Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilftri


Saya, Azizul Nizam Bin Zulkifli serta keluarga, Norazila Binti Ahmad Zaaba, Nur Aqilah Nasuha, Azizul Hakim dan Azizul Harith ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua sanak saudara, handai taulan, teman-teman, pimpinan dan ahli PAS, yang mengenali diri ini serta tak lupa juga kepada pengunjung-pengunjung laman blog ini.

Andai kata ada salah dan silap saya semasa mengendalikan laman blog ini, harap dapat dimaafkan dan jutaan terima kasih di atas sokongan anda kepada laman blog ini.

Akhir kata, sekali lagi kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI dan Maaf Zahir Batin.

Monday, September 29, 2008

Amalan Sunnah sempena Aidilfitri

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna.

Firman Allah S.W.T:"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.

Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah.

Firman Allah S.W.T:
"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:
"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32
Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

• Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

• Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:
"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

• Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:
"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:
"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakai perhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:
"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:
"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:
"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untuk memberikan barakah kepada mereka.

Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya." - Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

• Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:
"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:
"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak.

Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

• Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:
"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:
"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam.

Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan.

Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:
"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:
"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

PENUTUP
Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.

Sumber: http://al-futhuhat.blogspot.com/

Terawih Terakhir

Malam ini merupakan malam terakhir solat sunat terawih yang menjadi santapan malam orang-orang mukmin sepanjang bulan Ramadhan ini.

Airmata mengiringi solat terawih terakhir tadi kerana kemungkinan kehadirannya semula pada tahun hadapan tanpa diri ini di dunia lagi.

Mungkin juga malam ini adalah malam terakhir kita bersama dengan terawih kerana ajal maut kita tiada siapa yang tahu. Entah bisa ketemu semula entahkan tidak.

Semoga kebersamaan kita dengan terawih sepanjang bulan Ramadhan ini diterima Allah Taala dan dirahmati kehidupan kita seterusnya.

Selama sebulan kita ditarbiah di dalam Madrasah Ramadhan, moga-moga berterusan hendaknya segala amalan di luar Ramadhan nanti.

Saturday, September 27, 2008

Sumbangsih Aidilfitri

Hari ini saya mengikuti kumpulan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg Rapat menghulurkan bantuan buat fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan anak yatim sekitar kawasan Pengkalan Gate, Changkat Larang, Seri Rahmat, Seri Jaya, Kg Pisang, Ara Payung dan Sg Terap.

Sdr Radzi Zainon beserta ketua-ketua kampung menyampaikan sumbangan berupa hamper barangan daripada Menteri Besar dan kerajaan negeri Perak serta duit raya daripada zakat penduduk dan ahli Pas.

Keinsafan menyusup ke hati apabila menyaksikan sendiri bagaimana payahnya mereka-mereka ini mengharung hidup saban hari. Sinar Aidilfitri yang disambut hanya setahun sekali juga tidak berseri sebagaimana kita yang bermewah-mewah menyambut lebaran.

Bergembiralah di Aidilfitri ini, namun ingatlah bahawa masih ramai yang menyambutnya dengan linangan air mata di pipi.






Berbuka Puasa di Clearwater Sanctuary Golf Resort


Khamis yang lalu saya menerima jemputan berbuka puasa di Clearwater Sanctuary Golf Resort yang dianjurkan oleh Etiqa Takaful.

Seramai 12 orang daripada kami kakitangan PBB-JYK dijamu berbuka puasa disana.

Makanan yang disaji sungguh menyelerakan dan suasana sekitarnya yang nyaman menjadi tarikan pengunjung kesana.

Saya dan rakan-rakan ingin mengucapkan terima kasih daun keladi kepada Etiqa Takaful yang diwakili saudara Saiful dan diharapkan mendapat jemputan lagi dilain kali.

Thursday, September 25, 2008

Ucapan salam Aidilfitri

Kepada sesiapa yang ingin menyampaikan ucapan salam hari raya Aidifitri, silalah kirimkan ucapan anda dalam bentuk text mahupun video ke e-mel saya di jijoi_8@yahoo.com.

Insya-Allah, ucapan anda akan saya postkan di blog ini untuk tatapan semua.

