Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Sunday, July 27, 2008

Tunggang motor ke pejabat - Ia menjimatkan petrol iaitu satu liter untuk 50 kilometer

PENUNGGANG motosikal boleh bergerak lebih pantas dalam kesesakan jalan raya.

USAHAWAN berjaya, Raja Mat Nor, 40, sebenarnya lebih selesa bergerak menggunakan Toyota Harrier atau BMW 3 Series untuk menguruskan perniagaannya. “Badan juga tak penat kerana ada pemandu,” kata pemilik syarikat agensi pelancongan dan kilang percetakan di Cheras dan Kajang ini.

Tiga bulan lalu, anak jati Banting, Selangor ini membeli motosikal berkuasa tinggi, Ducati Monster S4R berharga RM124,000 bagi memenuhi hobinya. Jentera dua roda seberat 177 kilogram itu boleh mencecah kelajuan 240 kilometer sejam - ia amat mengujakan.
Bagaimanapun, sejak kenaikan harga minyak awal Jun lalu, kenderaan yang sepatutnya dibawa bersiar-siar pada hujung minggu itu lebih kerap digunakan Raja Mat Nor untuk membuat urusan perniagaan berbanding kereta mewahnya.

“Walaupun seorang usahawan, saya turut merasai beban kenaikan harga minyak yang paling tinggi dalam sejarah negara itu. Saya juga perlu menjimatkan perbelanjaan semasa,” ujar beliau.
Menurut Raja Mat Nor, sebelum ini beliau menghabiskan RM2,000 untuk perbelanjaan minyak sebulan. Namun selepas lebih kerap menggunakan motosikal, kosnya turun serendah RM500 sebulan.

“Sekali isi penuh minyak cuma RM22 dan boleh bergerak jauh.

“Saya boleh sampai ke lokasi dengan segera. Memang motosikal menjadikan urusan saya lebih lancar, cepat dan fleksibel. Hanya baju sejuk, sarung tangan dan topi keledar yang menjadi pelengkap,” katanya yang pernah bekerja sebagai mat despatch.

RAJA MAT NOR mengakui, penggunaan motosikal lebih praktikal.

Pengurus Jualan Naza Bikers Dream Sdn. Bhd., Mohd Alimunawar Idris memberitahu, jualan motosikal berkuasa tinggi cukup mengagumkan dengan 150 buah motosikal telah terjual setakat Jun lalu.

“Ini merupakan peningkatan 50 peratus berbanding tahun lepas. Antara motosikal yang menjadi tumpuan ialah Yamaha R1/R86, Honda CBR 100 rr, CBR 600 rr, Suzuki GSXR 1000 dan GSXR 750.

“Kami juga menyediakan bengkel motosikal dengan harga kadar harga pembaikan yang berpatutan,” katanya.

Boleh dikatakan permintaan terhadap motosikal kebelakangan ini amat memberangsangkan khususnya kapcai dua atau empat lejang.

“Kenaikan harga minyak bagaikan rahmat bagi kami penjual motosikal,” kata Pengerusi Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia, Wee Hong, 61.

Hong yang berpengalaman selama 30 tahun dalam industri pemotoran mempunyai tiga buah kedai menjual motosikal di Kajang.

“Pada bulan Jun sahaja, sebanyak 48,000 unit motosikal dijual berbanding 37,173 unit tahun lalu. Motosikal sememangnya menjimatkan petrol iaitu satu liter untuk perjalanan sejauh 50 kilometer,” kata Hong.

Jelasnya lagi, kebanyakan pengguna terdiri daripada golongan berumur 25 tahun ke atas terutamanya lelaki yang mula memilih motosikal sebagai kenderaan untuk pergi ke tempat kerja.

“Mereka hanya guna kereta untuk pulang ke kampung. Bagi wanita pula, kebanyakan adalah penuntut universiti,” ujarnya.

Katanya lagi, strategi yang unik memberi tumpuan kepada remaja berumur 16 tahun turut memberi impak kenaikan jualan tersebut.

“Bila bekerja nanti, mereka lebih berminat dengan motosikal,” kata Hong ketawa.

Harganya juga berpatutan iaitu bagi empat lejang ialah RM3,000 hingga RM7,000, dua lejang RM3,000 sehingga RM7,000 manakala skuter pula RM4,000 hingga RM8,000.

Hong menambah, motosikal ada banyak kelebihan lain termasuk penggunanya tidak perlu membayar tol, ruang parkir kecil serta kos membaik pulih yang rendah.

Sehingga kini terdapat sebanyak tujuh juta pengguna motosikal di negara ini.

