Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Friday, February 27, 2009

Lagi keputusan 'flip flop' kerajaan BN

Kabinet tunda kenaikan tol di lima lebuhraya

Kabinet hari ini menunda keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed semalam.

Dalam sidang medianya sebentar tadi, Mohd Zin berkata berikutan itu, kenyataannya semalam mengenai kenaikan kadar tol tersebut, dibatalkan.

Katanya, kenaikan kadar tol itu ditangguhkan hingga akhir tahun ini ekoran reaksi negatif orang ramai serta keadaan ekonomi sekarang.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan.

Semalam kalangan wakil-wakil rakyat kerajaan mempertikaikan tindakan mendadak kementerian tersebut.

Semalam, Mohd Zin Mohamed mengumumkan kenaikan kadar tol - antara 0.68 sen/km hingga 50 sen - bagi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Bagaimanapun, di Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat atau sehingga akhir tahun ini seperti yang diumumkan oleh Mohd Zin.

Mohd Zin pada sidang akhbar di kementeriannya petang ini berkata kerajaan kan menangguhkan kenaikan kadar baru tol di lima lebuhraya berkenaan sehingga akhir tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata penangguhan kenaikan kadar tol itu akan menyebabkan kerajaan terpaksa membayar RM500 juta, yang terdiri daripada ang pembayar cukai kepada syarikat konsensi kelima-lima lebuh raya itu.

Najib yang juga menteri kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan emberita mengenai perkara itu dalam sidang akhbar mengenai ekonomi negara di Kementerian Kewangan di Putraya.

-mstar.com

Perak state legal advisor blocks notification of emergency sitting

KUALA LUMPUR, Feb 27 — The Perak state legal advisor is trying to block state representatives from being notified of an emergency sitting of the state assembly on March 3rd.

According to DAP Perak chairman Ngeh Koo Ham, the legal advisor, Datuk Ahmad Kamal Mohd Shahid, has directed the house secretary not to send out notices of the emergency sitting.

Ngeh says that this obstruction is in “contempt of the house” and is liable for punishment under house rules.

“The legal advisor has no business to intervene in the process of the house,” Ngeh told The Malaysian Insider.

“He is not an advisor to the speaker or the house. He cannot stop the process and the final decision on whether to send the notices out lies with the speaker.”

To work around the obstruction, a press conference was held in Ipoh today and the speaker will explore other means of sending out the notifications.

Only 49 notices will be sent out.

Menteri Besar Datuk Zambry Abdul Kadir and his six exco members will not received a notification as they were recently suspended by the speaker.

Neither will the three state assemblymen who switched support to the Barisan Nasional (BN) earlier this month as they are regarded as having resigned.

Two motions will be tabled at the emergency sitting. The first motion is proposed by Titi Serong representative Khalil Idham Lim to reaffirm confidence in Datuk Seri Nizar Jamaludin to continue to lead as Menteri Besar.

The second motion is proposed by Teja representative Chang Lih Kang and requests the Menteri Besar to tackle the current political crisis by doing all that is necessary to dissolve the state assembly, including sending a request to His Royal Highness Sultan Azlan Shah to dissolve the state assembly.

If all goes according to plan, PR will have 28 assemblymen to BN’s 21 in the emergency session.

Zambry had earlier told The Malaysian Insider in an interview that he will defy his suspension, maintaining that the speaker had no jurisdiction for suspending him unilaterally for something that happened outside the assembly.

Reiterating PR’s stand that power was grabbed unconstitutionally in Perak, Ngeh says that the protracted battle is damaging to the state and its citizens and called upon the prime minister to advise Zambry to agree to dissolve the state assembly.

“Or hopefully, Sultan Azlan Shah can get parties to sit together and find an amicable solution. Let the people choose their government and their leaders.”

-malaysianinsider.com

Kemelut politik Perak diambang penghujung?

Sivakumar putus sidang DUN tergempar 3 Mac

IPOH:Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar berkata beliau akan memanggil satu sidang tergempar dewan itu pada 3 Mac ini bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.

Usul pertama daripada ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim Abdullah daripada PAS, adalah bagi dewan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (PKR-Teja) memohon supaya dewan itu dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Sivakumar memberitahu pemberita di sini bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Katanya arahan telah diberikan kepada Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong, untuk menghantar notis secepat mungkin kepada semua ADUN bagi menghadiri sidang tersebut.

Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exco yang telah digantung oleh Sivakumar serta tiga ADUN Bebas yang didakwanya telah meletak jawatan, tidak diberikan notis untuk hadir.

Ditanya sama ada tindakannya memanggil sidang tergempar itu tanpa perkenan Sultan Azlan terlebih dahulu akan dianggap sebagai tidak menghormati baginda, Sivakumar berkata beliau hanya mengikut Perintah Tetap dewan.

Beliau juga enggan mengulas ketika ditanya tindakan selanjutnya jika kesemua ADUN BN enggan menghadiri sidang tergempar itu ataupun jika kesemua 10 ADUN yang tidak dibenarkan hadir itu tetap menghadirkan diri mereka ke sidang tersebut.

Zambry ketika dihubungi enggan mengulas mengenai tindakan Speaker itu dan sekadar berkata : "Itulah sebenarnya watak mereka".BERNAMA

Nizar serah kediaman rasmi, simpan Toyota Camry



IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini secara rasminya menyerahkan kunci kediaman Menteri Besar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun, beliau memutuskan untuk terus menyimpan kereta rasmi Toyota Camry walaupun kerajaan negeri telah mengambil semula kesemua kereta 10 bekas Exconya.

Pegawai khas beliau, Amran Harun memberitahu media, Nizar akan menyimpan kereta tersebut sebagai tanda beliau tidak pernah mengalah dalam mempertahankan yang beliau masih Menteri Besar yang sah.

"AGS10 akan disimpan sebagai simbol sementara menunggu keputusan mahkamah.

