Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Monday, June 30, 2008

Sepetang bersama Tok Guru Nik Aziz


Bersama Tok Guru Nik Aziz dan MB Perak Dato' Seri Nizar


Sempat bertanya khabar Tok Guru sambil minum petang



Tok Guru dan MB Nizar melawat mangsa pesawat terhempas di Ipoh Specialist Hospital


Tok Guru membacakan doa kepada mangsa

Dapat tumpang duduk pun jadi le...

Bertuah sungguh rasanya semalam dapat bersama-sama dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena lawatannya ke Perak dan juga menghadiri ceramah 'Himpunan Ketuanan Rakyat' di Stadium Perak malam tadi.

Walaupun batuk masih kuat, namun bagai tak terasa sepanjang bersama beliau. Sungguhpun hanya sekejap sahaja kerana beliau keletihan dan perlukan rehat yang cukup, namun terasa puas sungguh petang itu.

Yang paling menggembirakan apabila terlaksana sudah impian ataupun hajat selama ini untuk mencium tangan dan memeluk Tok Guru kerana rasa hormat dan sayangnya saya pada beliau. Tok Guru hanya tersenyum dan seakan merelakan dirinya dipeluk apabila saya menyatakan impian/hajat saya itu. Alhamdulillah...hilang kempunan saya.

Dahulu ketika hayat Almarhum Ustaz Fadhil Noor, saya hanya dapat bersalam dan mencium tangannya sahaja.

Ahhh...Hari yang cukup bersejarah buat saya bersama idola kesayangan saya.

Popular Dalam Sekelip Mata


Dizaman sekarang ini, pelbagai cara orang gunakan untuk popular akibat daripada pengaruh realiti tv yang membuka peluang seluas-luasnya kepada orang ramai untuk muncul dikaca tv biarpun kemunculan itu hanya mempersendakan atau memperbodoh-bodohkan diri sendiri untuk hiburan dan tontonan orang ramai.

Begitu juga halnya dengan cerita sensasi sekarang ini yang mengenengahkan pendatang baru kepada realiti popular zaman ini (samada dari sudut baik ataupun buruk), Mohd Saiful Bukhari
Bin Azlan (i/c no 850706-01-5687) yang telah membuat satu laporan polis berbunyi :

"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR."

Sudah pasti laporan ini akan tercatat didalam sejarah negara Malaysia sepertimana laporan-laporan yang dibuat Azizan dan Umi Hafilda pada tahun 1998.

Samada laporan yang dibuat atas kerelaan, mempertahankan diri sendiri ataupun atas apa jua desakan, paksaan mahupun ugutan, sama-samalah kita nantikan episod berikutnya.

Andaikata saya berada ditempatnya yang baru seminggu bertunang dan akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke23 minggu hadapan, pasti akan tersentak dibenak fikiran akan segala habuan, paksaan atau ugutan demi masa depan yang masih panjang.

Namun, untuk menjadi popular, biarlah dari sudut yang baik bermakna menjadi wira yang disanjung bukannnya bahan tohmahan dan caci maki. Iman patut dipertahankan.

Ikuti maklumat lanjut tentang Mohd Saiful ini disini dan juga disini.

Saturday, June 28, 2008

Bukti akan didedah di mahkamah, kata Raja Petra

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Pengendali laman web Malaysia-today.net berkata, beliau akan mendedahkan segala bukti yang dinyatakan dalam akuan berumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya Shariibuu semasa perbicaraan berlangsung kelak.
Bagi beliau, mendedahkan segala bukti yang ada dimahkamah lebih penting dari menjawab segala kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak sekarang.

Raja Petra turut memberikan alasannya yang tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis.

Beliau berkata tindakannya itu disebabkan laporan yang pernah dibuatnya pada tahun 2002 tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis, bahkan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis – oleh itu, beliau tidak yakin lagi untuk melaporkannya kepada polis.

Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam ketika ini bertambah hangat dengan akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin pada 18 Jun 2008 yang lalu.