Wednesday, July 23, 2008

Aku.Muzik.Kamu



Faizal Tahir
Faizal Tahir was a contestant in the reality television show, One in a Million. He was a former member of a nasyid team and also a host. His debut solo album amptly title AKU.MUZIK.KAMU was released on 22nd November 2007 under his record label Monkey Bone [1], Faizal is also under the management of The 8 Unit. He also hosts the reality talent show Gangstarz.

Mirwana
Faizal was a member of nasyid group Mirwana. He left the group in late 2005 due to an illness that might hurt him badly. Nevertheless, he tried to be more worldly by becoming a pop rock singer.
One In A Million
At the beginning of the grand finale show, Marion Caunter and Awal Ashaari informed that Faizal was eliminated, but he was given another chance to perform for the grand prize. It meant that he was still in the competition. His first original single, Maha Karya Cinta, a song composed by Audi Mok, made it's debut in the Grand Finale of One In a Million. Despite that, he only managed to be runner-up to Suki Low. Faizal released a single, Kasih Tercipta, as part of the soundtrack for local film Waris Jari Hantu. He was also named as the sole Malaysian spokesperson for DC Superheroes clothing, as he was famously noted for wearing T-shirts with the Superman logo throughout One in a Million. He also recorded Gemuruh, the theme song for My Starz LG.
Aku.Muzik.Kamu
Faizal's first album, Aku.Muzik.Kamu, was finally released on 22 November 2007, featuring 13 tracks mostly written by himself alongside Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, and Ahmad Izham Omar, including the orchestral version of Mahakarya Cinta, and the first original single from the album, Batu & Golek (which is a literal translation of Rock n' Roll).
Track List:
Full Album Download Here
1.Invitation
2. Batu & Golek (Rock & Roll)
3. Kerna Kamu (Because You)
4. Aku Punya Kamu (I Have You)
5. Sempurna (Perfect)
6. Cuba (Try)
7. Sampai Syurga (To Heaven)
8. La Da Di Dum
9. Mungkin Ku Tak Bisa (Maybe I Can't)
10. Mestikah Ada Yang Lain (Must It Have Something Else)
11. Mahakarya Cinta (Orchestra Version)
12. Sampai Syurga (Acoustic Version)
13. Gemuruh (Anxious)
14. Mahakarya Cinta
Personal Life
He is married to a young woman who was his colleague from UiTM, Siti Raihanim Noran. He has two children, son Mikaeel Zidane and daughter Siti Raudhah Nur Iman. They currently reside in Selangor Darul Ehsan.Faizal is a composer and also a singer. He built a mini studio named Home Suite Studio, located at Ukay Perdana, Ampang. In 2008, he moved his studio to Damansara and changed it's name to Aku.Muzik.Kamu. He contributes many songs to other singers like Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwana and Rast.
Link to some lyrics and music videos.

Tuesday, July 22, 2008

Skuter ganti kereta

Populariti kenderaan dua roda seperti skuter semakin melonjak di New York menjadikan bandar raya itu seperti bandar Rom.


SEORANG lelaki menunggang vespa sebagai langkah menjimatkan minyak.

JIKA rakyat Jepun sudah terlalu sinonim dengan penggunaan basikal, rakyat Amerika Syarikat (AS) pula adalah sebaliknya. Namun, akibat kenaikan harga minyak yang melambung tinggi, rakyat negara Uncle Sam itu mula mencari alternatif lain untuk menjimatkan kos iaitu basikal dan vespa.

"Rakyat AS sukakan kereta terutamanya yang bersaiz besar. Justeru, untuk mereka membuat keputusan bagi menggunakan sesuatu yang berbeza ia tidak semudah yang disangka," kata Paolo Timoni, Ketua Eksekutif Piaggio Group Amerricas, sebuah syarikat yang mengeluarkan motosikal jenis Vespa Italian dan skuter Piaggio.

"Tetapi memandangkan harga gas dan bahan api semakin melonjak, mereka terpaksa membuat perubahan yang besar."

Penjualan skuter telah meningkat dengan begitu ketara di AS antara tahun 1997 hingga 2007 apabila naik daripada 12,000 kepada 131,000.

Dalam tempoh suku pertama tahun ini, penjualan skuter naik 24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata Mike Mount dari Motorcycle Industry Council.

"Kami fikir bahawa harga minyak telah menjadi beban kepada sesetengah individu hingga menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk membeli kenderaan dua roda seperti motosikal," ujar Mount.