Rakaman boleh dilakukan dengan menggunakan digital kamera (digalakkan) ataupun telefon bimbit. Ucapan sebolehnya seringkas mungkin yang tidak melebihi 5 minit.

Tuesday, September 23, 2008

Iblis Menceritakan Fadhilat Puasa

Rasulullah s.a.w. ada menyoal iblis tentang puasa di bulan Ramadhan, jawab iblis:

"Ya Rasulullah! Inilah satu bencana yang amat besar bagiku. Bial tibanya bulan ini, akan bersinarlah cahaya di Arasy serta Kursi dan semua malaikat bersuka ria. Bagi mereka yang berpuasa akan mendapat kurnia yang besar dari Allah. Dosa mereka akan diampuni dan digantikan dengan pahala kebajikan serta tidak akan ditulis kesalahan mereka selama berpuasa".

"Yang lebih menyakitkan hatiku ialah semua isi langit dan bumi serta semua makhluk yang bernyawa sentiasa mendoakan mereka siang dan malam memohon keampunan. Bagi mereka yang berpuasa juga akan dimerdekakan oleh Allah setiap hari dari Ramadhan dengan seribu kemerdekaan dari azab neraka serta semua pintu neraka ditutup dan dibukakan semua pintu syurga. Pada hari mulanya umatmu berpuasa, datanglah para malaikat kepadaku dengan garangnya lalu menangkap aku bersama dengan bala tentera aku yang terdiri dari jin, syaitan dan ifrit".

"Dipasangkan pada kaki dan tangan kami dengan rantai besi panas lalu dimasukkan kami ke dalam perut bumi yang paling bawah sekali. Di sini kami mendapat berbagai azab siksaan dan terpaksa menunggu sehinga umatmu selesai mengerjakan puasa. Selepas itu barulah kami dibebaskan, ini supaya umatmu merasa kesenangan dalam mergerjakan ibadah puasa".

Begitulah cerita iblis kepada Rasulullah, amatlah ruginya kita jika tidak mengambil kesempatan ini dikala semua bangsa jin dan syaitan telah dirantai oleh Allah s.w.t.

Friday, September 19, 2008

TAZKIRAH PERDANA

TAZKIRAH PERDANA
SEMPENA
MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN
ISLAM MALAYSIA (MAPIM)
Oleh
KEPIMPINAN NGO-NGO ISLAM KEBANGSAAN
Tarikh
21 RAMADHAN 1429H / 21 SEPTEMBER 2008
Tempat
MASJID MUTTAQIN, TAMAN MERU, IPOH
ATURCARA
* PERUTUSAN KHAS YAB MENTERI BESAR PERAK
* MAJLIS BERBUKA & SOLAT MAGHRIB
* SOLAT ISYAK & TERAWIH
* TAYANGAN MULTIMEDIA
* TAZKIRAH

Wednesday, September 17, 2008

Sebuah pesanan yang menarik

Didalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan
naik bertingkat-tingkat
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat
Semua nak tunjuk kuat
Bila berjudi, percaya unsur kurafat
Tapi hidup pula yang melarat
Tali kasut dah tak berikat
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan,
Pakai mini sekerat
Suka pakai baju ketat...(apa dapat?)
Suka sangat menunjukkan pusat
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat
Pakai pulak yang singkat-singkat
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat
Duduk jauh berkirim surat
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat
Usah peduli agama dan adat
Usah takut Allah dan malaikat
Yang penting apa kita nak buat
Kita 'bukti' lah kita buat
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat
Maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu tengok bayi dibuang di merata tempat
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat
Habis manusia telah tersesat
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat
Marilah kita pakat mengingat
Bahawa dunia hari ini makin singkat
Esok atau lusa mungkin kiamat
Sampai masa kita semua akan berangkat
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Disana kita akan ditanya apa yang kita buat
Masa tu, sendiri mau ingat.
Umurmu banyak mana, berapa banyak kamu buat ibadat...?
Zaman mudamu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manfaat...?
Sebagai sesama insan, sama-samalah ingat mengingati sesama insan!!!
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan
memperbanyakkan ibadat.
(petikan ucapan Ustaz Hj. Akhil Hayy Rawa)

I may not be the best Muslim, but I'll do my best for Islam...