"Jika mahkamah mendapati Nizar sebagai (Menteri Besar) tidak sah, baru kita akan memulangkan kereta itu," katanya di kediaman rasmi Menteri Besar di sini selepas menyerahkan kunci kediaman itu kepada Ketua Penolong kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Shamshuzaman Sulaiman.

Katanya, Nizar menggunakan Toyota Camry itu untuk menjelajah ke seluruh negeri sejak tiga minggu lalu bagi menerangkan apa yang sebenarnya berlaku apabila Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa.

"Rakyat tidak mendapat laporan yang betul. Ada yang mengatakan Nizar telah melakukan penderhakaan (terhadap Sultan Perak) tetapi beliau ingin memberitahu bahawa ia bukan sedemikian," katanya.

Ahad lalu, Nizar dan tujuh ahli keluarganya telah mula berpindah daripada kediaman itu ke rumah persendirian yang tidak didedahkan.

Pakatan Rakyat kini sedang menunggu keputusan saman yang difailkan berhubung keputusan Nizar untuk mencabar kesahihan penggantinya, Datuk Dr Zambry Abd Kadir dan meminta mahkamah untuk mengisytiharkan dirinya sebagai Menteri Besar yang sah.

Berbanding drama yang berlaku di Perak sejak beberapa minggu lalu, acara penyerahan kunci kediaman pada hari ini berlangsung tanpa sebarang kekecohan kira-kira pukul 11.25 pagi tadi.

Shamshuzaman berkata, kerajaan negeri telah mengambil semula 10 Toyota Camry dan lima lagi kereta di kediaman rasmi.

Katanya, kunci itu akan diserahkan kepada Dr Zambry pada bila-bila masa selepas Jabatan Kerja Raya melakukan pemeriksaan di premis tersebut.

Shamshuzaman juga meminta kerjasama Amran untuk mendapatkan semula Toyota Camry itu sambil menambah, surat berhubung hal itu telah pun dihantar kepada Nizar.

Ketika beliau bertanya Amran,"Bagaimana dengan AGS10?"

“AGS10, MB kata tunggu keputusan mahkamah!" jawab Amran.

Nizar memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Februari lalu bagi mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry selaku Menteri Besar Perak 6 Februari lalu sebagai tidak sah.

Kerajaan negeri Perak yang sebelum ini diterajui Pakatan Rakyat jatuh kepada BN selepas tiga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pakatan keluar daripada parti dan menjadi ADUN bebas tetapi menyokong BN.

-mstar.com


Thursday, February 26, 2009

SPRM perlu siasat pengerusi perhubungan Umno Perak - Nik Aziz


KOTA BHARU, 26 Feb (Hrkh) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu profesional. Mungkinkah peringatan Perdana Menteri itu menggambarkan badan tersebut belum mampu keluar dari dimensi lama.

Pertukaran nama baru daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR), belum memadai apabila banyak kes yang dilaporkan Pakatan Rakyat seperti disenyapkan.

Sebaliknya pantas sekali bertindak kalau melibatkan aduan daripada pemimpin Umno.
Buktinya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar terus disiasat SPRM setelah menerima laporan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak dan enam anggota Exco daripada menghadiri persidangan Dun.

Mengulas perkembangan tersebut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan mengapa SPRM tidak menyiasat orang yang dikatakan menjadi punca kepada tiga Adun Pakatan Rakyat di Perak berpaling tadah.

“Sepatutnya yang bertanggungjawab mencetus isu tersebut dan membawa tiga Adun terbabit ke Istana Perak perlu disiasat SPRM kerana segala masalah yang berlaku sekarang berpunca dari situ.

“Kita belum mendengar ada maklumat badan tersebut menyiasat Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik, kerana difahamkan dia ada hubungan dengan tiga Adun tersebut hilang dan muncul di Putrajaya.

“Hilang ke mana.. tentunya ada hubung kait pemimpin tertentu. Jadi kita persoalkan kenapa tidak disiasat pihak terbabit, kalau benar-benar mahu lebih profesional,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, semalam.

Beliau berkata, SPRM seolah-olah berfungsi menyiasat kes tertentu sahaja dan pembaharuan yang dilakukan sekarang tidak memperlihatkan badan itu benar-benar telus.

“Selama tidak ada sifat taqwa pada pengerusi dan jawatankuasanya, mereka tidak akan melakukan siasatan ke atas pemimpin negara. Yang disiasat hanya anak-anak bilis.

Habiskan duit rakyat

“Oleh itu, tubuh apa jenis badan sama ada polis atau badan pencegah rasuah, ia menjadi kerja sia-sia kalau dilihat terhadap apa yang berlaku sekarang. Habis masa dan wang rakyat,” katanya.

Sebelum ini tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak, Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) hilang dan tiba-tiba muncul bersama Dato’ Seri Najib Razak di Putrajaya.

“Tindakan itu tidak sah, tindakan yang tidak membawa ke syurga, bahkan tindakan yang boleh membawa ke neraka,” kata Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya tindakan pemimpin yang menjatuhkan kerajaan di luar normal biasa jelas tidak ada dalam diari perjuangan Islam.

Beliau juga mempersoalkan adakah kerana Dato’ Seri Nizar Jamaluddin melakukan kesalahan rasuah sehingga Pengerusi Perhubungan Umno Perak bertindak merampas kerajaan negeri dengan cara tidak halal.

“Yang menjadi persoalannya kenapa Pengerusi Umno bertindak demikian. Adakah Nizar melanggar peraturan Kerajaan atau menyalahgunakan kuasa hingga menyebabkan berlakunya rampasan kuasa di Perak.

“Jika tidak demikian bermakna tindakan dilakukan pihak berkenaan berasaskan semata-mata nafsu. Memuja nafsu dan bertindak seperti gengster,” katanya.

Menurutnya segala yang berlaku kerana Umno membuang sifat taqwa kepada Allah menyerlahkan lagi amalan mereka memisahkan agama dan politik.