Pada Mei lalu, skuter Piaggio merekodkan penjualan sebanyak 2,758 di AS untuk bulan tersebut sahaja. Pegawainya meramalkan bahawa pasti ada peningkatan dalam penjualan pada bulan Jun. Ini bermakna bahawa penjualan untuk kedua-dua bulan tersebut menyamai hampir setengah penjualan pada tahun 2007.

"Hari di mana harga minyak adalah murah sudah berakhir. Kebanyakan orang memilih untuk menjual kereta-kereta besar milik mereka dan mendapatkan kenderaan yang lebih menjimatkan," kata Bob Chase, 72, yang baru membeli sebuah skuter bulan lalu.

"Saya tinggal di San Francisco. Saya kini telah mempunyai Piaggio MP3-50 di dalam garaj di rumah saya. Justeru, saya boleh menunggangnya ke mana saja saya mahu kerana ia lebih menjimatkan," jelasnya.

Peningkatan mereka yang menunggang skuter telah memberi gambaran seperti di Eropah, kata rakan Chase, Buddy Rosenbaum.

"Saya berasal dari New York dan ia begitu bermakna kepada saya apabila New York kelihatan seperti Rom dengan Vespa terdapat di mana-mana.

"Saya hanya menggunakan kereta apabila keadaan benar-benar memerlukan. Biasanya apabila isteri saya turut serta untuk ke sesuatu tempat. Tetapi jika tidak, saya lebih senang menunggang vespa," tambahnya.

SELAIN praktikal, skuter juga sebuah kenderaan bergaya.

Skuter mula mengambil tempat di AS pada tahun 2000 dan ramai rakyat negara itu memilihnya sebagai pengangkutan, bukan hanya sekadar kenderaan bergaya yang membuatkan anda kelihatan seperti pelakon tambahan dalam klip video penyanyi pop Itali, Eros Ramazzotti.
"Situasi tersebut yang dapat dilihat di Eropah di mana berjuta-juta penduduknya menaiki skuter setiap hari, kini menjadi realiti di AS," jelas Timoni.
Menunggang skuter boleh mengelak daripada kesesakan jalan raya dan mencelah-celah di sebalik kereta yang berada di jalanan. Tetapi perlu diingat tidak semua orang memerlukannya, kata Dean Thompson, jurucakap Motorcycle Safety Foundation (MSF).
"Jika anda ingin mengelak daripada risiko kemalangan teruk, anda harus berfikir semula jika skuter adalah pilihan pengangkutan terbaik untuk anda," ujarnya. - AFP

Selamatkah anak-anak kita?

Oleh IR. AHMAD JAIS ALIAS

Tragedi ngeri yang menimpa Nurin dan Sharlinie membuka mata banyak pihak agar berwaspada daripada pelbagai aspek termasuk undang-undang.



SOAL keselamatan kanak-kanak tidak terletak di bahu sesetengah pihak sahaja.


SEDIKIT masa lalu, negara digemparkan oleh beberapa kejadian kehilangan kanak-kanak. Kes-kes yang melibatkan kanak-kanak seperti Nurin Jazlin, Sharlinie dan Asmawi telah mendapat liputan luas di dada-dada akhbar dan media elektronik. Bahkan ia turut disertai oleh pelbagai kempen dan tindakan masyarakat untuk mencari dan berusaha menyelamatkan mereka.

Meskipun isu tersebut lama-kelamaan semakin pudar daripada perhatian masyarakat, dan seolah-olah telah dilupakan. Namun beberapa persoalan asas terhadap hak perlindungan dan keselamatan diri kanak-kanak masih menunggu penjelasan dan tindakan semua pihak.
Sehubungan itu, usaha Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (PPLI) dalam menganjurkan bengkel mengenai Hak Perlindungan dan Keselamatan Diri Kanak-Kanak baru-baru ini adalah sebahagian daripada usaha mendidik masyarakat berkaitan persoalan keselamatan kanak-kanak.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah Sejauh manakah kanak-kanak di negara ini dilindungi oleh undang-undang?

Undang-undang mengenai perlindungan terhadap kanak-kanak di Malaysia telah digubal seawal tahun 1947 melalui Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak pada 1991.

Bagaimanapun, menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk mengubah hala tuju perlindungan terhadap kanak-kanak dan mengakui bahawa perlunya pembaharuan dalam undang-undang sejajar dengan perkembangan semasa, maka satu akta yang khusus dan menyeluruh mengenai kanak-kanak telah digubal dan diluluskan. Akta Kanak-Kanak 2001 (disebut Akta 611) dan telah berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2002.

Tujuan utama Akta 611 adalah untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611 adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan mahkamah bagi kanak-kanak, cara perbicaraan dan hukuman.