Dipetik daripada blog YB Zulkifli Nordin...


Assalamua'laikum to all.

Pagi tadi saya dipanggil J'kuasa Disiplin PKR untuk 'facts finding mission' sebagai langkah awal kepada prosiding disiplin terhadap saya.. Saya dimaklumkan JKD akan merujuk perkara ini kepada Biro Politik setelah selesai 'fact finding missionnya'. Biro Politik akan menentukan tindakan selanjutnya.JKD tadi terdiri dari 3 ahli panel iaitu Tuan Syed Hussin Ali (Timb. Pres), Tuan Din Marican dan YB Hee.

Saya diminta memberi penjelasan tentang penglibatan saya dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anti Islam anjuran Bar Council pada 7 Sya'ban lepas.

Saya nyatakan dengan jelas bahawa saya mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya PKR semasa mengetuai himpunan aman tersebut.

Juga saya nyatakan bahawa saya bukannya anti dialog. Malahan saya telah terlibat dengan beberapa dialog termasuk dengan Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Budha & Sikh, Suhakam, kumpulan-kumpulan Kristian, malahan saya pernah berdialog dengan Paderi Kristian Melayu.

Namun pada pandangan saya Bar Council adalah jelas golongan anti-Islam dengan rentetan
penglibatan mereka daripada kes mendalangi Kumpulan Artikel 11, IFC, melibatkan diri secara partisan kepada kes-kes murtad dan lain-lain lagi.

Panel JKD menyatakan tindakan saya mungkin terlalu agresif. Saya nyatakan bahawa Islam bukan sahaja memerlukan watak lemah lembut saperti Abu Bakr, tetapi juga watak keras dan tegas spt 'Umar ibnu Khattab. Tambahan Bar Council bukan jenis yang memahami bahasa diplomasi, maka ia perlu difahamkan dgn bahasa lain.

Saya akui mungkin saya ada terkasar bahasa dengan seorang hadirin iaitu peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan. Namun saya nyatakan itu adalah kerana tindakan beliau yang jelas provokatif terhadap Himpunan aman pagi itu. Namun kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf.

Namun saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut. Malahan saya nyatakan bahawa kalau Bar Council bercadang untuk mengulangi keangkuhan sikap anti-Islam mereka ini, sudah pasti mereka akan dapati saya akan akan berada disana untuk mempertahan dan membela Islam. I'll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude.

Saya nyatakan bahawa nothing can stand between me and Islam. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam.

Malahan saya menyatakan dengan jelas bahawa selain menjaga kebajikan rakyat dan pengundi saya di Kulim Bandar Bharu, misi utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk berusaha untuk memartabatkan dan menobatkan Islam, syariat dan institusinya melalui constitutional reform, sebagaimana yang dicadang dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa keputusan sebelum daripada ini.

Ahli panel ada menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian saya ini akan bercanggah dengan pendirian PKR.

Saya mengulangi pendirian dan prinsip saya bahawa 'for me, Islam come first, the rest are second'.

Well, prosiding berjalan dengan baik dan suasana yang very friendly. Cuma masing-masing ada pendirian dan prinsip yang perlu dipertahankan. Diakhir prosiding, saya ucapkan terima kasih kepada ahli panel. The ball is now in their hand to make the necessary recommendations to the Political bureau of PKR.

In the meantime, saya akan berlepas untuk mengerjakan umrah 18 Ramadhan/ 18 Sep ini.
I have to do a very serious thinking as to my future role as MP. Saya sangat conscious bahawa saya akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH kelak untuk setiap tindakan dan pendirian saya khususnya dalam hal ehwal Islam. Saya berdoa moga ALLAH memberikan saya petunjuk dan hidayahNya bagi saya membuat keputusan yang benar disisiNya dan untuk mencartakan perjuangan saya dimasa akan datang.

Adios..