Dalam akuan tersebut Raja Petra menyatakan;
* Rosmah Mansor isteri Najib merupakan salah seorang daripada tiga individu yang ada di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah Leftenan Kolonel Aziz Buyong (pakar letupan C4 – orang yang b ertanggung meletakkan C4 pada tempat-tempat tertentu badan Altantuya, dan isteri Aziz, yang juga pengawal peribadi Rosmah.
* PM Abdullah ada menerima laporan bertulis dari pihak perisikan tentera dan beliau menyerahkan laporan tersebut kepada menantunya untuk disimpan dengan selamat.
* Seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan. Dalam akuan tersebut, nama-nama seperti Rosmah Mansor (isteri TPM), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan Khairy Khairy Jamaluddin disebut dengan jelas. Malah Rosmah dikaitkan secara langsung dalam pembunuhan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, polis mengesahkan telah mengambil keterangan daripada Khairy Jamaluddin, Rosmah dan dua individu lagi yang dikaitkan dengan kes ini, seperti yang dinyatakan dalam akuan Raja Petra, iaitu seorang yang didakwa berpangkat kolonel dan isterinya, pengawal peribadi Rosmah.

Namun akuan bersumpah itu segera dinafikan oleh mereka. Abdullah dengan tegas menyatakan tidak menerima apa-apa laporan bertulis dari pihak perisikan tentera, bahkan menantu beliau, Khairy Jamaluddin turut menafikan ada menyimpan laporan tersebut. Pada masa yang sama Khairy turut menyifatkan akuan berkanun tersebut berniat jahat dan mencemarkan kredibiliti beliau.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menafikan bahawa isterinya Rosmah terbabit dalam pembunuhan Altantuya seperti didakwa oleh Raja Petra Kamarudin pengendali blog Malaysia Today.

Dalam perkembangan lain, suatu usul tergempar dikemukakan oleh ahli parlimen DAP, bagi membincangkan dakwaan Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu. Lim berkata akuan bersumpah penulis tersebut sesuatu yang serius.

Namun usul tergempar yang diserahkan oleh wakil Ipoh Timur, bagi membincangkan dakwaan yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu ditolak.

Timbalan yang dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul Lim Kit Siang itu dengan alasan subjudis terhadap perbicaraan kes itu yang sedang berlangsung.

Datuk Mustafa Ali sertai dunia blogger


KUALA LUMPUR, 27 Jun: Di mana sahaja beliau bercakap, Datuk Mustafa Ali tidak segan silu mengaku beliau 'buta IT" tetapi apabila semua sudah menjadi blogger, beliau menyertai dunia ini dengan membuka blognya sendiri 'padapendapatsaya.blogspot.com' mulai 24 Jun lalu.

Tulisan pertama beliau dipostingkan hari ini.Dengan nama blognya, Politik Malaysia, Mustafa mula menulis hari ini dan beliau nampaknya menjadikannteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai sasarannya.

Mustafa, kini Pengarah Pilihan Raya PAS dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, melahirkan rasa tidak puashati dengan cara Khalid mengendalikan Selangor ala CEOnya manakala untuk Lim Guan Eng pula beliau tidak senang cara Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengkritik Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.

"Sebagai MB, Khalid perlu bertindak sebagai seorang MB bukan seumpama seorang CEO. Sebagai MB, Khalid perlu merujuk kepada rakan-rakan dalam barisan Exconya serta juga rakan-rakan pimpinannya dalam PKR di samping parti-parti dalam Pakatan sebelum mengambil sebarang tindakan," tulis Mustafa dalam blognya.

Untuk Lim Guan Eng pula beliau menulis:-"Namun demikian, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng tidaklah boleh menyerang Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak begitu sahaja tanpa merujuk dan secara yang berlapik.Apatah lagi alasan yang dibuat oleh Lim Guan Eng ketika menyerang Azizan adalah MB Kedah itu mengambil syarikat pembalakan dari Sarawak yang baik dengan kerajaan BN."Kalau begitu apa bezanya tindakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang melantik seorang pemimpin Gerakan mengetuai sebuah syarikat GLC terpenting di Pulau Pinang. Ini bukan hubungan perniagaan lagi. Ini membawa masuk musuh ke dalam rumah tangga kita yang sudah pasti lagi bahaya dari setakat berhubungan perniagaan sebagaimana yang cuba dibuat oleh MB Kedah itu," tulis Mustafa dalam blognya.