Beliau berkata, berdasar kepada tindak tanduk Umno itu membuat rakyat terutamanya golongan cerdik pandai semakin menjauhi parti tersebut.

Tindak tanduk Umno seperti gengstar

“Apabila Umno mencetuskan banyak isu, semakin dibenci golongan intelek, katanya.
Malah katanya, orang muda sekarang melihat pemimpin Umno semacam terkena allergic.

“Seorang bekas mufti mengatakan Umno sekarang sudah menjadi allergic dan saya pula anggap macam penyakit berjangkit yang mesti dijauhi orang ramai," katanya.

Beliau juga berkata, sekiranya seseorang pemimpin itu mendapat kedudukan tinggi kerana amalan rasuah yang diamalkan, mereka tidak layak hidup di muka bumi ini,” katanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan Umno sekarang berada dalam kolam najis kerana amalan rasuah sudah sebati dengan pemimpin parti itu.

“Mana rakyat boleh menerima pemimpin sebegitu,” katanya.

http://www.harakahdaily.net/

Kenaikan tol: Umum dahulu kemudian kaji?

Apakah rasionalnya Pak Lah mahu mengkaji kenaikan kadar tol setelah Menteri Kerja Raya mengumumkan perkara tersebut? Apakah ini merupakan satu dasar baru bagi kerajaan BN sepertimana isu lapangan terbang Labu yang tonggang-terbalik jadi tak jadinya?

Apakah jemaah menteri tidak memberitahu ataupun meminta persetujuan Pak Lah terlebih dahulu sebelum mengumumkan kenaikan tol? Apakah Pak Lah kini telah diketepikan di dalam membuat keputusan hal-hal yang penting kerajaan?

Banyak persoalan yang perlu dijawab. Namun begitu, yang pastinya....rakyat yang teraniaya.

Kenaikan Tol: Abdullah minta Kabinet kaji semula

Ramai pemimpin politik terkejut kenaikan terbaru ini

PATTAYA, Thailand: Dalam reaksi segera, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya - yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuat kuasa 1 Mac ini - kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Perdana Menteri berkata, kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya esok.

"Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan.

"Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat MenteriMenteri Pertahanan Asean di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Abdullah berkata. walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang.

"Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu itu, termasuk peruntukan dalam pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen 10 Mac.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini mengumumkan bahawa kenaikan kadar tol itu melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat, Lebuh Raya Bertingkat AmpangKuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Abdullah berkata, sejak perbincangan dan keputusan menaikkan tol dibuat Kabinet, keadaan ekonomi tidak bertambah baik dan ini mendorong kerajaan mengeluarkan peruntukan bantuan berupa pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan dalam bentuk bajet mini.

"Kalau kerajaan sendiri telah mengambil pendekatan ini memandangkan rakyat dalam keadaan kesusahan dan di samping itu ekonomi dapat dirangsangkan, saya fikir perkara ini (kenaikan) boleh dibincangkan semula dalam Kabinet mengambil kira situasi yang ada sekarang ini," kata beliau.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan menyatakan sama ada keputusan kenaikan itu akan ditangguhkan, sebaliknya berkata, bahawa ternyata sekali rakyat tidak dapat menerima kenaikan itu berdasarkan laporan yang beliau terima.

Sebarang keputusan perlu mengambil kira keadaan sekarang, katanya.

Baca seterusnya...

Karpal 'diserang' di Parlimen

Isu Karpal: MP Pakatan, Pemuda Umno gaduh di Parlimen

BERGELUT... Pertengkaran yang berlaku di antara Pemuda Umnno, menyebabkan ahli Parlimen, Segambut Lim Lip Eng ditarik bajunya.

DITENANGKAN... Ahli Parlimen Puchong, Govind Singh Deo yang juga anak Karpal Singh dihalang ketika pertengkaran dengan Pemuda Umno Selangor di bangunan Parlimen petang ini.

MELERAIKAN... Pengerusi, BNBBC, Datuk Tiong King Sing cuba meleraikan pergelutan yang berlaku.

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno Selangor 'menunjukkan fizikal kekuatan' dengan bergelut di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan 'celaka' semalam.

Insiden kira-kira pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli dari Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pintu masuk utama ke bangunan Parlimen.

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.

Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.

Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila Ahli
Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.

Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut itu.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.

Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya.

Semalam, Karpal menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

CABAR-MENCABAR

Cabar- mencabar antara kedua-dua pihak kemudian dileraikan pihak berkuasa.

Keadaan tersebut berlarutan hingga 20 minit hinggalah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Tiong King Sing dan Penyelaras BN, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan serta meminta kumpulan terbabit bersurai.

Dalam pada itu, Megat Zulkarnain yang ditemui selepas itu berkata, mereka datang secara baik untuk mendengar sendiri daripada mulut Karpal tentang kenyataannya bahawa Pemuda Umno celaka.

"Pemuda Umno Selangor datang untuk bersemuka dan mahu dia ulangi apa yang beliau kata di Parliman semalam.

"Sekarang nyata, beliau seorang pemimpin yang bacul dan tak berani," katanya.

KOMEN KARPAL, ANWAR

Sementara itu, dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada pukul 4 petang tadi, Karpal menyelar tindakan pihak yang cuba menakut-nakutkan beliau dengan ugutan sedemikian.

"Keadaan sebegini tidak patut berlaku. Kita tiada masa untuk masalah ‘gangster’ yang menakut-nakutkan ahli Parlimen di sini.

"Saya kecewa kerana pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan ketika saya meminta bantuan dan tiada seorang pun membantu.

"Saya mungkin duduk di atas kerusi roda tapi saya tidak takut kepada sesiapa pun.

"Saya mempunyai tugas sebagai Ahli Parlimen dan saya akan tetap menjalankan tugas itu tanpa sebarang ketakutan," katanya.

Tegas Karpal, beliau mahu Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengambil tindakan tegas ke atas isu tersebut.

