketika menghadap Sultan Perak pada 4 dan 5 Februari lalu.

Mohd Nizar juga menafikan dan mempertikaikan versi yang dinyatakan oleh penasihat undang-undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dalam afidavitnya. Menurutnya, versi Ahmad Kamal tidak menggambarkan kebenaran sepenuhnya.

Dalam afidavitnya untuk menyokong menteri besar BN yang baru dilantik, Datuk Zambry Abdul Kadir, Ahmad Kamal mengatakan Sultan menyebut tentang perlembagaan (negeri) apabila mengarahkan Mohd Nizar meletak jawatan.

Mohd Nizar juga mendedahkan bahawa sewaktu menghadap sultan selama 15 minit pada 5 Februari lalu, beliau telah memberitahu baginda mengenai akibat yang akan timbul sekiranya gagal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut afidavit tersebut, Mohd Nizar berkata ia bermula pada 4 Februari, ketika beliau menghadap baginda Sultan untuk memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak berikutan kehilangan tiga ADUN - Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) - yang telah "meletak jawatan".

Bagaimanapun, baginda Sultan memberitahu Mohd Nizar bahawa baginda akan mengkaji permohonan itu dan menyebut ayat al-Quran "Innallaha maa Sobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar).

Mohd Nizar berkata, beliau menghormati keputusan itu dan sewaktu pertemuan tersebut, beliau juga turut menyerahkan draf pembubaran DUN untuk mendapatkan perkenan baginda.

Bagaimanapun, Mohd Nizar menafikan bahawa semasa menghadap baginda Sultan, beliau pernah menyatakan kepada baginda bahawa terdapat kehilangan kepercayaan kepadanya sebagai menteri besar oleh majoriti anggota DUN, dan kerana itu, beliau mahu membubarkan DUN.

-malaysiakini.com

Majlis Kesyukuran dan bertemu pengundi


Alhamdulillah selepas diberi kemenangan oleh Allah SWT, di Bkt Gantang pada 7 Apr baru ini, banyaklah majlis dan program kesyukuran dan doa selamat yang di buat disetiap UPU di ketiga2 DUN Trong, Cgkt Jering dan Kl Sepetang.

Terpaksa jugalah hadir bagi meraikan pengundi yang berhajat sangat termasuk yang bernazar seperti berpuasa, cukur kepala, sembelihan dll. Apa yang luar biasanya ialah kesemua majlis tersebut dihadiri setiap lapisan rakyat India, Cina dan tentunya Melayu dari semua partipun ada termasuk BN.

Saya berasa cukup terharu apabila ramai ahli dan penyokong MCA, MIC dan UMNO turut serta. Ini yang amat memberangsangkan walaupun mereka terpaksa menunggu berjam2 sewaktu panas terik dan tengah2 malam, cuma janjinya saya sampai juga.

Saya juga mengambil kesempatan untuk menerangkan status terkini perihal tindakan perundangan di mahkamah tinggi KL yang akan mula bicara pada 23 Apr. Walaupun asalnya mahkamah menetapkan 5 dan 6 Mei nanti. Namun Peguam Negara (Ghani Patail) mencelah dan mendesak supaya dicepatkan perbicaraan. Tak tahulah apa muslihat mereka! Saya hanya berserah dan amat mengharapkan doa serta munajat kesemua rakyat jelata bagi memulihkan pergolakan politik /krisis Perlembagaan di Perak akibat kerakusan UMNO merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat pada 5 Feb 2009.

Saya juga sempat melancarkan buku karanagan Bloggers Network Perak berjudul " RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK DURJANA UMNO-BN" Siapa Menteri Besar Perak yang SAH mengikut Undang-Undang? Terima kasih tidak terhingga kepada semua Bloggers Perak Network. Syabas dan salam perjuangan.

Pada 19 Apr, saya dan istri hadir di Istana Iskandariah bagi menghadiri Hari Anugerah Bintang kehormat sempena Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak. Saya dan rakan2 Pakatan Rakyat dari DAP, PAS dan PKR turut hadir dari 8pagi hingga 2ptg. Bahkan pada 24 Apr ini saya akan hadir bersama DYMM Sultan Perak di Lumut (Pengkalan Tentera Laut) meraikan majlis bersama angkatan Tentera Laut.