Persoalan kedua yang sering dibangkitkan adalah, apakah Akta Kanak-Kanak 2001 ini akan berkesan, tanpa tindakan dan penguatkuasaan daripada pihak berwajib?

Apabila berlaku sesuatu kejadian yang melibatkan kanak-kanak, seringkali juga akan diikuti dengan adegan saling menuding jari di antara pelbagai pihak yang terlibat.

Ibu bapa akan menuding jari kepada pihak polis dan agensi kerajaan, lantaran kurangnya unsur pengawasan keselamatan di luar.

Pihak polis pula akan menyebut mengenai longgarnya ikatan kemasyarakatan yang membenarkan para penjenayah dan penjahat berleluasa mengancam kanak-kanak.

Begitu juga pelbagai pandangan daripada pihak PIBG, guru, NGO dan ibu bapa sendiri, yang kadangkala tidak menemui penyelesaian yang utuh kepada soal keselamatan kanak-kanak ini.
Soal keselamatan kanak-kanak di sekolah dan pusat jagaan juga tidak kurang menjadi persoalan dan dibahaskan. Terdapat kecenderungan sesetengah ibu bapa untuk meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah dan guru.

Oleh itu, jalan tengah untuk memahami isu keselamatan kanak-kanak di sekolah perlu diambil segera. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan sebagai jambatan yang menyediakan kesinambungan usaha menjaga keselamatan kanak-kanak, daripada rumah hinggalah ke sekolah dan sebaliknya.

Justeru, penglibatan ibu bapa dalam kegiatan PIBG dan acara-acara sekolah yang memungkinkan pergaulan lebih baik sesama anggota PIBG perlu diberi perhatian.
Soal keselamatan kanak-kanak tidak seharusnya hanya menjadi perhatian ibu bapa, guru dan pihak sekolah sahaja, kerana kehidupan kanak-kanak di luar rumah dan sekolah memerlukan tanggungjawab bersama semua lapisan masyarakat. - Bernama

Penulis ialah Fellow Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI) di Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Thursday, July 17, 2008

Bilik Solat


Abang-abang misai ini adalah antara pengunjung utama bilik solat.

Dari hadapan pintu masuk bilik solat.

Keadaan didalam bilik solat.

Keluasan yang terbatas.

Tempat mengambil wudhuk.


Tangga pusing yang menghubungkan bilik solat dan pejabat.

Ruang ke bilik solat.

Bilik solat yang ada dipejabat kami asalnya hanyalah sebuah bilik menyimpan barang @ store. Namun, alhamdulillah, ada juga ruang buat kami pekerja Islam menunaikan Rukun Islam yang ke-2 berbanding dengan cawangan-cawangan yang lain.

Walaupun agak kecil, ianya memadai bagi kami menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah. Persetujuan juga dicapai dimana pekerja-pekerja wanita menunaikan solat Zohor terlebih dahulu sehingga jam 2.30 petang manakala pekerja-pekerja lelaki selepas jam 2.30 petang.

Pekerja Islam dipejabat dianggarkan sekitar 20 orang, namun hanya hampir separuh sahaja yang mengunjungi bilik solat ini setiap hari. InsyaAllah, semoga terbuka hati-hati mereka untuk turut serta.

Wednesday, July 16, 2008

Pemenang isu debat minyak ialah...

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai "pemenang" debat mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi, demikian menurut tinjauan pendapat oleh Malaysiakini.

Tinjauan selama 12 jam itu dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek selesai pada jam 10 malam tadi.Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.Menariknya, walaupun Anwar dilihat lebih menyerlah dalam perdebatan tersebut, tetapi majoriti pembaca (57 peratus) berkata beliau kelihatan bergantung pada notanya.Shabery pula kelihatan kurang merujuk kepada nota-notanya.

Bagaimanapun, 90 peratus pembaca percaya, menteri penerangan itu mengelak menjawab banyak soalan yang dikemukakan oleh moderator dan dua orang penganalisis.

Diminta memberi mata 1 hingga 10 bagi kedua-dua pendebat tersebut, Anwar ternyata lebih menyerlah daripada Shabery.

Perdebatan selama sejam itu merupakan yang pertama membabitkan seorang menteri dengan seorang tokoh pembangkang yang disiarkan secara langsung di TV.