"Saya tidak mahu retorik semata-mata. Saya mahu pihak berkuasa Parlimen dan Speaker mengambil tindakan tegas ke atas mereka. Saya tidak mahu kejadian sebegini berulang lagi," ujarnya.

Sementara itu, menurut Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau kesal dan mengecam keras tindakan yang dilakukan oleh Pemuda Umno itu.

"Kami mengutuk keras tindakan biadap dan ganas seperti ini dan jika ia dibenarkan akan membahayakan keselamatan ahli Parlimen.

"Kita mahu tindakan segera dan jaminan daripada pihak polis dan kerajaan
supaya kemuliaan dewan dan kebebasan ahli-ahli Parlimen terjamin," katanya ketika ditemui.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP pula menyifatkan apa yang berlaku hari ini sebagai satu perkara yang memalukan dan tidak pernah terjadi dalam sejarah Parlimen di negara ini.

"Pada sesi pembukaan kali ini satu usul telah dikemukakan mengenai pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan ahli Parlimen namun apa yang berlaku ia telah dilanggar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau juga meminta, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta maaf atas apa yang terjadi kepada Karpal hari ini.

"Saya minta Abdullah dan Hishammuddin meminta maaf secara terbuka atas apa yang berlaku ke atas Karpal hari ini. Mereka patut minta Pemuda Umno berhenti daripada mengamalkan tindakan ‘gangsterism’ ke atas Ahli Parlimen pembangkang.

"Mereka (Pemuda Umno) telah melanggar undang-undang negara dan akta di Parlimen," katanya.

Kenaikan kadar tol: bebanan rakyat makin bertambah


Kenaikan kadar tol yang diumumkan Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad hari ini bukan sahaja dilihat sebagai satu lagi bebanan kepada rakyat tatkala negara mengalami kemerosotan ekonomi, malah ada perkara yang lebih besar lagi yang berselindung disebalik kenaikan tersebut.

Mulai 1 Mac ini, apabila kenaikan kadar tol bermula, maka bermulalah juga kenaikan harga barangan keperluan harian akibat daripada pengusaha terpaksa membayar lebih untuk pengangkutan.

Kalau dahulu, kenaikan harga minyak dijadikan asas untuk kenaikan harga barangan, kini minyak tidak lagi boleh dijadikan alasan kerana bakal mendapat tentangan hebat rakyat sepertimana yang berlaku dahulu. Oleh itu, tol menjadi alat penting untuk memangkinkan kenaikan harga barangan.

Rakyat telah lama mendesak kerajaan untuk menurunkan harga barangan kerana mereka tidak lagi dapat bertahan dengan kenaikan harga yang melampau jauh berbanding pendapatan rakyat. Namun sikap pihak bertanggungjawab yang lebih gemar mempertahankan hak peniaga daripada memperjuangkan hak rakyat, akan sentiasa akur dengan desakan peniaga malah lebih teruk lagi mereka seolah-olah menjadi jurucakap kepada peniaga tersebut dalam menepis desakan dan kemarahan rakyat.

Sekali lagi rakyat Malaysia dipermainkan dengan episod kenaikan kadar tol ini. Sampai bila rakyat harus ditekan dengan bebanan yang sebegini. Bagaikan rakyat kini terpaksa bekerja keras hanya untuk membayar segala harga yang telah ditetapkan kerajaan kepada mereka. Apakah yang tinggal untuk dibawa pulang kepada anak-anak dan isteri? Inikah yang dikatakan kerajaan yang prihatin kepada rakyat?

Syarikat konsesi lebuhraya kini sedang mengeratkan genggaman mereka ditengkuk rakyat dengan izin kerajaan yang 'prihatin' kepada rakyat.

Politik kotor atau politik harapan


FEB 25 — “Politik itu kotor” merupakan kenyataan klise. Seringkali kenyataan tersebut dikeluarkan apabila kekecewaan timbul terhadap ahli-ahli politik.

Gelombang perubahan politik negara yang muncul berikutan pilihan raya umum 8 Mac 2008 telah membangkitkan harapan baru rakyat, khususnya di kalangan generasi muda. Selama ini rakyat takutkan perubahan dan sukar membayangkan Malaysia tanpa BN. Tetapi dengan perubahan besar yang terhasil selepas 8 Mac, suasana politik Malaysia tiba-tiba hidup segar.

Malangnya, rakyat Malaysia mutakhir ini mula merasakan politik sudah jatuh ke tahap yang jelek. Politik kolot BN menjadi-jadi. Perampasan Kerajaan Negeri Perak oleh Datuk Seri Najib Razak menerusi episod kehilangan, tawaran habuan dan tuduhan rasuah; diikuti sikap hipokrit Datuk Seri Khir Toyo dalam isu gambar Elizabeth Wong; dan akhir sekali kenyataan sembrono oleh Pengerusi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Datuk Seri Ahmad Said Hamdan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggambarkan kita sedang melalui tempoh politik yang memeningkan.

Apatah lagi ketika negara menanggung derita berikutan kejatuhan ekonomi dunia yang teramat serius. Sebagai sebuah ekonomi yang bergantung kepada pelaburan dan perdagangan antarabangsa, kita tidak dapat lari daripada menerima bahana berikutan kegawatan ini.

Pekerja-pekerja sudah mula hilang kerja, peniaga-peniaga mencatat pulangan yang menurun secara ketara dan kerajaan kita sendiri sudah mengakui unjuran pertumbuhan asal ekonomi negara kemungkinan besar tidak boleh dicapai.

Rakyat mahu mengetahui apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan, sektor korporat dan pekerja bagi menghadapi menyelematkan pekerjaan mereka. Rakyat mahu mengetahui apakah yang boleh dilakukan bagi memastikan anak isteri mereka mendapat makanan yang secukupnya setiap hari. Rakyat mahu mengetahui bagaimanakah mereka mahu membayar hutang pada hujung bulan.