Baca tulisan Mustafa sepenuhnya di sini:-http://padapendapatsaya.blogspot.com/

Friday, June 27, 2008

Sepi...Filem untuk lelaki?




Sepi adalah sebuah kisah berkisarkan tiga individu lelaki yang hidup dibandar yang belajar mengenal erti cinta, kehilangan & kesepian didalam drama romantika ini.

Adam adalah seorang chef muda yang berjaya — pakar dalam bidang pembuatan manisan (kek) untuk majlis perkahwinan tetapi masih bujang dan sedang mencari pasangannya sendiri.

Kemudian, seorang lagi insan bernama Sufi yang berlari berbatu-batu sehari sebagai percubaan untuk melupuskan memori bersama isterinya yang telah meninggal dunia.

Dan seorang lagi bernama Imaan yang merupakan penggiat teater sedar yang pentas teater adalah tempat dimana masa silamnya mampu diselesaikan dan masa depannya mampu dilihat.

Ketiga-tiga watak ini bertemu pada satu titik kisah dramatik yang mengubah kehidupan mereka selamanya.

Dan, filem penulisan, terbitan dan arahan 'Cinta' ini juga menampilkan pelakon-pelakon terkenal tanahair. Afdlin Shauki dipasangkan dengan Vanida Imran & Nasha Aziz.

Andaikata anda sukakan filem 'Cinta', anda juga pasti sukakan 'Sepi'. Yang pastinya, filem ini bukan hanya untuk lelaki.






video

Thursday, June 26, 2008

Euro2008 : German ke Final


BASEL (Switzerland): Jerman layak ke final Kejohanan Eropah 2008 setelah menewaskan Turki 3-2 di Stadium St Jakob Park, Basel, awal pagi tadi.
Pemain yang menjaringkan gol: Jerman 3 (Schweinsteiger 26, Klose 79, Lahm 90) Turki 2 (Boral 22, Semih 86)
Pasukan Jerman: Jens Lehmann - Arne Friedrich, Per Mertesacker, Christoph Metzelder, Philipp Lahm - Thomas Hitzlsperger, Simon Rolfes (Torsten Frings 46) - Bastian Schweinsteiger, Michael Ballack (kapt), Lukas Podolski - Miroslav Klose (Marcell Jansen 90+2)
Turki: Rustu (kapt) - Sabri, Mehmet Topal, Gokhan Zan, Hakan Balta - Mehmet Aurelio - Kazim (Tumer Metin 90+2), Hamit Altintop, Ayhan (Mevlut Erding 81), Ugur Boral (Gokdeniz Karadeniz 84) - Semih
Pengadil: Massimo Busacca (SUI)

Tuesday, June 24, 2008

Opps! Tiada larangan gincu, tumit tinggi

Bergincu dan berkasut tumit tinggi sehingga mengeluarkan bunyi tidak dilarang kepada pekerja Islam, jelas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Etika berpakaian itu hanya sekadar nasihat yang tidak diperkuatkuasakan dalam peraturan di bandar itu, jelas pengarah perhubungan awamnya Azman Mohd Daham hari ini.

Beliau mengulas laporan media hari ini yang menyatakan majlis perbandaran itu mengeluarkan arahan terbaru melarang cara menghias diri dan berpakaian sedemikian.Arahan surat pekeliling bertarikh 25 Mei itu, katanya kepada Bernama, hanya mewajibkan pemakaian tudung kepala dan berpakaian sopan yang diwajibkan kepada peniaga wanita Islam dan akan dikenakan kompaun sekiranya melanggar arahan itu.

Bagaimanapun arahan ini bukanlah baru tetapi sentiasa dikeluarkan sejak 2002. Bersama peraturan itu, dikepilkan risalah etika tambahan, termasuk tidak menggalakkan mereka bergincu atau berkasut tumit tinggi."Tetapi risalah berkenaan pula adalah sekadar kempen untuk memperjelaskan kepada kaum wanita Muslimah mengenai etika berpakaian sebenar mengikut ketetapan Islam termasuklah larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi," beliau dipetik sebagai berkata.