Tuesday, July 15, 2008

Debat Khas - DS Anwar vs Ahmad Shabery



Setelah menonton julung-julung kalinya debat terbuka dari pihak kerajaan (Datuk Ahmad Shabery - Menteri Penerangan Malaysia) yang berdepan dengan pihak Pakatan Rakyat (Dato Seri Anwar Ibrahim - Penasihat Parti Keadilan Rakyat) ternyata pihak kerajaan hanya mencari peluang untuk melekehkan pihak pembangkang tanpa ada fakta yang kukuh untuk mempertahankan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak. Malah serangan peribadi kepada DS Anwar dijadikan bahan untuk memenuhi masa perdebatan.

Berlainan di pihak pembangkang. Usul yang diutarakan benar-benar membuka minda rakyat bagaimana logik dan rasional yang boleh membuka jalan untuk menurunkan kembali harga minyak di Malaysia. Rakyat Malaysia termasuk saya sebelum ini tertanya-tanya bagaimanakah mekanisma yang dimaksudkan oleh pembangkang yang membolehkan harga minyak diturunkan kepada harga sebelum ini tanpa terus-menerus menyusahkan rakyat.

Setelah mendengar penjelasan DS Anwar, barulah kita semua faham dan bersetuju bahawa harga minyak Malaysia sebagai negara pengeluar tidak sepatutnya dinaikkan secara mendadak sehingga membebankan rakyat dan menguncupkan ekonomi negara.

Kesimpulannya, debat ini lebih memihak kepada fakta dan isi yang dijelaskan oleh DS Anwar berbanding Ahmad Shabery yang bertindak seolah-olah menteri penerangan Venezuela yang hanya menyerang peribadi DS Anwar tanpa isi dan misi yang jelas bagi menerangkan dasar kerajaan menaikkan harga minyak.

Beginilah cara pemikiran pimpinan kerajaan yang tidak mahu mendengar nasihat ataupun pandangan daripada pihak lain untuk kesejahteraan negara secara keseluruhannya malah begitu angkuh dengan dasar yang dibawa sehingga orang lain dilihat hanya sebagai pengacau yang senantiasa tidak boleh menerima cara pentadbiran mereka. Dan hanya merekalah yang betul dan segala dasar yang dibuat perlu diturut tanpa perlu mempersoalkannya.

Lagi berita lanjut tentang debat ini di Malaysiakini dan Penarik Beca.

Ketagih makan ‘nasi ganja’ - Kedai Kopi Yong Suan, Jln Yang Kalsom ikon restoran lama Ipoh





JIKA berkunjung ke Ipoh, Perak, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di sebuah gerai yang terletak di sebuah restoran Cina lama, Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom.
Gerai tersebut dibuka sejak tahun 1960 seusia dengan kedai kopi itu sendiri, mungkin bukan sahaja yang tertua di ibu negeri Perak ini, malah yang paling popular di kalangan penggemar nasi kandar.
Walaupun nama asal masakan popular Pulau Pinang itu ialah nasi kandar ayam merah, kebanyakan orang menggelarkannya ‘nasi ganja’ kerana keenakannya. Malah, ia juga mampu membuatkan ramai yang ketagih.
Warga Lembah Kinta yang pernah mencuba nasi itu pasti menjadi pelanggan setia masakan tersebut. Manakala, orang luar pula tidak lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya Ipoh.
RESIPI istimewa. Mungkin itulah rahsia perniagaan ini kekal hingga hampir lima dekad.
Sekiranya datang ke restoran ini pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang, malah sukar untuk mendapat tempat duduk. Namun penggemar nasi ini sanggup beratur panjang.
Ia semata-mata untuk menghilangkan rasa ketagihan terhadap ‘nasi ganja’. Uniknya, pelanggan terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu dan India walaupun ia merupakan sebuah kedai kopi Cina.
‘Vangge, vangge, vangge’, panggilan dalam bahasa Tamil yang bermaksud ‘Marilah, marilah, marilah’ pasti menjadi santapan telinga setiap kali lalu di depan restoran berkenaan.
Sama seperti pengasas Kedai Kopi Yong Suan, pengusaha asal nasi kandar tersebut, Kamal Naseer Abdul Rahman, sudah meninggal dunia. Tradisi perniagaan tersebut diteruskan oleh ahli keluarganya.
‘NASI ganja’ mendapat sambutan daripada orang ramai termasuklah pelancong asing.
Adik ipar Kamal, Nihmatullah Syed Mustafa, 44, berkata, keistimewaan nasi ganja terletak pada ayam merahnya yang dimasak menggunakan sambal kelapa. Hidangan ini dikatakan tidak boleh didapati di restoran lain di seluruh negara.
“Nasi kandar ini turut menggunakan resipi rahsia. Kami juga menggunakan pelbagai rempah ratus yang digiling secara tradisional dan dibeli khas dari Pulau Pinang,” katanya.
Menurut Nihmatullah, sejak dibuka 49 tahun lepas, nasi ganja semakin hari semakin mendapat sambutan daripada orang ramai termasuklah pelancong asing dari Singapura, Thailand dan juga Australia.
“Dulu, tempat ini menjadi tumpuan orang ramai kerana ia terletak di hadapan Stesen Bas Tanjung Rambutan. Walaupun stesen bas itu telah ditutup sejak 15 tahun lepas, sambutan tidak pernah pudar,” katanya.
“Biasanya, kami boleh menjual tidak kurang daripada 1,000 pinggan nasi kandar setiap hari. Jumlah ini mungkin akan meningkat pada hujung minggu dan hari kelepasan am,” cerita Nihmatullah.
Sementara itu, pemilik kedai kopi, Yang Yong Suan, 58, berkata, sambutan orang ramai terhadap nasi kandar itu turut melariskan jualan di kedai yang diwarisi daripada mendiang ayahnya.