Namun Najib tidak fikirkan masalah ini. Yang memenuhi pemikirannya pada masa ini ialah bagaimana mahu menjadi Perdana Menteri dengan apa jua cara sekalipun. Oleh itu, isunya bukan semata-mata memastikan BN menang tetapi memastikan PR hancur musnah. Apa jua cara tetap halal, baginya, asalkan matlamatnya dipenuhi.


Baca selanjutnya disini...

MB Perak ke 10

Menteri Besar ke sepuluh
Berjemaah solat subuh
Berkemampuan beri kuliah subuh
Jiwa makmum jadi teguh
Buat yang Allah suruh
Bulan Februari suasana jadi keruh
Disebabkan syaitan menguasai roh
Disebabkan
Cinta dunia
Takut mati
Ikut ajaran Machiavelli
Warga Itali
Dengan duit pemimpin dibeli
Dari para konspirator
Jiwa yang kotor
Yang mulia jadi hina
Bila terkena
Rancangan puak berkonspirasi
Dari Iblis dapat inspirasi
Tapi MB ke 10 ada isi
Dari Islam dapat inspirasi
Jadi berani
Suruh letak jawatan dihindari
Keredhaan Allah dicari
Kebajikan rakyat diusahakan
Dengannya Perak ada harapan
Cerah masa depan
Jika diizinkan Tuhan


HMS Abu Bakar
11 Safar 1430H
(7-2-2009)

Tuesday, February 24, 2009

Pelancaran Ilham Cawangan Perak


Institut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) cawangan negeri Perak telah dilancarkan pada hari Ahad 22 Februari 2009 bersamaan 26 Safar 1430H di Bangunan Ilham Perak, Rapat Setia, Ipoh.
Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh AF Ustaz Idris Bin Ahmad, Pengarah Ilham Pas Pusat dihadapan pelajar-pelajar Kursus Diploma Kepimpinan Islam, pengambilan Januari 2009 yang seramai 43 orang kesemuanya.

Objektif Ilham :

* Menyajikan kepada masyarakat PAS suatu program pengajian Islam sebagai persiapan menghadapi cabaran perjuangan Islam di Malaysia.

* Menyediakan alternatif pendidikan Islam secara formal dalam PAS

* Melahirkan kefahaman tentang gerakan Islam dan Pas

* Melahirkan peribadi pejuang dan pendakwah yang mantap dari sudut sahsiah, ilmu, disiplin dan menjadi teladan yang baik kepada masyarakat.

* Memupuk semangat dan budaya ilmu di kalangan ahli Pas

Selayang Pandang Ilham Negeri Perak

Pertama kali ILHAM ditubuhkan di Negeri Perak adalah sekitar tahun 1997 dengan kursus pertamanya di adakan di Air Kuning dan Lumut. Pimpinan Pas Perak amat memahami bahawa ilmu dan tarbiah merupakan pemangkin utama terhadap kelangsungan dan kejayaan jihad. Maka hasil usaha gigih AF Ustaz Siddik Nor selaku Pengerusi Lajnah Tarbiyah Pas Perak dan jawatankuasanya ketika itu telah berjaya membuka satu lembaran bermakna dan laluan berharga untuk ILHAM terus bertapak di negeri ini.

Kini, ILHAM cawangan negeri Perak di bawah pimpinan AF Ustaz Abu Bakar Bin Haji Hussain selaku TPJ merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyah Pas Perak kembali dengan tawaran pakej kursus yang lebih mantap dan sesuai dengan tuntutan perjuangan bagi menyediakan barisan pejuang dakwah yang bersedia menghadapi cabaran dan kepayahan perjuangan masa kini.

Melalui program Diploma Kepimpinan Islam ambilan Januari 2009 yang telah bermula pada 25 Januari 2009 yang lalu, serta pelbagai pakej yang akan diperkenalkan, adalah diharapkan agar ianya dapat membantu memperkasakan kemantapan jemaah melalui kelahiran generasi pejuang yang berilmu dan berkemahiran dan seterusnya berjaya mengangkat martabat ummah dan risalah yang suci ini.

ILHAM negeri Perak menyeru kepada semua pimpinan dan ahli Pas di negeri bertuah ini agar memanfaatkan institusi ini dan segala programnya demi kelangsungan sebuah jihad yang berjaya dan diberkati.








Anak pengerusi SPRM ditahan bawa bahan lucah melampau


Anak pengerusi SPRM di tahan, cuba seludup bahan PORNO

Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.

Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.Video-video itu bertajuk “Reped (sic) Virgin’, “10-Year Old” dan “High School Students.”

“Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya,” kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.

Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu “balasan” terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu “banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias” di dalam tindakannya.

Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik.

“Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya,” tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini. - Greenboc (
href="http://greenboc.blogspot.com/2009/02/anak-pengerusi-sprm-ditangkap.html">link
)

Monday, February 23, 2009

Laporan terhadap Speaker Perak tindakan lucu - Tun Dr Mahathir

Berikut adalah petikan daripada blog Tun Dr Mahathir :

1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.

Sunday, February 22, 2009

Unit Amal, tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas


Pasukan Unit Amal PAS telah terbukti keberkesanan amalan dan patuh mereka kepada setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan oleh pimpinan parti.

Ini dibuktikan dengan kecemerlangan yang mereka pamerkan semasa kemelut politik melanda negeri Perak baru-baru ini. Kejadian rampasan kuasa di Perak telah memberi pengalaman berharga serta membuka peluang keemasan kepada mereka untuk membuktikan kecemerlangan di dalam menjalankan tugas.

Baik siang mahupun malam, malah 24 jam mereka mengambil giliran menjaga dan mengawal bukan sahaja kediaman rasmi menteri besar Perak, MB serta keluarga, pimpinan Pakatan Rakyat malah orang ramai yang senantiasa mengunjungi kediaman tersebut.