Angkat sumpah di Parlimen pula ditetapkan pada 15 Jun 2009. Persidangan
DUN pula dijadualkan pada 7 Mei. Inipun satu lagi kemusykilan kerana Setiausaha Dewan panggil mesyuarat tanpa persetujuan YB Speaker DUN.

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Angkat Sumpah 15 Jun 2009


Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaludin telah ditetapkan untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 15 Jun 2009 ini.

Ketua Puteri Umno Kedah letak jawatan

Shahanim lepas jawatan Ketua Puteri Umno Kedah

SUNGAI PETANI: Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia, Shahanim Mohd Yusoff akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Puteri Umno Kedah yang disandangnya sejak 2006 bagi menumpukan perkhidmatan di peringkat pusat.

Beliau berkata Ketua Puteri Negeri yang baru akan diumumkan oleh Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tidak lama lagi.

"Saya harap penganti saya akan mampu meneruskan tanggungjawab terhadap Puteri Umno Kedah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shahanim yang juga Ketua Puteri Bahagian Sungai Petani dipilih sebagai Naib Ketua Puteri Umno pada Persidangan Perwakilan Umno 2009 yang baru lepas. BERNAMA

Siapa Shahanim? [klik untuk mengetahui]

Anak Rais Yatim diarah bersumpah di mahkamah


Pengesahan cerai anak Rais Yatim 24 April

DINO dan Riza Ainurin ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur semalam. (gambar kanan)

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam menetapkan 24 April depan untuk keputusan pengesahan lafaz cerai taklik yang difailkan Dino, anak kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Hakim syarie, Mohd. Yunos Muhammad Zin turut mengarahkan Dino, 30, untuk bersumpah pada tarikh tersebut bagi mengesahkan dua lafaz cerai yang didakwa dilafazkan pada 12 dan 28 November tahun lalu.

Ini berikutan, Dino selaku plaintif gagal mengemukakan dua saksi bagi menyokong keterangannya atas alasan mereka enggan bekerjasama selain ada yang ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.

Selain itu, Mohd. Yunos turut mengarahkan defendan, Riza Ainurin Ramlan, 24, menerusi peguamnya, Roslizam Rahim untuk memasukkan hujahan penggulungan bertulis sebelum tarikh keputusan.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika lafaz cerai itu disabitkan tidak sah, maka mahkamah akan meneruskan dengan kes permohonan cerai fasakh oleh Riza Ainurin.

Pada 14 Januari lalu, Dino mengesahkan telah melafazkan cerai secara taklik terhadap isterinya pada 12 November tahun lalu.


-kosmo

Speaker DUN Perak dakwa difitnah

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar mendakwa beliau telah difitnah berhubung arahan mengeluarkan notis persidangan dewan itu yang dijadual pada 7 Mei ini.

Katanya, beliau terperanjat dengan laporan akhbar The New Straits Times (NST) semalam bahawa ada pihak mengatakan beliau telahpun dimaklumkan tentang persidangan DUN itu sebelum notis mesyuarat itu dikeluarkan sedangkan sebelum ini, beliau berkata notis itu dikeluarkan tanpa pengetahuannya.

"Saya tidak akan membiarkan perkara ini. Ini merupakan satu lagi usaha untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya.

"Kalaulah tuduhan yang dibuat itu benar, kenapa pula orang yang mengeluarkan kenyataan itu tidak berani memberi identitinya dalam akhbar.

"Kenapa hanya mengatakan (sumber berita itu) sebagai orang yang ada kena-mengena dengan Pejabat Menteri Besar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sivakumar berkata beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum notis memanggil persidangan DUN dikeluarkan oleh Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, pada Jumaat lepas.

Katanya, perjumpaan beliau dengan Abdullah seperti yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah selepas notis itu dikeluarkan oleh Abdullah tanpa sebarang rundingan terlebih dahulu dengan beliau.