"Bagaimanapun sekiranya mereka melanggar etika itu, MPKB-BRI tiada hak untuk mengambil tindakan.

"Pekeliling itu tidak mempunyai kaitan dengan risalah 'MPKB-BRI Cakna Anak Muda' yang memaparkan etika tambahan berpakaian wanita muslimah walaupun ia dikepilkan bersama ketika diedarkan, tambahnya.

Ajijoi - Nampaknya Bernama pun tak boleh dipercayai sepenuhnya laporan yang dikeluarkan. Mungkin isu ini dirasakan agak sensasi untuk menjolok kerajaan negeri Kelantan. Usul untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat berpandukan ajaran agama Islam, pasti akan mereka kelirukan agar rakyat mempersoalkan niat baik tersebut. Itulah kerja-kerja tangan mereka yang senantiasa menggoncang kestabilan lima negeri dibawah tadbir Pakatan Rakyat. Saya nak tanya kepada para pemberita-pemberita yang bekerja dibawah arahan songsang sedemikian : DiSANA esok, boleh jawap?

Monday, June 23, 2008

Gincu, tumit tinggi haram di K.Bharu

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan larangan terbaru kepada pekerja Islam, antaranya tidak memakai gincu dan kasut tumit tinggi yang tidak mengeluarkan bunyi.

Yang dipertuanya Shafie Ismail berkata arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.

Katanya lagi, lapor Bernama, muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.Jika hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah, katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan kepada mereka yang bekerja mengendalikan semua premis dalam kawasan MPKB-BRI.

Etika berpakaian yang perlu dipatuhi termasuklah memakai tudung labuh, tidak jarang dan menutup dada; memakai baju berlenganpanjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.Shafie berkata mereka yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun seperti peruntukan Undang-Undang Kecil MPKB-BRI 1986 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikompaun tidak lebih RM500.

Ajijoi - Saya setuju sangat dengan arahan itu memandangkan syarat-syarat yang dikenakan menepati syariat Islam. Jika tidak dipraktikkan daripada sekarang, bila lagi kita nak mendisiplinkan ummah. Lagi satu, cek mek molek Kelate comei doh, takyah begincu pun lawa.

Telefon Bimbit dan Motosikal


Penggunaan telefon bimbit semasa memandu amatlah berbahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalanraya yang lain.

Apatah lagi apabila kerap sekali terlihat penunggang motosikal yang mengunakan telefon bimbit semasa di jalan raya. Tangan kanan di handle dan tangan kiri memegang telefon. Ada juga yang menyelitkan telefonnya dicelah topi keledar.

Dan yang paling berani sekali ialah mereka-mereka yang bersms semasa menunggang. Tumpuan terbagi kepada dua, jalan raya dan juga sms. Nyawa mereka pertaruhkan hanya kerana keseronokan bersms. Namun, dimasa yang sama juga, mereka mempertaruhkan nyawa orang lain kerana kegilaan sms mereka.

Tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya perlu semasa memandu dan menunggang dijalanraya agar kita selamat sampai kedestinasi kita. Ternyata gabungan antara telefon bimbit dan juga motosikal boleh membawa maut. Jadikan petikan berita dibawah sebagai satu pengajaran buat kita semua :

Mekanik maut dilanggar kereta ketika berbual guna telefon bimbit semasa tunggang motosikal
23/06/2008 2:59pm

ALOR STAR 23 Jun – Seorang mekanik yang sedang berbual menggunakan telefon bimbit sambil menunggang motosikal, terbunuh setelah dirempuh sebuah kereta kira-kira 10 pagi ini.
Dalam kejadian di Batu 10 Jalan Alor Star-Sungai Petani itu, Zaini Abdul, 29, mati di tempat kejadian setelah cedera parah di badan manakala tangan kirinya terputus.

Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Kota Star, Inspektor S.Tivagaran berkata, Zaini, yang berasal dari Kampung Alor Pudak, Kota Sarang Semut dekat sini, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di Simpang Empat ketika kemalangan itu berlaku.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat saksi, Zaini dikatakan baru keluar dari stesen minyak dan berbual menggunakan telefon bimbit sambil menunggang motosikal di kawasan pejalan kaki sebelum secara tiba-tiba dirempuh sebuah kereta dari arah belakang.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.
Pemandu kereta terbabit Loh Fook Hoon, 47, tidak cedera. - Bernama

Tun Dr Mahathir Di Ipoh 21/06/2008

Venue : Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Perak, Ipoh
Anjuran : UMNO Cawangan Tanjung Belanja, Perak

Mari berbasikal ke tempat kerja

From right: N.Gobalakrishan (MP Padang Serai), Zulkifli Noordin (MP Kulim Bandar Baru) and Hee Loy Sian (MP Petaling Jaya Selatan) cycling from Bank Negara to Parliament House at 9.30am this morning in protest of the fuel hike. In the backgrond is Chua Tian Chang (MP Batu). — picture by Choo Choy May

Gambar ini menunjukkan betapa seriusnya ahli-ahli Parlimen ini membantah kenaikan harga minyak dengan hanya berbasikal ke sidang Parlimen pagi tadi.

Bagaimana pula dengan kita? Sanggupkah kita berbasikal ke tempat kerja? Atau masih selesa berkereta sambil hanya merungut tentang kenaikan minyak didalam hati?

Isu gaji CEO TNB : Kuasa blog

Isu kenaikan gaji CEO TNB yang dicadangkan sehingga 100% telah dapat dihidu dan disebarkan oleh blog-blog sehingga memberi kesedaran kepada orang ramai yang menolak dan menentang kenaikan itu memandangkan krisis kenaikan harga minyak dan barangan utama negara.

Ternyata begitu berkesannya kuasa blog dimasa sekarang ini dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai tentang sesuatu isu. Rakyat telah mula celik dan beralih kepada blog-blog berbanding dengan akhbar-akhbar tempatan yang dilihat cuba menyembunyikan sesuatu isu daripada pengetahuan umum dan lebih kepada menyampaikan dan mempertahankan segala kenyataan dari pihak kerajaan.

Syabas saya ucapkan kepada pengendali-pengendali blog yang menjadi penyampai suara rakyat dan berharap agar suara-suara keramat ini dapat diteruskan demi menyampaikan maklumat yang telus kepada rakyat jelata.

Kenaikan gaji CEO TNB ditolak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan memutuskan untuk menolak cadangan kenaikan 100 peratus gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu dibuat selepas cadangan kenaikan gaji berkenaan dikemukakan lembaga pengarah syarikat terbabit kepada Perbendaharaan baru-baru ini.

Malah, beliau berkata, bukan saja cadangan kenaikan gaji CEO yang ditolak, sebaliknya Perbendaharaan turut membuat keputusan yang sama terhadap semua pegawai tertinggi bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain.

Sunday, June 22, 2008

Tahniah! MB Perak terima menantu

Pagi semalam saya dihubungi rakan saya, saudara Fadhil mengajak bertugas Unit Amal ke rumah MB Perak yang mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya. Malangnya, demam dan batuk saya masih kuat sehinggakan terpaksa saya melepaskan peluang ini.

Namun begitu, segala laporan dan gambar tentang majlis tersebut bolehlah dilayari di blog rakan saya Al-Husseyn.

Juga sedikit berita daripada The Star.

Saturday, June 21, 2008

Bom lama di Tambun berjaya diletupkan

Sebutir bom zaman perang dunia ke2 yang dijumpai di Sungai Tambun berjaya diletupkan tengahari tadi. Meskipun diletupkan sebanyak 2 kali untuk betul-betul memusnahkannya, tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan harta benda dilaporkan.

Laporan sepenuhnya The Star dan juga Utusan Malaysia.

Maut dihempap pagar besi rumah adik

MUAR - Seorang wanita ditemui mati akibat dihempap pagar besi rumah adiknya sendiri yang diubah suai menjadi kilang di Taman Orkid di Jalan Haji Jaib, di sini awal pagi semalam.

Mangsa, Goh Sok Yen (gambar), 51, ditemui mati dalam keadaan terlentang kira-kira pukul 5 pagi oleh seorang penjual surat khabar yang melalui kawasan perumahan itu.