Tiada wang ringgit yang dijanjikan malah mereka menggunakan perbelanjaan sendiri di dalam menyediakan pakaian seragam, kenderaan, makan minum serta masa yang dicurahkan tanpa rasa penat serta jemu demi menunaikan amanah yang telah diberikan.

Bukan sahaja pasukan unit amal tempatan sekitar Ipoh malah mereka yang datang daripada segenap pelusuk negara bagi membantu melancarkan tugasan yang ada.

Arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Pas Pusat, Sdr Salahuddin Ayub supaya setiap negeri menghantar pasukan unit amal mereka membantu telah disambut baik oleh semua.

Hanya berpegang kepada keyakinan serta janji Allah Taala bahawa balasan pahala kepada hambaNya yang beramal, mereka menjalankan setiap tugas dengan sempurna. Kekuatan ini amat dihormati oleh parti gabungan di dalam Pakatan Rakyat mahupun parti lawan.

Saya yang juga ahli Unit Amal (sebelum mengendalikan laman blog ini) begitu terharu akan pengorbanan dan kesetiaan yang mereka pamerkan sepanjang bertugas di kediaman rasmi Menteri Besar Perak.

Satu tabik hormat dari saya buat semua petugas Unit Amal tak kira walau dimana pun anda berada. Teruskan usaha kalian demi perjuangan memartabatkan yang hak dan mematangkan demokrasi di negara kita.


Tabik hormat iringi perpindahan MB Nizar sekeluarga


IPOH (22.02.2009) : Hari ini secara rasminya MB Nizar dan keluarga berpindah meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar pagi tadi.

Sebaik selesai majlis meraikan petugas unit amal, bloggers dan pihak media di kediaman rasminya, MB Nizar sekeluarga berpindah ke rumah sewanya yang terletak di dalam bandar Ipoh juga. Lokasi kediaman barunya tidak di maklumkan di atas permintaan keluarga yang mahukan sedikit ruang peribadi sekeluarga tanpa gangguan mana-mana pihak.

MB Nizar memandu sendiri kereta kepunyaannya diiringi beberapa buah lagi kereta keluar daripada kediaman rasmi dengan perbarisan serta tabik hormat daripada petugas Unit Amal.

Suasana yang agak sayu bagi teman dan rakan seperjuangan sedikit pun tidak melemahkan semangat MB Nizar untuk kembali semula ke kediaman rasmi ini apabila keputusan mahkamah nanti berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Sungguhpun panel peguam MB Nizar yang sejumlah 12 orang mengatakan bahawa MB Nizar masih boleh tinggal dikediaman rasmi tersebut selama mana proses mahkamah berjalan, MB Nizar yang ingin mematuhi surat arahan mengosongkan kediaman tersebut yang dikeluarkan oleh SUK dan 27/2/2009 adalah tarikh akhir yang diberikan.







Unit Amal, bloggers dan media diraikan


IPOH (22.2.2009): Tugas dan pengorbanan anda selama ini amat saya hargai, kata MB Nizar kepada semua ahli unit amal, bloggers dan pihak media di dalam satu majlis meraikan mereka yang diadakan di kediaman rasmi menteri besar pagi tadi.


Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Kamalullail dimulakan dengan bacaan doa oleh AJK Jabatan Amal Perak, Ustaz Kassuri.



Ahli-ahli unit amal yang bertugas di kediaman rasmi semenjak krisis bermula dianggarkan melebihi 200 orang tidak termasuk yang datang daripada segenap pelusuk negara.


Blogger albanjari pula diberi penghargaan untuk menyampaikan ucapan bagi pihak bloggersnetwork@perak dan bloggers-bloggers yang telah hadir.

Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada MB Nizar kerana memberi penghargaan yang sewajarnya kepada pengorbanan para bloggers dalam menyampaikan berita-berita yang terkini dan sahih melalui alam siber@internet. Juga terima kasih beliau kerana MB Nizar membenarkan mereka berkampung di kediaman rasmi untuk memastikan berita-berita yang terkini dapat disampaikan kepada umum.



Setiausaha akhbar MB Nizar, Haji Anuar Hashim memberikan sedikit latar belakang perkenalan beliau bersama MB Nizar yang mana menurutnya, beliau lebih mengenali MB daripada orang lain.

Beliau yang juga bekas ketua biro berita nasional di Pulau Pinang dan mempunyai pengalaman selama 15 tahun di dalam dunia kewartawanan berasa lebih tenang dan berkat apabila bekerja bersama dengan MB Nizar berbanding dahulu. Atas dasar itu, beliau menasihatkan para wartawan baik bloggers mahupun media perdana agar berhemah dan bertanggungjawab didalam laporan yang dibuat kerana segala tulisan dan laporan tersebut akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak. Biarlah laporan yang dibuat telus dalam menyedarkan rakyat dalam membuat pertimbangan yang betul.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada MB Nizar kerana kesempatan yang diberikan bekerja bersama dan memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada melakukan kesilapan dan terkasar bahasa semasa menjalankan tugas sebagai setiausaha akhbar MB.



Saudara Ariff B Shaarani, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal Perak mewakili kesemua petugas-petugas unit amal menyatakan rasa terima kasih kepada MB Nizar kerana membenarkan mereka menjalankan tugasan amal mereka sebagaimana tuntutan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Menurutnya lagi, segala tugasan yang dilakukan mereka hanyalah mengikut arahan pimpinan tertinggi dan seandainya ada salah dan silap mereka, harap dapat dimaafkan. Juga segala tugasan mereka selama ini tidak mengharapkan apa-apa balasan seperti upah ataupun gaji kerana mereka percaya balasan amalan yang akan mereka perolehi di akhirat nanti.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua petugas unit amal yang telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang tanpa mengira waktu.



Umno dan Barisan Nasional umpama pondan yang takut untuk berdepan satu lawan satu dengan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya seandainya Dun dibubarkan, tegas MB Nizar di dalam ucapannya.