"Saya diberitahu bahawa satu notis telah dihantar ke pejabat saya lebih kurang pukul 10 pagi. Notis yang sama telah dihantar oleh Setiausaha DUN kepada semua Anggota DUN. Saya telah melihat notis itu lebih kurang pukul 1 petang.

"Saya hanya berjumpa dengan Abdullah lebih kurang pukul 3 petang selepas beliau balik daripada sembahyang Jumaat," katanya.

NST semalam melaporkan bahawa Sivakumar tahu mengenai notis mesyuarat itu sebelum ianya diedarkan kepada semua 59 ADUN. BERNAMA

-mstar.com

Kemelut Terengganu: Lantikan pemandu hospital cetus kontroversi

KUALA TERENGGANU: Pelantikan seorang pemandu ambulan sebagai pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said telah mencetuskan satu lagi kontroversi antara beliau dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Beberapa ADUN tersebut mendakwa mereka tidak bersetuju dengan pelantikan pemandu tersebut serta dua lagi bekas guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Terengganu, Datuk Rosol Wahid mendakwa pelantikan berkenaan tidak disenangi beberapa ADUN.

Sekurang-kurangnya 18 ADUN yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 18 dikatakan akan memberi tekanan kepada Ahmad bagi membatalkan pelantikan berkenaan.

Pada mulanya hanya 13 ADUN yang bertindak bertentangan dengan Ahmad, namun ada lima lagi ADUN dipercayai akan menyertai kumpulan berkenaan.

"Beliau (Ahmad) cuba untuk menarik penyokongnya (pengundi kawasan Kijal) menyertai pentadbiran negeri dengan melantik mereka ke jawatan-jawatan eksekutif dalam agensi milik kerajaan tanpa mengira sama ada mereka berkelulusan ataupun tidak," katanya.

Ditanya sama ada kumpulan berkenaan juga akan memberikan tekanan supaya Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Rosol berkata mereka tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian.

Sebaliknya mereka mengharapkan satu perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Jumaat ini adalah harinya, kita dengar Perdana Menteri akan membuat satu keputusan bagi menyelesaikan kebuntuan antara Menteri Besar dan kumpulan ini," katanya.

-mstar.com

Monday, April 20, 2009

Dua kisah Eli Wong

Eli kunjungi Nik Aziz dengan imej baru

KOTA BHARU, 20 April: Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu.


Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu.

Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz.

Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini.

"Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu.

Elizabeth sebelum ini dikaitkan dengan isu gambar yang tersebar di internet telah kembali bertugas setelah dua bulan bercuti.

Beliau menerima kembali jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan dan juga Exco kerajaan Selangor.

Beliau juga berpendapat bahawa pandangan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai pandangan peribadi dan beliau juga masih bersahabat baik dengan Zulkifli.

-siasahdaily.com



Elizabeth belum boleh lega, gambar baru muncul di internet?

MAJLIS... Exco Kerajaan Negeri Selangor ketika menghadiri majlis perhimpunan bulanan di Shah Alam semalam. - foto The Star

PETALING JAYA: Elizabeth Wong baru lima hari kembali meneruskan tugasnya sebagai Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas bercuti selama dua bulan ekoran isu tersebarnya gambar separa bogel.

Walaupun Wong telah meminta agar "izinkan beliau meneruskan tugas untuk rakyat" selepas diselubungi isu kontroversi sejak Februari lalu, nampak gaya soal itu muncul semula dan beliau belum 'bebas' sepenuhnya.

Mengulas mengenai penyebaran gambar-gambar baru melibatkan Wong, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihak kerajaan negeri akan mendapatkan gambar itu dan memberikannya kepada polis.

"Gambar itu jika ada intrusion of privacy (mencabuli privasi) kita minta pihak polis mengambil tindakan," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan bernilai RM2.0 juta kepada 25 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.

Pagi tadi beliau menghadiri perhimpunan pagi bulanan di Shah Alam.

Gambar-gambar terbaru Wong, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, yang sedang tidur lena berpakaian baju singlet hitam dan menampakkan ketiaknya dikesan di sebuah laman blog baru-baru ini.