Zulkifli Noordin


Ajijoi - Tabik saya pada YB. Namun, saya rasa YB telah tersalah pilih parti untuk memperjuangkan Islam. Ada satu parti yang saya rasa amat sesuai dengan jiwa YB untuk melihat Islam dimartabatkan. Parti itu bukanlah parti Keadilan yang YB sertai tetapi parti itu adalah...PAS.

Sunday, September 14, 2008

Semarak Ramadhan di Dataran MBI

Berbuka puasa, Solat Sunat Terawih dan Tazkirah di Dataran MBI, Greentown Ipoh setiap malam bermula 15 Ramadhan (Isnin 15/09/08) hingga 26 Ramadhan (Jumaat 26/09/08).

Tazkirah akan disampaikan oleh penceramah-penceramah terkenal dari seluruh pelusuk negara seperti Ustaz Kamal Ashaari dan Ustaz Dr Badrul Amin.

Muslimin dijemput hadir beramai-ramai. Jamuan Morei disediakan.

Semarak Ramadhan
Tarikh : 15/09/2008 hingga 26/09/2008
Tempat : Dataran MBI, Greentown Ipoh

Saturday, September 13, 2008

Tazkirah Ramadhan di Surau Al-Ehsan


Pada hari Isnin ini bersamaan 15 Ramadhan 1429 (15/09/2008), Surau Al-Ehsan atau lebih dikenali sebagai Surau Ustaz Bakar di Taman Endah Jaya, Rapat Setia Ipoh (berhampiran Sekolah Agama Al-Hidayah) akan menerima kunjungan Ustaz Zulkarnaini Ibrahim (Bekas Imam Masjid Negeri dan Mantan Calon Pas Dun Manjoi) untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan.


Tazkirah Ramadhan
Tarikh : 15/09/2008 (Isnin)
Tempat : Surau Al-Ehsan
Taman Endah Jaya
Rapat Setia, Ipoh
Penyampai : Ustaz Zulkarnaini Ibrahim

Selamat Ulang Tahun, Mak


Hari ini merupakan hari ulang tahun ataupun harijadi mak saya, Azizah Binti Mohammed Yusoff yang ke 58 tahun. Dilahirkan pada tanggal 13 September 1950 di Greentown, Ipoh.

Doa dan harapan saya agar mak dipanjangkan umur, ditambahkan iman, disihatkan tubuh badan dan dimurahkan rezeki.

Panjang umurnya...panjang umurnya...panjang umurnya serta mulia.

Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan makku Azizah...Allah selamatkan kamu.

Selamat Hari Jadi...Selamat hari jadi...selamat hari jadi...

Happy birthday to you...happy birthday to you...happy birthday to you...

Sekali lagi...ucapan SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 58 BUAT MAK TERSAYANG



Thursday, September 11, 2008

Kuliah Tafsir Al-Quran Ramadhan 1429 / 2008


Muslimin dan Muslimat sekalian.

Anda adalah dijemput untuk mengikuti kuliah tafsir Al-Quran Ramadhan yang dikendalikan oleh Ustaz Tarmizi Bin Abdul Rahman pada setiap pagi Sabtu dan Ahad jam 8.30 pagi bertempat di Rumah Yayasan Amal Malaysia, No. 29 Jalan Raja Musa Mahadi, Rapat Setia, Ipoh.

Ustaz Tarmizi telah memilih Surah Al Anfal untuk ditafsirkan dan anda sekalian diseru untuk bersama-sama mendalami ilmu yang terdapat didalam ayat ini.

Masuk adalah percuma dan sumbangan ikhlas amat dialu-alukan.

Bertuahnya isteri dapat suami begini...

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia "mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja, saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata...isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakkan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil disisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al-Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya.

Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkannya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar e-mail dan bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar (conscius mind).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah Al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. InsyaAllah, saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah inii.

Pernah dizaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseoarang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah:

"Tuan, bagaimana tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah " Aku didik Hanafi 40 sebelum dia dilahirkan".

Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan? Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik? Namun apa yang ingin disampaikan oelh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.