Kerajaan haram umno/bn yang merampas kuasa PR di Perak merupakan kerajaan haram yang kedua di dunia selepas Israel yang merampas tanah Palestin, ujarnya lagi.

Krisis yang berlaku di Perak telah memberikan suatu pengalaman terbaik dan berharga buat pasukan unit amal dan juga para bloggers.

Pesanan beliau kepada pihak media agar melakukan laporan yang telus agar rakyat dapat memilih yang hak dan menolak yang batil. Juga diingatkan akan hari pembalasan dimana akan ditanya nanti segala laporan yang dibuat oleh pihak media.

Kepada para bloggers, MB begitu berbesar hati kerana mereka telah memberikan gambaran yang tepat dan sebenar tentang apa yang berlaku di Perak untuk tatapan seluruh warga Perak dan juga dunia. Berita-berita yang dihidangkan di dunia siber memainkan peranan yang penting dan cepat untuk sampai kepada pengetahuan rakyat.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pasukan unit amal yang telah berusaha keras memastikan keselamatan beliau sekeluarga, kediaman rasmi, para pimpinan PR serta orang ramai yang berkunjung ke kediaman rasmi ini terjaga dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Juga penghargaan beliau kepada penderma-penderma yang telah bermurah hati mendermakan pelbagai makanan dan minuman untuk petugas di kediaman. Begitu juga para ustaz dan ustazah yang telah menghidupkan kediaman rasmi ini dengan majlis-majlis yang menjana ilmu orang ramai yang saban hari hadir di sini.

Beliau menasihati agar rakyat Perak bertenang dan berlapang dada dengan apa yang terjadi dan biarlah mahkamah yang akan menentukan mengikut proses undang-undang yang telah dijalankan pihak PR.

Di akhir ucapannya, MB Nizar telah memohon berbanyak-banyak maaf kepada semua seandainya selama 10 bulan memerintah mewakili kerajaan Pakatan Rakyat ini ada melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan.

Pihak bloggernetwork@perak telah menyampaikan cenderahati tanda penghargaan mereka terhadap layanan dan perhatian yang telah diberikan MB Nizar sekeluarga kepada para bloggers yang telah berkampung selama 14 hari di sana.


Akhbar harian diguna untuk menghasut


Akhbar-akhbar perdana harian sememangnya diketahui awam kepunyaan parti umno/bn. Berita dan kenyataan yang dicetak jelas mencerminkan kehendak dan suara pimpinan umno/bn.

Apabila kenyataan-kenyataan berupa hasutan mula dicetak dan dijual secara terbuka kepada awam, adalah suatu perkara yang amat dikesali.

Pihak KDN begitu rakus merampas dan menghalang akhbar parti politik yang lain daripada dijual dengan alasan menghasut dan sebagainya.

Tetapi akhbar-akhbar milik umno yang secara terang-terangan menghasut rakyat dengan memutarbelitkan fakta dan perundangan, dibiarkan terus berleluasa malah diberi perlindungan.

Barisan Nasional kini dilihat seakan menambah keahlian parti komponen mereka dengan penyertaan daripada kdn, pdrm, sprm, spr, media prima dan banyak lagi yang secara terbuka menghalalkan segala perbuatan jijik dan hina umno/bn ini.

Tajuk utama Berita Minggu hari ini yang membawa kenyataan Khairy Jamaludin, 'Tukar Speaker Perak' ternyata berbaur hasutan dan melanggar perundangan negeri Perak.

Orang ramai yang ditemui rata-rata bersetuju dengan perancangan umno/bn yang menggunakan segala jentera kerajaan dan media untuk menyelewengkan rakyat Perak. Ini kerana menurut mereka, lebih banyak kerja jijik dan hina yang mereka lakukan, lebih menyampah rakyat kepada mereka dan lebih cepat umno/bn dikuburkan di negeri Perak.

Saturday, February 21, 2009

Sinar Harian bersama MB Nizar


Akhbar Sinar Harian hari ini mengunjungi Kediaman Rasmi Menteri Besar semasa berlangsungnya majlis doa selamat pagi tadi.

Selain mengagihkan akhbar keluaran mereka secara percuma kepada semua yang hadir, MB Nizar juga turut diberikan penghormatan berupa cenderahati daripada pihak Sinar Harian.

Akhbar Sinar Harian yang mula diedarkan secara percuma semalam dan hari ini, menyiarkan berita secara neutral tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Akan mula beredar dengan harga RM1 mulai esok, akhbar harian seumpama ini amat dinanti-nantikan warga Perak kerana mereka telah muak dengan akhbar-akhbar harian yang sedia ada yang hanya menyiarkan berita-berita dan kenyataan-kenyataan daripada pihak umno/bn sahaja.

Semoga akhar Sinar Harian ini dapat memenuhi kehendak warga Perak serta bertahan lama dan kalis ugutan dan tekanan daripada pihak-pihak tertentu di dalam penyiaran berita mereka.



Zambry merayu diterima rakyat sebagai MB


‘Please accept me as MB’: Zambry to Perak people

IPOH: Mentri Besar Datuk Dr Zambry Abd Kadir has appealed to the people to accept the Sultan of Perak’s decision to appoint him to rule the state.

Dr Zambry said he was aware that people were wondering whether he was truly the MB.

“I understand the question and I want to make it clear that I would not be here if my position was considered illegitimate and illegal.

“I ask from the heart that we show our readiness to the Sultan,” he said during his inaugural meeting with school principals and headmasters at the state secretariat here on Saturday.

Dr Zambry urged the people to not be overcome by emotion and to view the situation in an objective manner.

Saying he did not want to influence everyone, he called on them to look objectively at the actual causes behind the crisis recently taking Perak by storm.

“Please come to your senses. A person who is overcome by anger will not be able to come to the best decision. Let us show respect to the Sultan,” he added.

Dr Zambry added that he would not let the political crisis of the past few days, since he and his exco members were barred from assembly sittings, affect his duties as mentri besar.