Munajat Rakyat Negeri Perak

Dewan Ulama PAS Negeri Perak akan menganjurkan satu majlis Munajat Rakyat Negeri Perak pada 17 Julai 2008 ini bertempat di Stadium Negeri Perak, demikian dimaklumkan oleh Ustaz Suid Din, selaku Ketua Dewan Ulama PAS Perak.

Beliau menyeru agar semua ahli PAS seluruh negeri Perak dapat bersama menjayakan program tersebut.Beliau meminta supaya ahli-ahli PAS berpuasa pada siang hari tersebut (Khamis) dan membawa juadah sendiri untuk berbuka secara jama’ie distadium tersebut.

Menurut katanya lagi,tazkirah akan disampaikan selepas solat Maghrib diadakan. Selepas solat Isya', Solat Hajat dan Munajat akan dilakukan dan akan dipimpin oleh Tuan Guru Hj Abd Latiff dari Pondok Kroh , Pengkalan Hulu, Perak.

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar akan turut hadhir dan akan turut berucap pada malam tersebut.Orang ramai dipersilakan hadir bersama dengan membawa sejadah masing-masing.

Seminar Perubatan Islam di Ipoh

Jabatan Agama Islam dan Darul Syifa’ Negeri Perak akan menganjurkan satu majlis Seminar Perubatan Islam yang akan diadakan pada Ahad 20 Julai 2008, di Dewan Intim , Mesjid Sultan Azlan Shah , Jalan Dairy, Ipoh.

Seminar tersebut adalah bersempena dengan majlis pengijazahan oleh Ustaz Harun Din keatas pelajar-pelajar baru yang dianggarkan seramai 60 orang .

Orang ramai dipersilakan untuk menyertai Majlis Seminar tersebut yang terhad kepada 600 orang peserta sahaja dengan dikenakan bayaran pendaftaran RM10.00 termasuk kudapan dan makan tengahari.

Majlis Seminar akan bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari , sementara majlis khusus bagi pengijazahan pelajar-pelajar baru akan diadakan disebelah petang di hari yang sama.

Ustaz Che Leh, salah seorang jawatankuasa penganjur majlis tersebut memberitahu, pada sebelah malam (hari Sabtu malam Ahad) sebelum majlis seminar tersebut diadakan , Ustaz Harun Din akan menyampaikan ceramah agama di Mesjid Sultan Azlan Shah , Jalan Dairy, Ipoh selepas solat Isya’.

Friday, July 11, 2008

Aerial booster untuk Astro?



Aerial sebegini didakwa oleh sebuah kedai elektrik telah diubahsuai i.c. nya sehingga menjadi booster yang kuat dan dapat menangkap gelombang siaran semua stesen televisyen di Malaysia termasuklah Astro.

Katanya, anda hanya perlu membayar sebanyak RM58.00 untuk harga aerial ini iaitu bersamaan dengan harga sebulan langganan terendah Astro. Namun, semua saluran Astro dapat anda tontoni selama-lamanya.

Dan juga terdapat syarat untuk menerima siaran Astro ini iaitu bukan semua tempat dapat menikmati kemudahan ini. Hanya tempat-tempat tertentu sahaja yang dapat menerima siaran Astro. Andai kata taman ataupun kampung tempat tinggal anda tidak dapat menerima saluran Astro, anda bolehlah menukarnya dengan barangan elektrik yang lain dalam masa dua bulan.