Mangsa yang menetap di Taman Mulia, Sungai Abong di sini dipercayai menghadiri majlis sambutan hari jadi cucu rakannya pada malam sebelum kejadian.

Menurut adik lelaki mangsa yang hanya dikenali sebagai Goh, 40-an, mangsa gagal mencari tempat letak kenderaan dan terpaksa meletakkan keretanya di rumahnya yang diubah suai menjadi kilang jahit di taman itu.

"Saya menemuinya pukul 8.30 malam semalam (kelmarin) dan kakak saya ingin tumpang letakkan keretanya di rumah saya.

"Saya benarkan dia berbuat demikian dan memintanya tutup kembali pintu pagar itu selepas selesai menghadiri majlis itu," katanya yang tinggal di sebuah rumah lain di taman perumahan itu.

Pagar besi tersebut, katanya, tumbang dan mengenai badan serta kepala mangsa menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Goh berkata, kakaknya itu tidak bekerja dan sudah berumah tangga tetapi tidak dikurniakan anak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Lee Choon Guan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes itu sebagai kes mati mengejut.

Ajijoi: Bahaya jugak pagar besi macam ni. Berhati-hatilah kepada yang menggunakan pagar rumah jenis begini. Malang tidak berbau.

Ahli NUBE dapat pelarasan gaji 17 peratus

KUALA LUMPUR 21 Jun – Ahli-ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) akan mendapat pelarasan gaji sebanyak 17 peratus bermula Julai ini.

Sebanyak 32,000 ahli NUBE juga akan mendapat bonus tetap dua bulan setiap tahun dalam perjanjian bersama untuk tempoh 2006 hingga tahun ini.

Perjanjian bersama antara NUBE dan Persatuan Bank-Bank Perdagangan (MCBA) ditandatangani hari ini dengan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - Utusan

Lagi berita di The Star.

Ajijoi : Berakhir sudah kemelut penantian selama 2 1/2 tahun yang menyiksakan. Namun begitu, rata-rata ramai yang kurang senang dengan 17% yang diterima demi menyelamatkan 2 bulan bonus berbanding dengan tawaran 30% yang diserap bonus serta tambahan bonus prestasi. Inilah akibatnya apabila pasukan perunding yang lama diketepikan dan digantikan dengan pasukan baru yang lemah dan tidak berpengalaman. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua untuk memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dan beramanah.

Rosmah saksikan Altantuya diletup?



Baca artikel penuh disini dari Malaysiakini dan disini dari Malaysia Today.


Raja Petra Kamarudin telah membuat satu Akuan Bersumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengatakan bahawa menerima maklumat yang mengatakan Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya diletupkan dengan bahan peledak C4.

Raja Petra mendakwa lagi, beliau membuat akuan itu kerana beliau mempunyai maklumat yang boleh dipercayai mengenai pembabitan orang-orang berkenaan yang sehingga ini belum dikaitkan atau dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaraya dalam kes perbicaraan kes tersebut.

Penulis blog sensasi itu berkata, beliau juga membuat akuan bersumpah tersebut kerana beliau sedar bahawa menjadi kesalahan jika tidak mendedahkan bukti-bukti yang boleh membantu polis dalam siasatan kes jenayah.


Ini suatu yang amat mengejutkan dan diharap semoga siasatan segera dijalankan bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

Friday, June 20, 2008

Euro2008 : German mara ke separuh akhir


Pada mulanya terasa agak kecewa juga apabila 2 pasukan pilihan saya iaitu German dan Portugal terpaksa bertembung seawal suku akhir namun kekebalan pasukan pilihan pertama German dapat membolosi rintangan Portugal dengan kemenangan 3-2.
Saingan semakin rancak dengan German hanya menanti keputusan perlawanan di antara Croatia dan Turkey untuk mengetahui lawan mereka di separuh akhir nanti.

Letupan bom di Tambun esok?


Sebuah bom lama zaman perang dunia ke2 yang ditemui di Sungai Pinji, Tambun minggu lalu akan diletupkan jam 11.00 pagi esok oleh sepasukan pakar bom dari Bukit Aman. Bom ini masih 'bernyawa' dan amat berbahaya untuk dipindahkan.