Earlier, he assured educationists that the state government would continue policies to improve the quality of education, enhance the marketability of graduates, promote ICT in schools and dispense aid to institutions in need. Among other things, he announced that Perak would receive over RM25mil for education as part of the country’s economic stimulus package.

Of that figure, he said some RM2.45mil would go to preschool programmes, RM8.38mil to government-aided religious schools, RM5.96 to government-aided missionary schools, RM2.24mil to Chinese schools and RM6.82mil for Tamil schools.

Noting the reaction from those assembled, Dr Zambry urged schools officials who urgently needed upgrades and equipment to inform him so that he could request more aid from the Education Ministry.

The state also announced a RM50,000 allocation for schools to buy or upgrade orchestra equipment.

-thestar

berita versi melayu

Ajijoi ~ kesian kat mamak sorang ni. merayu orang ramai terima dia sebagai mb. dia pun dah mula terasa, orang ramai tak layan dia. mana-mana pun dia pergi, hanya polis peronda sahaja yang sudi menemani.

Sampaikan pergi solat jumaat pun, satu masjid blah time dia keluar. Tinggal la puak-puak kaki jilat umno yang jadi ajk masjid buat-buat tunggu melayan dia. Yang paling kesian sekali, abang-abang polis yang kena berkawal jaga kereta dia semasa solat jumaat. Tak solat ye bang. kesian....kat sana nanti zambry tu sure tak nak jawab bagi pihak abang sebab tak solat jumaat.

yang paling rileks sekali, drebar zambry ni. time orang solat jumaat, dia bagus tido dalam kereta perdana zambry. siap pasang air-cond lagi.

datang masjid 7 orang....yang solat dia sorang je. yang lain jaga kereta dan selipar. takut tak pasal-pasal dalam banyak-banyak selipar kat masjid tu, ada yang boleh terbang. tapi orang malaysia tak main punggai kasut. sebab kasut kat malaysia ni mahal-mahal. selipar pergi jamban pun, dibubuh kaler, dichop corak serba-sedikit, dekat sepuluh ringgit jugak harganya.

lagi satu...selepas menjadi mb haram, dia membuat kenduri kesyukuran di surau yang berhampiran dengan rumahnya di taman golf, ipoh. tapi, berita yang saya terima, jemaah surau tu pun tak suka dia sebab dia tak pernah datang ke surau. mungkin malam tu je sebab nak mintak orang mendoakan dia.

ada ke sesiapa yang termakan dengan rayuan dia ni? nak sokong dia sebagai mb? sekarang ni, jangankan kata melayu, mamak pun tak sokong dia. kesian......

Dakyah Umno mula tersebar hari ini




Umno mula mengedarkan risalah yang berbentuk dakyah mempertahankan rampasan kuasa yang dilakukan mereka di negeri Perak ini kepada orang ramai.

Maklumat yang diterima Umno mengatakan majoriti rakyat Perak sudah tidak mempercayai dan bersama dengan mereka membuatkan mereka menggelabah. Media perdana milik mereka seperti akhbar utusan, berita hairan serta tv rtm dan tv3 ternyata tidak mampu untuk menyumbatkan maklumat palsu mereka ke benak rakyat Perak.

Isi kandungan risalah tersebut menceritakan kronologi kejadian rampasan kuasa di Perak dan soal jawab mengenai perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak yang telah mereka celarukan.

Kandungannya tidak mampu mempengaruhi pemikiran rakyat Perak yang telah jauh kehadapan daripada pemikiran puak-puak umno melalui pembacaan mereka di laman-laman blog dan akhbar-akhbar parti seperti harakah, suara keadilan, siasah dan wasilah. Jika tidak, masakan pihak KDN merampas akhbar-akhbar ini daripada kedai-kedai untuk menyekat maklumat kepada rakyat.

Risalah ini juga dikatakan akan diedarkan sehingga pilihanraya kecil Bukit Gantang nanti.

Bagi saya risalah ini tidak mampu menandingi risalah-risalah yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat yang lebih bermaklumat serta tepat tentang rampasan kuasa tersebut. Dan risalah-risalah Pakatan ini diterima baik oleh rakyat.

Sebelum ini, 4 orang telah ditahan polis kerana mengedarkan risalah daripada PR di Kuala Kangsar. Saya berharap agar polis membuat perkara yang sama jika puak-puak umno mengedarkan risalah-risalah mereka. Janganlah pihak berkuasa berpihak dalam menjalankan tugas harian mereka. Kerana tugas mereka adalah menjaga kepentingan rakyat, bukannya menjaga kepentingan parti-parti politik yang menganiaya rakyat.

Download risalah Pakatan Rakyat di sini.

Penjelasan MB Nizar mengenai kemelut di Perak.

Laporan polis terhadap ugutan kepada Speaker Dun Perak


IPOH, 21, Feb.:-Laman Web mykmu.net yang memaparkan tulisan dari editornya di lapor kepada pihak keselamatan oleh ADUN Canning, Wong Kar Woh dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim. Laporan Itu telah dibuat di Balai Polis Kontinjen Ipoh pada jam 2.00 petang tadi.

Dalam tulisan editor yang tidak bertanggung jawab itu disebutkan antaranya "Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor."

Kehadiran Khalil dan Wong disambut oleh sekitar 30 orang pemberita dan hampir 60 orang penyokong Pakatan Rakyat.
Dalam satu perenggan ditulis begini :"Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan".

Perkataan nyahkan tersebut punya pelbagai maksud sepertimana kamus dewan menjelaskan ianya boleh bermakna membunuh.

Menurut Ketua Penerangan Pas Perak, Ustaz Azhar Saud yang ditemui disana, Islam menghalang kita mengambil nyawa seseorang tanpa mengikut undang-undang. Atas dasar tersebut, laporan polis yang dibuat hari ini disokong oleh Pas dan Pakatan Rakyat.

Lagi laporan di mstar.com


Followers

Video ajijoi

Loading...