Dan ternyata semua dakwaan itu hanyalah helah jualan semata. Aerial ini tak ubah seperti aerial yang lain juga hanya dapat menerima saluran televisyen percuma tanpa saluran Astro.

Jangan termakan dengan kata-kata manis penjual dan akhirnya tertipu.

Thursday, July 10, 2008

Ayat-Ayat Cinta : Novel vs Filem


Setelah selesai membaca novel Ayat-Ayat Cinta karya agung Habiburrahman El-Shirazy dan juga menonton filemnya arahan Hanung Bramantyo, ternyata emosi lebih terbuai melalui bait-bait kata yang diatur rapi serta perjalanan cerita yang lebih lembut dan terkesan yang dipaparkan di dalam novel berbanding filem yang diadun dan diolah semula menjadikan permainan cerita yang sedikit laju dan terkadang sedikit tersasar dari maksud asal si penulis.

Perbezaan yang agak ketara dari segi watak pemain-pemain utama didalam cerita ini. Menerusi novel, watak-watak utama Fahri, Maria, Aisha, Nurul dan Noura agak lebih beradab sopan dan perhubungan diantara mereka sepertikan jauh dari jasad namun dekat dihati. Dan jika dibandingkan watak-watak ini didalam filem, lebih keterbukaan didalam perhubungan dan kurangnya batas-batas malu dan pendam perasaan.

Bagi saya, keasyikan lebih terasa apabila membaca novelnya berbanding menonton terus filemnya dan hilang segala kemanisan cerita yang ingin dihantar jauh kesudut hati pembaca. Saranan dari saya agar membaca novelnya dahulu sebelum menonton filemnya agar lebih terkesan dengan sari wangi kesucian Islam yang dipaparkan didalam sebuah cerita cinta berlandaskan agama ini.

Saya yang telah selesai membaca novel ini melalui handphone, terasa ingin menghadiahkan novel cinta agung ini buat isteri tercinta agar sama-sama merasa kehebatan cinta yang dikisahkan sang penulis. Tambahan pula terdapat babak dimana pertama kali dipertemukan diantara pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang seakan sama keadaannya diantara kami berdua dahulu. Nostalgia bagaikan menggamit memori silam. Novel ini berjaya juga saya hadiahkan buat isteri tercinta setelah mencari dibeberapa kedai buku terkemuka.

Antara komentar untuk novel Ayat-Ayat Cinta ini :

"Ambillah novel Ayat-Ayat Cinta dan masukilah keindahannya, nescaya akan engkau dapati luasnya pengetahuan dan goresan pena yang penuh berkhasiat. Kadang kala ia mengundang airmata, tetapi hujungnya tetap ilmu yang berguna. Kadang kala ia membuat hati kita tergoda, tetapi nafasnya tetaplah ajakan untuk kembali pada agama yang mulia. Ajakan yang lembut dan penuh makna. Kalaulah tidak ditulis dengan kehausan ilmu yang kuat, tentulah ia akan menjadi tempelan-tempelan ayat yang membuat penat."

"Nuansa Islam yang amat kental mengukuhkan novel ini sebagai media dakwah. Banyak hikmah yang dapat dipetik, terutama mengenai bagaimana berinteraksi dengan sesama manusia, baik muslim mahupun non-muslim, muhrim dan bukan muhrim. Tersusun dalam bahasa yang indah dan halus. Tiap kejadian tersusun secara kompak, satu kejadian akan berhubungan dengan kejadian selanjutnya. Nyaris tidak ada kejadian yang sia-sia. Tiap babnya menghadirkan kejutan-kejutan tersendiri, hingga pembaca dibuat penasaran untuk terus mengikuti kisahnya dari awal hinga akhir."


Muat-turun lagu-lagu daripada filem Ayat-Ayat Cinta.

Friday, July 4, 2008

Haadyai

Sepatutnya lewat tengah malam ini saya berangkat bersama-sama teman sepejabat mengikuti rombongan ke Haadyai, Thailand.

Segala rencana dan persiapan sejak sebulan yang lalu, akhirnya terlaksana juga.

Namun, semua yang direncana tidak semestinya indah belaka. Batuk kuat yang menghambat sejak dua minggu yang lalu bagaikan suatu petanda yang pemergian ini tiada izin dari Allah kerana kita sebagai manusia biasa merancang, namun penentuan tetap milik Allah s.w.t. Dan mungkin juga ada rahmat disebaliknya yang tidak kita ketahui.

Kemaafan saya pohonkan buat teman-teman yang mengharapkan kehadiran saya bersama rombongan kalian tapi kesihatan yang terjejas ini telah merantai kaki dibumi sini.