Jalan ke Tambun akan mula ditutup jam 7.00 pagi dan penduduk sekitar akan dipindahkan sementara ke 2 kem askar berdekatan dan Masjid Tambun. Misi ini dijangka berakhir jam 2 petang.

Baca selanjutnya disini.

Wednesday, June 18, 2008

Bank Islam


Di atas adalah logo Bank Islam yang baru diperkenalkan setelah penjenamaan semula bank itu.

Namun, jika sekilas pandang, kita pasti akan tertinggalkan huruk 'k' yang dibentuk sedemikian rupa dan tata warna yang berbeza. Dan apabila huruf 'k' ini kita tinggalkan, maka perkataan bank islam itu akan bertukar menjadi ban islam. 'Ban' bermaksud mengharamkan. Apakah sebuah bank yang membawa nama dan imej islam tergamak mengelirukan orang ramai dengan mempamerkan mesej untuk mengharamkan islam?
Jika orang luar yang membacanya, alangkah buruknya maksud yang hinggap dikepala mereka.
Fikir-fikirkanlah.

Gaji: Kesatuan TNB rancang piket

Kalau dah CEOnya yang dibayar gaji sebanyak RM1,107,280.00 setahun itu dinaikkan lagi gajinya sehingga 100%, takkan kakitangan yang gajinya lebih kurang RM18,000.00 setahun itu hendak dicampakkan 3% sahaja kenaikan. Maanaaaa Boleeeeeeee

Berita selanjutnya disini.

Tuesday, June 17, 2008

Gaji naik 100%?

Dahsyat sunguh apabila seorang berpangkat CEO di Tenaga Nasional Berhad dinaikkan gajinya sebanyak 100% disaat rakyat Malaysia mengeluh tentang kenaikan harga minyak dan juga barangan yang lain. Bukan sahaja kenaikan ini agak melampau dan tidak bertepatan masa, malahan ianya diambang kenaikan tarif elektrik sebanyak 30% mulai 1 Julai ini.

Bukanlah hendak membantah kenaikan ini, cuma tidak bertepatan masa. Memang elok jika ada kakitangan yang bekerja keras dan berdedikasi diberikan imbuhan tetapi bagaimana pula nasib dan gaji 28,000 kakitangan biasa TNB yang telah lama berkhidmat menaikkan TNB? Tidakkah gaji mereka ini juga layak untuk dinaikkan?

CEO mendapat kenaikan gaji 100% manakala kakitangan biasa mendapat tawaran kenaikan gaji baru kurang daripada 5%. Dan kita pengguna TNB akan mendapat kenaikan tarif baru elektrik 30%. Dimana keadilannya?

KUALA LUMPUR, June 17 (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd, the government investment arm, today came out in defence of the proposed salary hike for top officials in government-linked companies (GLCs), citing enhanced value creation, careful calculation and retention of talents.

Its Managing Director Tan Sri Azman Mokhtar said Khazanah's Blue Book, which detailed executive compensation, tried to institutionalise that "we cannot't pay too low, we shouldn't pay too high, but we have to pay enough and we have to pay fairly".He said when asked to comment on several blogs' queries on why Tenaga Nasional Bhd's top officials were getting hefty salary increases in times of possible economic slowdown due to the fuel and food prices hike.

Azman said after much debate four to five years ago, Khazanah decided on the average principle for basic salary.But at the same time, it also put up a total compensation basis for the salary, including bonus, as long as it is self-funding, he said."The average Malaysian company pays three months' bonus. What we are saying is that we will pay more, as long as the company and shareholders make much more than that. That means value must be created," he told reporters after attending the opening ceremony of the MIT Sloan Global Entrepreneurship Lab Programme workshop facilitated by Khazanah.