Saya bacakan kisah para rasul, para nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara sya tidak terlalu kuat bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yassin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang Tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari sini saya akan wujud salasilah keturunan yang baru. Saya bertekad dalam hati, InsyaAllah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membeasr seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah 'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah. Oh! janganlah tumpah lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah. Kalau mahu tumpah biarlah ketiak sujud menyembah Ilahi. Pesan guru saya air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan persaan, segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. InsyaAllah tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalan hidup saya.

"Iman itu lebih Cantik dari sekalian yang cantik, Nikmat Iman itu lebih Manis dari madu...dan Memelihara Iman itu lebih Sukar dari Meniti sehelai rambut..."

Wednesday, September 10, 2008

Akhir Zaman

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.



1.Rasulullah bersabda yang mafhumnya:
>> Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak? Benar kata Rasulullah.


2.Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya:
>> Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman.Benar atau tidak?Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.


3.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:
>> Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq di blok oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.


4.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:
>>Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya.


5.Sabda Rasulullah yang mafhumnya:
>> Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.


6.Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya:
>> Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar - ibu segala peperangan. Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia. Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.


7.Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya:
>>Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan. Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.


Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman.


Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan-kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita. InsyaAllah..


Monday, September 8, 2008

BN-BBC ke Taiwan: Duit siapa yang dihabiskan?

MP (dari kiri) Datuk Md. Sirat Abu (Bukit Katil), Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat) dan Datuk Shamsulanuar Nasarah (Lenggong) mendaftar masuk di KLIA pagi ini untuk lawatan sambil belajar ke Taiwans.

"Assalamualaikum,..Selawat dan Salam ke atas Junjungan,..Pemergian 49 ahli BN-BBC melancung sambil belajar(baca makan angin) ke Taiwan menyerlahkan lagi kebodohan orang orang yang diberi mandat untuk membuat keputusan negara.

Amat malang nasib rakyat Malaysia yang memiliki MP yang bertaraf darjah 6 ini.Terdapat beberapa isu menarik dalam lawatan BN-BBC ini untuk ditinjau dan difahami bersama.Pokok persoalan yang utama ialah pembiayaan kewangan kepada para MP ini.Siapakah yang menaja mereka?berapa banyakkah yang dihabiskan sepanjang mereka berada di Taiwan.

Persoalan ini mesti dijawab sekembalinya mereka ke negara nanti.Samada kerajaan bertukar atau tidak,BN-BBC mesti bertanggungjawab menyerahkan penyata perbelanjaan mereka serta sumber pembiayaan mereka.Jangan ingat mereka akan terlepas dari menjawab persoalan ini.Rakyat ingin tahu dari mana mereka mendapat pembiayaan kewangan mereka.

Rakyat ingin tahu samada kerajaan turut menaja mereka atau tidak.Rakyat ingin tahu samada wang rakyat digunakan atau tidak.Para MP ini mungkin tidak menyedari bahawa setiap gerak geri mereka diperhatikan oleh rakyat.Mereka pasti tidak akan terlepas kali ini untuk menjawab soalan rakyat.78 orang adalah jumlah yang besar dan memerlukan perbelanjaan yang agak besar untuk tinggal dan "belajar" selama seminggu.Jadi rakyat berhak tahu dari mana mereka mendapat penajaan kerana mereka semua ialah wakil rakyat yang sepatutnya bekerja untuk rakyat dan tidak sewenang wenangnya membelanjakan duit rakyat.

Isu pokok lainnya ialah tujuan lawatan itu menyebut untuk belajar teknik pertanian dan justifikasi yang kita dengar ialah agar dapat dimenafaatkan oleh para MP ini semasa membahaskan bajet 2009 nanti.Oleh itu,rakyat menanti dan memerhati setakat mana "ilmu"yang bakal dibawa balik oleh para MP ini dan setakat mana "ilmu" itu dimenafaatkan oleh para MP untuk faedah rakyat seterusnya.

Rakyat menanti untuk melihat apakah perbelanjaan besar yang dikeluarkan berbaloi atau tidak.Atau dengan kata kata lain,rakyat menanti untuk melihat apakah para MP ini benar benar pergi untuk belajar atau untuk makan angin.