Ketua Penerangan Wanita PKR itu kembali bertugas sebagai exco kerajaan negeri Khamis lepas setelah bercuti selama dua bulan berikutan penyebaran gambar-gambar separuh bogel di Internet.

Namun penyebar sebenar gambarnya itu masih belum dikesan.

Beliau yang turut hadir pada majlis itu enggan memberikan sebarang komen apabila disoal wartawan.

mStar Online yang cuba menghubunginya juga tidak berjaya.

Khamis lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, bekas teman lelaki Wong, Helmi Malek, 32, yang dikaitkan dengan penyebaran gambar tersebut belum dapat dijejaki.

Waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 25 Mac lepas terhadap Helmi telah diedarkan kepada semua pihak berkuasa yang mengawal pintu masuk negara bagi menahannya.
Helmi yang menghilangkan diri sejak 9 Februari lepas setelah dikaitkan dengan penyebaran gambar dan klip video Wong di internet, difahamkan kini berada di Batam, Indonesia.

Pada 15 Februari lepas, Wong, 37, membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan dua hari selepas itu Wong menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai ADUN dan anggota Exco Selangor sebelum diberi cuti rehat oleh kerajaan negeri.

-mstar.com

Video: Nga Kor Meng baca ayat lagi...

Video: Saranan Najib disambut baik TG Nik Aziz

Video: Speaker Perak dinafikan hak - Nga Kor Meng

MB Pahang diarah bayar RM63juta

MB Pahang diarah bayar syarikat balak RM63 juta

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan perintah mandamus syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Sdn Bhd, dikeluarkan terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, bagi mengarahkannya membayar bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kerana melanggar kontrak perjanjian kedua-dua pihak.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman dalam keputusannya mengarahkan pihak responden iaitu menteri besar melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Video: Alasan BN sengaja diada-adakan

Sunday, April 19, 2009

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng Kali ke-13


IPOH (19.4.09): Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng Kali ke-13 telah diadakan pagi ini di Markas PAS Kawasan Gopeng, Taman Indah Jaya, Rapat Setia Ipoh.

Mesyuarat Agung ini yang telah dirasmikan oleh Sdr Muhammad K.Y. Tiang Abdullah (Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dan juga Pegawai Khas kepada Menteri Besar DS Ir Nizar Jamaludin) menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng bagi tahun 2009-2011.

Pemilihan yang diawasi oleh Pengerusi Tetap, Ust Kamalullail telah memilih Ketua Pemuda yang baru bagi menggantikan Sdr Radzi Zainon yang memberi laluan kepada timbalannya untuk menerajui kepimpinan pemuda.

Begitu juga dengan Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua yang menyaksikan muka baru didalam saf tertinggi kepimpinan pemuda Gopeng.

Tahniah kepada saf kepimpinan pemuda yang baru dan terima kasih kepada saf yang lama.

Sdr Radzi Zainon, mantan Ketua Pemuda Pas Gopeng didalam ucapannya telah mengingatkan pemuda untuk lebih bersedia dengan suasana yang baru yang mana masyarakat bukan Islam telah mula menerima baik Pas. Pas telah dikatakan sebagai parti masa depan.

Ust Omar Nasarudin Bin Din, Ketua Penerangan Pas kawasan Gopeng telah mengesahkan bahawa DPP Gopeng sangat aktif serta telah banyak berjasa dalam melahirkan ramai pemimpin yang kini berbakti didalam peringkat negeri.

Sdr Muhammad K.Y. Tiang Abdullah didalam ucapan perasmiannya telah menyatakan bahawa masyarakat bukan Islam kini semakin rapat dengan Pas. Malah mereka begitu menghormati Pas akibat daripada peristiwa rampasan kuasa BN di negeri Perak. Ini menurutnya, kerana Adun Pas tetap setia dan utuh perjuangannya walaupun diumpan dengan pelbagai kemewahan. Beliau juga menceritakan pengalamannya berkhidmat dibawah DS Nizar selama 10 bulan yang mana Islam telah dijadikan contoh terbaik dalam memerintah sebuah kerajaan dan ini diakui serta mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina.