"That is a very important point. It is performance-based, incentive-driven and self-funding. We are not taking money away from anybody but we are creating more value," he added.According to Azman, the higher pay commensurated with the increasing demand for local talents abroad."Malaysian talents are in demand from the Middle East, China, Asean and also the United States. There is a very serious brain drain issue that we should be aware of. So don't begrudge our CEOs and the managements," he said."If you see them making money, you should celebrate because they have created a lot of value for the companies. Let me assure you that there has been careful calculation on this," he added.-- BERNAMA

Border Pass

Jam 3.30 petang tadi saya ke Jabatan Imigresen Malaysia di Meru, Ipoh untuk memohon border pass ke Thailand. Pejabat saya akan mengadakan lawatan ke Haadyai awal bulan hadapan dan border pass ini diperlukan bagi menggantikan passport.
Proses permohonan amat senang sekali. Anda cuma perlu membawa kad pengenalan dan sekeping salinannya, 2 keping gambar ukuran passport serta bayaran yang dikenakan iaitu sebanyak RM10 sahaja. Tak perlu mengisi borang dan masa yang diambil cuma 15 minit sahaja.

Boleh juga dibuat atas nama individu, keluarga mahupun berkumpulan. Untuk individu dan keluarga harga bayarannya sama iaitu RM10 manakala untuk yang berkumpulan sebanyak RM200. Bagi berkumpulan, tidak kurang daripada 5 orang dan tidak lebih daripada 20 orang setiap border pass.
Sekarang saya telah mempunyai border pass saya yang berkuatkuasa selama 6 bulan mulai sekarang. Cuma menghitung hari untuk ke sana.

Hospital Kuala Lumpur


Sekitar jam 4.30 pagi tadi, saya, mak dan apak bertolak ke Kuala Lumpur untuk sesi rawatan batu karang apak di Hospital Kuala Lumpur.


Terasa amat mengantuk ditambah dengan kesejukan pagi, kami berhenti di Hentian Jejantas Sg Buloh untuk solat subuh. Jam 6.00 pagi, kenderaan mula memenuhi jalanraya untuk menuju ke tempat kerja. Perjalanan diteruskan sehinggalah jam 7.00 pagi kami sampai ke HKL.



Setelah bersarapan di cafetaria hospital, kami terus ke Unit Urologi & Nefrologi untuk apak mengambil x-raynya. Setelah keputusan x-ray diperolehi setengah jam kemudian, kami ke bilik Lithotripter untuk apak mendapatkan rawatan 'tembakan laser' ke atas batu karangnya.

Rawatan ini nampaknya agak mudah dengan hanya apak baring di katil dan komputer akan mengesan batu karang tersebut lalu berlakulah 'tembakan laser' tadi ke atas pinggang apak dengan tanpa menyentuhnya dan berbunyi seakan-akan ketukan.



Rawatan ini hanya mengambil masa selama setengah jam dan pukul 9.30 pagi kami mula bertolak pulang ke Ipoh.

Monday, June 16, 2008

Petronas - Suatu Fakta


Sedikit fakta tentang laporan kewangan dan keuntungan Petronas untuk pengetahuan umum.

Nasi Ayam RM2.80

Pada masa kenaikan harga makanan kini, masihkah terdapat peniaga yang menjual nasi ayam (seperti gambar di atas) dengan harga RM2.80 sahaja? Tentu susah.

Tetapi jika anda ke padang Rapat Setia (tapak pasar malam Rapat Setia), anda akan ketemu dengan peniaga ini yang menjual nasi ayam specialnya dengan harga RM2.80 sahaja. Biarpun harga barangan melambung tinggi kini, namun dia masih bertahan dengan harganya tanpa mengurangkan walau sedikit pun bahannya. Menurutnya, harga RM2.80 itu ada maknanya iaitu bersamaan dengan tarikh lahir anaknya. Memang gerainya sentiasa menjadi pilihan saya.

Saudara Din ini berniaga ditemani isterinya mulai jam 1.00 tengahari hinggalah 7.00 malam. Bukan sahaja nasi ayam, lauk-pauk, laksa, mee rebus, roti jala, kuih-muih dan beranika bubur juga dijual digerainya. Dibuka setiap hari kecuali hari rabu.

Lauk-pauk masakannya juga sungguh lazat dan beliau sedia menerima tempahan untuk sebarang acara mahupun majlis keraian.

Saudara Din boleh dihubungi untuk tempahan di 016-5802245.

Followers

Video ajijoi

Loading...