Apa yang lebih menarik lagi ialah kenyataan yang mengatakan bahawa 50 dari MP ini akan memendekkan lawatan mereka dan akan pulang pada 15 sept.Menariknya di sini kerana tarikh kepulangan mereka sehari sebelum deadline yang diberikan PR.Apakah maksud 50 MP ini?mungkinkah mereka juga sudah hilang keyakinan kepada kerajaan?dan mereka bimbang untuk berada di luar negara ketika kerajaan bertukar tangan?Atau apakah ada antara mereka yang bakal berhijrah?Nampaknya usaha menghalang peristiwa besar 16 sept. tidak berhasil malah merupakan satu tamparan kepada PM dan TPM.

Sesudah berbelanja besar menghantar para MP keluar negara dengan harapan menggagalkan 16 sept.,para MP sendiri nampaknya menggagalkan rancangan tersebut.Walaubagaimanapun, ini semua tidak akan melepaskan tanggunjawab para MP yang terbabit untuk menjawab persoalan utama iaitu siapakah yang membiayai mereka sepanjang mereka berada di luar negara dan apakah hasil dari pembelajaran yang mereka timba di perantauan." - notan
Ajijoi - Agaknya 'lawatan sambil belajar' kali ni sama macam 'lawatan sambil belajar' Umno Selangor ke German dulu. Bezanya dulu pergi 'belajar' cara-cara menternak babi menggunakan teknik moden tapi sekarang nak pergi 'belajar' cara-cara bertani dengan Taiwan. Mula-mula nak ke China tapi disebabkan masalah visa yang memakan masa yang agak panjang, terus bertukar ke Taiwan pulak. Tak sempat ke pergi selepas raya nanti? Rakyat dalam kawasan ahli-ahli parlimen BN ini yang tengah sibuk mengharung banjir, mereka pulak berseronok-seronok makan angin.

Dahaga paling mencabar


Melihat raut wajahnya, jelas terpancar kesungguhan dan keghairahan mengerjakan ibadah puasa walaupun baru pertama kali menghadapi suasana dan cabaran berpuasa.





"INILAH detik-detik indah yang dinantikan selama ini. Akhirnya terkabul juga penantian saya untuk menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan."

Baru memasuki bulan kelapan memeluk Islam, inilah kali pertama Mark Iman Malim Abdullah atau nama asalnya, Mark Glenn menunaikan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa pada bulan Ramadan.


Bagi yang pernah menonton program realiti TV, One In A Million (OIAM) musim kedua, pasti sudah dapat meneka siapa gerangan pemuda berusia 24 tahun ini.



PUASA tidak menghalang Mahathir untuk aktif.

Peserta top five OIAM 2 ini, mengakui walaupun masih 'kekurangan' ilmu, pendedahan serta pengalaman, dia sebenarnya sangat bersemangat untuk melaksanakan ibadah puasa bersama umat Muslim lain.


Jejaka yang lebih mesra dengan panggilan Mark ini memberitahu, cabaran paling hebat yang harus ditempuhinya ketika berpuasa ialah menahan diri daripada dahaga, berbanding lapar.

"Kalau tak makan, tak mengapa sebab ketika hari biasa pun jadual makan saya tidak menentu kerana sibuk dengan urusan kerja. Tetapi kalau tak minum, terasa tekak begitu kering," katanya ketika ditemui Kosmo! di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mark yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan menganut agama Kristian sebelum ini menyifatkan ibadah puasa merupakan amalan mulia yang penuh berkat.



BAGI Mahathir, puasa juga mengeratkan hubungan bersama ahli keluarga terutama isteri tersayang, Anita.

Menurutnya, ibadah ini mengingatkan kita saat-saat getir yang terpaksa dilalui orang susah terutamanya ketika krisis kebuluran melanda negara miskin di dunia.


"Kesusahan ini menimbulkan keinsafan dalam diri saya," luahnya.
Mark mendedahkan, keinginan untuk cuba berpuasa timbul dalam dirinya sejak belajar di universiti lagi walaupun ketika itu, dia belum memeluk Islam.

"Ketika belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sabah dua tahun lalu, saya pernah terikut-ikut dengan kawan-kawan Islam lain untuk berpuasa selama sehari.