Semoga teman-teman bisa menghabiskan masa bersama bergembira apabila disana. Mungkin tiada rezeki buat saya kali ini. Dan perjalanan kalian kali ini berserta doa dari saya mengiringi.

Wednesday, July 2, 2008

Ayat-Ayat Cinta







Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekedar kisah cinta yang biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdillah adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelar masternya di Al Ahzar. Berjibaku dengan panas-debu Mesir. Berkutat dengan berbagai macam target dan kesederhanaan hidup. Bertahan dengan menjadi penerjemah buku-buku agama. Semua target dijalani Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: menikah.

Kenapa? Karena Fahri adalah laki-laki taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak mengenal pacaran sebelum menikah. Dia kurang artikulatif saat berhadapan dengan mahluk bernama perempuan. Hanya ada sedikit perempuan yang dekat dengannya selama ini. Neneknya, Ibunya dan saudara perempuannya.

Betul begitu? Sepertinya pindah ke Mesir membuat hal itu berubah. Tersebutlah Maria Girgis. Tetangga satu flat yang beragama Kristen Koptik tapi mengagumi Al Quran. Dan menganggumi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Sayang cinta Maria hanya tercurah dalam diary saja.

Lalu ada Nurul. Anak seorang kyai terkenal yang juga mengeruk ilmu di Al Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Sayang rasa mindernya yang hanya anak keturunan petani membuatnya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul. Sementara Nurul pun menjadi ragu dan selalu menebak-nebak.

Setelah itu ada Noura. Juga tetangga yang selalu disika Ayahnya sendiri. Fahri berempati penuh dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayang hanya empati saja. Tidak lebih. Namun Noura yang mengharap lebih. Dan nantinya ini menjadi masalah besar ketika Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Terakhir muncullah Aisha. Si mata indah yang menyihir Fahri. Sejak sebuah kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Dan Fahri juga tidak bisa membohongi hatinya.

Lalu bagaimana bocah desa nan lurus itu menghadapi ini semua? Siapa yang dipilihnya? Bisakah dia menjalani semua dalam jalur Islam yang sangat dia yakini?

Ajijoi : Tak sabar rasanya menonton filem yang agung ini. Filem yang bisa membuatkan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menitiskan airmata menontonnya. Filem sebegini memang menjadi kegemaran tontonan saya. Satu kepuasan apabila perasaan menyerap masuk ke jalan ceritanya lalu hati kebanjiran mengalir ke alur mata.

Sementara menunggu dvd filem ini berada dipasaran, saya membaca novel asalnya yang dimuat-turunkan kedalam handphone saya yang menjadi peneman dikala beradu. Mengikuti kisah novel ini terkadang seakan melawan mata yang mengecil kantuk kerana sayang untuk mengakhiri cerita yang semakin menarik dari babak ke babak.

Muat-turun Novel Ayat-Ayat Cinta.pdf ini kedalam komputer mahupun handphone anda dan biarkan emosi berlegar didalam babak ceritanya yang membawa kita terbang jauh ke bumi Cairo, Mesir.


video


video

Tuesday, July 1, 2008

Kadar baru tariff elektrik naik mulai hari ini - masa untuk berjimat


KUALA LUMPUR - Susulan kenaikan harga bahan api baru-baru ini, penduduk di Seme- nanjung Malaysia mulai hari ini perlu meningkat lagi langkah berjimat cermat apabila kadar baru tarif elektrik pula dikuatkuasakan.

Selepas kenaikan tarif elektrik terakhir dua tahun lepas, kerajaan terpaksa menyemak semula tarif elektrik bagi menampung seba- hagian daripada kesan kenaikan gas dan arang batu yang merupakan bahan api utama bagi penjanaan elektrik di negara ini.

Di bawah tarif itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menetapkan pengguna domestik masih layak menikmati kadar tarif sedia ada (21.8 sen/kWj) sekiranya penggunaan bulanan mereka berada di bawah 200 kilowatt jam (kWj).

Namun, bagi penggunaan berikutnya iaitu antara 201 kWj hingga 400 kWj pula, pengguna perlu membayar kadar 34.5 sen seunit kWj dan perubahan harga akan berlaku bagi setiap 100 kWj berikutnya iaitu 30 sen (401-500 kWj), 39 sen (501-600 kWj), 40 sen (601-700 kWj), 41 sen (701-800 kWj) dan 43 sen (801-900 kWj). Pengguna domestik akan membayar maksimum 46 sen bagi setiap kWj untuk penggunaan melebihi 901 kWj.


Followers

Video ajijoi

Loading...