Sijil Cawangan Pemuda Harapan, milik Cawangan Taman Mesra Raya kerana mempunyai jumlah pemuda yang aktif paling ramai.


Dua orang penerima Sijil Penghargaan kerana telah tamat tempoh berkhidmat didalam kepimpinan pemuda. Sdr Zainal Ariff (berbaju putih) dan Sdr Mat Razali (berbaju perang).


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ust Kamalulail (ditengah) sebagai Pengerusi Tetap.


Sdr Mohd Zaizi Bin Zainal, Ketua Pemuda Pas Kawasan Gopeng yang baru.







Saturday, April 18, 2009

Najib tak sanggup kalah lagi

BN mungkin tak tanding di Penanti: Najib

KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk tidak meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Perdana Menteri berkata, perkara itu bagaimanapun akan dibincangkan lebih lanjut dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat hujung bulan ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan kepulangan pertamanya ke Pahang sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lalu.

Kelmarin, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengumumkan meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.

- beritaharian

Ajijoi ~ Takkan awal-awal dah mengalah? Tak syok la kalau BN tak bertanding.
Takkan nak suruh PKR bertanding dengan calon Bebas je kot?
Potong stim betul la Najib ni.

Zambry pun nak Dato Seri jugak...baru ada class macam DS Nizar


Zambry dahului senarai penerima darjah kebesaran Perak

KUALA KANGSAR: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81 keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok.

Dr Zambry bersama-sama Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha dan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta, Seri Amar Diraja Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Markas Angkatan Tentera, Lt Jen Datuk Dr Sulaiman Abdullah dan Panglima Tentera Laut Laksamana, Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar adalah dua penerima Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Sempena ulang tahun keputeraan baginda kali ini, Sultan Azlan Shah turut mengurniakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada 44 penerima. Dua penerima darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) ialah anggota Exco kanan kerajaan negeri Perak Hamidah Osman dan Duta Malaysia ke Ireland, Raja Nazrin Raja Aznam.

Senarai seterusnya [klik]

Kenyataan media Speaker V. Sivakumar


Berikut adalah kenyataan media oleh Speaker Dun Perak, V. Sivakumar.

Speaker gantung tugas Setiausaha DUN buat kali kedua

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar hari ini mendakwa notis untuk DUN Perak bersidang pada 7 Mei ini telah dikeluarkan Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri tanpa pengetahuan dan persetujuan beliau terlebih dahulu.

Sehubungan itu, Sivakumar berkata, beliau telah menggantung tugas Abdullah sebagai Setiausaha DUN kerana mengeluarkan notis tersebut yang dianggap sebagai satu tindakan ketidakpatuhan.

"Saya dengan ini bersetuju melantik Mohd Misbahul Munir Marduki untuk menggantikan beliau sebagai Setiausaha DUN sehingga saya mengeluarkan keputusan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Wisma DAP di sini hari ini.

Sivakumar berkata, akan menulis surat untuk mendapatkan pengesahan dan penjelasan daripada pihak Istana berhubung perkara itu kerana sebarang notis untuk memanggil DUN bersidang mestilah dilakukan dengan pengetahuan dan persetujuan Speaker.

"Sementara itu, persidangan DUN yang dikatakan akan berlangsung pada 7 Mei tidak boleh diteruskan sementara menunggu untuk mendapatkan penjelasan.

"Persidangan DUN berkenaan terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh lain berikutan keperluan untuk memberikan notis 14 hari kepada Ahli DUN," katanya.

Semalam Abdullah mengesahkan bahawa beliau telah mengeluarkan notis untuk bersidang pada 7 Mei kepada semua anggota DUN mulai semalam.

Abdullah juga berkata pihaknya telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung persidangan DUN itu semalam dan baginda berkenan menandatangani surat pengisytiharan berhubung persidangan itu.

Kali terakhir DUN Perak bersidang adalah pada 13 November 2008 dan sekiranya dewan berkenaan tidak bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir itu maka DUN Perak akan bubar secara automatik dan pilihan raya bagi DUN perlu diadakan. BERNAMA

Followers

Video ajijoi

Loading...