BARU memeluk Islam lapan bulan lalu, ini pengalaman pertama Mark berpuasa.

"Tetapi percubaan tersebut menemui kegagalan apabila saya tidak mampu menahan lapar dan dahaga. Hanya separuh hari sahajalah masa itu. Mungkin ketika itu, jiwa saya belum cukup kuat dan kental.


Akui Mark, selepas melafaz dua kalimah syahadah dan menghayati ajaran-ajaran suci Islam, hatinya dengan sendiri dikurniakan kekuatan oleh Allah.

"Perkara yang amat sukar dan luar biasa untuk saya selesaikan dahulu, kini dihabiskan dengan mudah dan penuh gembira," ujarnya.


Jejaka tinggi lampai dan berlesung pipi ini mengakui, keluarganya yang tinggal di Sabah berasa gusar dan marah apabila menerima khabar bahawa dia telah memeluk agama Islam sekitar Februari lalu.




Namun, setelah melihat keghairahan dan keikhlasan Mark dalam menjiwai ajaran ini, ibu bapa kesayangannya menghormati keputusan itu dan mula memberi dorongan dan sokongan supaya melakukan yang terbaik untuk diri sendiri.


"Sewaktu berbuka puasa nanti, saya pasti akan merindui masakan ibu yang tiada tolok bandingnya dengan mana-mana masakan lain. Antara yang menjadi kegemaran saya ialah ayam goreng ala Barat," cerita Mark.

Walaupun begitu, kerinduan dan kesepian menetap jauh dari keluarga sedikit sebanyak terubat apabila dia mendapat sokongan keluarga angkat yang menetap di ibu kota.


"Mujur saya tinggal bersama mereka. Ini memberi kelebihan kepada saya untuk menghadapi cabaran berpuasa dalam suasana berkeluarga," kata anak bongsu daripada enam orang adik-beradik ini.

Sementara itu, seorang lagi mualaf, Mahathir Abdullah yang cukup terkenal kerana statusnya sebagai suami kepada penghibur tersohor tanah air, Anita Sarawak berkata:

"Tanpa disedari, sudah enam kali saya menyempurnakan Rukun Islam ketiga ini bersama isteri dan saudara-mara tanpa sebarang kemusykilan dan halangan.

"Ibadah puasa selama 30 hari bersama larangan dan ibadah-ibadah yang lain tidak pernah dianggap sebagai sesuatu yang menyusahkan walaupun sedikit 'perit' kerana meninggalkan rutin biasa," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi baru-baru ini.


Sambil ketawa kecil, Mahathir menyifatkan keharmonian rumah tangga dan silaturahim antara kaum keluarga semakin utuh sepanjang menjalani ibadah puasa.

"Mana tidaknya, bayangkan betapa meriahnya apabila berbuka. Semua berkumpul di meja. Itu belum lagi kalau sama-sama memasak," katanya.


Walaupun berpuasa, Mahathir tidak pernah menjadikan itu alasan untuk beliau mengehadkan aktiviti riadah dan rekreasinya.

"Kadang-kadang saya akan berada di gim sampai tiga jam," ujarnya yang mesra membahasakan dirinya sebagai abang Mahathir.


Beliau turut mengakui dia dan Anita lebih gemar berbuka di rumah berbanding di hotel atau membeli-belah di Bazar Ramadan.

"Kak Nita memang berhati-hati dalam soal pemakanan. Dia selalunya menyediakan masakan kegemaran misalnya rendang, ayam panggang dan salad.


"Ketika bersahur pula, sup ayam atau ikan menjadi pilihan saya dan isteri," ujarnya lagi.

Sunday, September 7, 2008

Ketabahan jiwa ibadat puasa

BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

Menguatkan Jiwa

Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud : “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.

Rasulullah bersabda, ertinya : “Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Mendidik Keinginan Ke Arah Kebaikan.

Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng (daripada serangan keburukan).”

Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.

Menyihatkan Badan

Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.

Mengenal Nilai Kenikmatan Dan Bersyukur

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

Di sinilah, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.

Allah berfirman bermaksud : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

Mengingati Dan Merasakan Penderitaan Orang Lain

Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir. Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

Allah berfirman bermaksud : “Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah at Taubah, ayat 103)

Saturday, September 6, 2008

Kuliah Subuh MB Perak

Subuh tadi saya bergegas ke Masjid Raja Nazrin Shah di Kg Rapat Jaya Tambahan, Ipoh setelah mendapat sms mengatakan Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin akan memberikan kuliah subuh di masjid tersebut.

Hampir tiga suku masjid dipenuhi jemaah yang menunaikan solat subuh bersama MB. Setelah selesai solat subuh, MB memberikan kuliah subuhnya dengan penekanan keatas puasa dan solat.

Menurutnya, didalam Al-Quran, hanya ada satu ayat sahaja daripada 6 ribu lebih ayat yang mewajibkan berpuasa. Namun begitu, seluruh umat Islam sedunia amat patuh dan taat malah begitu menjaga sekali puasa mereka berbanding dengan solat yang terdapat banyak ayat tentangnya namun masih banyak umat yang ingkar mengerjakannya.

Beliau juga dengan rendah diri mengaku amat sukar untuk berhadapan dengan Allah Taala kelak diakhirat apabila ditanya tentang solat rakyat Perak yang dibawah pimpinannya. Atas kesedaran itu, beliau cuba mengembangkan pemahaman tentang betapa pentingnya solat di dalam kehidupan serta betapa besarnya peranan pemimpin dalam mengajak orang bawahan mereka untuk menegakkan solat.

Kalau kita perhatikan batang tubuhnya sebagai penceramah Pas yang biasa, kita tidak akan terasa keistimewaannya. Tetapi, apabila yang berdiri dihadapan kita itu memberikan kuliah subuh adalah seorang Menteri Besar sebuah kerajaan negeri, keistimewaannya amat terasa. Ini kerana menteri besar yang lepas-lepas seingat saya tidak pernah pun memberikan apa-apa kuliah apatah lagi kuliah subuh seperti ini.

Laporan selanjutnya ada di blog Alhusseyn.



MB menyampaikan kuliah subuh.


Para jemaah kusyuk mendengar.



Jemaah bersalaman dengan MB selesai kuliah.

Pengendali blog tersengeh menumpang semangkuk.


Ketua-ketua kampung bergambar bersama MB. Dari kiri: Haji Wahid (Kg Rapat Jaya Tambahan), Sdr Ahmad Osman (Kg Melayu Sg Rapat), MB, Cikgu Ali @ Alhusseyn (Kg Sg Rokam) dan Ahmad Wardi (Kg Rapat Jaya)

Bandung, Indonesia

Selamat datang ke kota Bandung, Indonesia. Begitulah kata-kata aluan yang menyambut tetamu dan pelancong yang membanjiri kota itu untuk membeli-belah dan menjamu mata.
Minggu lepas, adik saya serta teman-teman bercuti ke Bandung, Indonesia. Pesan saya, ambilkan gambar-gambar menarik untuk blog saya.

Inilah koleksi gambar-gambar yang diambil semasa disana. Saya bahagikan kepada dua bahagian. Suka dan Duka.

Mari kita menikmati pemandangan dari lensa kamera tentang kehidupan di kota Bandung, Indonesia yang kini menjadi salah satu lokasi tarikan pelancong terutamanya dari Malaysia untuk membeli belah.

Tidak kurang menariknya senario dan suasana kedaifan masyarakat kota ini yang terlindung oleh kepesatan pusat membeli belah dan juga tarikan pelancungan yang lain.

Sila layari http://www.bandungtourism.com/ untuk keterangan lanjut tentang Bandung, Indonesia.


Tangkuban Parahu, Kolam Gunung Berapi



Kolam air panas.


Restoran makanan Padang. Jangan terkejut. Sop buntut itu adalah sup ekor...


Jagung bakar yang ditabur dengan keju hiris.






Kedaifan yang menghambat kehidupan masyarakat di sini.




Selamat tinggal kota Bandung. Semoga kisah duka bisa bercantum kedalam kisah suka dan masyarakat kebanyakannya bisa merasa apa itu erti merdeka.

Followers

Video ajijoi

Loading...